Kawasan yang dihiasi dengan pelbagai tumbuhan itu sungguh mendamaikan. Di sinilah terciptanya pertemuannya bersama Zairis. Menangkap gambar, bergaduh, dan bergelak ketawa. Semuanya terakam dan seperti diulang tayang. Biarpun dia tahu perkara itu tidak akan berlaku lagi.
Eh, Syak. Aku nak pergi ke suatu tempat kejap.
Nanti aku datang sini balik.
Okey.
Kelibat Alisa mula menghilang di sebalik kawasan tersebut.
Syakila menghela nafas. Hmm kenapa dia masih tidak dapat melupakan Zairis Perasaan rindu ini masih membuak-buak dalam diri. Dia pun tidak tahu kenapa dia sanggup pergi ke sini lagi. Nasib baik hari ini cuti. Bosnya yang bagi cuti kepada semua staf kerana majlis yang disambut tempoh hari. Cuti umum. Seronok dapat bos yang baik hati ni. Hehe Tiba-tiba kedengaran bunyi gitar seperti dipetik. Rentaknya seperti dia pernah dengar. Bukan ke rentak lagu Carta Hati yang dinyanyikan oleh Najwa Latif
Syakila cuba mencari di mana datangnya bunyi itu.
Engkau duduk di situ. Diam tersipu malu.
Mahu mendekati aku.
Aku mulai resah
Hati ku jadi kebah
Melihat diri mu aku rebah
Tapi hati ini kuat menyatakan
Kau terkini duduk di carta hati
Lagu cinta kita bermula Dari mata turun ke jiwa
Dari teman menjadi cinta
Dan berjanji untuk setia
Sehidup semati kita
Menjanjikan bahagia
Untuk kita berdua selama-lamanya
Terhenti seketika lagu tersebut dinyanyikan. Suara itu suara Najwa Latif! Tapi di mana gadis itu berada Kemudian, selang beberapa saat suara tersebut menyanyi kembali. Merdunya!
Jangan engkau jangan pergi
Jangan tinggalku sendiri
Jangan tinggalkan carta hati
Kau janjikan bahagia
Ku janji kau tak terluka
Teruslah berada di carta hati kita Lalalalala Ohh ohh.
Tanpa Syakila sedar, sedari tadi Zairis sudah berada di belakangnya. Apabila dia menoleh, dirinya tergamam. Wajahnya berubah riak. Melihat Zairis di hadapannya membuatkan tubuhnya kaku.
K kau akan terus berada di carta hati aku, Syak Lunak suara itu melafazkan. Sejambak bunga dihulurkan kepada Syakila. Wajahnya redup, memandang gadis itu.
Jantung Syakila bagai dipalu-palu ketika itu. Darah panas seperti menyerbu pada wajahnya.
Kau merepek apa ni Dan apa kau buat kat sini
Senyuman terlakar di bibir Zairis. Syak
Aku tahu kau cemburu
Kening Syakila terjongket. Cemburu Dah kenapa pula aku cemburu Pandanganya dibuangkan ke arah lain. Dia enggan memandang Zairis.
Kau cemburu sejak terserempak dengan aku bersama seorang gadis, kan
M ma mana ada! Tergagap-gagap Syakila menjawab. Masih mahu menafikan. Tetapi dalam hatinya, dia mengakui bahawa dia memang cemburu!
Aku dengan gadis tu tak ada apa-apa hubungan pun. Itu cuma saudara aku aje.
Aku tak tanya pun!
Kau tak tanya, tapi dalam hati kau nak tahu kan
Tak ingin aku nak tahu!
Syak
Macam mana kau tahu aku dekat sini Belum sempat Zairis menghabiskan bicara, Syakila sudah memintas.
Ohh Ir, dia tengok Instagram kau. Kau kan ada pos kau nak pergi sini. Sebenarnya aku dah ikut kau dari semalam lagi
Yalah tu. Kau tahu ke alamat pejabat aku
Tahulah. Dah kau punya intro kat Instagram ada alamat pejabat sekali. Tak ke semua orang tahu
Syakila tidak mempedulikan Zairis. Sekarang baru dia perasan di mana Najwa Latif berada. Tapi kenapa seperti ada beberapa orang krew yang sedang merakam Hmm pelik!
Ada apa pula tu Syakila terpaksa tanya Zairis. Nak tahu dia orang tengah buat rakaman apa.
Ohh dia orang tengah buat rakaman video klip, lagu Najwa Latif yang lama tu. Tajuknya Carta Hati. Tapi, kan yang seronoknya, kau dengan aku yang jadi peneraju utama dalam rakaman tersebut, terang Zairis sambil tersengih.
Mencerlung mata Syakila. Apa Habis tadi tu, hanya untuk rakaman ajelah
Mana ada untuk rakaman saja.
Hipokritnya kau. Menyampah!
Syakila Nama penuhnya disebut. Alamak, tak biasa pula bila orang sebut nama penuhnya!
Tak payah skema sangatlah. Panggil Syak macam biasa aje
Ada tak nama aku kat hati kau
Nak buat apa nama kau dalam hati aku pula Dahi Syakila mula berkerut.
Ada ke tak
Tak ada!
Tapi, kan Zairis menjungkitkan keningnya.
Tapi, apa
Aku tahu kenapa nama aku tak ada dalam hati kau. Sebab
Sebab
Sebab nama tak sesuai dalam hati. Yang sesuai adalah hati aku bersama dengan hati kau. Apabila hati kita bercantum, hati kita makin besar. Bila dah besar, barulah hati kita mempunyai carta
Apa yang kau merapu ni Aku tak faham!
Hati kau, hanya untuk aku Syak. Aku tak nak cari yang lain. Aku rasa, kaulah gadis yang paling istimewa biarpun perangai kau macam
Baru saja Syakila nak senyum Macam apa! Sergah Syakila.
Macam apa ya Kau kena ubah perangai kau tu. Jangan macam monyet! Jadilah Perempuan Melayu Terakhir, hanya untuk aku saja. Boleh
Syakila mengetap gigi. Geramnya! Tak habis-habis nak bahan dia dengan ayat yang dah lapuk tu.
Zairis semakin melebarkan senyuman. Suka melihat wajah Syakila yang tengah geram.
Syakk!!
Tiba-tiba mereka berdua dikejutkan dengan suara Zainura. Kelihatan kelibat gadis itu bersama Alisa sedang menghampiri ke sini.
Syakila terkejut melihat kawannya itu. Alamak, kenapa Nura ada kat sini pula
Jaku pasal hubungan kau dengan Zairis Nada ELASKAN pada aku. Kenapa kau tak beritahu
suara Zainura itu kedengaran seakan tidak berpuas hati.
Syakila melabuhkan punggungnya di atas sofa. Dia baru sampai ke apartment. Zainura yang ajak balik sebab nak bincang berdua saja.
Aku nak beritahu kau, tapi aku tak berani. Sejak pertemuan pertama tu, aku semakin rapat dengan dia waktu malam anugerah tu. Aku dijemput oleh pihak stesyen televisyen. Lepas tu, timbul gosipgosip berkaitan kita orang. Dari situlah hubungan aku dengan Zairis makin rapat, Panjang lebar Syakila menceritakannya kepada Zainura.
Zainura mengeluh berat.
Aku ada beritahu kau kan, yang aku minat Zairis Tapi tak sangka, kau yang rapat dengan dia. Tak apalah, benda pun dah lepas. Aku nak meraung pun tak guna. Nampaknya, aku kena cari artis lainlah pula untuk aku minat pula.
Aku minta maaf, Nura.
Alah, aku tak kisahlah. Aku cuma nak tahu perkara sebenar aje.
Betul ni
Ya!
Tapi tak salah pun, kalau kau nak minat dia.
Aku nak usyar artis lelaki yang lain pula. Mana tahu ada yang lagi kacak ke
Amboi, dari dulu tak pernah berubah ek
Aku buat semua tu sebab nak cari pasangan hidup
Haha, yalah.
Syakila hanya menggeleng melihat sikap Zainura.
Biarlah, janji kawannya itu bahagia.