Les Criaturas - 36
PAST 12

Seorang perempuan muda yang memakai baju kurung dan berkain sarung sedang leka menyapu sampah di kawasan gudang. Sesekali dia membetulkan pinggang yang terasa sengal akibat terlalu lama membongkok. Angin sejuk menyentuh kulitnya. Dia segera berpaling.

Kamu bukan manusia, bukan Apa hajat kamu semua ke mari Tiga susuk tubuh muncul. Salah seorang daripadanya mendukung seorang budak perempuan yang masih kecil.

Nampaknya aku tidak salah memilih. Kau memang ada sesuatu. Patimae mendekati perempuan muda itu.

Nama aku Tima. Ini sahabat aku. Kami tiada niat buruk. Sesuatu telah membawa kami ke sini untuk berjumpa dengan kau. Siapa kau

Kamu boleh panggil aku Bibik. Aku penjaga barangan dagangan di sini. Aku tidak punya apa-apa. Aku cuma kuli biasa dan hamba yang belum merdeka.

Kenapa cara kau bercakap..

Aku dibesarkan dengan cara berbeza. Maka pertuturanku

agak berlainan. Tetapi, aku orang tempatan. Maksud aku, cara kau bercakap sama seperti cara aku.Satu masa dahulu. Bibik tersenyum memandang Patimae.

Aku mahu tahu niatmu datang ke sini. Raja Mawas bergerak ke hadapan. Makhluk Gelap

Bersayap masih tidak berganjak.

Kami mahu hidup seperti manusia biasa. Kami mahu bina suatu penempatan. Tempat untuk kami sama-sama hidup aman dan damai.

Cita-cita yang bodoh. Bibik tersenyum mengejek. Raja Mawas terdiam.

Mana bisa makhluk sama manusia mahu hidup berkapal satu nakhoda Ini semua angan-angan fana yang tidak mungkin ketemu abadi.

Dengar dulu penjelasanku. Kami bukan berniat jahat. Cuba kau lihat budak perempuan itu. Kau rasa Bibik memandang budak perempuan di pangkuan Makhluk Gelap Bersayap. Budak itu tersenyum melihat Bibik.

Anak itu terlalu jujur akan tingkah lakunya. Apa kamu

ibunya

Aku ibunya. Aku telah mengasuh dia sebaik dan semampu yang aku boleh. Aku akan melindungi dia daripada segala bencana

supaya masa depannya terjamin.

Bibik terdiam.

Kenapa kamu datang ke sini Di sini bukan tempatnya. Kenapa kamu tidak pergi berjumpa dengan ketua negara atau ketua menteri Kenapa..

Kau tahu jawapannya, balas Patimae.

Bawa kami berjumpa dengan ketua tempat ini. Kami mahu berbincang tentang urusan perniagaan. Kami perlukan dana dan sokongan daripada manusia yang berpengaruh.

Baiklah. Tapi dengan satu syarat.

Syarat

Bila tiba masanya aku meminta pertolongan, kamu harus membantuku kerana aku juga butuh kesaktian. Jalan Mawar ini sudah banyak memakan korban. Darah sudah sebati sama tanah. Bila tiba masanya, aku akan pergi kepada kamu semua.

Aku setuju dengan perjanjian itu. Aku akan pegang sampai mati. Patimae dan Bibik bersalaman. Raja Mawas dan Makhluk Gelap Bersayap tersenyum. Bibik memandang ke arah mereka.

Siapa nama kau

Nama aku Raja.

Nama manusia kau

Err.. Aku..

Kamu semua mahu aku bawa kamu berbincang dengan manusia tetapi kamu sendiri masih tidak punya nama sebagai manusia Bagaimana

*****

Patimae berdiri sambil memandang ke arah sebuah taman perumahan yang hampir siap dibina dari atas bukit. Seorang budak perempuan menghampirinya.

Mak Tima, bonda dengan babah panggil.

Baiklah, sayang. Nanti Mak Tima datang. Selina pergi dulu. Budak perempuan itu berjalan laju. Patimae mengekorinya lambat-lambat. Raja Mawas sedang membuat unggun api manakala Makhluk Gelap Bersayap sedang menyiang ikan.

Minggu depan kita dah boleh masuk kawasan rumah baru tu. Tak sangka perbincangan tiga tahun dulu dengan orang kuat Kerajaan Bersepadu Jaya Hijau tu berjaya.

Dengar-dengar 60% keuntungan dapat kat mereka. Mana ada yang sanggup menolak.

Kau ni, Hafez. Tamak dan manusia memang dah sebati. Dynah, kamu dah sedia Lepas ni kita nak jemput semua sahabat kita. Makhluk Gelap Bersayap mengangguk. Seorang budak perempuan datang menghampiri Patimae. Mak, Siti tak nak ikut. Siti duduk sini, ya Boleh main dengan Selina. Patimae mencium ubun-ubun anak perempuannya. Baiklah. Kamu jaga Selina. Duduk diam dalam bulatan tu. Dynah menghampiri Patimae.

Sampai sekarang kau tak beritahu aku siapa ayah dia kan

Tak payah la. Cukup kau tahu yang Siti tu anak aku. Dia pun anak kau dengan Hafez. Mana la tau esok-esok aku mati ke. Dah. Jangan mengarut. Abang, kunci dah siap Dynah berpaling memandang Hafez.

Dah. Dynah membasuh tangan setelah siap menyiang ikan. Hafez mula bersiap sedia.

Bagi aku kunci tu. Aku nak jemput kenalan lama.

Siapa

Yang hampir-hampir nak tolong aku hapuskan kau dulu. Ingat tak, Raja Mawas

*****

Hafez, Patimae dan Dynah keluar dari lohong. Mereka berada di kawasan pinggir paya yang agak lembap. Suhu sekeliling sedikit dingin. Mereka bertiga menapak perlahan-lahan sambil memerhatikan keadaan sekeliling.

Telinga mereka menangkap satu bunyi aneh. Dynah berhenti manakala Raja Mawas bersiap sedia. Patimae masih tenang.

Ini aku, Patimae.

Seekor ular tedung gergasi muncul di hadapan mereka.

Kepalanya dikembangkan seolah-olah bersedia untuk menyerang.

Patimae

Ya. Kendurkan langkah seranganmu. Kami datang membawa hajat besar. Binatang itu mula mengendurkan bahagian belakang kepalanya. Tubuhnya perlahan-lahan mengecil dan berubah menjadi seorang wanita berkulit gelap yang berambut yang ikal.

Ke mana kau menghilang Seluruh isi hutan mencari kau. Aku terpaksa mengambil tempat kau sebagai penjaga hutan bagi menjaga keamanan di sini. Makhluk dan haiwan di sini memerlukan kau.

Aku tahu. Tapi, biarkan mereka. Mereka perlu tahu untuk menjaga diri sendiri dan tidak terlalu bergantung padaku. Aku punya hajat. Kau mahu mengikut aku Bina hidup baru. Jauh dari tempat ini. Ratu Ular Tedung mengerutkan dahinya.

Maksud kau

Kita boleh jadi sesuatu yang lain dari bahan momokan manusia di dalam hutan belantara begini. Ratu Ular Tedung mendiamkan diri. Dia memerhatikan kawasan pinggir paya itu sambil mengela nafas panjang.

Siapa yang bakal menjaga anak buahku dan makhluk

yang lain kalau aku pergi

Kebahagiaan mereka atau kebahagiaan kau yang lebih penting sekarang

Suparman Mulia sedang mengganas. Dia memburu banyak anak gadis untuk menguatkan ilmunya. Kalau aku tiada, bagaimana nasib mereka Patimae tersenyum.

Sekali lagi aku tegaskan, kebahagiaan mereka atau kebahagiaan kamu yang lebih penting sekarang Kadang-kadang sikap pentingkan diri sendiri itu perlu supaya kita tidak terus menjadi hamba. Sekali lagi Ratu Ular Tedung mendiamkan diri.

*****

Satu susuk tubuh yang sudah tua sedang mengetuk-ngetuk sebongkah kayu dengan cermat. Bongkah kayu itu semakin lama semakin nipis. Bentuk fizikalnya juga turut berubah. Orang tua itu kemudian mengambil lebihan kayu yang diketuk dan memotongnya nipis-nipis. Sesekali dia mengesat mata tuanya. Malam semakin larut.

Sumbu api minyak tanah dipadamkan. Dia berjalan perlahan-lahan meninggalkan ukiran yang ditutup dengan sehelai kain besar di atas meja.

Prang!

Pintu rumah dipecahkan. Tiga orang lelaki berfizikal gempal dan besar menerpa masuk.

Tolong. Aku tak mampu lagi nak bayar hutang Tuan Gaz. Salah seorang lelaki menghentak kepala orang tua itu menggunakan kapak. Orang tua itu rebah tidak sedarkan diri.

Cepat! Bakar tempat ni. Hapuskan semua bukti. Dua orang rakannya terkocoh-kocoh menuangkan sejenis cecair di sekeliling kawasan dalam rumah. Mancis dinyalakan sebelum dicampak ke dinding rumah. Api mula marak dan membakar hampir seluruh isi rumah. Kain besar yang menutupi ukiran kayu tadi turut terbakar namun ukiran tersebut tidak terlalu terjejas berbanding seluruh isi rumah yang hangus dijilat api. Satu lohong muncul di tengah-tengah rumah. Patimae dan kawan-kawannya muncul.

Dynah, cepat!

Dynah mengangguk. Badannya tidak terjejas dengan suhu dan haba yang tinggi di dalam rumah tersebut.

Dia kat mana

Aku tak tahu. Ada makhluk ke kat sini Habis tu, kenapa kunci tu bawa kita kat sini Saat itu Patimae terpandang kayu yang terukir di atas permukaan meja.

Ambil kayu Balsa atas meja tu.

Manusia ni macam mana

Tinggalkan dia. Dynah berlari mendapatkan kayu tersebut. Patimae sudah masuk ke dalam lohong diikuti dengan Dynah. Ukiran kayu itu dipegang erat.

*****

Mana ada makhluk kat situ, keluh Dynah.

Sabar. Letak kayu tu kat bawah. Dynah menggangguk. Hafez menghampiri mereka berdua. Seorang perempuan sedang bermain dengan Siti dan Selina di hujung bukit.

Macam mana Tanya Hafez.

Entah. Dynah tak faham apa Patimae nak buat, jawab Dynah sambil mengangkat bahu.

Tengok kayu ni betul-betul. Kau nampak apa yang aku nampak Hafez dan Dynah meneliti bongkah kayu tersebut.

Macam bentuk muka orang. Tapi, tak siap lagi. Yang halus kecil ni macam lengan manusia. Teka Hafez.

Apa kata kita ukir kayu ni sampai siap. Kita tengok apa jadi. Fetty memberi cadangan. Tangannya memegang ukiran kayu tersebut.

Kejap. Siti! Selina! Seorang perempuan berkulit gelap dan berambut ikal dan lebat datang sambil memimpin dua budak perempuan.

Siapa saudara baru kita Mata perempuan itu melilau melihat sekelilingnya.

Siapa bonda Selina bertanya sambil membetulkan rambut yang menutupi sebahagian dahinya.

Dynah, Hafez dan Patimae memandang mereka sebelum tergelak kecil. Dynah bersuara dahulu.

Nak tolong kami ukir kayu tak