Minta tolong apa Pak Long Insya-Allah
kalau boleh Lisa tolong, Lisa tolong.
Nanti Lisa tolong bawa Pak Long pergi kafe Brian tu. Ajak ayah Lisa sekali. Tapi, Lisa jangan bagitahu Brian yang Pak Long nak datang sana. Bolehkan Lisa
Insya-Allah Pak Long. Boleh je. Bila-bila Pak Long nak pergi Pak Long bagi tahu Lisa je nanti Lisa bawakan.
Imah, Abang Long nak minta Imah tolong uruskan majlis pertunangan tu nanti boleh tak Sebab kalau ikut perancangan tadi semua tempat Imah tahu. Abang Long nak cuma ahli keluarga terdekat kita je yang ada nanti masa majlis tu berlangsung. Kita buat simple je sebab kalau buat besar-besar nanti membazir pula. Boleh ya Imah
Boleh Abang Long. Abang Long jangan risau. Insya-Allah lagi pun tempat-tempat yang Imah sebut tadi tu tempat kawan-kawan Imah. Imah boleh cuba minta diskaun dengan mereka. Harap-harap menjadilah majlis tu nanti.
Terima kasih ya Imah.
Hai... Imah suka bila tengok budak Bunyamin tu. Bersopan santun budaknya. Kalau tengok, siapa pun tak menyangka yang dia tu dibesarkan dekat luar negara. Selalunya kalau dah duduk lama dekat luar negara bila balik sini terus hilang identiti, dah bertukar jati diri. Tapi, pandai Mak ayah si Bunyamin tu didik anak dia. Komen Puan Rahimah.
Masing-masing mengangguk bersetuju. Brian masih utuh dengan adat dan budaya Ketimuran.
NEK, ATUK! Haziq dah balik. Haziq menerpa ke arah Encik Yusuf dan
Puan Rahayu. Di tangannya terdapat kotak
Happy Meals. Haziq terus melompat ke atas sofa dan menunjukkan mainan yang terdapat dalam kotak Happy Meals tadi kepada atuk dan neneknya.
Elzaara muncul dan bersalam dengan Puan Rahimah dan Lisa. Di atas meja kelihatan penuh dengan cawan dan pinggan makanan. Dia pelik. Tadi ada tetamu datang ke Perbualan yang tadinya serius terus berhenti. Mereka tidak mahu membahaskan perkara itu di depan Elzaara, lebih-lebih lagi Haziq ada di hadapan mereka.
Haziq, seronok tadi pergi Kidzania Ada apa je dekat situ. Cuba cerita sikit dengan atuk dan nenek. Encik Yusuf menukar topik dengan menyoal cucunya tentang kemeriahannya berada di Kidzania.
Best atuk! Haziq dapat main macam-macam. Macam-macam ada dekat sana. Rugi atuk dengan nenek tak ikut Haziq tadi. Lepas tu kan atuk, Acu dengan Acik Lyn bawa Haziq tengok wayang cerita Monsters err.. cerita apa tadi Acu Haziq memandang Elzaara untuk meminta bantuannya menyebut nama filem yang mereka tonton tadi.
Monsters University.
Hah, cerita tu. Best atuk! Best! Lepas tu Acu belikan toys Monster dekat McD. Haziq mengangkat ibu jarinya menandakan cerita yang ditontonnya itu sangat best.
Puan Rahimah mengusap kepala Haziq yang kelihatan teruja dengan aktivitinya tadi manakala Lisa sedang mengemas dan mengangkat pinggan mangkuk yang berselerakan di atas meja lalu di bawanya ke dapur. Riak wajah Puan Rahayu yang kegelisahan menyebabkan Elzaara tercengang-cengang.
Haziq, pergi naik ke bilik, masuk mandi. atuk nak cakap sikit dengan Acu. Okey sayang
Okey atuk!
Haziq bangun dan mengutip mainannya tadi lalu mengira langkah menuju ke biliknya di tingkat atas.
Tadi siapa yang datang ibu, ayah
Elzaara membuka mulutnya bertanya kerana dia berasa sangat tertanya-tanya mengenai cawan-cawan yang tergeletak di atas meja tadi.
El, dengar apa yang ayah nak cakap ni. Ayah harap El boleh terima apa yang ayah buat ni. Dengar dulu sampai habis apa yang ayah cakap ni baru El menyampuk kalau nak. Jangan nak melenting tak tentu pasal. Boleh pinta Encik Yusuf cukup berhemah tetapi tegas! Amaran yang ringkas, tetapi cukup mendebarkan hati Elzaara.
Ok, El dengar. Apa yang ayah nak cakap Macam serius je bunyi.
Macam ni, tadi ada orang datang nak meminang El. Ayah dah terima lamaran tu. Dua bulan akan datang majlis pertunangan El dengan budak tu akan berlangsung. Ayah nak sekarang ni Elzaara Natasya lupakan apa yang berlaku sebelum ni dan buka lembaran baru. Buka pintu El untuk terima lelaki dalam hidup El. Sekarang dah ada yang nak jaga El dan Haziq, jadi ayah harap El takkan kecewakan hasrat hati ayah dan ibu.
Apa! Lamaran untuk El Kenapa ayah tak bincang dengan El dulu Kenapa ayah terima lamaran tu tanpa minta masa untuk berbincang dengan El
Mendengar kejutan yang dibuat oleh ayahnya hatinya hancur bagaikan kaca terhempas ke lantai. Dia tidak menyangka bahawa ayahnya betul-betul mengotakan apa yang pernah mereka bincangkan suatu masa dahulu.
Memang dia malas nak ambil pusing kerana baginya perkahwinan itu tidak penting dan dia juga masih lagi muda. Belum sampai waktu untuknya berkahwin kerana umurnya baru sahaja mencecah 25 tahun. Ayahnya bagaikan lupa apa yang berlaku kepada arwah Kakaknya enam tahun yang lalu.
Puan Rahayu memeluk tubuh Elzaara yang mengigil menahan kemarahan.
El, sabar El. Jangan macam ni nak. Dengar dulu apa yang ayah nak cakap. Ayah ada sebab kenapa dia
buat macam tu.
Elzaara menepis pelukan ibunya.
Ayah dah fikir ni masak-masak Elzaara. Bagus juga bila ada orang nak jaga El, Haziq pun akan dapat keluarga yang sempurna. El kena fikir soal Haziq juga, bukan fikir pasal diri sendiri je. Ayah percaya, arwah Elfira mesti nak tengok Haziq jalani kehidupan yang sempurna walaupun dia dah tak ada Mama dan papa. Percayalah cakap ayah ni, apa yang ayah buat ni adalah untuk kebahagiaan El dan juga Haziq. Soal siapa bakal suami El, ayah dah carikan calon yang terbaik untuk El. El jangan risau.
Kenapa ayah paksa El Ini masa depan El, ayah! Biar El tentukan sendiri hala tuju hidup El. Sepatutnya ayah dan ibu tanya pendapat El dulu, mana boleh ayah terus buat keputusan macam ni tanpa berbincang dengan El. Ini tak adil! ayah dan ibu bersikap kejam dengan El. Kejam sangat! luah Elzaara. Titik-titik jernih mula bertakung di tubir mata menunggu masa untuk gugur.
Ayah dan ibu yang tak adil atau El yang tak adil pada diri El sendiri dan Haziq ayah tak kira! Nak tak nak, dua bulan lagi El akan bertunang dengan
Bunyamin! Titik!
Ayah!
Kalau El bantah juga, ayah takkan benarkan El jaga Haziq lagi lepas ni sebab ayah akan hantar Haziq ke rumah anak-anak yatim. Ayah tak main-main, El! ayah akan kotakan apa yang ayah cakap. Fikir masakmasak apa yang ayah cakap ni sebab keputusan yang El buat akan tentukan masa depan El dan juga Haziq, ugut Encik Yusuf. Nadanya yang tegas menandakan dia tidak main-main dalam ucapannya.
Elzaara terkedu! Dia langsung tidak menyangka bahawa ayahnya sendiri sanggup mengugutnya sebegitu rupa. Ayahnya kini sudah tidak menyayangi dirinya sehingga dirinya dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak dia kenali. Baginya ini sangat tidak adil.
Air jernih berguguran jua akhirnya tanpa sempat ditahan. Dia terus bangkit dan berlari menuju ke tingkat atas. Dia tidak sanggup untuk mendengar lagi.
Hatinya remuk! Dia kecewa dengan ibu dan ayahnya.
Ibu dan ayah tak sayang El lagi! jeritnya.