Langit masih dihiasi taburan bintang yang berjarakjarak. angin yang berhembus perlahan, menambahkan kesejukan udara pergunungan.
Ramlan dan Suhaili merenung kaki langit.
Satu kesilapan. Kita sepatutnya dah tinggalkan tempat ini. Ramlan memandang bintang yang semakin hilang di simpai awan yang bergerak.
Tapi, kau sendiri yang meyakinkan aku, dia mungkin mengubah fikiran dan memberikan apa yang kita mahu kan.
Suhaili, selama aku menjadi peguam, inilah kerja yang paling sukar pernah aku lakukan. Keyakinan aku te lah ranap sama sekali. Tak ada sesiapa pun antara kau ber dua yang nak mengalah dan mengurangkan ego masingmasing. Kita dah terlalu lama di sini. Tak ada siapa yang akan menang dalam perebutan ini. Suhaili menghela nafas panjang. aku rasa, misi kita telah gagal.
Tapi aku tak mahu kehilangan RM90 juta, Ramlan.
aku tahu. Tapi apa lagi yang boleh dibuat. aku dah puas berusaha. aku dah pujuk, aku dah lembutkan hatinya untuk berjumpa dengan kau. Tapi bila sampai di sana, kau ikut rentaknya. Kau gagal memujuknya menurunkan tandatangan. itu kerja kau.
aku tak boleh melakukannya seorang diri. Lainlah kalau aku datang ke sini sendirian. Tapi kau nak ikut aku ke sini. Kau tak benarkan aku berjumpa dengan dia tanpa kau dan Salman. Kau tengok, apa dah jadi sekarang.
Ramlan tahu, katakatanya itu membuatkan Suhaili marah tetapi dia tidak peduli lagi. Dia perlu meluahkan segalagalanya kepada Suhaili. Soal imbalan tidak wujud di hatinya ketika itu.
Kita boleh terus mencuba, Ramlan. Lirih suara Suhaili.
Sampai bila
Sampai dia bersetuju untuk menurunkan tandatangan.
Kau tak boleh biarkan dia macam tu saja, kan Suhaili
Tidak, Ramlan. Suhaili berterusterang. aku mahu dia membuat perisytiharan bahawa dia tidak akan menun tut satu sen pun daripada pusaka itu.
Kau tamak.
Kau boleh cakap apa saja, Ramlan. aku cuma mahu kan wang itu. aku tak peduli. Walau apa cara sekalipun, kita perlu dapatkan persetujuan Salimah walaupun aku terpaksa menculik anaknya. Ramlan hanya mampu menggeleng.
Sementara itu...
Dari puncak Gunung Kemuning, cahaya bersinar kemerahan cahaya api. Kecerahannya menyinar sehingga ke persekitaran kaki gunung. arus angin tidak mampu memadamkan cahaya api itu. Dan sesekali, cahaya yang bersinar kemerahmerahan itu bagaikan berdenyut.
Salman berjalan perlahanlahan. Sesekali matanya berawas memerhati keadaan di sekeliling. Tiada sebarang suara manusia yang didengarinya di situ. Mungkin kesem ua wanita yang menghuni di bangunan tersebut sedang sibuk menumpukan perhatian terhadap tugas sehingga ti dak sempat untuk bersuara.
Dia sudah membayangkan kenikmatan yang bakal dinikmatinya sebentar nanti. Dia membayangkan layanan yang bakal diberikan oleh Mira. Dan sebagai seorang lelaki yang cukup berpengalaman, dia tidak dapat menafikan betapa Mira sebenarnya memang hebat melayani nafsu seorang lelaki biarpun dia adalah lelaki pertama.
Dan sebaikbaik sahaja dia muncul di pintu bilik, Mira terus menerpa mendapatkannya.
aku tahu kau akan datang.
ibu kau dah tahu tentang kita. Dia tak cakap dengan kau
aku lebih tahu dari dia.
Salman tidak faham. Pun begitu dia tidak mahu ber tanya kan maksud katakata Mira.
Jom kita pergi ke balai lama itu.
Salman... aku...
Kenapa Salman semakin tidak faham.
Salman... jangan tergesagesa. Kita kan masih ada baNyak masa. Lagipun kau memang sentiasa bersamasama denganku selepas ini. Tak perlulah kau bimbang.
Jangan mengarut. ini bukan cerita seribu satu malam yang penuh dengan kesaktian. aku nak bawa kau keluar dari sini. aku tak benarkan kau terus terperangkap dalam dunia bodoh ni!
Mira menggelenggeleng. Kau masih tak faham lagi ruparupanya, Salman. Kau yang tak faham lagi, Mira. Tengah malam...
Seluruh penghuni bangunan itu selesai menjalankan tugas masingmasing. Mereka kembali ke bilik masingmasing sambil terkuap menahan mengantuk. Pagi esoknya sekumpulan peniaga akan datang untuk mengambil hasil seni mereka untuk dijual dan dipasarkan ke seluruh dunia.
Khadijah memandang mereka yang sedang melintasi ha dapan biliknya. Dia ingin berjumpa Mira. Kerinduan ter hadap anak gadisnya itu sekonyongkonyong muncul di hatinya.
Dia bangun terhoyonghayang; pening tetapi beberapa saat kemudian, dia berjaya mengawal langkah. Dia berjalan ke bilik Mira dan melihat kekosongan di bilik itu.
Sesuatu yang cuba dielakkan daripada terus berlaku, sedang berleluasa. natijah daripada perbuatan itu, pastinya akan melampaui segala balasan yang pernah difikirkan atau digambarkan oleh manusia.
Tidak! Oh Tuhan! Tidaaaak!!!
Dia berlari ke studio kerja. Mengharapkan agar Mira be rada di situ. Malangnya, Mira tiada di situ. Hatinya semakin tidak sedap. Dia berlari semula ke biliknya dan mengam bil semua kristal. Kristalkristal itu semuanya bersinar merah pekat. namun pilihannya jatuh kepada kristal yang terbesar dengan sinaran yang lebih cemerlang dan garang.
bilik Mira masih kosong.
Mira!
Matanya tertancap pada sepasang tubuh yang sedang bergerakgerak. Gegendang telinganya menangkap suara termengahmengah seakan kenikmatan.
Darahnya menderu naik ke puncak kepala. bulu romanya meremang tegak. Kemarahan tidak dapat dibendung. Dan pada saat itu, dia tidak mampu lagi memikirkan penyelesaian yang lebih positif. apa yang ada di dalam benaknya saat itu adalah maut!
Mereka sedang berpelukan. Separuh bogel. Mereka sedang bercumbuhan dengan berahi tanpa menghiraukan kehadirannya.
Mira! Dia menjerit sambil mengangkat Kristal berdarah.
Pasangan itu berpaling pantas dan tersentak.
Oh Tuhan! Mira melepaskan pelukan Salman.
Keduaduanya bingkas dari katil. Melihatkan keadaan mereka, mengingatkan Khadijah pada saat pertama dia bergelar ibu. Dan melihatkan keadaan Salman, mengingat kannya pada saat pertama dia bukan lagi bergelar gadis.
Khadijah mendekati Mira. apakah yang kau telah lakukan Perbuatan zina...
ibu... maafkan saya.
Mata kau yang menyebabkan kau terjerumus ke lembah hina, Mira. Dan mata itu jugalah yang perlu dihapuskan.
Tangannya pantas menghayun Kristal berdarah ke ma ta Mira. Mira menjerit, menggelepar dan jatuh.
Tuhanku! Salman terperanjat.
Dia menerkam ke arah ibu saudaranya, cuba merampas kristal yang digengg am nya. Khadijah lebih pantas. Kristal itu terbenam ke kerong kong Salman. Pergerakan Salman terhenti.
Mata nya terbeliak sedangkan dari sudut bibirnya darah pekat mula me ngalir keluar perlahanlahan. Khadijah me narik kristal yang terbenam dan darah menyimbah di atas katil.
Mira masih mampu menjerit. Salman perlahanlahan jatuh dan menggelepar seperti ayam disembelih. Tidaakkkk!!!
Kristal merah di tangan semakin garang sinarnya. Se tiap titisan darah merah yang ada, bagaikan disedut oleh kristal tersebut, sekaligus membentuk sebuah arca ber bentuk trapezium yang indah dan mengkhayalkan.
Keriuhan membuatkan Ramlan terjaga daripada tidur nya. Kelopak mata ditenyeh dengan belakang telapak ta ngan. bantal di sebelah direnung sejenak. Dia masih di kuasai perasaan mengantuk. Dia ingin terus tidur tetapi keadaan yang berlaku semakin buruk.
ah!!! Sukar untuknya melelapkan mata lagi sebaliknya dia menyarung seluar pendek dan berjalan keluar.
Di luar, beberapa orang kelihatan sedang menunggang kuda dan bergerak ke khemah. Dia mendekati Saoud yang sedang mencuci mukanya.
apa yang dah berlaku tanya Ramlan.
Mereka datang untuk mengambil karyakarya yang te lah disiapkan.
apa lagi yang kau tahu mengenai mereka.
itu sajalah yang mereka cakap.
Kita terlalu lama berada di sini.
betul cakap Tuan Ramlan tu. Saya rasa, keadaan akan ber tambah buruk kalau perkara ini tidak diselesaikan. Salman juga telah hilang.
Saya tahu Saoud.
Puan Suhaili juga dah lama berada di bangunan itu.
Saya mengerti Saoud.
Ramlan melemparkan pandangan matanya ke arah bangunan yang tersergam di seberang jurang. beberapa orang yang tadinya menunggang kuda, kini meniti jam batan yang bergoyang tanpa rasa canggung. Ramlan me ngekori mereka.
Suhaili! sapanya sewaktu bertemu Suhaili di pintu masuk bangunan yang menempatkan pelbagai hasil dan kerja seni termasuk penghuninya yang aneh dan misteri.
Hai Ramlan, sambut Suhaili, lemah.
Mana Salimah dan Mira
Masih di bilik rawatan. 401
Suhaili... kita perlu berbincang.
Lelakilelaki yang berjalan di hadapannya tadi telah menghilangkan diri. Kehadirannya tidak diberi perhatian.
enjin jip dari jalan di belakang bangunan itu yang meng gunakan jalan raya kedengaran bising. Keba nya kan pemborong karyakarya seni penghuni bangunan putih tersebut mula meninggalkan tempat itu.
Mari kita ke serambi. Ramlan bersetuju. apabila sampai ke tempat yang dituju, mereka
duduk sambil menikmati pemandangan sekeliling.
Saoud dah mula protes, Suhaili.
biarkan.
aku tak rasa protesnya tentang aku.
Kau berdua dah dibayar.
ini bukan soal duit.
Tentu sekali tidak. Suhaili tersenyum. Dia meman dang ke bawah lembah... ke arah kudakuda dan segalagala yang ada di situ.
Sudah lebih sebulan kita di sini. Saoud risaukan ke luar ga nya.
Kau Renungannya tajam. apa yang kau risaukan
Tentang... tentang kau... dan tentang... Dia terhenti. Tangannya diletakkan di atas kepala.
Suhaili masih lagi tersenyum.
Kau ada dua perkara yang dirisaukan. Kakak kau... adik kau... kakak kau... ah! Lantaklah... dan anaknya. Tapi aku... Dia melabuhkan punggungnya ke sisi Suhaili dan menggenggam tangan wanita itu.
Kau kan masih dekat dengan aku
Sejak kau berpindah ke sini, macam kehilangan sesuatu.
aku pun macam tu juga. Di sini, layanan yang aku te rima taklah macam yang kau sangkakan. aku macam seo rang pengacau. Kakak aku masih tersentak setiap kali aku menyentuh dia dan Mira...
Dia macam orang gila... ya! aku tahu. Ramlan memandang ke arah lain... ke arah lembah itu.
Kau benarbenar bermaksud untuk meninggalkan tempat ini
Kita masih belum selesaikan wasiat tu.
Kita tak akan ke mana. Perkara ini tidak akan selesai sampai bilabila.
Suhaili berjalan ke tingkap yang terbuka. Memandang ke bawah seperti hendak terjun.
Kau mungkin terfikir bahawa semua kerja kau ni tak dapat bayaran, kan
Ramlan tidak tahu bagaimana hendak menjawab soa lan tersebut. Dan sesungguhnya jauh di dalam hatinya, dia benarbenar bimbang seandainya imbalan kerjanya ti dak dijelaskan oleh Suhaili.
Dia perlu mengelak daripada menjawab soalan ter sebut.
aku nak ke atas dan selamatkan jenazah Salman.
buat apa
Suhaili! Setiap manusia harus dikebumikan dengan cara sebaikbaiknya. Kita harus memulangkan apa yang hak. Jangan pandang ringan bendabenda macam tu. Dia benarbenar tidak senang dengan sikap wanita itu. Sedang kan mayat yang terdampar di atas puncak bukit itu adalah darah dagingnya sendiri.
Tidak! biarkan di situ.
Kau ingin di sini bersamanya, kan
Tidak!
Suhaili! Jangan menipu diri, Suhaili. Salman adalah anak kau.
Suhaili bagaikan terlupa dengan egonya.
baiklah. Sebenarnya begitulah. Kau tahu, kan... aku dan Salman tidak pernah rapat sebelum ini. Sebagai se orang ibu, aku memang sayangkan Salman. Tapi sukar un tuk aku merapatkan diri dengan Salman. Dia dengan du nianya dan aku dengan dunia aku. aku memberikan segala kebebasan kepadanya dengan harapan Salman akan menj adi seorang manusia berguna. nyata, dia tidak meng hargai kebebasan yang aku berikan tu.
Suhaili sudah mula teresakesak.
engkau tak boleh menyalahkan diri sematamata ke ra na dia tersilap membuat perhitungan.
Senang untuk kau memberi nasihat, Ramlan. Yang menanggungnya adalah aku.
Ramlan mulai resah. Suhaili bagaikan sudah membuat ketetapan. Dia perlu terus memujuk. Kau tak sesuai ting gal di sini, Suhaili. Fikiran kau akan terus terganggu.
Salimah dan Mira sajalah keluarga aku yang masih ada. aku sering berharap, Salman akan memberikan aku seorang cucu... tapi... mungkin.... Mungkin terlalu banyak wasiat yang terbabit dalam hidup untuk kita menjadi.... Dia memandang sekeliling. Kau tahu siapa suami aku
Tak!
Dia meninggal kerana dihinggapi penyakit barah. Wa kil rakyat itu juga sama seperti dia. Malah dia mening gal lebih dulu daripada Rashidi baharom. aku tak dapat ber buat apaapa kecuali memandangnya. Mereka mem beri kan pil khayal kepadanya untuk menghilangkan rasa sakit. Tapi dia tetap merasai kesakitan itu.
bila dia meninggal
Dah bertahun. Mungkin barah dah ada dalam darah kami. Sama seperti penyakit gila.
Rashidi tak ada darah kau.
Tapi aku sangat menyayanginya. Mungkin kerana pe rasaan sayang itulah membuatkan dia dihinggapi pe nya kit barah. Seperti yang dikatakan oleh Salimah
dalam ma nuskripnya.
Sudahlah.
balutan Salimah harus ditukar setiap hari. Dia tidak dapat menghentikan tangisannya. balutan itu tetap basah dengan darah dan air mata. Hanya Tuhan saja yang menge tahui bilakah lukanya akan sembuh.
Suhaili menarik nafas panjang seketika. Dia seolaholah cuba menyusun ayat dan perkataan di dalam benak nya.
aku telah menyentuh Kristal berdarah itu. apa yang dikatakan Salimah dalam manuskripnya adalah benar.
aku tak fikir begitu. Ramlan raguragu.
Ya! Suhaili melangkah dan merenungi persekitaran dari tingkap yang terbuka. aku terpaksa tinggal di sini dan menjaga darah daging aku. ambil jip itu dan pergilah bersama Saoud. aku akan memberikan kau kuasa sepen uh nya ke atas wang dan hartaharta yang lain. Kau boleh buat apa saja dengan wang tu.
Suhaili...
Tolonglah Ramlan. Jangan paksa aku.
Tapi...
aku juga berperasaan begitu. Perbezaan usia tak menghalang kau dan aku untuk bersama tapi... ah! Fatimah telah me me rintahkan agar kau tak ke sini lagi. Salimah sering bertanya tentang kau. Kami telah beritahu dia yang kau dah pergi.
Kau berbohong
Kenapa
Ramlan serba tidak kena. Dia berjalan ke penghujung bi lik dan terus merenung jauh ke bawah lembah.
aku tak boleh balik begitu saja. Undangundang akan sibuk bertanyakan tentang... mengapa kau tinggal di sini.
Kalau begitu... biar undangundang saja yang ber temu aku di sini.
Suhaili... aku ingin mengebumikan Salman. boleh
Tidak!
Tolonglah... Semuanya dah reput.
Pasti ada yang masih tertinggal.
Tak ada apaapa walaupun setitis darah.
Tak apalah kalau begitu. Selamat tinggal Suhaili. Ramlan berpusing ke belakang dan melangkah.
Tiada apaapa lagi yang dapat dilakukannya. Suhaili telah pun membuat keputusan.
Suhaili menghantar Ramlan sehingga ke jambatan. Se belum Ramlan mulai meniti jambatan gantung itu, dia menghadap Suhaili yang sedang mengesat titisan air jernih yang mengalir di pipinya.
Kau dah fikirkan nama baru kau selepas upacara ang kat sumpah nanti
aku tak tahu. aku tak pernah berfikir tentang hal itu.
begitu... tak apalah. aku pergi dulu.
Mereka berpandangan sejenak. entah apa kuasa, entah dari mana dorongannya, kepala mereka terteleng sedikit dan bibir mereka semakin mendekat.
air mata Suhaili semakin lebat.
Selamat tinggal Suhaili.
Suhaili tidak menjawah. namun jauh di sudut hatinya, dia berkata, Selamat tinggal sayang. aku mencintai kau sama seperti kau dan Salimah saling mencintai.
Dia telah menghantar nota kepada Fatimah. namun ba la sannya amat mengecewakan. Mahu tidak mahu dia ter paksa mengambil risiko sendiri.
Malam telah tiba. cahaya bulan menerangi tempat itu. Ramlan meniti tebing di mana bangunan itu berada. Ket ika mulamula sampai ke tempat itu, dia pernah berha rap untuk belajar bagai mana meniti tebing batu bersamasama Salman. Te tapi hajatnya tidak sampai. Permukaan tebing pula ter lalu curam. ia terlalu merbahaya.
Di hujung lembah, tebingnya agak rendah. Dia ber ja lan ke arah air dan membasahi dirinya dengan cecair yang bergerak deras, sejuk. Kemudian berjalan melepasi sebuah lembah yang terpisah dengan gunung. Masa yang perlu diambil terlalu panjang. bulan yang mengambang terAwang di dada langit.
akhirnya dia berada di puncak tebing. berjalan sepan jang tebingnya. cahaya rembulan membantu menerang kan suasana malam dengan cahaya berwarna perak. ngau man harimau sayupsayup terpasak ke telinganya.
Langkahnya dipercepatkan. Dari tempat dia berdiri, Ramlan sudah dapat melihat serpihan sebuah tengkorak. Sep a ruh daripada tulang selangka terdampar tidak ber ge rak di atas tanah. Ramlan mengambil dan member sih kannya daripada debu dan kotoran yang melekat.
betul ke ni tulang Salman Mungkin ini tulang Sha riman atau amin. Tapi... Ramlan memandang seke liling. Tia da selangka atau tengkorak lain di situ selain daripada yang dipegangnya. ah! aku pasti ini adalah tulang Salman.
Ramlan mengutip semua tulang yang bersepah di ta nah. Kemudian dia mengumpulkan di dalam sehelai kain putih yang dibawa dari jip yang sedang menunggu bersamasama Saoud.
Di hujung lembah, dia menanam tulangtulang yang dipungutnya. Menggali tanah gembur dengan tangan dan menyemadikan tulangtulang itu dengan cermat. Dia cuba membaca sesuatu, tetapi tidak sepatah pun yang keluar dari mulutnya.
Selesai menanam tulangtulang tersebut, Ramlan me ne ruskan perjalanan. Walaupun jalan yang perlu dilalui bengkangbengkok, dan sesekali terjeluih mulut jurang yang dalam, Ramlan tidak mungkin berpatah balik men da pat kan Suhaili ataupun Salimah. Dia akan meneruskan perjalanan sehinggalah ke bandaraya Kuala Lumpur.
Semutsemut hitam yang entah apa namanya berderetan bagaikan belakang bersisik ular sawa. Sesekali terdengar jelas kakikakinya yang kecil mengitari daundaun kering di atas tanah.
Pagi esok, mentari akan muncul lagi. Siulan unggasunggas akan kedengaran tanpa sebarang cacatcela. Dan embun pun mulai menitis membasahi bumi dengan angin lembut bertiup antara celah dedaunan.
Salman! aku tahu kau datang juga.
Mira berbaring di katilnya. Matanya masih berbalut tebal. Untuk menggerakkan kepalanya, dia berasa sakit. Tetapi dia nampak Salman sedang berdiri di hujung katil nya, berpakaian seperti biasa dan berseluar pendek. Hanya se dikit kecacatan terdapat pada tenggoroknya. Tulang leher nya kelihatan putih bersamasama wajahnya yang pucat.
Masuklah.
aku tak pasti, perlukah aku datang lagi, Mira
Kau tak sepatutnya datang malam ini. Kau benarbenar cintakan aku
Kenapa pula tidak
apa yang ibu buat...
Mira... itu ibu kau
Kita mempunyai pertalian darah yang sama.
Ya! aku masih cintakan kau. Dia melangkah masuk. Mengucup lembut bibir Mira.
aku takut tengok kau macam ni.
balutan itu akan dibuka. Kesakitan akan berlalu.
Tapi mata kau...
aku tak perlu gunakan mata, Salman. aku tak pernah gu na kan mata. Kau tahu itu, kan
Tapi... Syyy...
bibir merka bertaut lagi. Pipi Mira dipegang erat dan mesra. Pun begitu, kehangatan telapak tangan tidak meng alir di pipi Mira. Yang ada hanyalah kedinginan dan kaku.
Jangan terlalu kuat, sayang. aku masih sakit. Maafkan aku. aku tak akan menyakiti kau. nafasnya semakin kencang. Dia memegang pinggul Mira.
Jangan malam ini. aku masih sakit.
boleh aku datang esok
aku akan tunggu!
Jangan beritahu sesiapa, aku datang ke sini.
aku tak akan beritahu mereka. Mereka tak akan fa ham.
Dan dia pun berlalu tenang.
Masa terus berlalu. Kawasan lembah itu seperti berada di penghujung dunia. Tidak seorang pun yang sudi men jejak kan kaki ke rumputnya yang subur. Merendamkan tubuh di dalam air yang dingin dan mengalir deras seka lipun pada kakikaki dan tubuh bogel kaum pribumi yang ber kampung di lembah sunyi itu. Yang ada hanyalah kegilaan dan kematian yang menjelang tanpa menunggu masa dan ketika.
Yang pasti Kristal berdarah tetap bersinar dan ber warna garang. Menanti seseorang untuk mengupas ke jadian dan misterinya. Menunggu seseorang menjadi mangsa kepada implikasi yang tidak pernah difahami.