Dude! I'm Getting Married - 37
BAB 37

ACIK ketuk pintu bilik Seri. Tak ada jawapan. Mana pulak dia ni pergi

Ucu! Ucu! Acik laung sekuat hati.

Tombol pintu bilik Seri dipulas. Laa..tak kunci rupanya! Acik sengih. Macam bodoh.

Pintu dikuak luas. Seri dah sembam muka di bantal. Meniarap menekup muka.

Ucu..kenapa ni Acik menghampiri Seri. Beria menangis budak ni. Dah tersedu-sedu bunyinya!

Ucuabang ni.. Pujuk Acik lembut. Salah aku ke tadi Nak cari penyelesaian konon, alih-alih Koci dah rosakkan semuanya. Bukan main lagi Koci ni nak mengaku yang dia sayang Salina tu.

Maafkan abang..kalau abang yang salah. Acik masih pandang Seri yang diam dari tadi. Bunyi esakan masih jelas.

Ucu..pandang la abang ni. Abang menangis karang.. Acik buat riak sedih. Dia jeling Seri yang masih diam. Seri dah bangun.

Eii! Buruk lelaki menangis.. Seri senyum. Dia kesat sisa air mata di kedua pipinya.

Macam tu la adik abangAcik tarik hidung Seri. Adik aku ni kalau menangis pun masih cun! Kenapalah dia ni adik aku Ah! Apa aku fikir ni

Abang nak apa masuk bilik Ucu ni Seri duduk sebelah Acik.

Tak boleh ke

Seri senyum. Suka tengok Acik buat muka seposen macam tu. Kalah Mario Maurer tukalaulah dia bukan abang aku, susah sangat, aku nikah je dengan Acik ni. Tapi yalah..dia kan abang kandung aku.

Kenapa senyum

Tak ada apa.. Seri tunduk.

Abang nak tanya..Ucu kena jawab jujur dengan abang. Ucu suka tak Koci

Seri mendongak. Anak mata Acik tepat memandang ke arahnya.

Abang kan tahu Ucu suka siapa.. Seri dah mula sugul.

Kalau macam tu kenapa Ucu nak teruskan jugak pertunangan ni Acik berkerut kening.

SebabJai tak pernah sukakan Ucu..macam tadi..sengaja dia tanya Salina tentang pertunangan tu. Ucu tak boleh terima semua tu. Mata Seri dah berair.

Kalau abang kata, Jai tu sebenarnya cintakan Ucu, apa Ucu nak buat Acik cuba pujuk Seri.

Seri dongak. Tepat pandang Acik.

Macam mana abang tahu dia cintakan Ucu

Dia sendiri yang mengaku..

Ucu tak percaya! Seri membentak.

Baiklahkalau Ucu nak tahu..Jai tu bekas tunang Ucu. Acik tengok muka Seri yang dah berubah riak.

Apa abang cakap

Jai tu bekas tunang Ucu tujuh tahun dulu! Acik terpaksa berterus terang.

Seri menelan liur. Patut la ada persamaan wajah. Seri bingkas bangun dan segera capai buku rujukan di atas meja. Buku tu dibelek kasar. Sekeping gambar terjatuh ke lantai. Dia cepat-cepat ambil. Cuba bandingkan gambar tu dengan gambar Jai dalam telefon bimbitnya.

Jadiselama ni Jai tubekas tunang Ucu Mengapa tak sama dengan gambar ni Seri pandang gambar di tangannya dengan gambar di dalam telefon bimbit silih berganti.

Memang la tak sama. Tu gambar budak sekolah. Kepala pun botak! Acik luku manja kepala Seri.

Macam mana abang tahu Seri menoleh ke arah Acik yang dah tersengih-sengih.

Abang nampak gambar tu..sejak tu abang nekad cari dan siasat di mana bekas tunang Ucu tu. Tak sangka kawan serumah abang sendiri rupanya.. Acik senyum.

Seri tumbuk dada Acik. Abang ni! Senyap-senyap abang jadi Detective Conan!

Sakit la! Acik sengih lagi. Dia gosok dadanya. Senak jugak la kena tumbukan bertubi-tubi tangan Seri tadi.

Abang tu yang jahat! Suka sangat nak berahsia! Apa lagi rahsia yang abang nak sorok Seri baling bantal.

Acik balas semula. Mereka saling kejar-mengejar mengelilingi katil. Habis bersepah cadar dan bantal dalam bilik Seri.

Apa bising-bising ni

Acik dan Seri serentak menoleh. Mama dah terpacak di muka pintu bilik yang ternganga luas.

Mama pandang Acik dan Seri yang dah kusut masai rambut masing-masing. Seri yang pakai baju kurung, dah terselak bahagian dadanya. Acik yang masih memegang bantal di tangan kanan tersenyum memandang Seri dan kemudian beralih kepadanya pula.

Tutup dada tu!Mama capai tuala di hujung katil dan membalut tubuh Seri.

Seri terpinga-pinga. Dia pandang Acik yang turut tergamam dengan tindakan mama.

Dah! Kemas semua ni! Acik..tak baik duduk bilik anak dara macam ni! Mama dah gelabah.

Acik berkerut kening. Apa kena mama aku ni Salah ke aku masuk bilik Seri Macam tak biasa. Sejak kecil aku bergurau dengan Seri..tapi hari ni..muka mama dah menyinga.

Acik dan Ucu dah besar panjang. Ma tak nak ada benda tak elok berlaku nanti. Mama bersuara tegas.

Maksud ma Seri menelan liur. Nilah pertama kali mama marah.

Err..tak ada apa.. Mama terus berlalu pergi.

Acik dan Seri saling berpandangan. Perlahan Acik menapak keluar dari bilik Seri. Bingung.

SERI betulkan rambut dan baju yang dipakai. Dia menapak ke ruang tamu. Mama ada di situ.

Ma..kenapa ni Seri sentuh bahu mama. Mengapa dia menangis

Err..tak ada apa.. Mama kesat air mata.

Kalau tak ada apa, mengapa ma menangis macam ni Ucu ada buat salah ke Seri dakap erat tubuh mama.

Ucu..dengar sini. Ucu kena jaga batas pergaulan walau dengan Acik. Mama pegang kedua pipi Seri.

Seri berkerut kening.

Ta..tapi kenapa ma Acik tu kan abang Ucu Salah ke apa yang kami buat tadi Seri pandang tepat ke anak mata mama.

Ucu dah besartak elok Ucu bergurau macam tu. Macam tadi, sampai terdedah dada macam tu. Mama tunduk. Rahsia yang disimpan selama ni tak perlu dirungkai dengan mudah.

Maafkan Ucu ma. CumaUcu tak faham. Kenapa Seri dongak ke muka mama. Ada riak sugul di wajah mama.

Ucu..maafkan ma. Satu yang ma nak pesan, Ucu jaga aurat. Maafkan ma kerana selama ni buat Ucu hidup dalam dosa macam ni..maafkan ma.. Mama menekup muka.

U..Ucu tak faham.. Seri pegang kedua bahu mama. Dosa Jaga aurat Memang selama ni aku tak pernah buka tudung bila keluar rumah! Tak pernah sentuh lelaki sesuka hati! Never!!

Mama pandang Seri. Patut ke aku beritahu Seri hal sebenar Selama ni aku biarkan Seri membuat dosa. Ya Allahaku yang bersalah.

Nanti Ucu akan faham. Ma minta tolong sangat..Ucu ingat pesan ma. Jangan buat lagi macam tadi. Kalau boleh..jaga aurat.. Mama sebak. Ya Allah..macam mana aku nak bagi tahu anak aku ni..berilah kekuatan pada aku.

Ucu mana ada buka aurat ma. Selama ni Ucu jaga diri Ucu. Seri dah bingung.

Mama tunduk.

Drama apa pulak ni

Seri dan mama serentak mendongak. Papa dah tercegat di muka pintu.

Eh, pa! Mama bangun dan mencium tangan suaminya.

Seri turut mencium tangan papa. Papa melabuhkan punggung di sebelah mama.

Ada apa ni Sampai menangis dua beranak ni Papa tegur.

Err..tak..tak ada apa. Mama tergagap-gagap.

Acik mana Papa pandang atas.

Kat bilik dia.. Mama jawab tanpa nada perasaan.

Kenapa ni Papa angkat dagu mama. Mama terdongak.

Seri hanya melihat kemesraan papa dan mama.

Tak ada apa. Abang nak makanMama buka baju kot papa dan mereka berdua beriringan ke dapur.

Seri sandar di sofa. Lama dia termenung di situ memikirkan apa yang dikatakan oleh mama tadi. Pelik aku mama ni..aurat

Dosa Jaga batas pergaulan Memanglah aku jaga semua tu! Bila masa aku tak jaga

Dah la tu sedih monyok macam tikus merajuk!

Seri menoleh ke kiri. Acik dah turun anak tangga dari biliknya.

Abang nak ke mana

Keluar. Kenapa Nak ikut Acik senyum.

Nak ke mana Seri jeling.

Jumpa Koci.

Tak naklah! Seri muncung.

Acik sengih. Dah agak dah. Degil! Esok entah macam mana rumah tangga korang.

Seri jeling Acik yang dah menapak ke kereta di laman.

LAMA Acik melangut di restoran De Dorm. Mana la Koci ni Janji pukul lima..ni dah lima setengah.

Acik! Sorry! Dah lama sampai Koci tergesa-gesa melangkah ke arah Acik.

Lama tu tak la tapi boleh la setakat nak tumbuh janggut tu! Acik senyum sinis.

Koci gelak mengekek.Muka kau nak tumbuh janggut

Tahu tak apa!

Apa hal kau nak jumpa aku ni Koci tarik kerusi dekat dengan meja.

Kau betul ke suka Seri

Koci menelan liur. Tak habis lagi ke..adoiyaa..

Aku tanya ni! Acik ketap bibir.

Su..suka la. Kenapa Koci sandar di kerusi.

Gaya kau jawab pun aku dah agak. Kau sebenarnya lebih sukakan Salina kan Acik teka. Mata Koci dah lain.

Err..kalau betul pun, Salina dah nak bertunang dengan Jai..tambah lagi Salina tu pilihan ayah Jai. Nada Koci dah perlahan. Kunci kereta dipusing-pusing dengan hujung jari telunjuk.

Sebelum Jai bertunang ni, aku rasa baik kau luahkan rasa suka kau tu kat Salina. Kalau Salina tu pun suka kat kau, kau ada alasan yang kukuh.

Koci diam. Buntu!

Kenapa kau mengaku yang kau suka Seri Acik masih tak puas hati.

Koci masih diam. Maaf..aku gabra tadi. Aku tengok Seri tu dah sedih. Aku dah la tak reti nak pujuk perempuan menangis ni..

So, sekarang ni macam mana Kau nak teruskan bertunang dengan Seri ke atau tak Acik dah geram. Gara-gara jawapan Koci tadi, semuanya dah jadi tunggang-langgang!

Entah la Acik..aku dah buntu aa Koci garu kepala.

Aku tahu Seri tak cintakan aku. Tadi..dia teragak-agak nak beri jawapan. Memang sah la dia tak suka aku tapi aku tak akan

putus tunang kalau tak ada sebab yang konkrit. Mampus aku nanti kalau mak aku tahu!

Acik meraup muka. Memang betul kata Koci melainkan Seri sendiri yang nak putus. Jai pun dah warning aku, jangan buka rahsia tu. Tapi..apa salahnya kalau aku buka rahsia tu. Mana tahu dengan rahsia tu, Koci ada alasan nak putus

Err..Koci..kau kenal ke bekas tunang Jai

Kenapa kau tiba-tiba tanya pasal bekas tunang Jai ni Kau suka dia eh Koci kenyit mata.

Acik mencebik. Erk! Gila kau! Suka kat adik aku sendiri!

Aku tanya je la! Aku dengar..kau nak tolong Jai cari bekas tunang dia tu

Betul!

Kalau aku kata aku dah jumpa dia

Koci pandang Acik tak berkelip. Kau dah jumpa Kat mana

Belum sempat Acik jawab, Ojie dah terpacak di situ.

Awak buat apa kat sini Acik terkejut. Muka Ojie dah lain macam.

Kenapa awak buat macam tu Kalau awak tak suka saya, cakap terus terang. Saya boleh terima. Saya sedar, saya yang terhegeh-hegeh kat awak. Ojie menyeka air mata.

Apa awak cakap ni Saya tak faham..Acik garu kepala.

Koci pula terkebil-kebil.

Saya tahu awak sukakan Salina kan

Hah Serentak Acik dan Koci bersuara.

Mereka saling berpandangan.

Kenapa awak cakap macam tu Acik menelan liur.

Tadi..saya nampak awak dengan Salina di restoran mamak. Saya faham kalau awak pilih dia. Dia cantik. Memang menjadi pilihan lelaki macam awak ni. Saya minta maaf. Saya minta diri dulu. Ojie segera beredar dari situ bersama kawannya yang sedang menunggu di tepi ekskalator.

Ojie! Acik cuba menahan tapi mereka dah hilang di celah orang ramai.

Adoih!! Apa hal pulak dia ni Acik bercekak pinggang. Mata masih menala ke arah Ojie yang dah hilang.

Acik..kenapa dengan awek kau tu Sentap tak ingat aku tengok tadi! Koci turut panjangkan leher ke luar restoran.

Aku rasa dia dah salah faham. Tadi, masa kat restoran mamak tu, tinggal aku dan Salina je. Kau, Jai dan Seri dah blah. Aku cuba tanya Salina pasal kau dan Jai. Tak sangka pulak dia nampak! Acik garu kepala.

Koci senyum. Sekarang ni kau pulak rasa! Pening bila fikir hal perempuan ni!