Idlan benar-benar buat dia sakit hati apabila mengenang perbuatan lelaki itu. Walau perkara dah lama berlalu, tapi ia masih berbekas di hati. Kesan masih terasa hingga kini. Payah nak dihambat pergi.
Tangan menyeluk poket seluar. Telefon bimbit ditarik keluar. Nombor Idlan dicari-cari. Nasiblah ada. Itu pun dia curi-curi dari telefon bimbit Ika. Satu mesej di WhatsApp dikirim dengan pesanan ringkas.
Afi Lukman:
Aku nak jumpa kau. Datang hospital petang ni pukul 3
Dia harus bersemuka dengan Idlan tanpa kehadiran Ika. Kalau tak, susah dia nak bercakap dari hati ke hati sebagai lelaki gentleman. Kalau dia bercakap kasar sedikit, tentu Ika marah dan berpihak pada Idlan.
Tepat jam tiga petang Idlan tunjukkan diri. Dari jauh Afi Lukman melihat Idlan berjalan ke arahnya. Sepatutnya, dia pergi menghadap Idlan kerana dia yang nak berjumpa sangat dengan bakal suami adiknya. Ini dah jadi kes terbalik. Idlan pula terpaksa mengalah datang berjumpa dengannya.
Huh... kalau tak kerana dia sibuk, dah tentu dia sendiri keluar dari hospital untuk cari Idlan. Tapi, kerana tugas yang tak tentu masa, terpaksa dia menyuruh Idlan ke sini.
Idlan hulur tangan untuk bersalam, tapi Afi Lukman menyambut ala kadar. Buat masa ni dia tak ada hati nak berbaik sangat dengan Idlan. Tunggu apabila Idlan sah jadi suami Ika. Masa tu nanti, baru dia akan bertolak ansur sedikit. Sedikit saja cukup buat permulaan. Tak perlu banyak sangat. Nanti Idlan naik tocang.
Duduklah. Sepatah Afi Lukman membuka kata.
Idlan mengangguk dan duduk di bangku berdepan bakal abang ipar yang langsung tak mesra alam. Bukan dia bodoh sangat nak faham keadaan Afi Lukman yang dah lama marah padanya.
Aku nak cakap sikit aje dengan kau ni. Harap masuklah dalam telinga kanan kau tu. Jangan nanti keluar balik ikut telinga kiri. Sindir Afi Lukman. Tak menyempat sungguh dia nak buat Idlan sakit hati. Langsung tak beri peluang Idlan panas punggung.
Cakaplah. Aku sedia mendengar. Panggilan kau untuk Afi Lukman buat dia rasa selesa nak berkomunikasi dengan lelaki itu. Takkan nak panggil abang Afi sama macam Ika Tak sesuai aje. Lagipun dia dan Afi Lukman sebaya.
Afi Lukman menyapu hidung. Lagak macam samseng. Tak sesuai langsung dia buat macam tu. Dia nak tergelak dengan aksi sendiri. Badan ditegak. Renungan tajam dihadiahkan pada Idlan. Stetoskop ditarik dari leher lalu memegang benda alah tu dengan kedua-dua tangan. Membuat isyarat pada Idlan, kau nampak tak benda ni Sekali aku belit leher kau, boleh pengsan! Konon samsenglah dia eksyen macam tu. Kau sayang adik aku Idlan mengangguk perlahan.
Kau betul-betul cintakan dia
Idlan angguk lagi berkali-kali. Dah macam orang Jepun tunduk hormat.
Kau tahu kan, aku tak suka kau
Tahu.
Kalau kau dah tahu, kenapa kau berani mengurat adik aku
Idlan tak senang hati dengan cara Afi Lukman. Ini samseng versi muka suci tahap Pak Imam. Tak sesuai sungguh, Afi...
Aku bakal abang ipar kau. Berani kau panggil aku dengan nama aku sendiri Panggil aku abang.
Idlan garu pipi. Ya, Abang Afi.
Kau dengar sini. Aku nak kau betul-betul bahagiakan adik aku. Kalau setitik air mata Ika jatuh disebabkan kau, tahulah apa aku nak buat! Aku suntik kau dengan jarum besar. Biar kau koma 10 tahun! Afi Lukman tahan gelak. Entah apa benda dia mengarut. Macamlah Idlan budak lelaki umur 6 tahun dia nak takut-takutkan begitu.
Okey... Idlan tahan rasa geli hati.
Tak sangka Afi Lukman bersikap tiga suku macam ni. Tak sesuai langsung dengan kerjaya doktor disandangnya.
Apa okey Tak okey lagi. Buktikan dulu pada aku sebelum kau berani kata okey. Afi Lukman angkat lurus jari telunjuk. Sedikit saja lagi nak cecah hidung bakal adik ipar.
Aku akan buktikan. Aku janji akan bahagiakan dia.
Aku sayangkan Ika. Tak mungkin aku sia-siakan dia... Afi Lukman mencebik. Susah dia nak percaya. Apatah lagi Idlan pernah berkahwin dan baru berpisah. Takkan begitu cepat Idlan boleh lupa kenangan dengan bekas isterinya Mustahil dalam masa terdekat ini. Tentu mengambil masa berbulanbulan atau bertahun-tahun.
Apa yang kau cakap hari ni, aku nak kau pegang sampai mati. Kalau kau berani menduakan Ika dan aku dapat tahu, siap kau.
Idlan mengangguk faham. Kata-kata Afi Lukman dipasak hingga ke dasar hati. Mana mungkin dia akan menduakan Ika Dengan Irdiana sekejam itu pun dia mampu bertahan. Inikan pula gadis sebaik Ika, tak mungkin dia sanggup berlaku curang dengan perempuan lain Mengarut sungguh.
MALAM itu tidur Ika tak lena. Dia masih memikirkan soal perceraian berlaku antara Idlan dan Irdiana. Manalah hatinya tak resah kalau dari permulaan dia sudah sanggup hidup bermadu dengan Irdiana. Dia sedia hadapi apa saja kemungkinan. Tapi, sekarang, lain jadinya.
Kenapa tiba-tiba mereka berpisah Mendengar orang kampung bercerita fasal Idlan menceraikan Irdiana pada hari sama dia dan Idlan bertunang, menambah lagi kacau bilau dalam jiwanya. Nak sangat dia tahu apa punca dan apa sebabnya. Perlu ke dia bertanya pada Idlan sekarang untuk leraikan kekusutan kian bersarang
Telefon bimbit diambil. Bersedia membuat panggilan pada Idlan. Selagi dia tak tahu jawapan dari lelaki itu, selagi itu rasa hati tak tenteram.
Ika:
Ika nak jumpa abang esok. Ada hal penting
Idlan:
Hal apa, sayang Tak boleh beritahu abang sekarang
Ika urut dada. Cepatnya Idlan balas.
Ika:
Adalah. Penting sangat ni dan kita kena berdepan
Idlan:
Okey. Abang pergi rumah Ika tengahari esok
Ika:
Jangan kat rumah Ika. Kita pergi pantai
Idlan:
Okey sayang...
IKA betulkan tudung ditiup angin ketika berjalan menuju pantai. Bukan tak nak Idlan berkunjung ke rumah. Tapi, perkara nak disoal nanti, dia tak nak
orang lain terdengar.
Dari jauh Ika nampak Idlan bersandar di pokok rhu. Saat itu dia kumpul kekuatan dan bersedia dengan soalan. Salam diberi ketika berdiri di belakang Idlan. Tunangnya itu berpaling dengan senyum lebar.
Kenapa nak jumpa abang kat sini Selalunya kita jumpa kat rumah. Idlan mulakan pertanyaan. Hairan kenapa Ika tak benarkan dia datang ke rumah.
Ika membalas senyum Idlan ala kadar. Perasaannya tak tenteram. Berkecamuk dengan pelbagai rasa ingin tahu hal sebenar.
Abang ingat tak Ika pernah tanya, kenapa abang ceraikan kak Irdiana Tapi, sampai ke hari ni, abang tak pernah nak jawab. Ika nak sangat tahu. Ika tak lengahkan masa. Soalan Idlan tak dijawab.
Wajah Idlan berubah. Ingatkan soal apalah tadi. Ika ni satu hal, tak ada soalan lain nak tanya Balikbalik fasal Irdiana. Kalau boleh, dia tak nak dengar lagi nama Irdiana. Perasaan cinta itu masih ada bakinya, tapi benci melebihi segala apa yang ada.
Melihat Idlan diam, Ika terus menyoal lagi, Sebab Ika ke abang ceraikan dia
Tak. Bukan sebab Ika.
Kalau bukan sebab Ika, sebab apa lagi Ika tahu dari awal kak Irdiana dah cakap, dia sanggup bermadu dengan Ika. Tapi, kenapa tiba-tiba abang ceraikan dia Tak adil untuk dia, abang...
Sebab abang dah tak tahan dengan dia. Abang tak sanggup dengar penghinaan dia terhadap mak dan ayah abang. Ika tak tahu sebab Ika tak ada kat rumah abang masa abang jatuhkan talak. Dia juga mengaku yang dia dah ada orang lain. Dia selalu keluar dengan lelaki tu. Akhirnya Idlan merungkai persoalan yang selama ni bermain dalam kepala Ika. Jawapan itu memang menyakitkan. Kalau boleh dia simpan, dia akan simpan selamanya. Tapi, kerana Ika mendesak ingin tahu, terpaksa dia buka cerita.
Ika tergamam mendengar jawapan Idlan. Betul ke macam tu, abang
Itu apa yang Ika nak tahu sangat selama ni, kan
Jadi, ada apa-apa lagi Ika nak tanya Ika berjalan mendekati gigi air.
Idlan mengekori. Ada apa-apa yang Ika nak tanya, tanya sekarang. Abang tak nak Ika simpan dalam hati. Kalau satu hari nanti Ika tak boleh tahan dan asyik memendam dan tiba-tiba meletup, habislah abang... Idlan cuba bersenda memandangkan wajah Ika masih tak berubah. Kelat semacam. Entah apa lagi difikirkan tu. Nak sangat dia tahu.
Ika berpaling dan langkah terhenti. Direnung wajah Idlan bersungguh-sungguh. Memang ada perkara lagi dia nak soal. Tapi, bimbang kalau hati sendiri terguris. Tapi, sampai bila nak simpan Takkan sampai dia dan Idlan naik pelamin, baru nak tanya
Idlan resah dengan perubahan Ika. Macam ada sesuatu tak kena. Ika nampak bimbang semacam.
Ika ketap bibir berkali-kali. Kenapa susah sangat dia nak tanya soal hati dan perasaan Idlan. Takut hatinya terluka Itu dah pasti. Tapi, lebih bimbang kalau Idlan tak suka.
Sebelum tu Ika nak minta maaf dengan abang.
Belum apa-apa dah minta maaf. Ika ada buat salah dengan abang agaknya ni... Idlan buat-buat curiga. Bukan serius dia tunjuk rasa sangsi. Sengaja mencari bahan menghidup suasana.
Tak. Bukan macam tu. Ika...
Sayang...
Idlan dah tak senang berdiri. Keraguan di wajah Ika menerbitkan kebimbangan dalam diri. Entah apa lagi Ika nak tanya hingga begitu sukar lidah gadis itu nak tuturkan kata.
Kenapa ni Macam tak puas hati saja. Ika nak tukar cincin Atau, Ika nak kita tundakan tarikh perkahwinan
Tak. Bukan itulah! Suara Ika meninggi sedikit. Bukan marahkan Idlan, tapi nak melawan bunyi ombak dan angin lebih kuat berbanding suaranya ketika ni.
Idlan garu kedua-dua kening. Tak faham dengan kelakuan Ika yang baginya agak misteri.
Cakaplah, Ika. Jangan buat abang tertunggutunggu, ternanti-nanti. Ika buat abang susah hati, tau.
Abang tak faham. Soalan yang Ika nak ni mungkin akan lukakan hati Ika sendiri. Akhirnya, Ika buat pengakuan.
Idlan terangguk-angguk. Mula faham sedikit walau hakikatnya masih kabur. Tanyalah, sayang... abang dah
cukup sedia dengan jawapan.
Abang betul-betul sayang Ika
Idlan mengangguk. Kalau abang tak sayang, tak cinta, abang tak sanggup kahwin dengan Ika, tau. Sebab sayang, sebab cinta, abang pilih Ika walaupun atas permintaan mak.
Abang ikhlas
Ye, sayang. Abang ikhlas. Jujur abang katakan hati abang sekarang ni ada nama Ika.
Macam mana dengan kak Irdiana Hati abang masih ada untuk dia Ika terus pada soalan sebenar yang nak ditanya. Itu yang dia nak tahu sangat. Harapharap jawapan Idlan tak mengecewakan.
Idlan meneguk liurnya perlahan. Halkum bergerak-gerak ketika soalan maut itu menampar telinga. Macam mana nak jawab ni Nak mengaku ke tak Kalau mengaku nanti Ika kecil hati pula. Kalau tak mengaku, tak fasal-fasal dia menipu diri sendiri dan tak berlaku adil terhadap Ika.
Abang... Bicara Idlan mati di situ. Tak tahu macam mana nak beri jawapan pada soalan susah.
Ika tunduk merenung pasir pantai yang memutih. Dikuis-kuisnya pasir itu dengan hujung selipar. Apabila suara Idlan terhenti, saat ini dia faham. Dia tahu apa yang cuba disampaikan Idlan. Dia taklah bodoh.
Ika tahu apa ada dalam hati abang. Terpulang pada abang samada nak terus-terang atau tak. Nak cakap tak apa, tak nak cakap pun tak apa. Pasrah Ika menuturkan ayat.
Biarlah kalau betul Idlan masih tak dapat lupakan Irdiana. Dia kena faham sendiri. Hati dan perasaan orang, mana boleh dipaksa-paksa.
Kalau Ika sedia untuk tahu kebenaran, abang boleh jelaskan, tapi tolong jangan salah faham.
Tak sampai hati nak biarkan Ika berada dalam dimensi ingin tahu, Idlan terpaksa terus-terang.
Cakaplah, abang. Ika dah cukup lama bersedia.
Idlan tarik nafas dalam-dalam. Nak cakap memang susah. Perlukan kekuatan juga. Dia perlu berhati-hati.
Sebenarnya... abang masih sayang dia. Cinta dalam hati abang berbelah bahagi antara Ika dan dia. Maafkan abang, ya...
Akhirnya Idlan buat pengakuan. Memang berani matilah dia buat kenyataan macam tu. Harap-harap Ika tak menyampaikan pada Afi Lukman. Kalau tak, teruk dia nanti.
Ika tahan perasaan. Serta-merta sebak berkumpul di dada. Air mula bergenang di tubir mata. Segera wajah dipaling ke arah lain supaya Idlan tak perasan.
Idlan tersedar perubahan mendadak di wajah Ika. Ia begitu ketara. Tak usah Ika nak sembunyikan. Dari awal dia dah nampak. Jadi sekarang, dia harus mengubati serta-merta gurisan yang dia toreh secara tak sengaja di hati gadis kesayangan. Mana boleh dibiarkan begitu.
Abang tahu Ika jujur cintakan abang. Ikhlas sayangkan abang. Abang kena ambil peluang ni untuk hidup bahagia dengan Ika. Abang takkan fikir fasal dia lagi. Abang janji Harap-harap penjelasan ini dapat mengubati sedikit hati Ika yang jelas nampak terluka.
Tak patut Ika bersikap macam ni depan abang. Ika sedar siapa diri Ika. Cuma seorang pengganti pada kak Irdiana yang dah lama bertakhta dalam hati abang....
Ika jangan cakap macam tu...
Apa lagi yang Ika boleh kata Memang betul Ika hanya pengganti. Jadi, Ika kena sedar diri. Nak tak nak, Ika kena berkongsi hati abang dengan kak Irdiana walaupun abang dah ceraikan dia.
Idlan mengusap dahi. Apakah silap pengakuannya tadi Ika marah abang
Tak. Ika tak marah. Cuma rasa terkilan aje. Yelah, perempuan mana tak kecewa kalau dengar ni semua.
Idlan beriak tak senang. Silap pula berterusterang. Kalau disimpan saja jawapannya tadi, Ika taklah jadi macam ni.
Lepas ni Ika jangan fikir lagi soal hati dan perasaan abang. Yang penting Ika kena tahu abang nak kahwin dengan Ika. Tangan abang dah tak sabar nak bersalam dengan tuan kadi. Full stop. Okey, sayang Kata Idlan dalam senda gurau.
Dia tak mahu perbincangan ni bunyinya serius. Nanti memudaratkan diri. Lebih-lebih lagi pada Ika. Hati dan perasaan perempuan, memang cepat terguris. Jadi, lebih baik kalau dia tukar serta-merta rentak perbualan.
Ika bungkam. Dia tahu kata-kata Idlan hanya nak sedapkan hatinya saja. Sejauh mana jujur Idlan berkata-kata, dia tak boleh meneka. Tapi, dia tak nak topik ini berlarutan walau dia yang membuka. Tak bagus untuk situasi mereka sekarang. Mana tahu kalau berlaku perselisihan tak diingini. Tak lama lagi mereka akan ke jinjang pelamin.