Sejak bila kau minat dekat Afgan ni tanya Syakila. Walaupun suaranya tidak berapa jelas, kerana bunyi dari arah pentas lebih kuat tetapi Zainura masih mampu mendengarinya.
Aku pun tak tahu bila aku minat lelaki ni. Ternampaklah fanpage dia berada dekat news feed aku. Bermula dari situ, aku stalk fanpage dia. Muka dia comel. Ada lesung pipit. Lagu-lagunya pula, romantik. Sebab tu bila dia mengadakan konsert di Malaysia, aku terus beli tiket.
Ohh, patutlah. Kemudian Syakila memfokuskan pandangan pada Afgan di pentas.
Penyanyi itu sedang menyanyikan lagu yang bertajuk Terima Kasih Cinta. Lagu itu telah mencipta fenomenanya yang tersendiri. Bukan sahaja di negaranya penyanyi tersebut, bahkan di Malaysia pun ramai yang suka.
Eh, Syak. Aku lupa nak tanya kau sesuatu.
Tanya apa
Kenapa kau buat statement yang kau dah bertunang dengan Zairis
Aku ada sebab kenapa aku buat macam tu
Sebab apa
Mesej kat Whatsapp ajelah. Tak pun balik nanti aku cerita.
Kalau balik nanti kau nak cerita, tak apalah. Tapi, kalau nak mesej kat Whatsapp, memang taklah. Duduk sebelah aje pun sibuk nak mesej kat telefon. Macam poyo aje!
Tawa kecil mula kedengaran dari bibir Syakila.
Aku buat semua tu sebab nak bersihkan nama
Zairis. Itu aje.
Baiknya hati kawan aku sorang ni
Mestilah, Zairis kan Belum sempat Syakila menghabiskan bicaranya, tiba-tiba tempat duduk yang kosong di sebelahnya diduduki oleh seseorang. Dia terus menoleh.
Makkk!!! Biar betul
HAI sapa Zairis sambil mengenyitkan mata.
Nakal! Aku bagi penumbuk baru tahu, getus Syakila sambil menggelengkan kepala.
Zairis sekadar tersenyum. Terima kasih, Syak
Terima kasih untuk apa
Sebab cuba untuk membersihkan nama aku.
Hmm
Walaupun hasilnya tak nampak sangat. Tapi, aku hargai pengorbanan kau tu!
Kau puji aku, tapi ayat tu mesti saja nak sakitkan hati.
Tak adalah. Aku ikhlas ni puji kau
Yalah tu. Syakila menghalakan pandangan kembali pada pentas tersebut.
Syak
Apa dia
Kau kena ingat Zairis membuat bentuk hati lalu perlahan-lahan dilekapkan pada dadanya. Hati kau, sentiasa ada dalam hati aku. Spontan bibir Syakila tersenyum.
Dah habis ke belum drama ni Kalau dah habis, senyap. Aku nak tengok Afgan aku ni, Suara Zainura pula bergema.
Zairis dan Syakila hanya tersengih memandang Zainura. Faham benar gadis itu hanya bergurau saja.
Agak-agak bila nak tukar panggilan dari kau-aku kepada saya-awak
Tak sempoilah.
Tak apalah, asalkan kau jangan keluar dari carta hati aku. Kalau keluar, siap kau!
Tak habis-habis dengan carta hati dia tu.
Zairis melepaskan tawa kecil. Dia berasa bahagia kerana hubungannya dengan Syakila sudah baik. Dalam hati dia berharap mereka berdua boleh menjalani fasa yang seterusnya. Insya-Allah.
Sebagai manusia, pasti mempunyai hati dan perasaan. Semuanya tidak terkecuali untuk rasa jatuh cinta jika cinta tersebut adalah cinta yang suci.