Beginilah naluri manusia. Aku kini sibuk dengan hal-hai duniawi yang tidak pernah selesai - melayan bab-bab nafsu yang tidak kunjung padam, selagi belum padam. Selepas padam, kita tidaklah bernafsu lagi.
Ada banyak isu dalam hidup ini. Aku baru melahirkan album baru berjudul SAKRAT Aku lancarkannya di Annexe (Pasar Seni) pada 29 Mac 2008. Album ini hasil sumbangan sajak dari penulis/penyajak yang sedang meningkat naik. Antaranya Amirul Fakir. Dia juga teman baik.
Aku terpanggil untuk melagukan sajak-sajak beliau sebab kemarhaenan dan kenaifan sajak-sajaknya mengingatkan aku tentang kematian. Mati itu permulaan untuk kita lebih mengenal diri (muktamad).
Hidup itu pasangannya mati. Sudah puas hidup ke mana kita mahu pergi lagi Jadilah yang terbaik sernasa hidup kita dan kurangkan nikmat dunia dan indahkan sanubari dengan nilai kecintaan yang jujur pada diri dan Tuhan semesta alam. Jangan terlalu sangat indahkan perihal dunia ni sebab ianya bukanlah sesuatu yang abadi melainkan waktu dan ketika sahaja. Waktu datang dan pergi.
Berbalik pada Sakrat, banyak puisi Amirul bagus dan mampu menambah, balikan memberikan sesuatu yang berfaedab terutamanya dalam perhubungan manusia dengan Tuhan, alam dan kehidupan ini.
Aku cuma pelengkap kepada maksud dan hasrat penyair ini. Pada pendapat aku, untuk lebih berkesan pada pendengar lebih baik dilagu/melodikan. Masyarakat Melayu khususnya bukannya suka sangat membaca bahan-bahan yang serius. Melayu lebih sukakan perkara yang memenuhkan ruang otak dengan hiburan yang penuh dengan kemilau yang mengkelabukan mata dan pandangan. Bagi elemen kekejiwaan hanya memerlukan 20% sahaja.
Bahkan pengertian iman itu sendiri hanya berlegar di ruang otak. Apabila hanya di otak ianya terbatas dan bernafsu. Sedangkan iman itu kejujuran hati. Kalau mendalanti bab hati tidak ada bab-bab material di dalamnya. Apa yang ada hanya keindahan atau nilai-nilai spritual yang mendamaikan jiwa.
Aku juga berminat dengan laporan terbaru fasal Sufiah, gadis pintar yang akhirnya menjadi pelacur. Pada pendapat aku, biarlah dia menjalani takdir dia. Di dalam hidup ini kita boleh pilih apa yang kita malm sebenarnya - putih atau hitam, mahupun kclabu asap. Semuanya boleh. Hanya kesannya dua sahaja; sukacita dan dukacita.
Lagi pun, dia memberitahu bahawa dia gembira dengan apa yang sedang dilaluinya. BiarTuhan sahaja yang menghukumnya. Kita hanya manusia sahaja. Oleh itu, jalankan tugas kita sebagai manusia. Dia pun bukannya makan nasihat. Maklumlah, dia lebih tahu hidup dia daripada kita yang nterasakan. Siapa tahu suatu masa nanti Tuhan bllkakan pintu hatinya dan dia menjadi lebih baik dari kita ini. Buangkanlalt prasangka.