Petang tadi aku ada perjumpaan dengan rakan perniagaan yang datang dari negara Jepun. Mereka orang Jepun dari syarikat berjenama Jepun.
Semua mereka ada tiga orang. Tiga-tiga pakai hensem bertali leher serta kot. Ada seorang yang aku tengok paling berlagak siap on kan komputer riba dan menaip-naip sebelum mesyuarat bermula. Aku intai-intai juga manalah tahu dia amik kesempatan main Mafia Wars di Facebook. Kawan-kawan beliau yang lagi dua orang nampak sedikit muda. Aku agak-agak umur keduadua Jepun berkenaan dalam lingkungan 30-an, manakala brader Jepun yang nampak lebih berumur dengan komputer riba aku syak adalah bos paling besar.
Dari pihak aku, juga ada tiga orang. Seorang berjawatan pengurus besar, seorang berpangkat pengurus kecil, dan seorang lagi pekerja marhain iaitu, aku.
Setelah bertukar kad nama masing-masing, barulah aku belajar brader yang pakai komputer riba dan berkarakter berlagak itu adalah CEO untuk syarikat Jepun berkenaan. Patutlah dia berlagak masa sesi suai kenal awal-awal tadi.
Aku diberitahu oleh pengurus kecil, perbincangan kali ini bertaraf tinggi dengan jumlah urus niaga mencecah belasbelas juta dollar. Dengan sebab itulah pengurus besar aku terpaksa turun mengepalai pasukan kompeni Malaysia. Kalau nak harapkan aku bersama pengurus kecil yang handle, besar kemungkinan pihak syarikat Jepun akan pulang dengan hati yang terguris dan urus niaga yang tak menjadi.
Perbincangan dimulakan dengan pengurus besar dari pihak aku memberi penerangan berkenaan latar belakang syarikat serba sedikit dalam Bahasa Inggeris sebagai pencuci mulut.
Setelah beberapa ketika, kini tiba giliran CEO syarikat Jepun pula memberi kata penghantar. Juga dalam Bahasa Inggeris. Suara beliau lantang, berbunyi serius serta amat tegas.
Bahasa Inggeris beliau boleh tahan tinggi. Terdapat beberapa perkataan yang aku haram tak tahu makna lalu aku catat dalam buku nota sebagai rujukan di hari muka. Namun aku dapati, sepanjang percakapan berbahasa Inggeris beliau yang lantang dan tegas, brader CEO Jepun kerap kali mengulang ayat yang memberi maksud For the matter of fact
Selang beberapa ayat dia memberi hujah dan keterangan, maka tersemburlah lagi For the matter of fact... dari mulut beliau, dan begitulah seterusnya. Aku sebagai watak paling lemah dalam perbincangan petang tadi, bukanlah kali pertama bergelumang dalam perbincangan bernada Inggeris. Tapi yang kali ni punya, aku rasa sangatlah payah nak handle.
Kekerapan brader CEO Jepun menggunakan kemahiran For the matter of fact ketika bertutur memang tidak profesional. Perbualan yang sepatutnya bersifat urusniaga sudah menjadi palat dan gampang dengan For the matter of fact yang diulang
Bahasa Inggeris Tinggi
entah berapa kali. Sampai pada satu tahap aku rasakan ianya amat kurang ajar, biadab dan langsung tak menunjukkan sikap sopan santun dan hormat menghormati ketika bercakap dalam mesyuarat.
Sedang brader CEO Jepun membebel diselang seli dengan ayat For the matter of fact kegemaran beliau, aku sorok-sorok tekan butang handphone hantar sms pada pengurus kecil yang berada selang dua kerusi dari tempat duduk aku.
Sms aku berbunyi:
Bos, kenapa mamat ni asyik mencarut kat kita Ada benda dia tak puas hati ke
Bos aku balas balik sms aku.
Orang jepun memang suka melucah macam tu. Cinabeng! Harap pakai kot saja lebih.
NOTA KAKI:
Aku nak pesan kat brader CEO Jepun tadi, lain kali pronounciation kasi betul lah.
Bukan For the matter of FAK lah woi, FEK! FEK! FEKK!!! FAK tu dah kira lain bai!