Hasya memandang ibunya Hasnah yang hanya senyum tanpa bersuara. I will ask her later, balas Hasya dengan perlahan dan penuh hormat.
Sungguh dia berharap agar kedua ibu bapanya itu tidak tersinggung dengan perlakuan emaknya yang menimbulkan kegusaran. Akmar Aini yang masih belum pulang walau hari sudah malam, mencuba nasib kalaukalau Hasnah mahu berbicara dengannya. Nah, lama aku tunggu nak minta maaf daripada kau ni, katanya.
Memaklumi kehadiran mereka mungkin akan membatasi komunikasi antara dua sahabat sejati itu, Sebastian dan Dorothy meminta diri untuk ke atas dengan alasan ingin menonton siaran berita di TV.
Good night Mr Jones Mrs Jones, ayat pertama terpacul dari mulut Hasnah sebelum menyambung, Thank you so much.
Ucapannya itu melegakan Sebastian dan Dorothy. Mereka berlalu pergi seraya mengucapkan selamat malam kepada semua.
Hasya mula mengemas meja, menyusun pingganmangkuk yang bersisa. Patah demi patah, Hasnah menyusun kata, Tak ada apa yang perlu dimaafkan,
Akmar aku faham.
Sudah sekian lama mereka berkawan; sejak samasama mengikuti pengajian linguistik Melayu di UKM dulu lagi. Akmar Aini sebenarnya merasa bersalah pada Hasnah kerana gagal membawa Hasya ke Guang Zhou sebagaimana yang diharap-harapkan. Bukan dia tidak mahu berbuat demikian, tetapi hakikat bahawa proses permohonan sebagai penjaga yang sah kepada Hasya yang perlu dibuat melalui proses makhamah terlebih dahulu bagi membolehkan dia dibawa ke luar negara, mungkin memakan masa yang panjang berikutan keadaan Hasnah di penjara dan sekiranya gagal berbuat demikian, Akmar Aini boleh didakwa atas tuduhan menculik memandangkan Hasya masih lagi di bawah umur. Masa sesungguhnya tidak memihak kepadanya saat itu kerana harus segera melapor diri di Universiti Guang Zhou berikutan semester baru sudah pun bermula.
Tidak cukup dengan penerangan panjang lebar itu, Akmar Aini turut menyatakan bahawa meskipun jauh terpisah lautan, dia tetap memantau perkembangan Hasya dengan mengekalkan hubungan baik dengan keluarga Jones juga. Malah, apabila kembali ke Malaysia sebaik tamat kontraknya sebagai pensyarah di China, Akmar Aini kerap berjumpa Hasya berkongsi suka-dukanya. Leela memang bertuah sebab dapat keluarga angkat yang baik walaupun berbeza agama mak kepada Mr. Sebastian Jones tu bukan main sayang lagi kat dia dulu!
Mendengar dengan jelas akan perbualan mereka, Hasya yang mundar mandir; ke tepi dan ke tengah tidak pasti sama ada rasa cemas yang menguasai diri gara-gara ibu sendiri atau ADHD yang menjadi punca dia tidak mampu terus lama berdiri jauh sekali duduk di kerusi. Aku tahu, perlahan Hasnah bersuara.
Tapi ada satu perkara yang ramai tidak tahu di mana hanya mereka berdua sahaja yang tahu. Soal siapakah yang sebenarnya membunuh Naim, arwah bapa tirinya dulu Kerapkali terfikir oleh Hasya apakah tekanan perasaan yang terlampau itu yang menjadi punca dia didiagnosis positif BCRA-1 tidak berapa lama dulu Kerana mengikut kajian saintifik, setiap manusia yang bernyawa punya selsel kanser dimana potensinya untuk berubah menjadi barah bergantung kepada tahap tekanan yang dihadapi seseorang itu; semakin kronik tahapnya, semakin besarlah potensinya menjadi barah yang berupaya membunuh! Syukur payudaranya sempat diselamatkan dan setelah berdepan dengan trauma yang hampir membinasakan diri itu, Hasya nekad untuk tidak lagi tunduk kepada sebarang tekanan. Dia kembali mengumpul kekuatan untuk berdepan dengan realiti yang satu ini kembali merapati kedua-dua wanita terpenting dalam hidupnya kini.
Menjadi saksi tangis-tangisan antara dua sahabat karib yang punya takdir berbeza namun bertemu jua akhirnya di penghujung cerita, Akmar Aini dilihatnya meminta diri untuk pulang. Tambahan pula hari sudah lewat malam. Dia berjanji akan berkunjung lagi menjenguk Hasnah.
Malam itu, Hasya tidur dengan ibunya. Itulah mimpi seorang anak yang berpuluh tahun tidak berpeluang memeluk jasad ibu sendiri kecuali pada Hari Raya apabila sesekali permintaan khasnya dipenuhi pihak penjara Tangannya memeluk Hasnah dengan erat diiringi perasaan penuh syahdu hanya Tuhan yang tahu. Malang sekali Hasnah seperti peti sejuk yang membatu; baring mengiring dengan pandangan ke arah lain. Penyudahnya Hasnah ke arah barat, Hasya ke timur. Yang tinggal hanya ruang kosong di tengah katil sekosong dirinya yang dirasakan kerdil.