SAAT AKU BERPALING - 36
NADHIRAH mula mengatur geraknya dengan lebih yakin memandangkan jumlah pegangan sahamnya yang sudah bertambah. 15 peratus pegangan saham bukanlah satu jumlah yang sedikit dan boleh dipandang enteng.

Saham yang dimilikinya sudah sama banyak jumlahnya dengan saham yang dimiliki oleh keluarga Imran. Sebelum Ammar memecahkan rahsia, Nadhirah mahu memastikan yang kedudukannya sudah cukup stabil untuk melawan Aidid bagi merebut kerusi Pengerusi Emerald Group.

Puan Sri Munirah, Aidid dan Adelia pastinya akan terkedu jika mereka mendapat tahu yang Nadhirah sudah mempunyai nilai pegangan yang lebih besar. Biarlah, bukan masanya lagi Nadhirah mahu mendabik dada, dia akan pastikan yang Emerald Group berada di tangannya dahulu barulah dia mahu mula mengetawakan mereka semua.

Secara senyap-senyap Nadirah menghubungi Encik Zaki yang merupakan setiausaha arwah Tan Sri Malik. Setahunya Encik Zaki telah pun berkhidmat hampir 15 tahun bersama arwah Papa. Pertemuan ini penting jika benar-benar mahu melingkupkan keluarga Tan Sri Malik. Emerald Group perlu dirampas dari Aidid dan Adelia. Bagi memastikan segala berjalan mengikut perancangan Nadhirah perlukan seorang yang tahu mengenai selok belok Emerald Group menjadi sekutunya.

Melalui maklumat yang diperolehi, Aidid dan Encik Zaki memang tidak sebulu disebabkan Tan Sri Malik terlalu mempercayai setiausahanya itu. Dalam banyak hal, Aidid memang selalu terkebelakang terutamanya apabila melihatkan keputusan penting.

Jemputlah duduk. Terima kasih sebab sudi berjumpa dengan saya. Nadhirah melemparkan segaris senyuman pada lelaki awal 40-an ini.

Kebetulan saya ada masa terluang. Boleh saya tahu kenapa saya dijemput ke sini

Rasanya Encik Zaki dah kenal dengan saya, kan

Nadhirah. Anak bongsu Tan Sri Malik. Antara nama yang sering arwah sebutkan selama saya berkhidmat dengan dia. Tentulah saya kenal.

Dia selalu sebut nama saya Nadhirah sedikit tersentuh namun hatinya ditegarkan juga dek kerana kebencian yang sedia menggunung dihati.

Ya, Arwah sangat menyayangi Cik Nadhirah. Seorang pelayan datang membawa 2 cawan teh Earl Grey beserta Scone, Macaroon dan Medelaine menyebabkan perbualan mereka berdua terhenti.

Kita minum dulu. Pelawa Nadhirah. Saya dah beli saham milik Ammar Tan Sri Malik. Cawan teh diletakkan kembali di atas meja dengan cermat.

Maksud Cik Nadhirah Encik Zaki kelihatan tenang. Dia begitu berhati-hati mahu memberi reaksi. Mungkin kerana dia sebenarnya sudah masak dengan permainan politik dalam perniagaan. Tindakan melulu boleh membawa padah, dan tindakan kurang bijak boleh merosakkan kariernya. Lelaki ini sememangnya punya karisma yang tinggi sebagai ahli korporat.

Saya nak ambil alih Emerald Group dan sekarang saya sedang mencari orang yang boleh membantu saya. I think you can help me and I want you to be part of my team.

Saya faham. Jadi, apa yang Cik Nadhirah mahu saya lakukan Encik Zaki mengecilkan matanya sambil memandang tepat ke wajah Nadhirah. Mungkin terkejut atau mungkin mahu mengetawakan Nadhirah.

Maksud saya, rampasan kuasa. Saya nak Aidid dilucutkan jawatan. Ringkas dan padat jawapannya.

Tingginya cita-cita.

Dan saya perlukan bantuan Encik Zaki.

Apa yang membuat Cik Nadhirah fikir yang saya akan menyokong Sebelah keningnya terangkat. Nadhirah tahu yang kini dia sedang diuji.

Saya dapat rasakan yang Encik Zaki sedang risau sekarang. Nadhirah tahu sukar mahu meyakinkan Encik Zaki namun dia harus beranikan diri.

Kenapa Saya nampak tertekan ke Untuk waktu ini, saya senang dengan apa yang saya ada sekarang.

Apa yang Encik Zaki ada sekarang mungkin akan hilang tak lama lagi dan sebab kedudukan Encik Zaki sangatlah rapuh.

Mengarut. No such thing. Encik Zaki masih lagi tenang. Riak wajahnya ternyata sukar dibaca oleh Nadhirah.

Saya takkan mengarut mengenai hal-hal sebegini. Melihat reaksi tenang Encik Zaki, Nadhirah tahu yang dia juga perlu bertenang.

Apa yang Cik Nadhirah cuba nak sampaikan sebenarnya pada saya

Saya rasa Encik Zaki tahu dengan situasi Emerald Group sekarang. Pelaburan besar mula hilang, client yang lama mula tarik diri, banyak juga kerugian yang terpaksa ditanggung hanya kerana Aidid sering buat keputusan membuta tuli.

Kalau kita nak bercakap pasal ketidakcekapan Aidid, Cik Nadhirah dah salah cari orang. Ahli Lembaga Pengarah yang sepatutnya diyakinkan, bukan saya.

Aidid ada sokongan yang kuat untuk terus mentadbir Emerald Group hanya disebabkan pengaruh Papa dulu dan saya tahu yang dia tak suka kehadiran Encik Zaki sejak dahulu lagi. Dalam tempoh kurang sebulan, dia sudah memecat tiga orang pegawai eksekutif hanya kerana dia orang persoalkan keputusan yang dia buat.Boleh dikatakan yang kedudukan semua pegawai seolah-olah berada dihujung tanduk terutamanya Encik Zaki.

Kenapa saya

Isu skandal pembelian kapal kargo 500 tan yang langsung tidak wujud di Australia yang baru sahaja dicetuskan Aidid.

Macam mana Cik Nadhirah tahu pasal kes tu

Sinis senyuman yang diberikan Nadhirah. Manalah dia tidak tahu kalau sememangnya dia yang bertanggungjawab mengenakan Aidid. Melalui satu transaksi secara sulit yang sebenarnya diuruskan oleh rakan Nadhirah yang berpengkalan di sana, Aidid berjaya masuk ke dalam perangkap.

Dia sendiri tidak menyangka yang Aidid boleh bersetuju membelanjakan hampir AUD12 juta untuk membeli kapal kargo yang langsung tidak wujud hanya berbekalkan beberapa keping gambar palsu berserta transaksi jualan palsu. Puas hati Nadhirah bila dia berjaya memperbodohkan Aidid. MEMANG BODOH!!!

Saya hairan.

Kenapa

Macam mana Cik Nadhirah boleh tahu sedangkan Aidid dah tampal mulut semua orang untuk diamkan diri. Atau sebenarnya Cik Nadhirah ada kaitan dalam kes ini Encik Zaki seakan-akan dapat meneka. Dia dapat merasakan yang dendam Nadhirah bukan sedikit dan wanita ini amat berbahaya.

Tuduhan liar macam tu sangat berbahaya Encik Zaki. Nadhirah ketawa. Intuisi Encik Zaki sangat tajam.

Aidid akan mula cari kambing hitam. Kalau tak silap saya, nama Encik Zaki antara yang disebut. Jika dia berjaya mendapat sokongan Ahli Lembaga Pengarah, kedudukan Encik Zaki sebagai Ketua Jabatan di Emerald Group sedang terancam dan memecat Encik Zaki bukanlah sesuatu yang sukar dibuat.

So let it be... Kenapa urusan saya jadi isu buat Cik Nadhirah

Jika semua ni terjadi, macam mana dengan anak kembar Encik Zaki yang baru berusia tiga bulan tu Macam mana dengan masa depan Encik Zaki, anakanak dan keluarga Jangan perjudikan hidup mereka pada orang yang salah. Pesan Nadhirah.

Awak tengah mengancam saya ke

Tak. Tapi, kedudukan Encik Zaki akan terancam kalau biarkan Aidid terus gila dengan jawatan yang disandangnya.

Awak tahu tak Cik Nadhirah, you are acting like Aidid sekarang. Full of crap. Encik Zaki kelihatan marah apabila dia seolah-olah senang dibuli.

Kami tak sama. Pendirian kami berbeza. Saya akan jamin kedudukan dan jawatan Encik Zaki jika saya berjaya jadi Pengerusi Emerald Group, saya akan pastikan kedudukan Encik Zaki setimpal dengan kemampuan.

Cik Nadhirah, Emerald Group bukan kedai runcit dan bukan juga tempat budak mentah macam buat tempat main. Budak mentah macam Cik Nadhirah takkan diterima sebagai Pengerusi sebuah syarikat perkapalan. Itu gila namanya.

Kalau kebolehan saya yang Encik Zaki sedang persoalkan, saya nak Encik Zaki baca semua ni dulu. Sekeping sampul berisi resume Nadhirah yang lengkap disuakan kepada Encik Zaki.

Apa ni

Sesuatu untuk meyakinkan Encik Zaki yang saya juga lebih dari mampu untuk mentadbir Emerald Group. Saya mungkin nampak mentah, tapi saya dah ada lebih dari sepuluh tahun pengalaman bekerja dan sekarang menyandang jawatan sebagai pengarah syarikat hartanah. My company is worth more than AUD5 million. Ive been working since I was eighteen and I dont play around like other youngsters.

Mata Encik Zaki kini sedang leka membelek resume yang sudah pun dikeluarkan dari dalam sampul. Patutlah sebidang tanah yang diperlukan sebagai gudang baharu di Australia dibeli melalui hasil rundingan dengan Delta Properties. Rupa-rupanya Tan Sri Malik tahu siapa pemilik syarikat berkenaan.

You cant compare properties company with Emerald. Its difference. Encik Zaki memandang tepat ke wajah Nadhirah. Patutlah gadis ini begitu yakin. Dia bukan calang-calang calon.

Memang tak boleh nak dibandingkan. Syarikat saya tak sebesar Emerald Group tapi sekurangkurangnya resume saya lebih bagus kalau nak dibandingkan dengan Aidid. I have what it takes to lead Emerald Group.

Tak cukup. Apa yang Cik Nadhirah tunjukkan pada saya sekarang tak boleh ubah apa-apa. Encik Zaki menyandarkan tubuhnya.

Why is that so Nadhirah senyum dalam hati bila umpannya semakin mengena.

Lembaga Pengarah takkan terima Cik Nadhirah sebagai Pengerusi baru. Satunya sebab Cik Nadhirah terlalu muda dan seorang perempuan. Sangat mudah untuk mereka kenakan Cik Nadhirah. Kredebiliti Cik Nadhirah akan dipersoal. Encik Zaki cuba menyedarkan Nadhirah tentang hakikat yang perlu dilaluinya jika gadis ini tetap berkeras mahukan jawatan di Emerald Group.

Itulah sebabnya saya perlukan Encik Zaki sekarang. Encik Zaki dah lama di Emerald. Encik Zaki tahu siapa yang boleh dibuat kawan dan siapa yang bukan. Saya perlukan sokongan dari Encik Zaki sebelum saya mula melangkah lebih jauh.

Lagi

Saya perlukan maklumat. Saya nak tahu senarai nama Ahli Lembaga Pengarah. Saya nak tahu latar belakang setiap seorang dari mereka dan saya nak tahu siapa yang boleh dipujuk untuk sokong saya nanti. Saya yakin, dengan pengaruh yang Encik Zaki ada. Kita boleh mula melobi Ahli Lembaga Pengarah untuk mengundi saya dalam mesyuarat luar biasa nanti.

You make me wonder. Delta Properties dah cukup untuk mengayakan Cik Nadhirah dan saya tak rasa rancangan ini disebabkan harta. Tell me why do you really interested with Emerald Group

Saya memang buat semua ni sebab harta.

You cant fool me, Cik Nadhirah...

Boleh tak kita balik kepada soalan saya tadi Adakah Encik Zaki berminat untuk bersama saya

Fine. Saya setuju untuk belayar sekapal dengan

Cik Nadhirah. Tapi, saya perlukan jaminan.

Easy peasy.... Spill.

Selagi kedudukan Cik Nadhirah di dalam Emerald Group belum termaktub, saya tak mahu nama saya dilibatkan secara langsung. Saya tak nak ada sesiapa tahu yang kita pernah berjumpa hari ini.

Boleh. Tak ada masalah.

Semua maklumat yang Cik Nadhirah minta akan saya hantar melalui e-mel. Saya tak nak ada sebarang pertemuan selepas ni. Semua perhubungan kita sekadar berlangsung di dalam e-emel sahaja. Encik Zaki berdiri. Dia mahu beredar memandangkan sudah agak lama dia meninggalkan pejabat.

Saya setuju, tapi ada lagi satu perkara yang saya perlukan dari Encik Zaki. Nadhirah Tiba-tiba teringatkan sesuatu.

Apa lagi

Apa sahaja maklumat yang boleh buat saya tumbangkan Aidid.

Maksud Cik Nadhirah

Saya rasa Encik Zaki lebih faham dengan apa yang saya maksudkan. Nadhirah tersenyum.

Saya ada satu nasihat untuk Cik Nadhirah. Kita tak boleh jadi tukang tilik untuk buat sebarang percaturan. Saya bukan bomoh untuk teka setiap apa yang Cik Nadhirah cuba sampaikan. Tapi, tak apa. Buat masa ni, saya rasa saya tahu apa yang Cik Nadhirah mahukan. Encik Zaki berlalu pergi sambil Nadhirah turut bangun mengiringinya keluar.

Encik Zaki, if you need help, just contact me right away.

I will. Dont worry.

Begitulah kerjasama mereka termeterai. Nadhirah tahu permintaan Encik Zaki itu demi melindungi dirinya serta keluarga kerana Aidid boleh menjadi suatu ancaman besar pada Encik Zaki jika pertemuan ini terbongkar. Dia sudah lebih dari selangkah menuju kepada kehancuran keluarga Tan Sri Malik. Senyuman nipis terukir dipipi tanpa di sedarinya.