Abstrak Cinta Aku & Dia - 37
BAB 37

HARI AHAD

Zack dan Amy berjalan seiring masuk ke dalam AEON Big itu. Tempoh hari, Zack sudah berjanji dengan Amy untuk menemani pergi membeli-belah. Oleh kerana Zack sendiri tidak mempunyai apa-apa aktiviti pada hari Ahad, maka dia pun bersetuju tanpa banyak soal. Kalau dulu, jangan kata nak keluar bersama, nak bercakap pun belum tentu. Hubungan yang dulunya bagaikan Tom & Jerry, kini telah berubah sekelip mata.

Nak kata tak bertengkar langsung pun, tidak juga. Mereka masih tetap bertikam lidah mengikut keperluan semasa. Tapi bukanlah benar-benar berniat untuk bertengkar. Cuma perangai dari kecil yang tak mahu kalah itu masih terbawa-bawa hingga kini.

Zack membantu menolak troli sementara Amy ralit memilih barang. Kebanyakannya barang-barang keperluan dan bahan makanan yang menurut Amy, untuk Farizah. Doktor telah mengesahkan tiada apa-apa komplikasi maka Farizah telah dibenarkan pulang. Farizah yang keguguran, perlu dijaga seperti orang dalam pantang bersalin. Tidaklah terlalu protokol seperti orang yang baru bersalin tetapi sekurang-kurangnya bab pemakanan perlu dijaga.

Itu kata Amy. Ya atau tidak, Zack kurang pasti. Tak banyak sedikit, Zack tak mampu untuk tidak turut sama memikirkan Farizah.

Kak, kenapa kau tak suruh Izah balik kampung ajeZack bertanya. Agak hairan berbaur sedikit kagum. Sanggup Amy bersusah-payah sebegitu demi kawan-kawan. Tapi memang dari dulu lagi Amy bersikap begitu, terutamanya dengan Farizah.

Dia tak nak. Dia takut Mak Yan risau.Jawab Amy.

Zack mengangguk. Hati orang tua mana yang tak risau kalau dapat berita anak sendiri berbuat onar.

Lagipun, kau tahulah. Kalau family lagi satu dapat tahu, sampai tujuh keturunan dia tak habis kena cercaAmy bersuara lagi tanpa memandang ke arah Zack.

Zack terangguk-angguk sendiri lagi, memahami.

Hidup keluarga Farizah agak warna-warni. Farizah ada keluarga besar. Ramai adik-beradik tetapi tak seibu. Ini kerana Pak Sidek, bapa Farizah punyai dua keluarga. Keluarga isteri pertama dan isteri kedua. Agaknya, sudah menjadi tradisi dalam keluarga Pak Sidek untuk mempunyai isteri lebih dari satu. Dari datuk, bapa, hingga ke adik-beradik Pak Sidek sendiri, kebanyakkannya beristeri dua.

Seketika, wajah Mak Yan atau nama betulnya Puan Maryanti muncul dalam kepala Zack. Berusia awal lima puluhan, kecantikan Mak Yan masih lagi belum ditelan waktu. Mungkin kerana amalan pemakanan Mak Yan atau mungkin kerana Mak Yan di antara orang yang bertuah kerana dikurniakan kecantikan semulajadi. Kecantikan Mak Yan diwarisi oleh kedua-dua orang anak perempuannya.

Fazilah si kakak, dan Farizah.

Yang cantik dan molek, belum tentu bahagia sempurna hidupnya. Mungkin balasan, mungkin ujian, tiada siapa yang tahu. Hidup Mak Yan sekeluarga selalu ada pasang surutnya.

Mak Yan adalah isteri nombor dua Pak Sidek. Adatlah apabila menjadi yang nombor dua. Ada yang dapat menerima dengan hati terbuka, ada pula yang kurang suka. Yang suka, memuji. Yang benci, mengeji.

Kata-kata orang sekeliling sudah menjadi asam garam kehidupan keluarga Mak Yan. Apatah lagi, asalnya Mak Yan dari Indonesia. Pendatang katanya walaupun Mak Yan sudah lama mempunyai taraf penduduk tetap. Mak Yan sedar dirinya siapa. Orang tanah seberang yang menumpang kasih dengan suami orang. Maka setiap umpat keji ditelan saja. Redha menerima. Asalkan anak-anaknya hidup terbela walaupun adakalanya Fazilah dan Farizah turut sama terkena tempias umpatan.

Keluarga pertama Pak Sidek dan keluarga Mak Yan seringkali dijadikan perbandingan. Keluarga pertama Pak Sidek, duduknya di rumah banglo di atas tanah persendirian. Manakala Mak Yan pula, rumahnya biasa-biasa. Apabila tiba hari raya, Pak Sidek akan menghabiskan masa seharian dahulu dengan keluarga pertama. Barulah menjejak kaki ke rumah Mak Yan.

Hendak dikata Pak Sidek tidak adil pun, tidak juga. Makan pakai keluarga Mak Yan tetap terjaga. Tak dinafikan, Fazilah dan Farizah masih mampu bermewah walaupun tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan keluarga pertama. Cuma mungkin, Pak Sidek kurang adil dari segi kasih-sayang dan perhatian.

Sikap Fazilah, lebih menyerupai Mak Yan yang santun dan pendiam. Bercakap apabila perlu sahaja. Dan seperti Farizah, Fazilah juga menjadi idaman ramai jejaka dek kerana kecantikannya. Jodohnya sampai awal. Ketika umurnya 20 tahun, sudah dipinang seorang jurutera. Bahagia sehingga kini.

Manakala Farizah pula, sikapnya berbeza. Periang dan peramah, menjadi identiti. Tapi disebalik sikap itu, Farizah seorang yang suka memberontak. Hampir-hampir juga Farizah berkahwin muda tetapi pinangan dari anak sahabat Pak Sidek ditolak mentah-mentah.

Kemudian, apa yang Zack tahu, Farizah menyambung pelajaran di sebuah kolej swasta di ibu kota selepas mendapat keputusan SPM.

Semenjak dari itu, tiada lagi berita yang dia dengar mengenai Farizah. Rasa yang dipendam sekian lama juga turut hilang dibawa arus masa sehinggalah dia dipertemukan semula di hari perkahwinan Shima dulu. Tak banyak sedikit, hatinya terusik dengan kenangan lama tetapi tidaklah sehingga mampu membuatkan dia kembali jatuh cinta.

Mengapa dulu dia jatuh hati pada Farizah Secara amnya, sebab Farizah cantik. Dan sama seperti Amy, Farizah memang peramah. Mudah bergaul dengan sesiapa saja. Bezanya, antara Farizah dengan Amy, Farizah lebih santun orangnya. Amy pula, lebih gila-gila. Mungkin kerana keluarga mereka memang begitu.

Zack

Suara Amy mematikan lamunan. Zack memandang ke arah Amy yang sedang menjengah barangan dalam troli.

Aku rasa, cukuplah ni kotAmy menyambung kata sambil berkira-kira. Cukuplah untuk bekalan seminggu.

Apa lagi Pergilah bayar Ujar Zack.

Nak bayarlah ni. Balas Amy lantas bergerak menuju ke arah kaunter bayaran.

Kau jangan lupa, kak. Kau dah janji nak belanja aku makan lepas ni Sambung Zack.

Aku dah agak, kau memang tak ikhlas teman aku. Amy membuat muka.

Kau ingat, aku ikhlas bangun pagi-pagi semata-mata nak teman kau shopping Boleh jalan!

Diamlah kau! Lain kali, cakap awal-awal kalau tak ikhlas. Huh!

Zack sengih. Bukanlah dia harap benar dengan balasan belanja makan dari Amy. Saja seronok nak bertengkar. Hobi dari kecil

Satu persatu barang diletakkan di atas meja kaunter. Zack hanya memerhati. Banyak juga barang yang Amy beli.

Kau nak makan apa, ZackSambil mengeluarkan duit, Amy bertanya. Sebentar tadi pun, dia bukan benar-benar mahu bergaduh dengan Zack, saja suka-suka. Rasa pelik kalau tak bergaduh dengan Zack.

Apa-apa ajelah Jawab Zack.

Apa-apa tu, apa Karang aku belanja kat mamak aje, kau cakap aku tak ada tastelah, kedekutlah

Alamamak ke, five star hotel ke, aku okey aje

Amy senyum.

AMY memilih sebuah gerai yang menjual nasi kukus yang terletak di kawasan berdekatan dengan Vista Tasik. Menu paling mudah dan ringkas untuk makan tengahari. Sedapnya terjamin. Lagipun, dekat dengan rumah. Senang nak balik.

Kau tahu tak, kak Masa aku nampak kau kat hospital tu, mati-mati aku ingat kau kena bantai dengan Farid.Zack memulakan perbualan, sementara menantikan makanan yang dipesan sampai.

Kenapa kau ingat aku kena bantai dengan Farid Soal Amy.

Sebab aku tengok, perangai dia baran lain macam. Macam bagus pun ada Balas Zack.

Amy diam. Kebenaran kata-kata Zack memang tak boleh dipertikai. Selama ini, dia dikaburi dengan perasaaan sayang lalu cuba bertolak-ansur dengan sikap Farid. Namun, peristiwa dimaki-hamun secara maksimum di depan orang ramai di Keramat, telah mencelikkan mata. Sayang saja tak guna kalau hati dan perasaan merana.

Tetapi Farid pula yang tak faham bahasa. Kata putus sudah diberi namun Farid tetap juga mahukan hubungan disambung semula. Agak buntu apabila soal Farid dibangkitkan. Bengang juga ada. Sikap Farid semakin lama semakin menjengkelkan.

Kau main bomoh ke, kak Sampai teruk benar dia angaukan kau Soal Zack lagi.

Bomoh Apa hal pulak Zack, aku nak main bomohAmy membalas. Tapi, kalau kau ada kenal mana-mana bomoh baik punya, kasi tau aku. Aku nak bomohkan si Farid ni, biar dia benci terus kat aku

Zack gelak terbahak. Apa kata kau kasi santau aje

Isk. Itu teruk sangat. Mati karang, tak terjawab aku

Zack sambung gelak. Dia geleng.

Aku tak larat dah nak layan perangai dia tu. Rimas!Amy separuh mengadu.

Zack tidak membalas apa-apa, melayan saja luahan hati Amy.

Aku ingat, aku nak upahlah sesiapa, berlakon jadi boyfriend aku. Biar si Farid tu putus harap terus

Zack tergelak Apahal pulak sampai nak kena upah orang Kau cakap ajelah terus-terang dengan Farid, yang kau dah tak nak kat dia.

Berbuih dah Zack mulut aku ni. Farid tak faham-faham jugak. Aku tak tahulah, bahasa apa lagi aku nak guna. Guna bahasa Jawa okey kot...

Zack tergelak lagi. Amy sengih. Perbualan mereka terhenti seketika apabila makanan yang dipesan sampai.

Aku rasa, aku tahu siapa yang boleh tolong berlakon jadi boyfriend kau. Tak payah upah. Free of charge. Zack berkata.

Siapa Kening Amy terangkat.

Anep.

Anep Siapa tuAmy membuat muka tanda-tanya.

Housemate aku. Alakau ingat tak, masa malam kau gaduh dengan Farid tu. Kan Anep ada sekali, hantar kau balik rumah

Ohmamat tu.Amy angguk dua kali. Nak ke dia tolong

Anep jenis tak kisah. Boleh kotBalas Zack.

Amy terdiam, berfikir sebentar.

Tak payahlah. Dibuatnya awek dia marah ke, apa ke, jadi satu hal pulakSetelah berkira-kira, Amy menolak.

Anep tak ada awek pun Terang Zack.

Aik! Muka sikit punya handsome, tak ada awek Biar betul kau ni, Zack

Diadah bertunang.Suara Zack mendatar ketika berkata. Tapi

Kalau dia dah tunang, lagilah aku tak nak Suara Amy sedikit tinggi, pantas memotong kata-kata Zack.

Tapitunang dia dah meninggal tahun lepas. Leukemia. Zack menyambung ayat.

Amy terdiam. Terkebil-kebil memandang Zack yang berterusan menyuap makanan.

Kalau macam tu, kau rasa, nak ke dia tolong Soalan yang sama terkeluar lagi dari mulut Amy.

Tak ada hallah. Nanti kita

Kejap.Amy pantas memotong apabila telefon bimbitnya menjerit.

AaronAmy berkata sendiri setelah melihat skrin telefon. Hello

Amy.

Suara Aaron amatlah tidak mesra pada pendengaran Amy.

Hey...Aaron. Whats up

Aaron tak bersuara. Dari hujung talian, Amy terdengar nafas turun naik.

ErrAaron

Kenapa you tak cakap dengan I yang Izzy gugur!!!

Bingit. Amy pantas menjauhkan telefon dari telinga. Suara lantang Aaron membuatkan dia tergamam. Macam manaAaron boleh tahu

Mana you tahu, dia gugurAmy meneruskan perbualan di telefon.

Zack memandang wajah Amy yang sudah bertukar kelat.

Macam mana I tahu, you tak payah tahu. Tapi you patut beritahu I pasal ni. Kenapa you tak cakap langsung!

Sekali lagi, Amy terpaksa menjauhkan telefom bimbit dari telinga kerana suara Aaron yang kuat. Terdiam. Serba-salah. Pada Farizah, dia sudah berjanji untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang hal ini, termasuk Aaron. Oh, dia sudah terberitahu Zack tetapi itu boleh dikira halal.

Where is Izzy Aaron bertanya lagi di hujung talian.

Ada..kat rumah.

Where are you now Nada suara Aaron kedengaran turun satu oktaf tapi masih dalam kategori tinggi.

I tengah makan

Im on my way pergi rumah you sekarang. I nak jumpa Izzy.

Talian terus dimatikan tanpa sempat Amy membalas apa-apa. Dia menarik nafas dan dilepaskan perlahan. Telefon diletakkan di atas meja.

Kenapa Zack menyoal.

Aaron. Dia dah tahu pasal Izah.

So

Dia nak datang rumah, nak jumpa Izah.

So

Soso. So apa lagi Kenalah balikBalas Amy. Suaranya sedikit tinggi.

Makanlah dulu Pujuk Zack.

Aku dah hilang selera.

Makan dulu. Tak ke mana pun si Izah nak lariSambung Zack.

Amy senyum sumbing tetapi dia menghabiskan juga makanan tengaharinya.