BINTANG di langit ditenung lagi. Daniel mendongak melihat bintang yang berkerlipan di atas sana. Sesekali dia meraup muka. Lama dia termenung di balkoni bilik. Memiliki Arissa tidak semudah yang disangka. Masih terngiang kata-kata Arissa dua hari lepas.
Why is it so hard to have you Arissa Daniel tunduk. Dia kemudian mendongak semula ke dada langit. Bintang masih berkerlip cerah.
Kata-kata Arissa semasa di Pulau Nami dulu pun masih melekat kuat di benaknya. Arissa membencinya seumur hidup.
Daniel...kau yang bersalah. Kerana ikut dendam tu, kau telah buatkan Arissa membenci kau! Daniel menjerit sekuat hati.
Tuk! Tuk! Tuk!
Daniel berpaling. Bunyi ketukan di daun pintu jelas di telinga. Dia kemaskan pajamas di tubuh dan mula menapak ke pintu bilik.
Ya Zaki Daniel cuba senyum sebaik pintu dibuka.
Err...tadi saya dengar bos menjerit. Bos okey ke
Daniel hanya senyum. Zaki memang perihatin padanya.
Oh..tak..tak ada apa... Daniel senyum hambar.
Bos, hujung minggu ni Ustaz Hakimi jemput kita ke rumahnya. Ada majlis kesyukuran. Bos ikut tak Zaki sengih.
Boleh je. Err..saya kena pakai baju Melayu ke Daniel garu kepala. Memang dia ada beberapa pasang baju Melayu yang digunakan untuk majlis tertentu.
Bos ada baju melayu ke Zaki pula berkerut kening.
Ada..kan saya kena hadir macam-macam majlis.. Daniel sengih.
Hmm...kalau macam tu pakai sajalah. Saya pun tak pernah tengok bos pakai baju Melayu. Tentu lagi kacak kan Usik Zaki.
Daniel hanya senyum kelat. Dia tahu usikan Zaki bukan menyindir. Apa saja yang keluar dari mulut Zaki adalah dari hati yang jujur lelaki itu.
Esok, kita ada kelas belajar lagi tak Daniel teringat Ustaz Hakimi yang Zaki kenalkan padanya sudah mula menjadi guru rasmi kepadanya mendalami agama Islam.
InsyaAllah ada tapi Ustaz Hakimi minta kelas diadakan sebelah malam. Dia akan datang rumah ni. Sebelah petang dia ada kelas mengaji Quran untuk budak sekolah. Terang Zaki, teringat pesanan Ustaz Hakimi semalam.
Oh..dia okey ke datang rumah saya ni Tak jauh ke Daniel teringat Ustaz Hakimi tinggal di Gombak.
Tak..dia sendiri yang ingin datang waktu malam. Lepas maghrib, dia akan mula mengajar. Zaki senyum.
Baiklah..tapi kalau saya ada hal penting, saya akan beritahu awak. Mana tahu saya kena jumpa klien. Kerja macam saya ni tak kira masa. Daniel senyum lebar.
Zaki hanya angguk.
Err..bos, bila bos nak temukan Arissa dengan omma Zaki teringat permintaannya dulu. Sudah hampir seminggu dia berada di rumah Daniel.
Oh...hmm..macam nilah. Nanti saya ajak dia sekali ke majlis kesyukuran tu. Macam mana Daniel mula mengusul cadangan.
Hmm..elok juga tu. Zaki turut setuju. Dia mula minta diri.
Daniel kembali ke balkoni. Jenuh dia berfikir cara untuk mendekati Arissa.
Macam mana nak ajak dia ke majlis tu Daniel sudah buntu. Lama dia berfikir mencari idea.
Ah! Aku ugut dia la. Daniel sengih. Dia menapak ke katil.
Telefon bimbitnya berdering kuat. Daniel capai dari meja kerja.
Yes Gagak Ok! Good!
Talian dimatikan. Daniel senyum. Gagak sudah ada maklumat tentang surat perjanjian asal antara Tan Sri Johari Nasir dan mendiang ayahnya. Maklumat tentang ibu kandung Zaki juga sudah ada di tangan Gagak.
LAPAN pagi, Daniel sudah bersiap-siap hendak ke pejabat. Sempat dia menjamah sarapan yang dimasak makcik Fatimah. Mak Ti hanya menolong mana yang patut saja sejak makcik Fatimah tinggal di rumah itu.
Zaki, nanti kalau nak ke mana-mana, pakai je kereta saya tu. Saya pergi dulu! Daniel bergegas melangkah ke kereta. Gagak sudah menunggunya di dalam kereta.
Bos! Kerja ke hari ni Laung Zaki dari anjung rumah.
Ya! Ada kerja sikit. Daniel turut laung dari dalam kereta.
Ke mana kita bos Gagak terus bertanya.
Kita ke pejabat dulu. Lepas tu ambil saya dalam pukul sepuluh pagi. Kita ke satu tempat. Arah Daniel. Dia betulkan tali leher yang tak sempat dikemaskan tadi.
Gagak mengangguk tanda faham. Kereta Mercedes hitam dipandu ke arah Mid Valley.
Tiba di pejabat, Daniel menyambung kerjanya yang sudah hampir seminggu tidak disentuh. Cuti seminggu yang diambil tidak dapat digunakan sepenuhnya.
Daniel perhatikan semula dokumen pembinaan makmal dan juga projek Bioremediasi. Masih meneliti setiap ayat yang tercatat dalam dokumen itu.
Hmm..Tan Sri memang licik. Segalanya teratur.
Daniel capai pula sampul surat yang dihulur Gagak tadi. Maklumat tentang surat perjanjian antara mendiang ayahnya dengan Tan Sri Johari yang dipalsukan tandatangan.
So, surat tu nyata palsu. Daniel baca lagi maklumat yang baru diterimanya. Dalam surat asal perjanjian tu jelas mengatakan nama asal syarikat adalah JNJ Biotech. Surat perjanjian asal telah diubah dan diletakkan nama JN Biotech, milik penuh Tan Sri Johari Nasir.
Aku ada bukti kukuh untuk ambil alih makmal tu. Daniel senyum. Dia akan mengambil tindakan mahkamah buat masa ini. Jika tidak berhasil, dia kena fikir cara lain. Dia pasti Tan Sri Johari tidak semudah itu melepaskan makmal itu kepada musuh!
Jelas, pelaburan ayah aku lebih lima puluh peratus! Daniel bersandar di kerusi. Dia masih berfikir cara yang sesuai untuk merampas kembali makmal itu. Bukan tamak tapi demi menebus maruah mendiang ayah dan memberi pengajaran kepada Tan Sri penyangak itu!
Daniel simpan semula maklumat ke dalam sampul surat. Sampul surat kuning pula dibuka. Maklumat tentang ibu kandung Zaki.
Hmm...interesting! This gonna be more exciting! Daniel senyum lebar. Dia simpan maklumat itu semula di dalam sampul kuning tadi.
Sherry! Give me a copy of certififcate of analysis for our cosmetics testing results from JN Biotech. Daniel mula interkom setiausahanya.
Seketika kemudian Sherry menapak ke bilik Daniel membawa satu salinan keputusan makmal dari JN biotech.
Thank you very much! Daniel senyum lebar. Sherry dilihat semakin seksi. Skirt paras lutut yang terbelah sampai ke pangkal paha dan baju tiub yang hanya ditutupi dengan kardigan hitam yang juga ketat sehingga nampak luas bahagian depan. Dia menelan liur.
Cepat-cepat matanya dialihkan ke arah lain. Mengurut dada. Daniel...kau kena sabar. Arissa is your girl now!!
Anything else boss Sherry senyum menggoda.
Err..no, thanks. Daniel mula meneliti keputusan makmal yang dihulur Sherry tadi.
Fuh.. Daniel mula lega. Sherry sudah menapak keluar dari biliknya.
Keputusan makmal diteliti seketika. Jelas ada tandatangan Arissa di sebelah tandatangan Syed Faizal.
Hmm..so, she is actually microbiologist for this lab.. Daniel senyum melihat tandatangan Arissa. Keputusan untuk analisa mikrobiologi dan kimia untuk produk krim kecantikan diteliti lagi.
So, the products free from all these. Thats good! Mata Daniel masih pada keputusan itu. Bahagian analisa mikrobiologi dibaca lagi. Hydroquinone juga tidak ada.
Pathogenic bacteria semuanya okey. Absent. Total Plate Count Apa ni Kira plate ke apa Daniel garu kepala. Tidak faham.
Dia segera menghubungi makmal. Jelas di telinganya dia mendengar suara di hujung talian menyebut nama Arissa. Daniel senyum.
Hello! Can I speak to Miss Arissa Lee Badlisha Sengaja Daniel sebut nama penuh Arissa.
Speaking..
Daniel senyum lagi. Ah! Rindunya aku pada kau Arissa!!
Im from DJB Cosmetics company, this is regarding your results. I just received yesterday. May I know what is the meaning of Total Plate Count Daniel mula bersandar di kerusi empuknya. Senyumannya semakin lebar.
Oh..TPC is for bacteria count sir. Err..may I know the results. Suara lembut Arissa jelas kedengaran di hujung talian.
Dont you have that results with you
No sir, I need to get it from admin for the copy.
Daniel senyum lagi. Hatinya sudah kembang setaman.
Okay..
Err..what is the result sir
According to this report, the result is less than 10 cfu per gram. What do you mean by that Daniel mula membaca keputusan analisa yang tertera di atas kertas laporan itu.
Oh..thats mean your products free of bacteria sir. Less than 10 is actually not contain bacteria in 10 grams. That is our standard report for cosmetic products.
Daniel mula berkerut kening. Keliru. Tak faham.
Err...you mean..the products free from bacteria in just 10 grams Daniel garu kepala. Rasanya produk kecantikan seperti krim yang dipaketkan adalah lebih dari 10 gram.
Yes sir. It is actually represent for the whole products. That result is valid based on our standard method used. United State Pharmacopoea International method. Terang Arissa di hujung talian.
Oh..okey.. Daniel senyum. Puas hati dengan penjelasan Arissa.
Anything else sir
Oh...this week end I need to see you, personal. Daniel sengaja berkata demikian.
Senyap.
Hello! Are you there
Err...yes. Why do you wanna see me sir
Daniel ketawa mengekek. Suara tergagap-gagap Arissa jelas di hujung talian.
I just want to discuss more about my product and the analysis. Is it okay with you
Err..Ill let you know tomorrow.
Talian putus.
Daniel senyum lebar. Arissa...Arissa...what a funny girl!
Jam di dinding sudah menghampiri sepuluh pagi. Gagak terus dihubungi. Daniel mula mengemas meja dan mula menapak keluar dari bilik.
DI LOBI hotel, Daniel dan Gagak masih berehat di sofa sementara menunggu Robin tiba.
Maklumat tu semuanya saya dah baca. Saya nak awak hantar surat dan semua maklumat ni kepada lawyer saya, Mr. Mahendran. He knows what to do. And one more thing..Bennett manaDaniel lihat sekitar lobi hotel. Sebelum dia keluar dari pejabat tadi, sempat dia suruh Gagak menghubungi Bennett.
On the way.
Daniel angguk.
Now, saya nak semua maklumat ni jadi bahan bukti nanti. Dan Datuk Mustafa, dia juga tak akan terlepas. Cari bukti kukuh yang menunjukkan dia terlibat dalam hal ni. Daniel hulur sampul kecil kepada Gagak.
Daniel senyum sebaik melihat Bennett menapak ke arah sofa.
So, dah buat keputusan
Bennett angguk.
Good! Aku nak kau rapat dengan Datuk Mustafa. Aku tahu dia ada agenda tersendiri. 25% yang dia dapat bagi aku tak banyak. Kau dah sedia Daniel jeling Bennett yang tunduk.
Yup! Bennett mendongak. Rasa bersalah pada Daniel masih tebal. Tak sangka selama ini Daniel banyak menolong keluarganya.
Okay, good! Daniel mula menerangkan apa yang patut dilakukan. Lama mereka berbincang.
Daniel..aku minta maaf sebab aku dah khianati kau.. Bennett peluk Daniel sebaik mereka sudah hendak bersurai.
Its okay. Ayah aku pun dah tak ada. Aku harap jangan kerana duit kau hanyut dalam dunia kotor manusia yang tidak bertanggungjawab. Daniel menepuk bahu Bennett.
So, you know what to do next. Daniel mengingatkan Bennett. Meraka mula beredar dari situ.
DANIEL senyum lebar. Segala rancangannya akan dipastikan berhasil. Tan Sri Johari, Datuk Mustafa dan Datuk Chong akan menerima padahnya.
Just wait and see.. Daniel sengih. Dia kemudian ketawa.
Matanya menala ke skrin komputer riba. Gambar Arissa ditatap lagi.
Arissa...kau pun dah berubah... Teringat pertemuan tak sengaja di kedai bunga. Penampilan Arissa nyata sudah berlainan sekali.
Hmm..esok aku akan pujuk dia pergi ke majlis tu.. Daniel senyum sambil memandang siling.
Zaki dan makcik Fatimah sudah tidak sabar untuk bertemu Arissa. Bila difikirkan balik, betapa kecilnya dunia ini. Dia kenal Arissa dan jatuh cinta tapi dia juga yang cemarkan maruah gadis itu kerana salah sangka dan dendam membara. Zaki, pekerjanya yang setia dan baik tinggal bersama ibu Arissa. Dan yang paling tidak sangka Arissa ada kaitan dengan Nelissa dan Zaki sebenarnya.
Arissa..walau sedalam mana pun kau bencikan aku, aku akan tetap cintakan kau dan aku akan pastikan kau milik aku! Daniel tatap lagi wajah gadis putih kemerahan itu. Setiap inci wajah gadis itu diperhatikan. Kulit putih gebu, kening hitam lebat, rambut ikal melepasi paras bahu, mulut merah semulajadi dan jelas mata gadis itu tidak seperti gadis Korea yang kebanyakkannya sepet. Kalau ada yang besar pun mungkin dah dibuat pembedahan plastik!
Hmm..no wonder dia lagi cantik dari selebriti Korea.. Daniel senyum.
Daniel menapak ke ruang tamu. Makcik Fatimah sedang memasak juadah makan malam di dapur. Mak Ti hanya berkhidmat di waktu siang hari sahaja. Zaki pula baharu selesai sembahyang.
Dah siap Daniel senyum melihat Zaki melipat sejadah.
Zaki angguk.
Daniel melabuhkan punggung di sofa. Zaki turut duduk di sebelahnya.
Zaki, saya sudah dapat maklumat tentang ibu kandung awak. Daniel mula buka bicara.
Zaki pantas menoleh. Ya
Daniel angguk.
Dia kat mana sekarang ni Zaki sudah tidak sabar.
Tak jauh tapi... Daniel senyap seketika.
Tapi apa
Daniel bisik ke telinga Zaki.
Jadi..selama ini ibu saya.. Zaki tunduk. Ada riak sugul di wajahnya.
Ya..maafkan saya tapi ada sesuatu yang awak perlu tahu. Daniel masih memandang Zaki yang mula sugul.
Zaki mendongak.
Zaki, Daniel! Mari makan! Fatimah laung dari dapur.
Hmm..dinner is ready. Lets eat first. Daniel bingkas bangun. Zaki turut membuntuti Daniel.
USAI makan malam, mereka bertiga berbual sekali lagi di ruang tamu. Fatimah siap sediakan kuih karipap dan teh panas.
Makcik pandai buat karipap Daniel tercengang.
Mestilah pandai! Kan dia sudah tinggal lama di Malaysia. Kuih kasui pun omma pandai! Zaki sengih sambil menjeling ibunya. Dia kunyah karipap yang masih panas.
Daniel senyum. Sejak Zaki dan makcik Fatimah datang ke rumahnya, dia begitu berselera jamah makanan dan lebih selesa makan di rumah.
Arissa suka karipap ni. Makcik masih ingat dulu, dia sibuk nak buat sekali. Sampai habis bersepah tepung atas lantai. Muka Arissa pula penuh dengan tepung. Fatimah ketawa.
Ya Dia suka apa lagi makcik Daniel teruja.
Hmm..dia suka makan ayam percik. Malah dia pandai buat ayam percik. Umur tujuh tahun dia sudah tolong makcik masak. Daniel dah pernah rasa ayam percik Fatimah pandang Daniel yang sudah terkebil-kebil.
Zaki hanya senyum melihat tingkah Daniel.
Err..ayam percik tu macam mana Daniel senyum kelat.
Ayam panggang dengan kuah percik... Zaki tolong jawab.
Oh..sedap tak Sekali lagi Daniel garu kepala.
Mestilah sedap. Arissa pun pandai masak ayam percik ni... Fatimah mula tunduk. Matanya mula bergenang. Umur Arissa mencecah tujuh tahun, dia terpaksa bawa diri ke Korea bersama Zaki yang tua setahun dari Arissa.
Omma...kita akan jumpa juga Arissa.. Zaki rangkul bahu ibunya. Daniel hanya memerhati tingkah Zaki dan makcik Fatimah.
Sungguh rapat.
Makcik..Arissa suka bunga apa ya Daniel kembalikan suasana ceria yang mula sugul.
Fatimah mendongak. Dia senyum.
Dia suka bunga warna putih yang harum. Dia pernah kata pada makcik, bunga ibarat seorang perempuan, putih bunga lambang kesucian dan wangi bunga pula lambang keindahan perempuan. Fatimah senyum. Sedih bila teringat kenangannya bersama Arissa.
Daniel tunduk. Arissa layak digelar perempuan putih dan wangi tapi dia yang merubah semua itu sejak malam dia perangkap Arissa.
Daniel cintakan Arissa Fatimah pandang Daniel tidak berkelip.
Daniel senyum kelat. Pertanyaan makcik Fatimah tadi begitu sukar untuknya menjawab kerana dia tahu Arissa tidak pernah sukakannya.
Err..ya makcik tapi Arissa tak pernah sukakan saya. Mungkin saya ni bukan lelaki pilihan dia.. Daniel terpaksa berterus terang.
Tak apa...makcik akan pujuk dia terima Daniel. Lagipun Daniel pun sekarang belajar Islam kan Fatimah senyum lebar.
Err...boleh tak saya nak masuk meminang Daniel beranikan diri. Cintanya pada Arissa terlalu mendalam.
Zaki dan Fatimah tergamam.
Maksud Daniel Kan Daniel belum lagi peluk Islam Fatimah menelan liur.
Omma..sebenarnya bos saya ni sudah pun peluk Islam. Hari pertama dia jumpa Ustaz Hakimi, dia sudah bersedia untuk itu. Padanya keinginannya untuk peluk Islam melebihi segalanya. Bukan kerana nak bernikah dengan Arissa. Zaki menjelaskan perkara sebenar.
Oh...alhamdulillah.. Fatimah meraup muka dan berdoa penuh syukur.
Tapi..makcik tak pernah nampak pun Daniel solat Fatimah berkerut kening.
Omma..bos saya ni baharu lagi jadi seorang muslim. Kita buat perlahan-lahan. Zaki dah ajar sedikit cara nak solat. Nanti bila dah belajar semua langkah, insyaAllah kita akan sama-sama solat. Zaki tersenyum lebar.
Zaki..insyaAllah...saya dah belajar semua tu. Saya rasa saya dah yakin.. Daniel mula rasa lega. Zaki dan makcik Fatimah menerimanya dengan hati terbuka.
Cuma saya harap..makcik dan Zaki rahsiakan pengislaman saya ni dari Arissa. Saya nak saya sendiri yang beritahu dia. Lagi satu, panggil saya Daniel saja walaupun saya dah pilih nama Islam saya.. Daniel tunduk.
Hmm..kalau macam tu, waktu Isyak nanti kita solat sama-sama. Tentang bacaan tu, bos jangan risau. Belajar perlahan-lahan. Yang penting kita tak tinggal solat. Zaki tepuk bahu Daniel.
Zaki senyum. Teringat hari pertama dia membawa Daniel ke rumah Ustaz Hakimi. Penuh khusyuk Daniel mendengar nasihat dan belajar agama dari Ustaz Hakimi. Hampir setengah hari mereka berdua mendengar ceramah Ustaz Hakimi yang bijak menangani masalah seperti Daniel.
Masih jelas di matanya, Daniel beberapa kali mengesat air mata. Akhirnya, dengan rela hati dan izin Allah, Daniel akhirnya melafazkan dua kalimah syahadah disaksikan oleh tetamu yang hadir di situ. Kebetulan ada majlis menyambut kelahiran Rasulullah s.a.w. Masa Daniel mengucap dua kalimah syahadah di depan Ustaz Hakimi, jelas dia melihat Daniel menitiskan air mata semakin laju. Tanpa sedar, dia sendiri turut menangis. Siapa sangka lelaki kaya raya, kaki minum dan kaki perempuan telah dipilih oleh Allah untuk memeluk agama suci Allah. Benarlah hidayah itu milik Allah dan dikurniakan kepada hanya orang yang terpilih. Daniel, dialah antara insan terpilih itu!