DARI KLCC KE TANJUNG MALIM - 36
Pagi itu usai bersahur dan bersembahyang subuh, aku bergegas memecut motor EX5 laju membelah embun dara yang rancak merintik manja di atas helmet.

Pergi kerja masa bulan puasa selalunya memang takde perasaan. Sepatutnya bulan puasa ni ibadat subuh boleh dipertingkatkan dengan bacaan ayat suci Al-Quran dan berItikaf di masjid. Tapi semua kebaikan akhirat itu aku terpaksa ketepikan demi menyara diri dan keluarga dengan kenikmatan dunia yang serba celaka! Ah, betapa ruginya aku.

Setibanya di stesen bas Tanjung Malim, motor EX5 aku tongkat kasi kemas. Di bumi Tanjung Malim yang mendapat keredhaan ini aku tak perlu risau nak kunci handle atau pedal ayamkan brek cakera. Bukan setakat kunci handle atau kasi pedal ayam, aku juga pernah beberapa kali buat kerja bangang tinggal kunci moto tergantung di lubang kunci dari Subuh sampai ke azan Isya. Kah kah kah!

Kasi tiket balik sekali pukul 6 petang, aku kasi tahu adik jual tiket Transnasional yang mukanya nampak mengantuk. Mungkin dia tak cukup tidur akibat lama sangat main Facebook di tengah malam.

Dalam bulan puasa, aku dan budak-budak bas yang lain memang buat kerja beli tiket balik siap-siap. Ini kerana tiket belah petang cepat habis. Bila tiket cepat habis, hati jadi panas. Bila hati sudah panas, maka secara automatik mulut jadi banyak mengeluarkan kata-kata kesat marah entah pada siapa. Bila dah macam tu punya gaya, Tuhan kata dalam AlQuran puasa manusia cuma dapat penat, lapar dan dahaga. Jadi dengan sebab itu, aku beli tiket balik siap-siap supaya di kemudian hari aku tak perlu mencarut.

Tiket dan duit bertukar tangan. Tiket yang pukul 6.30 pagi aku pegang siap-siap nak hulur pada pemandu. Manakala tiket yang belah petang pukul 6 aku simpan dalam kocek baju belah kiri. Pagi itu, aku tidur nyenyak dalam bas sampailah tiba di Masjid Jamek.

Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 5.45 petang. Cikgu Kuala Kubu baru call kasi maklumat di atas meja sudah terhidang juadah berbuka seperti cendol, kebab daging arnab, putu piring, pulut panggang, gulai Sembilang, prawn fritters resepi Jamie Oliver, ketam masak lemak dan ayam percik tiga rasa. Manakala aku pula sedang berada di bilik pengurus menyiapkan satu kerja segera. Kerja segera bulan bulan puasa ini sebenarnya boleh juga membawa ke mencarut.

Lepas habis kerja, aku lari meluru naik kereta api dari KLCC ke Puduraya. Tugas untuk sampai ke Puduraya dalam masa 5 minit memang mencabar dan boleh dikatakan tak masuk akal juga.

Kalau terlepas bas pukul 6 ni, memang gampang. Tapi takpa. Boleh repeat bas pukul 7. Sampai rumah pukul 8.15. Ah, ok lagi buka puasa time ni. Aku memujuk hati sendiri sambil berlari membawa segunung harapan untuk berbuka di rumah tepat pada masanya.

Dan seperti yang aku ramalkan, petang itu aku terlepas bas yang sepatutnya aku naik pada pukul 6.

Aku tiba di depan kaunter Transnasional Puduraya kira-kira pukul 6.15 petang. Aku tengok sebelah brader jaga kaunter tu dah tergantung sebungkus teh ais. Solid betul teh ais tu sampai aku tertelan air liur.

Kenangan Ramadan 2009

Brader, ni aku punya tiket pukul 6. Dah terlepas. So aku nak tukar naik bas pukul 7. Aku bertutur lancar. Baju aku dah basah kuyup dengan peluh. Mengah di dada jangan cerita. Mujur Puduraya ada kipas. Brader kaunter yang dari tadi tadi menonton skrin komputer memandang tepat ke muka aku.

Bas pukul 7 baru kejap tadi tali enjin dia putus bang. Nah amik tiket pukul 10. Ni je yang ada.

Dalam keadaan penat, dan dengan sisa tenaga yang ada, aku tumbuk muka brader kaunter sampai berdarah kening. Petang itu aku balik Tanjung Malim jalan kaki ikut jalan pintas Ulu Yam!

Celaka!