Garden. Sepatutnya dia pergi dengan Kak Mek dan kawan-kawan lain untuk mudahkan urusan. Tapi, Idlan tak benarkan. Kalau dia ada di kampung, biar dia jadi driver.
Entah apa kena dengan pakcik sorang tu. Siang hari tadi bila dia sebut ada persembahan di hotel, Idlan nampak lain macam. Wajahnya muram. Macam tak suka. Dia jongket bahu. Malas nak bersangka buruk. Kalau Idlan tahu dia selalu fikir bukan-bukan, tentu Idlan terkilan. Dah dekat tarikh mereka nak nikah, takkan dia nak buat hal tak semena
Lagipun, dia dah janji dengan diri sendiri, dia akan bahagiakan Idlan. Dia nak Idlan sentiasa gembira tak kira walau apa situasinya. Ika mengambil kostum lalu dibawa ke ruang tamu. Dia duduk di situ sambil menunggu Idlan sampai.
Ketika tiba di hotel, Ika perasan dengan perubahan wajah Idlan. Apa yang tak kena ni Idlan marah dia ke Tapi, apa sebabnya Kesalahan apa dia dah buat Masa ni jugalah Idlan nak buat hal. Kalau tunggu dia selesai buat persembahan, tak boleh ke Dia menggeleng lalu meminta diri ke belakang pentas.
Idlan duduk di kerusi sambil berpeluk tubuh. Kiri kanan dia memerhati keadaan. Persembahan tarian MakYung sedikit sebanyak mengganggu fokus. Manalah tak terganggu kalau kebanyakan lelaki yang menonton persembahan asyik pandang Ika saja Tentulah dia tak suka. Lagipun, dia pentas itu bukan Ika saja yang ada. Ramai lagi gadis lain turut serta. Kenapa Ika seorang diberi perhatian Sungguh dia tak senang hati.
Manis betul penari tu.
Yang mana satu, bro
Tu... yang paling depan sekali. Kat tengah-tengah.
Kau pun tengok dia ke
Yelah. Kau
Aku pun tengok dia juga. Kalau jadi isteri aku, tiap-tiap malam aku nak suruh dia menari depan aku. Kau tengok gerak tari yang dia buat. Gemalai semacam aje. Meremang bulu roma aku ni.
Idlan ketap bibir menahan rasa geram yang kini menghentam dada. Telinga panas mendengar perbualan antara dua orang lelaki duduk di sebelah. Mata dipejam. Dia tunduk sebentar. Sabar ditahantahan dengan perbualan demi perbualan yang tak enak didengar. Apa yang tak kena dengan dua lelaki tu Kenapa kotor sangat pemikiran mereka
Itu kalau dia jadi isteri kau. Kalau dia jadi isteri aku pula, aku nak kurung dia dalam bilik 24 jam.
24 jam Kejam betul. Kau nak suruh dia buat apa
Buat apa lagi Layan aku ajelah.
Ha ha ha!!! Terhambur tawa besar dari keduadua lelaki tersebut.
Idlan tarik nafas dalam-dalam. Masih sabar mendengar cakap-cakap dua lelaki jakun. Entah dari planet mana mereka datang. Macam tak pernah tengok perempuan!
Selesai persembahan, Ika yang lengkap dengan kostum terus mendekatinya. Ya, cantik. Memang cantik, tapi dia tak mahu kecantikan Ika dengan berpakaian begini dijamu mata lelaki lain. Balik nanti abang ada perkara nak cakap. Apa dia Soal Ika dengan rasa tak sabar.
Dah dengar sendiri Idlan cakap apa. Dia nak cakap bila dah balik nanti. Bukan sekarang. Aduhai Ika. Tak sabar-sabar dia nak tahu. Memanglah dia tak sabar kalau dari tadi Idlan tunjuk muka masam macam asam jawa.
Nantilah. Kita balik dulu. Dalam kereta nanti abang beritahu, kata Idlan. Senyum dipaksa-paksa.
Perasaan Ika rasa tak sedap. Idlan tak jadi kahwin dengan dia ke Idlan nak putuskan pertunangan sekali lagi ke Ish, tak mungkinlah. Ini mesti ada hal lain.
Abang nak Ika berhenti menari. Idlan mulakan perbualan sejurus kereta bergerak di jalan raya.
Ika meneguk liur perlahan. Dia menoleh lama memandang Idlan yang berwajah serius. Apa mimpi pula Idlan suruh dia berhenti menari Tak ada ribut tropika pun, tiba-tiba aje Idlan mengarahkan begitu.
Boleh Ika tahu apa sebabnya
Abang tak suka. Itu aje alasan abang boleh bagi, balas Idlan dan terus fokus pada pemanduan.
Langsung tak menoleh. Bukan apa, dia tak boleh pandang wajah Ika sekarang. Mungkin Ika sedang tunjuk muka kesian. Tak fasal-fasal nanti dia tarik balik keputusan. Bukan dia tak tahu bakal isterinya ini minat benar dengan tarian itu.
Ika senyum dengan mengalih pandangan ke luar tingkap cermin kereta. Dia tak tahu kenapa Idlan tibatiba memutuskan begitu. Sekurang-kurangnya berilah satu alasan munasabah. Takkan hanya kerana Idlan tak suka Kalau tak suka pun, cakaplah kenapa. Sebab apa.
Itu sebenarnya dia nak tahu.
Boleh abang bagi alasan kenapa abang tak suka
Idlan menekan brek serta-merta. Terkejut Ika dengan tindakan Idlan. Tubuhnya terdorong ke depan lalu dada diurut penuh debar. Tayar kereta masuk lubang ke Dia tertanta-tanya.
Idlan menyandar pada tempat duduk.
Kenapa abang berhenti kat sini Naif Ika menyoal. Tak tahu langsung apa ada dalam kepala Idlan. Sejak siang tadi Idlan tunjuk sikap aneh. Ketika dia menyebut soal persembahan di hotel, muka Idlan dah lain.
Idlan menoleh lama memandang Ika. Wajah bersih dan polos itu direnung seketika sebelum dia beralih pandang. Ika betul-betul minat menari
Ya, abang. Lembut Ika beri jawapan.
Kalau abang suruh Ika berhenti, boleh Ika turut kehendak abang
Ika menarik nafas. Boleh. Tapi, Ika nak tahu apa sebabnya.
Sebabnya, abang tak suka. Boleh Ika terima alasan tu
Ika mengeluh. Riak hampa terpamer di wajah. Dia sangat meminati tarian tradisional MakYung. Tapi, kalau Idlan dah tak suka, apa boleh dia buat Terpaksalah dia ikut.
Okey, abang. Ika akan berhenti. Jawapan pasrah diberi. Harap Idlan puas hati. Dia tak mahu menyoal lagi. Apatah lagi nak engkar dengan arahan itu.
Terima kasih sebab ikut cakap abang, ucap Idlan.
Sejurus tiba di rumah, Ika lekas-lekas masuk ke bilik. Pintu bilik ditutup lalu dikunci. Dia menyandar di pintu seketika sebelum bergerak ke katil.
Wajah ditekup dengan bantal. Menahan rasa pilu apabila buat keputusan berhenti menari. Kalau orang lain tentu mereka anggap itu keputusan kecil. Tapi, tidak bagi Ika. Dia mencintai tarian MakYung. Dah sebati dalam jiwa. Tapi, dia agak kecewa apabila Idlan menyuruhnya berhenti tanpa dia tahu sebabnya. Ditambah lagi Afi Lukman dah banyak berhabis duit membayar yuran. Itu yang paling dikesali Ika.
Namun, jauh sekali dia nak bantah. Idlan dah banyak menderita ketika hidup bersama Irdiana. Cukup Irdiana seorang saja yang mendera hati dan perasaan Idlan. Biar dia pula mengubati kesan luka yang ditinggalkan Irdiana pada lelaki itu.
Telefon bimbit berdering minta dijawab. Sebaris nama Idlan muncul di dada skrin. Lekas-lekas dia mengesat mata. Mana tahu kalau Idlan buat panggilan video. Nanti tak fasal-fasal Idlan perasan dia sedang menangis.
Memang sah Idlan buat panggilan video. Cepat benar lelaki itu menghubunginya.
Assalamualaikum. Kopiah putih melekat elok atas kepala Idlan. Mungkin baru lepas solat. Ika buat penilaian ketika melihat penampilan Idlan.
Sekali lagi Ika kesat mata. Kepala diraba-raba. Tudung masih kemas rupanya. Waalaikumussalam, abang.
Dah solat isyak Soal Idlan apabila melihat Ika masih dengan pakaian sama.
Belum.
Kenapa nampak sedih
Siapa sedih Ika menyoal sambil meraup wajah. Cuba hilangkan bukti rasa terkilan yang ada di muka.
Kalau adalah.
Abang tahu apa Ika rasa. Sebab tu abang cepatcepat call. Tadi nak pujuk lebih-lebih dalam kereta rasa
macam tak elok. Karang jadi cerita lain... Ika cuba tersenyum.
Jangan senyum kalau terpaksa.
Erk... Idlan ni. Macam bomoh pula. Mana ada terpaksalah. Ika senyum ikhlas ni, tau. Untuk abang aje Ika senyum macam ni.
Idlan tunjuk muka tak percaya. Macamlah dia tak boleh baca apa yang Ika rasa sejak dia menyuruh Ika berhenti menari.
Abang tahu Ika minat menari. Tapi, percayalah. Abang suruh Ika berhenti sebab ada kebaikannya. Abang tak mahu bakal isteri abang menari depan orang. Lebih-lebih lagi depan lelaki bukan mahram. Kalau perempuan lain, abang tak kisah. Tapi, Ika... tunang abang. Bulan depan kita dah nak kahwin. Abang tahu abang masih tak ada hak nak bagi arahan itu ini. Tapi, sekurang-kurangnya Ika fikirlah mana yang baik, mana yang tak baik.
Ika tunduk mendengar. Rasa macam bersalah nak pandang muka Idlan yang tengah pakai kopiah tu. Dah macam ustaz bagi ceramah agama pula. Dia tergelak dalam hati. Rasa kelakar dengan apa yang dibayangkan. Jahat betul dia. Kalau Idlan tahu ni, mahu kecil hati agaknya.
Memandangkan Ika merajuk dengan abang...
Mana ada Ika merajuklah. Cepat saja Ika memotong percakapan Idlan yang belum selesai.
Allah... tak sabar-sabar. Boleh tunggu abang habis cakap dulu
Yelah... Ika kemam bibir. Tersilap memotong kata-kata Idlan.
Idlan senyum lebar. Dia menggeleng melihat telatah Ika. Kesian sungguh buat muka macam tu.
Nasib baik dalam telefon. Kalau depan-depan ni, harus dibelai-belai pipi comel itu.
Ish, tersasar pemikirannya saat ini. Mengarut sudah. Harus cepat-cepat kahwin dengan Ika. Rasanya, bukan harus lagi dah. Tapi, wajib!
Abang nak nyanyi satu lagu. Khas untuk Ika. Tapi, minta maaf awal-awal sebab suara abang tak sedap.
Ika tergelak. Idlan belum mulakan nyanyian pun dia dah ketawa besar. Dia lucu melihat muka Idlan begitu. Macamlah Idlan buat kesalahan besar sangat pada dia.
Lagu apa abang nak nyanyi Dahlah tengah pakai kopiah, nak menyanyi pula tu.
Betrayal. Lagu kegemaran abang.
Bukan lagu Kupinang Kau Dengan Bismillah ke Tak main lagu tu. Idlan mencebik.
Eleh, berlagak betul. Huh...
Itu lagu Ika, Ikalah kena nyanyi. Bukan lagu abang.
Yelah-yelah... cepat nyanyi!
Ehem.. ehem.. Idlan mengusap halkum. Membetulkan peti suara. Lagu Betrayal berkumandang diiringi minus one yang dipasang.
Aduhhh... boleh berdarah telinga Ika bila dengar suara Idlan yang tak sedap tu.
Selesai Idlan menyanyi dengan suara sumbang yang boleh mendera halwa telinga Ika, Idlan minta diri untuk putuskan talian. Mengantuk katanya.
Ika berbaring sambil sebelah tangan diletak ke dahi. Hilang terus kesedihan tadi dengan cara Idlan memujuk. Tak apalah, bukan perkara besar pun kalau dia tinggalkan dunia tarian MakYung. Dia tak rugi apa-apa, malah rasa bertuah kerana bakal suami mengambil tanggungjawab dalam masa terdekat untuk mengingatkannya.