KAMU SANG PENCULIK - 36
HOI! Satu suara garau bergema. Aku harap itu Niel, tapi aku pasti suara itu bukan miliknya. Dengan juraian air mata aku memandang wajah kedua penjahat tadi. Muka mereka nampak serba-salah dan saling mencuit. Mereka lesap beberapa saat kemudian.

Shaqina, awak okey Terasa lenganku dipaut seseorang.

Automatik aku tarik lenganku. Wajah kudongak dan terus nampak muka Fitri. Dia rupanya penyelamatku.

Ya Allah, teruk luka ni Saya minta maaf. Fitri pegang kepalanya. Wajahnya cukup kesal. Kenapa dia perlu minta maaf denganku

Pandangan kularikan ke lengan dan baru aku tahu darah sudah penuh di lengan blausku. Blaus putih sudah berubah jadi merah. Ada kesan koyak di situ. Mungkin lenganku terkena hujung tangga konkrit yang pecah.

Kita pergi hospital. Kali ini bahuku pula dipegangnya. Cepat-cepat aku alihkan bahu. Dia ni, berapa kali aku hendak pesan yang aku tak suka pegang-pegang ni.

Saya okey. Sikit aje ni, balasku dengan suara yang agak lemah. Sebenarnya kesakitan itu sudah menjerut tubuh, namun aku tak mahu kelihatan lemah di hadapan Fitri.

Jangan degil! Tegas suaranya sambil mengeluarkan sapu tangan putih dari poket kemeja.

Lenganku dipegang kemas kali ini dan aku tak mampu menarik. Sapu tangan ditekap pada lukaku untuk menghalang lebih banyak darah keluar. Kemudian ia diikat kemas. Aku hanya mampu jadi pemerhati.

Sha, kenapa ni Suara Munirah kedengaran dan aku terus mendongak.

Shaqina kena ragut. Kita bawa dia pergi hospital. Fitri yang jawab.

Astaghfirullahalazim, jom-jom. Ya Allah, banyak sangat darah ni. Munirah mencapai bahuku dan aku terus bangun dengan bantuannya. Jelas kerisauan di wajahnya.

Fitri memandu keretanya terus ke hospital swasta yang berdekatan. Hendak menghalang tak sempatlah pula. Kos rawatan di sini pastinya mahal. Sampai sahaja ke hospital, aku terus dibawa ke unit kecemasan. Setelah diperiksa, kata doktor lukaku harus dijahit. Seriau juga dibuatnya tapi tak mampu hendak bantah. Yang penting aku cepat sembuh. Banyak lagi kerja yang harus aku buat jadi tak boleh bercuti terlalu lama.

Kemudian, aku dibawa ke bilik rawatan lain. Mujur juga Munirah dibenarkan masuk. Tapi, Fitri juga tak ketinggalan ikut. Aku minta agar dia palingkan badan agar tak terlihat lenganku yang sedikit terdedah. Ubat bius dicucuk terlebih dahulu.

Jangan risau ya. Sekejap aje ni dan tak akan rasa sakit pun. Doktor sempat memberi kata-kata semangat untukku. Jelas sangat agaknya wajahku yang tersangatlah cuak.

Kali pertama seumur hidup aku akan dijahit. Mana tak takut. Jarum, gunting dah tali jahitan di dalam bekas aluminium sempat aku kerling. Tangan kiri kugenggam kemas bagi membuang sedikit rasa seram, tapi tak berkesan pun. Akhirnya aku pilih untuk tutup mata sahaja.

Mun, aku takut, rengekku sambil cuba menggapai tangan Munirah.

Apabila jariku tersentuh tangan Munirah, aku terus genggam erat lengannya. Kemudian aku dapat rasakan mata jarum itu menusuk ke dalam kulit dan isi. Ya Allah, seriaunya. Puas kutahan segala rasa takut. Terasa genggamanku makin kemas pada lengan Munirah. Maafkan aku Munirah. Minta-mintalah lengannya tak lebam nanti.

Okey, sikit aje lagi Aliya. Lepas ni dah boleh buka mata ya. Terdengar lagi suara doktor. Aku mengangguk lemah.

Alhamdulillah dah siap.

Aku tarik nafas lega saat doktor memberitahu. Perlahan-lahan genggaman di lengan Munirah aku lepaskan. Namun, mata masih tertutup rapat. Aku tarik nafas panjang dan menghelanya beberapa kali sebelum mata kubuka. Kelihatan Munirah yang sedang tersenyum. Bahuku diusapnya dan satu senyuman akhirnya terlakar jua di bibirku. Lega akhirnya kerja menjahit selesai.

AKU minta maaf sangat-sangat dah susahkan kau dengan Faiz. Sampaikan kau orang kena skip waktu kerja sebab nak tolong aku. Tak tahu macam mana nak bagitahu yang aku betul-betul berterima kasih, luahku ketika baru sahaja melabuhkan punggung ke atas katil. Munirah turut duduk di sebelahku.

Selesai urusan di hospital tadi, Fitri terus menghantar aku dan Munirah ke rumah sewaku. Tiada orang di rumah kerana Kak Zila dan Miza masih di tempat kerja masing-masing. Yalah jam pun baru 3.15 petang. Dalam perjalanan ke rumah sewa tadi, Munirah sempat telefon Faiz. Minta dia datang ke sini. Kereta Faiz ditinggalkan di rumah sewaku dan dia mengikut Fitri untuk mengambil Irizku.

Ya Allah dah sepuluh kali kau cakap terima kasih. Yang banyak tolong bukannya aku dengan Faiz, tapi Encik Fitri. Lagipun, inilah gunanya kawan. Bila duduk jauh dari keluarga, kawan ajelah yang kita boleh harapkan. Aku suka sangat dapat tolong kau ni. Tapi, kau kena janjilah jaga diri baik-baik dan ikut semua nasihat doktor tu. Munirah mulakan pesanan khidmat masyarakat. Aku terangguk-angguk sambil tersenyum lebar.

Baik Puan Munirah. Tabik kuangkat.

Tengok tu main-main pula. Eh, aku nak tumpang solatlah boleh. Dah terlajak zuhur dah ni. Kau cuti kan. Munirah bangun dari duduk.

Pergi aje bilik air tu. Macam tak biasa pula. Aku halakan jari telunjukku ke arah bilik air yang memang sedia di dalam bilik. Munirah terus tanggalkan selendangnya dan berlalu ke bilik air.

Aku angkat kakiku dan biarkan ia terlunjur di atas katil. Badan aku sandarkan pada kepala katil. Terasa selesa sedikit. Tangan yang luka sempat aku angkat. Masih jelas terasa pedihnya. Sudahlah lengan kanan yang kena. Memang sukarlah aku hendak buat kerja. MC yang diberi doktor tidaklah terlalu lama tapi jika aku hendak sambung cuti sendiri tak jadi masalah kerana baki cuti tahunanku masih banyak. Cuma, terasa berat hati hendak tinggalkan kerja. Fail-fail di atas meja sentiasa minta diselesaikan aje.

Dalam sibuk aku berfikir, Munirah sudah pun selesai berwuduk. Dia berjalan ke arah tempat penyidai telekung. Sambil dia menarik telekung dan sejadah, tanganku sempat mencapai lengannya.

Mun, aku nak minta maaf. Sambil belek lengan Munirah, sambil minta maaf.

Eh, yang kau pergi belek lengan aku ni kenapa Munirah kerutkan dahinya.

Tadi, kan aku pegang kuat. Takutlah lebam. Alhamdulillah, tak lebam. Sakit tak Aku lega melihat lengannya yang elok sahaja.

Apa yang kau merapu ni Bila masa pula kau pegang kuat. Aku pimpin aje. Munirah tergelak kecil.

Alah, tadi masa tengah jahit luka.

Kau ni kan suka benar buat andaianlah. Tadi Mak aku call, jadi aku keluar kejap. Tengok kau dah duduk statik dan elok pejam mata jadi aku malaslah nak kacau. Aku keluar senyap-senyap ajelah. Penjelasan Munirah buat aku tersentak.

Habis aku pegang tangan siapa tadi Dahiku pula yang berkerut.

Jangan-jangan Encik Fitri. Sebab dia kan ada sekali dalam tu. Munirah sudah senyum meleret. Kawanku yang ini memang dari dulu tak habis-habis suka padankan aku dengan Fitri.

Tak sukalah macam tu. Geramnya aku kalau betul dia. Tak patut dia buat macam tu kat aku, dengusku dengan muka masam kelat.

Eh, sejak bila kawan aku jadi orang tak kenang budi ni Dia dah tolong janganlah marah dia. Lagipun mungkin dia kesian dekat kau. Itu yang dia relakan lengan dia kena pegang kuat. Bukannya dia yang beria nak pegang kau. Munirah menggeleng. Kesal sedikit dengan reaksiku barangkali.

Yalah, aku pun agak-agaklah jika hendak marah pun. Orang sudah buat baik, boleh pula komen itu dan ini.

Oh, lagi satu Sempat Munirah menyambung sambil menyarungkan telekung. Aku pandang Munirah semula. Adik angkat kesayangan jumpa kau kejap betul tadi. Tengok-tengok dah hilang.

Adik angkat kesayangan Siapa Soalku. Dalam hati berbisik Inayah ke

Hai, berapa banyak adik angkat kau Macam dah nak semput aku tengok dia berlari tadi nak cari kau. Tup-tup tengok kejap aje. Ada a few miss calls tadi masa kita on the way nak ke hospital, tapi aku tak dengar sebab telefon berada dalam silent mode. Lepas tu dia hantar WhatsApp, sempatlah aku balas masa dah sampai dekat hospital. Tanya pasal kau jadi aku bagitahulah kita dekat hospital sebab kau kena ragut dan luka. Penerangan Munirah benar-benar menyesakkan jantungku.

Apa Terasa kepalaku berat dan mataku mula berair. Mun, telefon aku mana Terus aku menyoal. Aku yakin peragut tadi tak sempat ambil Galaxy A. Hanya tas tangan yang dibawa lari.

Ada dalam beg. Encik Fitri bagi kat aku tadi. Munirah mencapai tas tangannya dan Galaxy A dikeluarkan. Bercerai habis semua komponennya. Mungkin tak sempat dicantum oleh Fitri. Aku cepatcepat ambil. Dengan kudrat tangan kiri aku berusaha mencantum komponen yang terpisah. Namun agak sukar jadi aku kuatkan diri gunakan tangan kanan juga walau masih sakit.

Eh, eh kenapa ni Mari sini aku lekatkan. Tangan

kau tu dahlah baru lepas kena jahit. Munirah menarik perlahan Galaxy A.

Tak apa, kau solatlah dulu. Dah lambat ni. Kutolak dengan sopan.

Tengok tu jangan degil. Tegas suara Munirah. Siap dicantum, Munirah hulurkan padaku semula.

Kenapa tak boleh on ni Tak ada bateri ke Atau rosak sebab jatuh kuat, bebelku sambil menekan punat Galaxy A.

Munirah capai tangan kiriku. Aku dongakkan kepala dan wajah Munirah yang kehairanan menyapa mataku.

Tak apa, aku cas dulu. Kau pergi solat, pintaku sekali lagi.

Kau ni kenapa Okey tak Janganlah risaukan aku. Kenapa ni Berdas-das peluru soalan Munirah tujukan padaku.

Niel mesti nampak aku pegang lengan Encik Fitri. Jujur aku kali ini.

Kalau dia nampak pun apa masalahnya Tak akanlah dia nak cemburu kakak angkat dia dengan lelaki lain. Munirah garu kepala yang tidak gatal. Kemudian matanya tajam merenungku. Lama juga dan aku pula buat muka tak bersalah.

Chupp, kejap kau ni dengan Fitri kecil ada apa sebenarnya Munirah bagai dapat menghidu sesuatu.

Kau pergi solat dulu. Please Mun, dah lewat ni. Aku tak mahu terus rasa bersalah. Mataku redup merenung Munirah.

Dia akur dan bangun dari katil. Sejadah dibentang dan tiba-tiba dia menoleh lagi ke arahku. Nampak dia sudah membuka mulut.

Mun, solat dulu. Terus aku memintas sebelum dia sempat bersuara.

Tak tenang aku dibuatnya. Sempat juga Munirah luahkan sebelum dia kembali menghadap kiblat.

Fikiranku kembali bermaraton. Galaxy A sudah kucas. Tangan kiriku mula mengusap Pandora yang masih selamat di tangan kanan. Untuk pertahankan Pandoralah hingga lenganku berjahit. Namun, aku tak kisah. Nilainya jauh mahal berbanding apa yang telah dicuri peragut tadi. Tapi, sekarang aku yakin pemilik asal Pandora sedang terluka.

Kenapa aku langsung tak sedar akan kehadirannya tadi Aura yang biasa ada antara kami bagai tak berfungsi tadi. Mungkin kerana situasiku. Apa yang penting sekarang aku harus telefon Niel dahulu. Mataku sempat mengerling Galaxy A dan baru dua peratus bateri yang masuk.

Sha Panggilan Munirah membunuh lamunan panjangku. Tidak sedar sahaja dia sudah siap solat dan kini duduk di birai katil.

Cuba cakap dekat aku betul-betul. Apa hubungan kau dengan Fitri kecil yang sebetul-betulnya Bukan sekadar adik-beradik angkat, kan Soal Munirah dengan renungan yang cukup dalam.

Sebenarnya aku Terhenti seketika. Wajah Munirah kurenung kembali. Nafas panjang kutarik dan kuhela. Aku dengan dia dah tersuka sama suka. Akhirnya kebenaran terluah di bibirku.

What! Reaksi Munirah seperti yang kujangka.

Matanya kini bulat merenung tepat ke wajahku.