Air mata jatuh berjuraian. Sebentar tadi baru saja suara Jalil menggema melaungkan namanya. Bukan sekali dua, tetapi seminggu kebelakangan ini semenjak Jalil ditemui bercumbu dengan Syarifah di studio.
Ah, inilah yang dinamakan roullette kehidupan. Nombor berputar, bebola besi berlari mencari sasa-ran.
Jika bernasib baik... nombor yang dihajati membawa tuah. Tetapi, jika tersalah pilih... kekecewaan sedia menanti.
Kini... dia telah tersalah pilih. Jalil yang diharapkan menjadi gunung, telah menjadi beban yang menghempap kepala sendiri. Benteng yang diharapkan menjadi kubu - roboh memusnahkan kebahagiaan238
nya....
Keriangan tiada lagi, hatinya telah parah terluka. Dia bingkas... melangkah ke hadapan cermin dan membelek wajah sendiri. Bagai terlihat Imran di depannya... tunduk dan sayu kerana kesedihan. Ingin dipeluk lelaki itu tetapi yang nyata dia hanya mendakap cermin....
Walau apa pun, aku takkan rela kembali ke pangkuan Jalil.
KENAPA tak dipujuk Jalil Dah hampir dua minggu mama tengok kau dengan Ayu tak bersama. Seorang ke barat... seorang ke timur.
Jalil bingkas, terus basuh tangan dan mengelap mulut. Nasinya masih banyak di pinggan. Datuk Megat yang sedang menyuap turut terhenti sambil merenung isteri dan anaknya.
Nak ke mana tu, Jalil Datuk Megat membuka mulut. Papa pun nak tahu juga hal kau berdua
Jalil tersepit. Dia cuba untuk mengelak tetapi persoalan dirinya dengan Ayu juga yang diutarakan.
Apa dah jadi, Jalil
Jalil menggeleng. Tak tahulah, papa!
Dia memang tak tahu, tak mengerti yang sebenarnya. Sikap Ayu sungguh memeningkan kepala. Sudah puas dia cuba memujuk tetapi belum sempat bersuara, Ayu telah mengunci diri. Semua ini gara-gara Syarifah. Celaka! Dia ingat lagi saat itu di mana Syarifah datang menggoda, dan dia sendiri hampir tertewas apabila Anisah dan Ayu muncul tiba-tiba.
Dia tidak berupaya untuk menjelaskan perkara yang sebenar kerana Ayu sendiri telah menyaksikan keterlanjurannya.239
Jalil... kau dengar tak apa papa tanya
Jalil angguk. Dengar pa, tapi. Jalil sendiri
tak mengerti dengan sikap Ayu! Tiba-tiba saja dia marah....
Macam mana dia tak marah! Mama dengar kau buat tak senonoh di studio!
Jalil menelan liur. Semua orang menuduh aku. Tapi... salah aku juga kerana tidak berkeras dengan Syarifah! Hatinya membela.
Sudahlah... pergi Cuba pujuk, Jalil! Kau mesti bertanggungjawab!
Dah puas dah, pa....
Cuba lagi!
Jalil merengus. Dia segera memanjat tangga untuk terus ke bilik. Pasti berkunci dan kalau aku jerit namanya pun dia tetap membantu! Hatinya menelah.
Tetapi pintu biliknya terbuka luas.
Apa dah jadi Jalil melangkah masuk. Bilik kelihatan tenang dan sunyi. Ayu tidak ada di situ. Mana Ayu pergi
Dia meliarkan mata dan tiba-tiba hatinya melekat di almari. Segera dia melangkah lalu membuka almari. Betul dugaanku!
Almari itu telah kosong. Yang tinggal hanya pakaiannya sahaja. Mana dia pergi Tak mungkin pergi dari rumah ini
Segera dia bergegas ke bilik tamu yang sengaja ditinggalkan kosong. Dia cuba memulas tombol dan ternyata ia dikunci dari dalam. Betul dugaan aku!
Ayu! Ayu! Pintu diketuk. Ayu... buka pintu ni.
Tiada reaksi!
LANGKAH pertama telah dilaksanakan. Dia berjaya mengasingkan diri daripada Jalil. Sengaja dia 240
berpindah ke bilik ini kerana tidak sanggup berdepan dengan lelaki itu.
Di sinilah bukti rindu dan sayang apabila perasaan itu hadir di sebalik hati. Dia mula memanggil nama Imran di dalam sepinya ini. Diraup setiap kenangan silam tatkala bersama lelaki itu.
Imran... kembalilah!
Tetapi dia tetap sendirian.
Makan dan pakai tidak teratur dan Ayu cuma turun ke dapur apabila semua orang sudah masuk tidur. Dia tidak mahu bersemuka dengan Jalil. Benci! Aku benci....
Ayu! Ayu!
Dapat dirasakannya kegigihan Jalil kerana saban hari tanpa henti suaminya itu mencuba untuk berse-muka dengannya. Tetapi... hatinya telah beku, telah tertutup gara-gara kecurangan Jalil sendiri.
JALIL tidak sedar berapa lama dia bersidai di studio. Hampir dua bulan dia tidak bersama dengan Ayu dan saat ini purnama hampir mencecah tiga. Dia tidak lagi menjadi suami walaupun pada dasarnya mereka masih belum bercerai. Mereka tetap suami isteri, tinggal sebumbung dan melayari hidup sebagai pasangan yang kononnya ideal di mata masyarakat.
Ayu telah memunggah pakaiannya, pergi ke bilik lain. Jalil hampa, tetapi dia tidak menyalahkan ister-inya itu.
Telefon di studio berdering - menyentak ilusi-nya namun rengekan telefon itu tidak diendahkan. Dia terus melayan mindanya....
Alangkah dayus aku begini. Aku perlu bersemuka dengan Ayu... walaupun aku perlu bercerai!
Saban hari dia mempertimbangkan perkara itu se241
hinggalah malam ini dia benar-benar kuat untuk menyuarakan hal ini.
Tanpa mengemaskan easel yang sememangnya sekian lama tidak disentuh, dia bingkas. Dia ingin segera pulang.
Hari telah lewat malam dan dia mengeluarkan kunci rumah. Pintu dibuka dan dia tahu engsel me-mang sengaja tidak dikunci bagi memudahkan dia masuk.
Dia memetik suis chandelliar dan ruang tamu dilimpahi cahaya. Tatkala itu juga terdengar dentingan pinggan. Ada orang di dapur! Detiknya. Dia segera beredar ke dapur.
Ayu!
Isterinya tidak lagi dapat melarikan diri. Mata bertentang mata. Jalil dapat melihat nasi dan sedikit lauk masih di pinggan. Hatinya tiba-tiba sayu dan ingin saja dia memeluk isterinya. Ayu pula cepat ke sinki membuang dan membasuh baki nasi yang ada di pinggan.
Ayu... marilah temankan I makan,
Tak apalah, I dah makan... you balik lewat, takkan belum makan lagi...
Apa maksud Ayu
What's happening with us... are we still husband and wife
Yes... why
Jalil... I think I'm ready to tell you this, I nak bercerai.
Ayu!
Jalil kelu tetapi apabila difikirkan, dia akur. Ba- iklah Ayu... I sedia lepaskan you... tapi ada syaratnya!
Apa
Bolehkah kita berpura-pura dengan papa dan 242
mama
Maksud you
Kita berpura-pura biasa, tetapi hakikatnya kita telah bercerai!
Ayu tunduk, memikirkan tawaran Jalil itu. Ba- iklah... I setuju!
Ada syarat lagi
Apa
Kalau hubungan kita dapat dipulihkan... mahukah you kembali pada I"
Dan... Ayu mengangguk pasrah.
Baiklah... esok... I'll divorce you... but I hope youll continue to stay with us. I dont want others to know about our divorce, at least it is for the sake of my career.
Balik-balik your career... never mind, Jalil... tak akan mencontengkan nama baik you.... Ill stay for the sake of our son.243