Tika Cinta Berbisik - 36
Bab 35

KHAIRUL melangkah laju menuju arah ke lobi pejabat. Dia sudah terlambat.

Encik Khairul... Encik Khairul! Karmila melambaikan tangannya.

Khairul berhenti dan menoleh ke belakang.

Ada apa Saya dah lambat ni.

Malam ni Encik Khairul free Karmila men-dekati Khairul.

Tak. Saya dah lewat ni. Lain kali saja kita berbual. Khairul berlalu

meninggalkan Karmila. Karmila memuncungkan bibirnya.

Khairul sampai di Hotel Perdana tepat pukul 10.30 pagi. Dia ada masa lebih kurang 15 minit untuk menyiapkan diri. Hari ini adalah hari penting baginya. Dia seboleh mungkin mahu agar kertas kerja yang disediakan oleh syarikatnya akan diterima oleh klien.

Telefon bimbitnya tiba-tiba bergetar.

Hah, Nurul...! Khairul menjerit kecil bila mendengar suara di hujung talian itu.

Berilah salam dulu, Khairul. Dah sampai mana ni

Khairul spontan ketawa malu. Saya dah sampai. Lagi 15 minit saja.

Insya-Allah, awak mampu lakukannya. Sekarang semua harapan staf ada di bahu Khairul. Ingat tu, pesan Nurul di hujung talian.

Saya ingat. Malam tadi saya sempat buat solat hajat. Mohon agar urusan ni berjalan dengan baik. Nurul tengah kerja ke ni

Ya, ada di pejabat. Selamat berjaya, Khairul.

Khairul menggengam erat telefon bimbitnya. Perlahan-lahan telefon bimbit itu dibawa ke bibirnya. Dikucupnya perlahan.

DI pejabat, semua staf saling berpandangan bila melihat Ketua Pengarah mereka berjalan menuju ke biliknya. Mereka berkumpul membincangkan adakah kertas kerja mereka dipersetujui atau tidak.

Khairul kembali keluar dari bilik. Dia mendapatkan para pekerja yang sedang berkumpul tanpa mengetahui kehadirannya.

Awak semua buat apa ni tegur Khairul.

Semua pekerja kelihatan kalut. Mereka berdiri dan tidak bergerak-gerak.

Untuk pengetahuan awak, syarikat kita telah memenangi tender tu. Jadi, saya mengucapkan terima kasih pada awak semua.

Habis saja Khairul berucap, semua pekerja bertepuk tangan kegembiraan. Khairul turut teruja melihat kegembiraan mereka. Alangkah kuatnya kerjasama pekerja di syarikatnya. Dalam diam, Khairul merancang sesuatu.

Bertenang semua! arah Khairul. Semua mata memandang ke arahnya. Mereka amat menghormati Encik Khairul kerana dia seorang pengarah yang cukup mesra dengan pekerja.

Begini, sekarang kita akan dihimpit beban kerja yang banyak. Kita ada masa tiga bulan untuk menyiapkan tender itu. Jadi saya harap kamu semua dapat saling bekerjasama dan bersatu hati untuk menjayakan projek kita ini. Projek ini menelan belanja berjuta-juta ringgit. Dan sebagai balasannya, saya akan memenuhi permintaan kalian jika projek ini siap dengan jayanya.

Para pekerja saling berbisik antara mereka. Seorang pekerja mengangkat tangan.

Encik Khairul, bolehkah jika kami mahu pergi cuti-cuti Malaysia Pertanyaan staf itu disambut dengan gelak ketawa staf yang lain.

Okey, saya rasa itu cadangan yang bagus. Apa salahnya jika syarikat membalas jasa kalian dengan membawa kalian bercuti. Saya akan bentangkan usul ini pada mesyuarat akan datang.

Sekali lagi para pekerja bersorak kegembiraan. Khairul kembali ke biliknya. Daripada dalam bilik, masih terdengar sorakan para pekerja.

Masuk, suruh Khairul apabila mendengar ke tu kan halus di pintu.

Karmila masuk ke bilik Khairul dengan membawa secawan kopi. Langkahnya diatur penuh tertib.

Jemput minum, Encik Khairul.

Terima kasih, susah-susah saja. Saya boleh minta setiausaha saya buatkan.

Tak apalah, bukan selalu. Saya dengar Encik Khairul nak bawa staf bercuti. Betul ke soal Karmila. Tangannya menguis-nguis anak rambutnya.

Iya, saya bercadang mahu mengajak semua staf syarikat pergi bercuti. Saya rasa, sekarang adalah masa yang tepat untuk membalas jasa mereka.

Ah, Encik Khairul terlalu memanjakan mereka. Nanti jika dah terbiasa, mereka pijak kepala kita. Menyesal tak sudah.

Apa salahnya, sebagai pekerja mereka ada hak. Mungkin dengan cara ini dapat meningkatkan produktiviti syarikat.

Karmila ternyata tidak berpuas hati dengan jawapan Khairul. Ada sahaja bantahannya. Namun dibalas oleh Khairul dengan penuh berhemah selayaknya dia sebagai seorang pengarah.

Minumlah, Encik Khairul. Karmila menyorongkan cawan kopi di hadapan Khairul. Niatnya sebenar adalah mahu Khairul merasai kopi yang disediakannya.

Iyalah. Khairul mencapai cawan kopi itu lalu menghabiskannya. Dia mahu agar Karmila segera keluar dari biliknya. Namun niatnya tak kesampaian.

Macam mana dengan malam ni Dinner

Maaflah, saya tak dapat keluar dengan awak. Saya....

Encik Khairul ni, banyak sangat alasan. Saya tahu Encik Khairul tak ada kerja. Apa salahnya dinner dengan saya. Saya ni ketua jabatan di sini. Bukannya orang luar. Sesekali kita keluar makan berdua, tak salah kan pintas Karmila.

Awak ni masih tak faham ke Saya kata tak boleh, tak bolehlah. Khairul mula rimas dengan desakan wanita itu.

Malam ni saya ada dinner dengan teman wanita saya, tambah Khairul.

Please! Jangan tipu saya, wahai duda. Awak bukan ada girlfriend. Karmila ketawa kecil.

Okay, awak datang ke Hotel Garden malam ni pukul 8.30, tengok siapa dengan saya. Khairul terus mencapai beg sandangnya. Dia keluar dengan tergesa-gesa. Meluat benar dia dengan sikap ketua jabatannya itu.

SUDAH lima kali Fasha mengangkat telefon. Naik lenguh tangannya. Bayang Nurul masih juga belum kelihatan.

Mana kau pergi ni, Nurul Lenguh tangan aku ni menjawab telefon. Kejap berbunyi. Baru letak, tak sampai satu minit berbunyi lagi, ngomel Fasha sebaik sahaja ternampak kelibat Nurul.

Kalau macam tu kau tak payah jawablah. Ada yang nak mengacau agaknya.

Nak mangacau apa. Ada lelaki yang cari kau. Sapa namanya Khairul. Dah lima kali dia telefon. Aku kata telefonlah lagi setengah jam, ni tak sampai berapa minit dah telefon lagi. Sapa Khairul tu, Nurul

Itu kawanlah. Aku nak telefon dia kejap. Nurul mendail nombor telefon Khairul. Dadanya berdebar-debar. Risau jika ada apa-apa yang ber laku.

Khairul, ada apa cari saya tanya Nurul sebelum sempat dia memberi salam.

Hai Nurul, tadi pagi awak juga yang ingatkan saya agar bagi salam, ni awak pula yang tergopoh-gapah.

Nurul ketawa menahan geli hati. Fasha kehairanan melihatnya. Dia memasang telinga mendengar perbualan Nurul.

Sebenarnya saya nak ajak awak keluar malam ni. Kita ajak Anis sekali. Dia ada di rumah, kan Kita bawalah dia jalan-jalan.

Nurul berfikir sejenak. Nurul dapat merasakan ada sesuatu yang tersembunyi daripada pelawaannya itu.

Ada apa-apa ke ni soal Nurul.

Nantilah saya cerita. Apa yang penting kita keluar malam ni. Bertiga. Nanti saya jemput di rumah. Beritahu Anis, jangan lupa. Okey, assalamualaikum. Talian diputuskan sebelum Nurul sempat menjawab salam.

Nurul segera mendail nombor telefon rumah.

Anis, tengah buat apa

Tak buat apalah, kak. Tengok tv saja. Boring sorang-sorang, jawab Anis.

Okey, malam nanti Abang Khairul ajak kita pergi jalan-jalan. Anis nak pergi, tak

Eh, mestilah nak. Bila kak

Malam ni. Oke, akak nak sambung buat kerja. Hati-hati di rumah.

Fasha mendekati Nurul setelah gadis itu meletakkan gagang telefon.

Kau ada date malam ni soalnya.

Ish, bukan datelah. Kalau date, takkan aku bawa adik aku sekali. Aku pun hairan, selalunya kalau dia ajak aku keluar tentu dia dah beritahu aku awal-awal. Ni macam terdesak sangat nak keluar. Minggu ni saja dah empat kali dia ajak aku makan. Gemuklah aku tak lama lagi.

Amboi, makan tu ingat-ingatlah aku. Kau hati-hati Nurul. Orang secantik kau ni mana-mana lelaki goyang tau. Mujur kau keluar dengan adik kau. Nak keluar tu langkah kaki kanan, baca bismillah, pesannya.

Baiklah, Ustazah Fasha. Saya nak buat kerja saya ni. Tolong diam, okey

KHAIRUL sampai di rumahnya tepat pukul enam petang. Malam itu dia sudah berjanji untuk membawa Nurul dan Anis berjalan-jalan. Zafirah diting galkan dahulu di rumah Hajah Tuminah. Khairul bercadang untuk mengambil anaknya itu semasa ingin keluar nanti. Riang benar hatinya bila berdekatan dengan dua beradik tu. Khairul tidak sabar mahu memperkenalkan Zafirah kepada mereka berdua.

Khairul melangkah menuju ke bilik air. Dia mahu membersihkan diri kerana belum menunaikan solat asar. Belum sempat Khairul membuka baju, terlihat kelibat seseorang di belakangnya. Dia segera menoleh namun kelibat itu telah menghilang.

Ah, perasaan aku agaknya. Khairul lantas membuka baju dan merendamkan badannya ke dalam tab mandi. Kedinginan air menenangkan perasaannya.

ISH, mana Abang Khairul tak datang-datang ni, kak gerutu Anis. Dia berjalan mundar-mandir di dalam rumah. Sekejap-sekejap dia menjenguk ke luar rumah.

Kejap lagi sampailah tu. Sabar sikitlah, Nurul memujuknya.

Kerisauannya sengaja disembunyikan daripada pengetahuan Anis. Sejak petang tadi dia merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena. Namun, perasaan itu telah ditolak jauh-jauh.

Kak, telefonlah dia, rayu Anis.

Nurul tersentak. Segera nombor Khairul dipanggil namun tidak dijawab. Nurul cuba mendail nombor rumahnya namun talian terputus.

Tak dapatlah, dia semakin tidak sedap hati.

Kita pergi rumah dia. Akak tak sedap hatilah. Tiba-tiba perasaan akak risaukan dia.

Nurul dan Anis menahan teksi yang lalu di hadapan rumah.

Di dalam kereta, Nurul menggenggam erat tangan Anis. Mukanya berpeluh.

Kak, kenapa tangan akak sejuk tegur Anis.

Nurul hanya mendiamkan diri. Apa yang termampu dilakukannya hanyalah berdoa di dalam hati. Bibirnya bergerak-gerak mengucapkan asma Allah.

Kak, dah sampai. Anis menggerakkan badan kakaknya. Nurul tersedar.

Kelihatan kereta Khairul masih berada di garajnya. Suasana dalam rumah itu juga terangbenderang. Pagar rumah itu terbuka. Mereka memasuki perkarangan rumah dan berhenti di hadapan pintu.

Assalamualaikum, Nurul memberi salam. Anis turut melaungkan salam. Namun tiada sesia pa yang menjawab.

Kak, macam mana ni. Takkan kita nak masuk, nanti dikatakan kita menceroboh pula.

Nurul memikirkan kata-kata Anis itu ada benarnya. Lama-kelamaan dia mula putus asa. Mungkin Khairul ada kerja.

Ah!

Jeritan Anis memeranjatkan Nurul. Dia melihat Anis jatuh terbaring di hadapan pintu rumah.

Aduh, sakitnya kak. Anis menggosok-gosok punggungnya. Rupa-rupanya dia bersandar di pintu dan secara kebetulan pintu itu tidak berkunci.

Anis, pintu tak ditutuplah. Kita masuk, ajak Nurul. Nurul melangkah laju memasuki rumah Khairul. Nurul membiarkan Anis duduk di sofa. Dia masih merungut-rungut menahan sakit.

Khairul... Khairul.... Nurul memanggil nama Khairul.

Bunyi air di tingkat atas memancing perhatian. Langkah diatur menaiki tangga ke tingkat atas. Nurul benar-benar yakin ada sesuatu yang tidak kena. Dia rela dituduh menceroboh demi me mastikan hal itu. Dia masuk ke dalam bilik utama. Kelihatan baju dan seluar Khairul berselerak di atas katil. Pintu bilik air terbuka luas. Perlahan-lahan Nurul melangkah masuk.