Aku, Dia Dan Somtam - 36
BAB 36

PULANG dari Cameron Highlands, Anis tidak banyak berbual dengan Imran. Tidak sedikit pun dia menyentuh atau bertanya kejadian malam tadi. Perasaannya dah berkecamuk. Serabut. Sedih. Sebak. Dah macam somtam! Bercampur aduk semuanya!

Kenapa dengan awak ni Diam macam patung bernyawa. Imran masih menumpukan pada pemanduannya.

Anis berpaling ke arah Imran. Pandangannya dilemparkan semula ke arah luar tingkap kereta. Pemandangan di luar lagi menyenangkan hati dari melihat raut wajah Imran yang nyata tidak ada riak bersalah atau berdosa langsung!

Imran memandu laju membelah lebuh raya utara selatan menuju ke Kuala Lumpur semula. Dia jeling Anis yang masih diam membatu di sebelah. Kenapa dengan minah ni Dari check out hotel sampai sekarang, mulut macam kena jahit! Imran menekan pedal minyak semakin rapat. Kereta meluncur laju meninggalkan tanah sejuk.

Imran menghantar Anis ke perhentian bas setelah Anis berkeras untuk tidak menghantarnya ke rumah.

Saya boleh hantar awak sampai rumah. Itu tugas saya untuk pastikan awak selamat. Kalau jadi apa-apa pada awak nanti, saya tak nak, saya pula dipersalahkan! Imran berkata dengan nada keras.

Awak tu yang patut jaga diri sendiri. Kalau awak nak sangat putus tunang dengan saya, tak payahlah buat kerja tak senonoh tu!

Cakap terus terang! Saya bukan kemaruk sangat nak nikah dengan awak! Anis buka pintu kereta dan segera berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang. Imran yang masih dalam kereta dibiarkan saja.

Imran tercengang. Terpinga-pinga. Dia segera mengejar Anis yang membimbit beg pakaian menuju ke arah kawasan perumahan.

Tunggu! Imran pegang bahu Anis.

Awak nak apa lagi Langkah Anis terhenti. Tangan Imran ditepis kuat.

Apa awak cakap tadi Imran semakin bingung.

Saya ingatkan awak dah insaf. Cukuplah apa yang telah berlaku. Anis cuba melangkah tetapi dihalang Imran yang mula mencengkam bahunya sekali lagi.

Apa maksud awak ni Saya tak faham! Imran pandang tepat ke mata bening Anis.

Buatlah cara halal. Islam itu mudah. Jangan menyusahkan apa yang dipermudahkan. Anis menepis sekali lagi tangan Imran dan segera berlalu pergi.

Imran terdiam di situ. Apa minah ni merepek Adoi! Apahal pulak ni

Imran menggaru kepala. Dia kembali ke kereta dan memecut laju meninggalkan perhentian bas.

HARI-hari yang dilalui dirasakan sangat lama. Sepatah Imran tanya, sepatah juga Anis jawab. Tidak perlu berjela menjelaskan apa yang ditanya. Segala kerja dilakukan dengan sabar. Mana yang tidak dia tidak tahu dia akan merujuk pada Imran. Hanya soal kerja saja yang dia bualkan.

Kenapa dengan awak ni Imran sempat pegang hujung lengan baju kurung Anis.

Ada apa-apa lagi tuan nak suruh saya buat Anis tidak hiraukan pertanyaan Imran.

Boleh duduk sekejap. Duduk! Imran mula menyinga bila Anis berdegil berdiri di situ.

Dua minggu lagi kita akan bernikah. Jadi saya tak nak awak melanggar perjanjian kita. Imran mengingatkan Anis yang nyata sudah banyak berubah sejak pulang dari Cameron Highlands.

Saya rasa elok tuan bernikah dengan Natasha saja. Itu tanggungjawab tuan. Mungkin tuan nak nikah dengan saya kerana merasa terpaksa bertanggungjawab atas kejadian dulu tapi saya rasa tuan lebih bertanggungjawab atas apa yang berlaku di Cameron Highlands. Anis meluahkan apa yang disimpan dalam hati.

Apa awak merepek ni Apa yang telah berlaku di Cameron Highlands Imran berkerut dahi mendengar kata-kata Anis yang dia sendiri tidak tahu hujung pangkal.

Saya masih waras. Masih belum buta. Anis menguis hujung nota dengan pen di tangan kirinya.

Boleh tak kalau bercakap tu biar terang sikit Imran mula menyinga.

Baiklah. Saya akan berterus terang dengan tuan..

Belum habis Anis bersuara, Imran menerima panggilan dari seseorang. Panggilan terus ke telefon bimbitnya.

Ya mama. Apa Sekarang Imran pandang Anis yang masih tunduk di depannya.

Anis mula bangun. Pada firasatnya mungkin Puan Zaharah sudah tahu apa yang telah terjadi. Berita seperti itu memang mudah tersebar. Dia mula bangun.

Err..saya kena balik sekarang. Ada hal penting. Kalau ada apa-apa, call saya ok Imran bergegas keluar dari bilik.

Anis pandang Imran yang tergesa-gesa meninggalkan pejabat. Biarlah! Dia sendiri akan tahu nanti.

IMRAN berhentikan keretanya di laman rumah. Sempat menjeling kereta Honda Accord dan Mercedes milik Izara dan Kak Dina yang turut tersadai di situ. Apa hal pulak ni

Langkahnya laju menuju ke ruang tamu. Sebaik melangkah masuk, semua mata memandang tepat ke arahnya. Tiada riak senyum. Semuanya seperti ingin menerkam mangsa. Apa kes dia orang ni

Duduk! Puan Zaharah bersuara tegas. Tangan Imran ditarik kuat duduk di sebelahnya.

Imran terhenyak di sofa sebelah Puan Zaharah. Dia lihat semua yang hadir di situ. Tiada seorang pun yang tertinggal.

Err..apa hal mama panggil abang ni Penting sangat ke Kan abang dah setuju nak nikah dengan Anis. Dua minggu lagi majlis akad nikah tu. Imran terpinga-pinga dengan situasi itu.

Ni! Tengok ni! Irdina lempar sampul surat kuning bersaiz A4 di atas meja.

Apa ni Imran pandang kakak sulungnya yang sarat mengandung. Hanya tinggal sebulan saja lagi nak bersalin.

Sampai hati abang kecewakan mama! Izara pula mencelah. Ada titis air mata di pipinya.

Apa semua ni Abang tak faham! Imran segera membuka sampul surat kuning dari atas meja.

Terbeliak dia melihat isi kandungan surat itu. Satu persatu foto itu diamati. Patutlah Anis bersikap begitu. Entah-entah Anis melihat apa yang telah berlaku. Macam mana Anis tahu Macam mana perempuan ni masuk ke bilik aku Dan yang penting, macam mana aku boleh buat benda tu

Sekarang abang nak cakap apa Irdina memandang tajam ke wajah adik lelakinya.

Imran bersandar di sofa. Foto itu diamati lagi. Gambarnya berpelukan dengan Natasha tanpa seurat benang. Mana tahu semua itu super impose! Memang susah untuknya percaya. Itu kerja gila!!

Mama..abang tak buat semua ni! Ni semua fitnah! Imran campak foto di atas meja semula.

Fitnah apanya Dah jelas itu gambar abang dan Natasha! Izara mendengus. Marahnya sudah tidak dapat ditahan lagi.

Puan Zaharah hanya mampu menangis. Tidak sanggup melihat foto-foto yang begitu jijik baginya. Tak sangka sejauh itu anak bujangnya berani bertindak.

Ya Allah! Percayalah mama! Hari tu, habis saja mesyuarat, abang hantar Anis ke bilik. Lepas tu.. Kata-kata Imran terhenti.

Teringat Natasha memberinya minuman sebelum dia masuk ke bilik. Apa yang dia tahu, selepas itu dia terjaga dari tidur tanpa sehelai pakaian pun di tubuhnya. Selonggok baju dan seluar yang dipakai masa melawat tapak ada di lantai. Dia sendiri bingung dengan apa yang telah terjadi.

Lepas tu apa Abang tidur dengan betina tu kan Izara memotong kata-kata Imran.

Astaghafirullah! Id been set up! Trust me! Imran meraup muka. Dia menundukkan wajah.

Takkan abang diperangkap. Tengok gambar tu pun, siapa pun takkan percaya. Irdina pula menambah.

Terpulang! Im telling you the truth! I hate this kind of joke!! Imran menggenggam rambutnya yang mula kusut. Pening!

Habis tu Apa nak buat sekarang Mana abang nak campak Anis Izara menghamburkan rasa marahnya kepada kembarnya.

Err..Anis tahu tak hal ni Irdina pandang Imran yang masih tunduk. Sugul.

Entah Imran cuba mengingati kata-kata Anis semasa di perhentian bas dan di pejabat tadi. Mungkin dia sudah tahu apa yang telah terjadi. Tidak syak lagi!

Imran diam. Dia dah tersepit dengan kejadian yang memalukan itu. Kalau dulu dia mengaku bersalah kerana mencium Anis tapi yang ini dia perlu bertegas. Itu semua fitnah!

Abang..sampai hati abang buat mama macam ni. Mana kita nak letak muka. Malu mama dengan keluarga Anis. Dengan semua orang! Tangisan Puan Zaharah semakin ketara.

Fine! Just called off this wedding! Imran sudah pening. Kecewa dengan apa yang telah terjadi.

Tak! Abang tetap akan nikah dengan Anis. Pasal betina tu, kalau dia ugut abang pasal gambar tu, tahulah adik nak buat apa nanti! Izara berkeras dengan keputusannya. Baginya maruah abangnya perlu dibela.

Irdina dan Kamarul hanya diam mendengar suara lantang Izara.

Betul kata adik. Pernikahan tetap akan diteruskan. Mama pun tak nak percaya semua ni. Biarlah Allah tunjuk kebenarannya. Puan Zaharah peluk anak bujangnya yang nyata sudah begitu sugul.

Mama..terima kasih kerana percayakan abang. Mama sendiri tahukan, perempuan tu sanggup buat apa saja untuk kembali pada abang. Imran bersuara lemah.

Tapi macam mana perempuan tu boleh ada di hotel tu Kamarul yang dari tadi diam mula menyampuk.

Entah! Abang pun tak tahu. Tiba-tiba je dia muncul dan mengikut ke mana saja kami pergi. Imran masih tunduk. Otaknya ligat memikirkan rancangan yang diatur rapi oleh Natasha. Sungguh licik!

Sudahlah! Benda dah jadi. Berdoa sajalah supaya perempuan tu tak panjangkan hal ni. Puan Zaharah usap rambut Imran. Sayangnya pada anak bujangnya begitu mendalam.

Macam mana kalau dia sebarkan gambar tu kat internet Irdina masih tidak puas hati.

Dia juga yang malu nanti! Bukan ke dia berbogel dalam foto tu Izara mencebik. Geram dengan apa yang terjadi.

Ya la. Tapi gambar abangkan ada sekali. Siap peluk bagai! Irdina jeling Izara yang nampak yakin.

Fikiran Imran semakin kusut. Puas dia mengingati semula apa yang telah berlaku malam itu. Memang sah! Itu rancangan Natasha dan Fuad!!

IMRAN mundar-mandir di bilik. Dia perlu buat perhitungan dengan Fuad dan Natasha. Foto yang diterima itu boleh menjejaskan dirinya sebagai pengarah Stephen Holdings. Tak sangka, Fuad sanggup bersekongkol dengan Natasha semata-mata nak puaskan kehendak masing-masing.

Aku mesti berdepan dengan mereka!

Kunci dari atas meja disambar. Fuad dan Natasha perlu diberi pengajaran! Maruah dirinya tidak semudah itu dipermainkan!

Abang nak ke mana Izara mengejar Imran yang tergesa-gesa ke kereta semula.

Keretanya dipecut laju meninggalkan laman rumah. Pertanyaan Izara tidak dihiraukan.

IMRAN berhentikan keretanya di tepi tasik. Dia melilau melihat sekitar tasik. Fuad sudah berjanji akan berjumpanya di situ. Sekali lagi Imran mundar-mandir di bawah pokok kelapa yang meliuk lentuk daunnya ditiup angin. Pandangannya dilemparkan pada tengah tasik. Nampak tenang walaupun hatinya kini tidak setenang tasik itu.

Hai Im!

Imran menoleh. Fuad menghampirinya dengan wajah selamba. Sebiji penumbuk singgah di pipi Fuad.

Hei! Kau dah gila ke Fuad menyapu darah yang keluar dari tepi bibirnya.

Apa yang telah kau buat kat aku hah Imran mula menyinga. Ikut hati mahu saja dia bagi sebiji lagi penumbuk.

Buat apa Fuad meludah darah yang masih keluar dari bibirnya.

Kau jangan nak berpura-pura! Kau perangkap aku dengan Natasha malam tu kan Imran mengetap bibir.

Hei! Apa kes ni Perangkap apa Kau sendiri yang nak tubuh perempuan tu! Tuduh aku pulak! Fuad sengih.

Kau memang sial Fuad! Aku tak buat semua tu! Tak macam kau! Perosak anak dara orang! Kau ingat aku tak tahu! Imran pulangkan paku buah keras.

Bertenang! Rileks! Cuba cerita kat aku..apa kecoh-kecoh ni Fuad duduk di bangku mengadap tasik.

Kau tarik balik semua foto-foto tu! Aku tahu, semua ni kerja kau dengan Natasha! Kau dan perempuan tu sama saja! Dua-dua sudah kontang! Imran semakin marah. Kemarahannya dah meledak!

Hey rileks la! Okey, aku tarik semua foto tu tapi dengan syarat..

Apa

Kau serahkan Anis pada aku. Fuad senyum nakal.

Kau dah gila! Anis tu perempuan baik. Kau jangan nak buat hal! Imran semakin geram. Kedua tangannya digenggam kuat. Nak saja bagi sebiji penumbuk lagi! Sengaja ditahan.

Terpulang! Fuad ketawa. Dia terus masuk ke kereta dan memecut laju meninggalkan Imran terkontang kanting di situ.

Jaga kau Fuad!! Imran turut memecut laju.