Hani.... meleret-leret suara Puan Maizurah menegur anaknya. Dia pandang Ryan yang terkebil-kebil memandang si isteri yang menyindir tepat batang hidung.
Hani mencebik dengan teguran itu. Ye la! Sejak kes Nisa hari tu, lima hari jugalah Ryan menyepi. Telefon tak berangkat. Mesej tak berjawab. Geram punya pasal, dia block terus nombor Ryan. Padan muka! Tapi, entah angin apa menyerang Ryan, tiba-tiba muncul dalam rumah dia.
Bangun pagi-pagi dia dah terima kejutan elektrik. Elok je Ryan duduk di bawah sambil minum kopi. Mama pula yang teman. Musykil betul dia saat ni. Sejak bila Puan Maizurah dah berbaik dengan Ryan tu Bukan hari tu boikot ke
Tengok tu. Buat muka. Dahlah baju pun kartun Sailormoon, bebel Puan Maizurah bila Hani dan Ryan sama-sama tidak berbicraa.
Seorang pandang seorang ni, seorang lagi buat tak tahu. Merajuk la tu!
Hani pandang bajunya. Apa salahnya dengan baju kartun Buat apa nak malu, dia pakai baju. Lain la dia tak pakai baju. Yang tu wajib malu 5 hari 5 malam.
Ala Ma, kalau dia tak nak Hani sebab pakai baju kartun, Hani tak kisah pun. Dia nak lari jauhjauh pun tak pa. Ops, lupa... hari tu ingat dah lari terus, tak sangka muncul pula pagi-pagi ni, pedas sindiran Hani hinggakan Ryan ketap bibir.
Bukan sebab marah, tapi dia tahu dia salah. Lima hari dia hilangkan diri dan Hani... pasti gadis itu risaukan dia.
Hani! marah Puan Maizurah. Anaknya kalau marah, memang mulut dia tu tak reti nak jaga. Sabar je la Ryan dapat bini macam tu.
Hani buat tak tahu pada amaran Mamanya. Dia lagi suka layan rasa geramnya dari berpurapura baik depan Ryan padahal hati macam nak berulat sebab geram!
Mama tak fahamlah dengan kamu ni. Mama nak naik bilik. Pandai-pandai kamu berdua settle masalah masing-masing. Puan Maizurah mula bangun dengan muka penat.
Ryan, cuba la nasihatkan bini kamu ni sikit, jangan dilayan rasa marah tu. Semua tu hasutan syaitan. Suka ke syaitan bersorak bila anak cucu cicit Adam dan Hawa kalah dengan godaan mereka Sambung Puan Maizurah lagi sebelum berlalu.
Setepek tepat kena muka Hani. Sindiran Mama kau lagi pedas Hani. Tapi, betul apa, kau nak ke syaitan bersorak saat dia berjaya memperdaya manusia
Awak datang ni nak apa Sedaya upaya Hani kendurkan suaranya walaupun hakikatnya dia masih geram. Bila Ryan tak bercakap, tapi hanya memandangnya, dia lagi rimas!
Rimas sebab hatinya dah mula mencair. Hati, kau ni memang betul-betul nak merosakkan imej aku depan mamat ni kan
Nak awak.
Zap! Pandangan mereka bersatu. Merah muka Hani memandang Ryan yang tersengih seronok. Cis! Dia kenakan aku rupanya. Baru saja anginnya nak naik, Ryan tiba-tiba melompat ke arahnya. Duduk bersamanya di atas sofa berangkai dua itu. Tergamam dia seketika.
Muncung mulut Hani memandang Ryan yang masih tersengih-sengih. Sengih-sengih! Ingat sengihan kau tu ubat untuk kemarahan aku ke Bebel Hani dalam hati. Baru saja dia ingin membuka kata pedas, tiba-tiba tubuhnya terasa dipeluk. Meronta dia jadinya.
Orang cakap kalau pasangan tengah marah, peluklah dia. Nescaya kemarahannya akan beransur pergi. Hani marah dekat abang ye Bisik Ryan betul-betul di tepi telinga isterinya.
Terbutang biji mata Hani dibuatnya. Satu kerana pelukan Ryan. Dua, kerana bisikan yang buat hatinya mula kembang setaman. Ketiga...
Abang
Sejak bila awak jadi abang saya walaupun cair, suara keras tu tetap dilontarkan.
Ingat Ryan seorang je boleh ego Dia pun boleh la!
Sejak Allah hadirkan Hani untuk abang. Bukan sebagai abang, tapi sebagai seorang suami yang akan sentiasa berada di sisi, sayang.
Kalau tadi kembang, kali ni dia rasa hatinya seakan membesar menjadi belon udara yang bila-bila masa mampu buat dia terbang melayang. Kenapa Ryan ni Mula-mula abang lepas tu sayang pula! Lima hari hilang, dia pergi belajar cara nak jadi romantik ke apa Tapi, seram pula bila mamat ni buat perangai tak semenggah. Ayat pula stok ayat kasanova!
Boleh tak awak tak payah bisik-bisik. Gelilah telinga saya. Bukannya ada orang pun selain kita. Cakap guna nada biasa tak boleh ke Satu lagi, tangan ni! Boleh alihkan tak! ujar Hani. Tangan galak memukul lengan Ryan yang berlingkar di pinggangnya. Tak selesa!
Tak selesa ke atau tergoda
Tak boleh. I missed you so much.
Rindu Kalau rindu, yang larikan diri tu kenapa
Jangan merepek boleh tak Baik angkat tangan awak tu atau.... Hani pandang kecil besar wajah Ryan. Selama ni asyik Ryan yang mengugut. Jom tengok, dia ada bakat mengugut tak
Alihkan atau saya... duduk rumah Mama selama-lamanya!
Rangkulan terlepas. Hani tersenyum bangga.
Yes! Mamat ni takut dengan ugutannya. Namun senyuman bangganya mati bila tangannya tibatiba digenggam erat oleh Ryan. Nak tarik, memang tak berdaya la!
Jangan ingat abang takut dengan ugutan Hani tu. Kalau Hani tak nak tinggal dengan abang, banyak cara abang boleh buat bagi Hani setuju tinggal dengan abang. Tapi, ingat satu perkara, Hani tak kan lepas dari abang! tegas Ryan.
Tercebik Hani dibuatnya. Eh.. takutnya kita. perli Hani buat-buat takut.
Buat muka macam tu lagi la abang geram. Hari ni juga abang tempah trailer, campak Hani dalam trailer. Bawa balik rumah abang.
Abang, abang dan abang! Pandai Ryan bahasakan diri sekarang. Rasa pelik, tapi sedap pun ada juga.
Treler Kenapa tak tempah lori sampah je
Mana boleh tempah lori sampah. Nanti lagi busuk Hani yang dah sedia busuk ni. giat Ryan sambil mendekatkan hidung mancungnya ke arah Hani.
Eee!!! Hani menjauhkan diri. Tahu la dia belum mandi, tapi cara Ryan sindir tu macam cari gaduh je.
Im sorry...
Hani tercengang. Melayang terus marah kerana dikatakan busuk oleh Ryan. Ryan minta maaf Serius!
Abang tahu Hani marahkan abang. Abang minta maaf. Abang buat Hani risau, tak jawab panggilan Hani. Tak balas mesej Hani. Abang minta maaf.
Tahu, ingatkan tak tahu. Hani tayang muka malas nak layan.
Sebab abang tahu la abang datang sini. Jumpa Hani. Tapi... Ryan berhenti pada akhir ayatnya. Tapi, apa
Tapi, abang tak jawab call dan mesej Hani, dua hari je tahu. Yang baki tiga hari tu abang call, abang mesej Hani, tapi kenapa tak jawab atau tak balas Ryan keluarkan suara tak puas hatinya.
Sebab tak dapat call atau mesej dari awak. ujar Hani cukup selamba.
Kenapa
Sebab saya dah block nombor awak. jujur Hani.
What Rahang Ryan mula bergerak. Hempeh punya Hani!
PUAN Maizurah tergeleng melihat gelagat Hani dan Ryan. Baru tadi muka anaknya macam kura-kura tak dapat sorokkan kepala, sekarang dah boleh bergelak ketawa. Tersenyum dia melihat perubahan Hani. Kalau dilihat dari jauh, Ryan memang secocok dengan anaknya. Hani tu bukan senang nak dikawal, tapi Ryan orang yang dapat mengawal anaknya. Sejuta kesyukuran dipanjatkan pada Allah S.W.T.
Walaupun pada mulanya dia langsung tak berkenan dengan Ryan, tapi sekarang dia dapat rasakan yang Ryan itu adalah lelaki yang dikirimkan untuk anak gadisnya. Malas mengganggu pasangan yang baru saja berbaik itu, Puan Maizurah menghalakan kakinya ke bilik.
Bila awak nak tunaikan janji awak kening Hani terjongket naik.
Janji Masa bila abang janji dengan Hani Ryan tayang muka pelik.
Cepatnya di lupa. Baru hilang lima hari dah amnesia. Awak tak ingat apa yang awak cakap I will tell you everything. Cepat la cerita. Macam mana awak boleh ada dekat situ masa Nisa cuba langgar saya dan macam mana awak tahu yang Nisa dalang dalam kematian Riana
Janji tu rupanya. Abang ingat janji nak bawa balik madu tadi.
Ryan!
Ryan ketawa kecil. Suka pula tengok isterinya cemberut saat menyebut tentang madu.
Marah pula. Abang belum habis cakap lagi tahu. Abang nak cakap madu asli bukan madu yang gitu-gitu.
Hani tarik muka. Eleh! Macam boleh percaya sangat auta Ryan.
Jangan nak ubah topik. Cepat cerita sekarang. Saya nak dengar ni. Hani sudah sediakan telinganya untuk mendengar hikayat Ryan. Memang dari hari tu lagi dia tertanya-tanya, tapi Ryan gedik hilangkan diri.
Boleh, dengan syarat. Jangan ber awak saya lagi. Hani panggil abang dan bahasakan diri sebagai Hani. Nak bahasakan diri sayang lagi abang suka.
Lima hari dia menghilang kerana rasa bersalah pada arwah Riana. Kalau dia dan Riana tak bercinta dulu, pasti semua ni tak kan jadi seperti itu. Tapi, takdir itu harus diterima. Dulu dia tak mampu terima takdir sehingga menyalahkan neneknya sendiri. Sekarang dia nak akhiri episod yang penuh rasa bersalah itu. Riana Barlah dia tenang di alam sama.
Lima hari dia menghilang juga untuk memikirkan arah hubungannya dengan Hani. Sudah tiba masanya dia melangkah setapak ke hadapan. Dia harap perasaanya ini akan berkekalan untuk selamanya. Walaupun pertemuan dengan Hani bukan kerana cinta, tapi bila Allah dah tetapkan jodoh antara dua insan, cinta itu pasti akan menyusul. Dia harap hidupnya akan berubah bila Hani ada bersamanya.
Hmm... Kalau saya tak nak Suara mengusik Hani buat Ryan tersedar dari lamunannya.
Kalau tak nak, abang... abang tak kan cerita sampai Hani bersedia panggil abang ni abang. putus Ryan tekad.
Terherot kiri kanan bibir Hani sebelum dia pandang dalam wajah suaminya.
Kalau macam tu, boleh tak abang ceritakan pada Hani sekarang. Hani kenyit mata sekali.
Ketawa Ryan dibuatnya. Nakal betul si Hani ni. Rasanya dah lama dia tak ketawa gembira seperti ini. Terasa ingin saja dia mengucup dahi itu demi menyatakan betapa banyak kasihnya tertumpah buat gadis yang menjadi isterinya itu.
Hmm.. abang patut mula dari mana ya Ryan terfikir-fikir sebelum tersenyum. Satu senyuman dilepaskan khas buat si isteri yang masih menunggu.
Ingat masa Hani beritahu ayat terakhir arwah Riana Apa yang Hani cakap tu buat abang tak sedap hati lebih-lebih lagi bila Hani sebut nama Lili. Waktu tu ada sikit la curiga abang pada Nisa, tapi sumpah, abang tak pernah sangka dia adalah dalang sebenarnya. Ryan mula membuka cerita yang mengganggu perasaannya dulu.
Dia ingin melanjutkan ceritanya namun ditahan oleh Hani.
Sekejap. Apa kena mengena Lili dengan Nisa Hani sebut Lili, tapi kenapa abang Syak Nisa Siapa Lili
Lili tu adalah Nisa. Lili Hanisah, nama penuhnya. Hanya keluarga dia yang panggil Lili. Bila Hani kata Riana ada sebut nama Lili, baru abang teringat yang Riana memang panggil Nisa dengan panggilan Lili. terang Ryan.
Hani mengangguk faham. Teruskan cerita.
Ingat masa Hani telefon abang kata ada kereta ekori Hani Masa tu abang hafal nombor plat kereta tu. Abang tak sedap hati bila ada yang ekori Hani, jadi abang upah orang untuk cari kereta tu.
Maksud abang dua orang lelaki hari tu Ryan mengiakan dengan anggukan.
Abang tak puas hati bila Hani kaitkan Nisa dalam kes Riana. Abang nak kan jawapan dan abang ke pergi ke rumah Nisa. Niat abang nak tanya terus dengan Nisa, tapi tiba-tiba orang suruhan abang, telefon kata mereka nampak Nisa jumpa dengan orang yang ekori Hani masa tu. Masa tu abang dah curiga pada Nisa. Kemudian orang yang abang upah cakap, dia orang ekori Nisa dan nampak Nisa tengah ikut seorang perempuan.
Waktu tu abang dah rasa pelik. Abang suruh dia orang ambil gambar perempuan yang diekori Nisa. Hanya Allah je yang tahu perasaan abang bila gambar yang dikirim tu adalah Hani. Masa tu hati abang betul-betul tak sedap. Abang terus cari Hani, tapi abang terkejut bila nampak ada kereta meluru laju ke arah Hani. Nasib abang sempat tarik Hani kalau tak memang abang akan menyesal seumur hidup. Walaupun abang tahu kemungkinan orang yang nak langgar Hani tu adalah Nisa, tapi abang harap sangat bukan dia. Tapi, rupanya memang dia orang tu. Ryan akhiri ceritanya bersama satu keluhan.
Hani pandang wajah ralat milik Ryan. Pasti lelaki tu terasa tertampar dengan peristiwa tu.
Kenapa abang harap bukan dia soal Hani sekadar untuk tahu.
Hani, Nisa tu kawan baik abang. Abang dah kawan dengan dia sejak zaman universiti lagi. Abang tak pernah sangka dia mampu buat macam tu dan paling abang terkilan, dia buat macam tu semata-mata kerana cintakan abang. Abang rasa macam...
Cukup tu. Hani tak nak dengar abang salahkan diri sendiri lagi. Bukan abang yang minta semua tu. Kita jadikan cerita lama tu sebagai pengajaran, okey Hani angkat ibu jarinya dengan wajah ceria. Dia paling tak suka Ryan sedih.
Hani dah dengar cerita abang, sekarang giliran abang pula tanya Hani. tutur Ryan penuh makna.
Tanya apa berkerut dahi Hani jadinya. Apa pula yang suami dia ni nak tanya. Tengok muka, macam terlebih dos je ni.
Bila nak pindah rumah abang
Hani terdiam. Soalan tu lagi! Hari tu bila Ryan menyoal, dia cakap beri masa. Dia masih mahu bersama mamanya. Permintaan dia buat Ryan merajuk sampai tak nak jawab telefon. Kalau dia bagi jawapan yang sama, agaknya, Ryan merajuk lagi teruk tak
Hani memang dah bersedia nak pindah rumah abang tu. beritahu Hani hingga jelas terpancar keceriaan di wajah Ryan. Tapi, dengan satu syarat la.
Hilang terus senyuman Ryan dibuatnya. Syarat juga
Syarat Sayang ni saja nak kenakan abang. Apa syaratnya Nak suruh abang panjat pokok kelapa ke giat Ryan.
Hani mencebik.
Dia bagi syarat boleh, kita pun kena la bagi syarat. Baru fair and square. Syaratnya bukan panjat pokok kelapa, tapi.... Hani berjeda dengan kening terangkat nakal.
Tapi Ryan rasa ada yang tak kena pada wajah Hani. Riak yang nakal tu buat hatinya kurang sedap.