BERITA utama di akhbar-akhbar arus perdana dan laman-laman internet telah menggemparkan pekerja-pekerja Syarikat Mobile Leon Sdn. Bhd. Dikatakan bahawa pengarah syarikat mereka, Encik Khairul Datuk Akmal telah ditemui mati di rumahnya. Kes ini masih dalam siasatan polis.
Linda terkejut membaca berita itu sewaktu bersarapan pagi. Berita kematian Khairul benar-benar mengejutkannya. Dia hampir tidak percaya. Jika benar Khairul sudah tiada, dia pasti menyesal. Sejak perjumpaan di rumah Khairul berhubung dengan perwarisan harta, dia tidak pernah lagi berjumpa dengan abangnya itu. Sebenarnya, dia mula menyayangi Khairul. Abang sulungnya itu seorang yang baik. Hanya dia yang terlalu mengikut darah muda dan terlalu mendengar hasutan Azura dan Fakrul.
Tidak, aku yakin dia masih ada. Dia belum meninggal. Linda kuat mengatakan yang Khairul belum meninggal dunia.
Dia pasti Azura dan Fakrul juga mengetahui akan hal ini. Mustahil jika mereka tidak tahu padahal berita ini terpampang jelas di muka hadapan surat khabar dan internet. Dia berkira-kira mahu menelefon Azura.
Ketukan di pintu menyentak perasaan Linda. Setiausahanya masuk dan menyerahkan beberapa fail yang perlu ditandatangani.
Cik Linda, tadi ada seorang wanita telefon mengatakan mahu berjumpa dengan Cik Linda tengah hari ini, ujar setiausaha itu.
Siapa dia
Namanya Nurul. Dia hanya menyebut mahu berjumpa Cik Linda sahaja.
Nurul Baiklah, suruh dia datang berjumpa saya. Linda memberikan kata putus. Walau dia sebenarnya tidak mengenali siapa Nurul, namun dalam keadaan tertekan dia tidak mahu memikirkan permasalahan orang lain.
Dia kembali memberi tumpuan pada kerjanya. Fikirannya ternyata sudah jauh terpesong. Dia tidak mampu meneruskan kerjanya semula. Linda memanggil semula setiausahanya.
Awak telefon Nurul tu semula, katakan saya tak jadi berjumpa dengan dia hari ni. Dia boleh jumpa saya esok pagi di pejabat. Hari ni saya ada hal.
Linda bercadang mahu pergi ke rumah Khairul. Waktu makan tengah hari dia memandu menuju ke rumah abangnya. Mujur rumah Khairul tidak jauh dari bandar. Sesampai di sana, kawasan rumah Khairul telah dipagari dengan pita kuning hitam. Pasti telah dipasang oleh anggota polis.
Keadaan rumah itu sunyi sepi. Tiada apa-apa yang mencurigakan. Kerusi dan barang-barang perabot yang lain langsung tidak terusik. Nyata, ini bukan satu rompakan. Pasti orang itu datang ke rumah hanya untuk membunuh Khairul.
Linda naik ke atas dan melihat bilik air yang menjadi tempat Khairul ditikam. Air di dalam tab masih berwarna merah. Lantai juga terdapat percikan darah. Terjengket-jengket Linda me ngelakkan agar kakinya tidak terpijak darah. Dalam sibuk memastikan darah tidak terkena kakinya, mata Linda terlihat sesuatu di celah pintu. Benda itu tidak terlihat jika tirai di dalam bilik air tidak ditarik. Linda mendekati objek itu. Ternyata sehelai sapu tangan berwarna merah jambu, bercorak hati. Pelik, setahunya Khairul tidak pernah menggunakan sapu tangan. Melainkan sapu tangan itu adalah milik orang lain. Siapa
Mata Linda melilau memerhati setiap sudut ruangan bilik air. Mana tahu, dia terjumpa sesuatu yang lain pula. Namun hampa.
Linda membawa sapu tangan itu pulang. Minyak wangi yang terdapat pada sapu tangan itu masih kuat. Seperti haruman minyak wangi Perancis yang mahal. Linda tidak pasti jenama
nya. Dia terus memandu pulang ke pejabatnya. Kepalanya sarat dengan tragedi yang menimpa Khairul. Sesampai sahaja di tempat letak kereta aras bawah pejabatnya, seorang gadis bertudung hitam sudah sedia menunggu.
Awak siapa
Saya Nurul, Khairul ingin berjumpa dengan awak....
KHAIRUL! Linda mendapatkan Khairul yang terbaring lemah di katil hospital. Dia memeluk Khairul dan menangis tersedu-sedu.
Sabar Linda, dia masih belum sedar, Nurul cuba memujuk Linda.
Macam mana abang saya boleh ada di sini Bukankah dia.
Tidak, dia masih hidup. Abang awak belum mati lagi. Nurul meminta Linda duduk di kerusi. Setelah wanita itu bertenang, dia menceritakan kepada Linda tentang malam kejadian itu.
Setelah mendapati Khairul pengsan dan bergelumang dengan darah, Nurul terus membawa Khairul ke hospital. Dengan kerjasama pihak polis, mereka merahsiakan yang Khairul masih hidup.
Alhamdulillah, syukur Allah gerakkan hati awak untuk ke rumahnya, kata Linda dengan penuh kesyukuran di hatinya.
Kalau tidak, mungkin Khairul tak dapat diselamatkan kerana kehilangan banyak darah. Kita kena banyak berdoa. Doktor kata, tikaman tu terkena urat nadi sebab itulah darah keluar tak henti-henti.
Kenapalah semua ni terjadi pada dia Apa salah dia Apa yang abang saya dah buat sampai ada orang nak bunuh dia Linda merenung Nurul. Pertanyaannya membuatkan gadis itu menjadi serba salah.
Entahlah, saya pun tak pasti. Sekarang pihak polis masih menjalankan siasatan. Saya harap Linda tak beritahu sesiapa yang Khairul masih hidup lagi. Bukan apa, dalam hal macam ni kita tak boleh nak agak siapa dalangnya, pesan Nurul.
Baiklah, awak ni siapa Awak ni orang yang nak jumpa saya di pejabat, kan soal Linda. Dia baru teringat nama wanita yang membuat temujanji untuk berjumpa dengannya.
Ya, saya kawan Khairul dan arwah Harlina. Memang saya nak jumpa Linda, sebab sebelum ni Khairul ada cerita tentang adik-beradik dia pada saya. Kebetulan saya ada alamat tempat kerja Linda. Jadi, saya ingat nak maklumkan hal Khairul pada Linda.
Oh, nasib baik awak beritahu saya. Saya harap sangat awak tak beritahu pada Azura dan Fakrul. Saya sangsi dengan mereka, ujar Linda.
Linda menceritakan perihal Azura dan Fakrul yang tidak senang dengan pembahagian harta pusakan keluarga mereka. Mereka berdua tidak setuju Khairul mendapat hak ke atas ketiga-tiga syarikat di luar negara.
Tentu mereka boleh buat apa saja, tambah Linda.
Kita tak boleh nak tuduh, Linda. Kena ada bukti dulu. Lagi pun, pihak polis masih belum dapat mencari bukti terhadap kes pembunuhan tu. Segalanya dilakukan seperti sudah dirancang. Malah, pihak polis mengatakan orang yang tikam Khairul itu adalah orang yang Khairul kenali berdasarkan pintu yang sudah terbuka dan tidak mengalami kerosakan.
Orang yang dikenali Tentu orang tu rapat dengan Khairul. Mungkin saya pun kenal kot. Ish, entah-entah orang tu dekat dengan kami. Meremang bulu roma saya. Linda mengus apngusap lengannya. Sesekali dia turut memegang tengkuknya.
Eh, baru saya ingat. Tadi masa lunch saya ke rumah abang. Saya ada terjumpa sehelai sapu tangan warna pink. Ada corak hati. Awak punya, ke
Bukan. Saya tak pernah guna sapu tangan.
Ada yang pelik ke pada sapu tangan tu
Pelik tu tak adalah. Tapi itu sapu tangan siapa Kejap, saya ambil. Linda terus keluar mendapatkan keretanya. Dia mengambil sapu tangan yang diletakkan di tempat duduk hadapan.
Ni sapu tangan itu.... Linda memberi sapu tangan itu pada Nurul.
Em, wangilah. Kuatnya bau. Spontan dia terhidu bau harum yang sangat kuat.
Itu minyak wangi mahal. Masih berbau lagi. Minyak wangi bunga-bunga ni mana ada orang lelaki pakai Orang perempuan saja yang pakai. Linda menerangkan perihal sapu tangan itu padaku.
Ini pasti sapu tangan orang perempuan. Maknanya perempuanlah yang tikam Khairul, bukan lelaki. Awak simpanlah sapu tangan tu. Linda memberikannya kepada Nurul. Dia meletakkan sapu tangan itu di dalam beg tangan Nurul.
Macam mana kalau kita buat tangkapan sendiri, usul Linda.
Tangkapan Kan polis saja yang berhak menangkap pembunuh tu
Bukan, maksud saya kita rancang cara untuk tangkap orang jahat tu, kata Linda penuh semangat.
Boleh ke kita masuk campur Inikan urusan polis. Kalau mereka tahu kita terlibat sama dah jadi kes lain pula. Saya takut, lagi pun kes ni bahaya. Melibatkan nyawa, keluh Nurul.
Nurul, saya tak sanggup tengok abang saya terbaring lemah di katil. Hati saya ni macam disiat-siat. Saya tak mahu lepas tangan. Saya nak cari orang yang bertanggung jawab dalam hal ni. Tengoklah, abang saya terbaring tidak sedarkan diri. Macam mana polis nak dapatkan maklumat. Mereka nak tunggu abang sedar, tapi bila Air mata Linda kembali mengalir. Dia gusar andai orang yang menikam Khairul tidak dapat diberkas.
Nurul, tolonglah saya.... Linda memegang erat tangan Nurul. Nurul sekadar menganggukkan kepala walau hati seakan menentang apa yang terjadi.
SELAMAT pagi...!
Ya, selamat pagi.
Nurul memasuki bilik Khairul setelah meninggalkan pesan kepada Sarah agar memanggil semua ketua jabatan ke bilik itu. Bilik itu teratur kemas dan berkonsepkan nusantara. Nurul tersenyum melihat corak dinding yang diletakkan kain batik jawa.
Duduk semua..., Nurul meminta mereka yang hadir duduk di sofa. Hanya ada enam orang ketua jabatan yang hadir.
Mana lagi sorang Ada tujuh ketua jabatan, kan soal Nurul.
Lagi seorang belum hadir, cik, jawab seorang dari mereka.
Belum hadir ke memang lambat sampai Tak apalah, saya tak dapat nak tunggu dia datang. Nanti segala apa yang saya katakan ini harap dapat disampaikan kepada dia. Saya akan menggantikan tempat Encik Khairul buat sementara waktu. Ini surat yang telah siap ditandatangani oleh Encik Khairul sebelum dia meninggalkan syarikat ini. Saya amat berdukacita di atas pemergian beliau. Saya berharap anda semua dapat memberi kerjasama yang sewajarnya kepada saya. Saya adalah pendatang baru di syarikat ini. Sejujurnya saya memerlukan bantuan dan pengalaman yang anda semua ada. Nurul berhenti sebentar. Menarik na fas bagi meredakan kegusaran.
Ada sebarang persoalan Nurul memandang setiap wajah di hadapannya. Tiada yang bersuara sebaliknya hanya menggelengkan kepala.
Selepas ini saya mahu ketua jabatan bahagian akaun menyediakan fail akaun syarikat empat bulan yang lepas. Setiap ketua jabatan perlu menyediakan satu buku laporan tentang setiap projek dan tender yang kita dapat. Itu sahaja buat masa ni. Jika tiada apa-apa pertanyaan, kamu semua boleh keluar, arah Nurul.
Setelah mereka keluar dari bilik, perasaan yang tadinya gementar menjadi lega. Bimbang juga Nurul sekiranya mereka menyoal yang bukan-bukan.
Okey ke lakonan aku tadi getus Nurul.
Ini semua rancangan Linda. Dia yang mendesak Nurul agar menggantikan tempat Khairul.
Malah, dia juga yang bersusah payah menyiapkan surat tersebut dan meniru tandatangan Khairul. Demi menjayakan rancangan itu, Nurul telah meminta cuti selama sebulan tanpa gaji di syarikat tempatnya bekerja.
Cik Nurul, ini fail-fail tentang syarikat kita. Semua maklumat pekerja juga ada di dalam. Ada apa-apa lagi, Cik Nurul Sarah menyerahkan beberapa fail yang tebal.
Setakat ni tak ada, terima kasih.
Nurul membaca sejarah syarikat ini sepintas lalu.
Menarik, getusnya.
Syarikat ini dibangunkan hasil usaha Khairul setelah tamat pengajian di Universiti Malaya. Bermula sebagai sebuah syarikat kecil, kini berubah wajah menjadi syarikat yang diikhtiraf oleh para usahawan di negara ini.
Semasa Nurul memberitahu Fasha tentang idea Linda untuk menempatkannya di syarikat ini, Fasha sempat memerli. Alahai, jadi pengarah syarikat pula. Baru berangan-angan nak jadi tauke kantin.
WAJAH Khairul ditatapnya mesra. Bibirnya merah delima menandakan dia bukan seorang perokok dan menjaga kesihatan dengan baik. Tubuhnya kekar. Urat tangannya kelihatan jelas.
Sudah seminggu Khairul tidak sedarkan diri. Nurul, Anis dan Linda bergilir-gilir menjaganya di hospital. Memandangkan Anis sedang bercuti lama, dia turut menjaga Zafirah. Pada mulanya anak kecil itu sering menangis dan meragam kerana tidak biasa bersama mereka yang baru dikenalinya. Namun selepas beberapa hari, Zafirah semakin manja dan asyik melekap dengan Anis.
Sebagai anak yang dibesarkan di rumah anak yatim, Anis memang pandai melayan budakbudak. Nurul berasa bangga melihat kepandaian Anis menjaga dan menguruskan Zafirah dengan baik. Kasihan anak kecil itu. Sudahlah ibu dan neneknya telah meninggal dunia, kini ayahnya pula sedang terlantar tidak sedarkan diri.
Akak pergi dulu, dik! Laung Nurul pada Anis yang sedang makan di dapur.
Sampai di hadapan bangunan pejabat, Nurul tidak terus masuk ke dalam. Dia menuju ke bilik pengawal yang terletak di hujung bangunan. Malam tadi dia sempat melihat peta bangunan ini.
Pak cik, Nurul menegur seorang lelaki tua yang duduk bersandar di luar bilik kecil itu.
Ya, ada apa Lelaki itu membetulkan tali pinggangnya. Dia berdiri tegak menunggu Nurul datang menghampirinya.
Saya Nurul, pengganti Encik Khairul. Saya datang saja nak meninjau keadaan di sini. Ada masalah ke, pak cik
Oh, tak ada Cik Nurul. Tiada pekerja yang keluar pada waktu pejabat. Pelawat pun hari ini tak ada yang datang. Kenderaan diletakkan di tempat yang selamat dan teratur. Setakat ini, tidak ada sebarang masalah, cik.
Hm, macam mana dengan kedatangan staf. Ada yang lewat
Kejap ya, cik. Pengawal itu masuk ke dalam bilik dan keluar dengan membawa sebuah buku berkulit keras. Dia menyelak-nyelak helaian buku itu.
Pekerja lain tak ada, cuma seorang saja. Ketua Jabatan Pemasaran. Kebiasaannya, dia datang pukul 10.30 atau paling lewat pukul 11.00. Yang lain datang tepat pukul 8.30, cik.
Terima kasih, pak cik. Kalau ada apa-apa masalah, datanglah jumpa saya.
Nurul berpatah balik menuju ke ruang ha dapan tempat menunggu. Jam di tangan menunjukkan pukul sembilan pagi. Dia duduk di sofa sambil membaca akhbar yang tersedia di situ. Sesekali matanya melirik ke arah jam di tangannya.
Nurul mengalihkan kaki kanannya. Sudah penat kakinya disilangkan. Jenuh menunggu masa berlalu begitu sahaja. Nurul masih bersabar. Sudah pukul 10.30, namun kelibat orang yang diunggu belum juga nampak. Jari-jemarinya mula bergerak-gerak mengetuk meja.
Pintu kaca di ruang hadapan terbuka. Seorang wanita berjalan dengan penuh gaya. Dia memakai sut berwarna hitam. Di lehernya, terlilit selendang kecil berwarna putih. Cermin mata hitamnya membalikkan sinar apabila terkena pantulan cahaya matahari. Rambutnya pula dibiar lepas bebas.
Nurul berdiri menantikan wanita itu. Orangnya cantik dan keliharan bergaya. Umurnya dalam lewat 30-an berdasarnya perawakannya yang agak matang. Nurul menegurnya saat dia berpapasan.
Selamat pagi, Cik Karmila.
Langkah wanita itu terhenti. Dia membuka cermin mata hitamnya dan memandang Nurul dengan hairan.
Ya, ada hal apa Dia memandang tepat ke arah Nurul.
Cik Karmila datang ke pejabat atau datang ke taman bunga Nurul menyindirnya.
Eh, apa maksud awak ni, hah Karmila menengking.
Iyalah, kalau datang ke pejabat mesti tepat pada waktu. Kalau nak datang bila-bila masa, taman bungalah tempat yang paling sesuai. Bebas nak datang sesuka hati. Orang sekarang ni ramai yang bijak. Bila datang lewat, konon ada temu janji dengan klienlah, ada kerja luarlah. Tapi, itulah! Dah namanya manusia.... Nurul terus menghentam. Dia sendiri terpana dengan katakata yang keluar dari mulutnya.
Hei, perempuan! Jangan sedap mulut bercakap! Aku ni ketua jabatan di syarikat ini. Kau siapa nak mempersoalkan apa yang aku buat Dada Karmila naik turun. Nafasnya sukar diatur. Pantang bagi dia ada orang yang masuk campur hal peribadinya.
Saya Saya hanya orang biasa. Sekadar nak menegur tak salah. Kita ni dilahirkan sebagai khalifah. Islam mengajar agar kita saling nasihat-menasihati sesama makhluk. Awak pun boleh tegur jika saya buat salah, ujar Nurul.
Tak payah nak nasihatkan aku. Perempuan tak guna! Karmila meninggalkan Nurul sambil mendengus.
Masya-Allah. Nurul mengucap perlahan.