Razali yang sudah naik ke atas katil. Bukan dia tidak tahu. Wafa pernah beritahu perkara itu kepadanya seminggu yang lalu.
Encik Razali memandang sejenak isteri yang berada di sofa tanpa memandangnya.
Eh, nak juga awak tahu ya perli lelaki itu dengan senyum sinisnya.
Tak boleh ke Tak boleh, tak apa. Tiba-tiba dia merasa meluat dan geram dengan sikap Encik Razali yang memerlinya.
Dia Pengurus Pemasaran cum PA saya untuk sementara waktu. Memang dia puas hati apabila melihat pencapaian Arissa semasa meneliti fail peribadi menantunya.
Banyak program dan aktiviti telah diadakan untuk menaikkan nama Hotel Sweet Arena Pulau Pinang. Jika dibandingkan dengan dua buah hotel iaitu di Kuala Lumpur dan Johor Bahru, hotel Sweet Arena Pulau Pinang sentiasa berada di ranking paling atas.
Banyak pakej tawaran disediakan terutama semasa cuti sekolah.
Besarnya pangkat dia! Sekali lagi Puan Hanim seperti memerli.
Pengurus jelah awak. Itu pun saya nak letak sebagai Pengurus Kanan. Dia cakap... ini pun dah okey. Nanti lagi besar pangkat, lagi besar tanggungjawab. Dia tak mampu nak galas. Bimbang dia abaikan Kimi, risau dengan sakit dan diet saya. Encik Razali ketawa di hujung kata-katanya.
Hmm... macam bagus-bagus je menantu awak tu. Menyampah sungguh suaminya asyik memuji Arissa.
Memang bagus pun Rekomen daripada bekas Bos dia dan Hakimi! Keras suara Encik Razali. Dia tahu isterinya memerli, tapi dia mahu Puan Hanim tahu gadis itu layak untuk mendapat apa yang patut dinikmati.
Yalah, dah Kimi tu laki dia... tentulah dia rekomen kaw-kaw si Arissa tu. Puan Hanim ketawa. Terasa jawapan suaminya itu agak melucukan.
Ini sebelum mereka bernikah, awak faham tak! Bila dia orang nikah, Kimi suruh Arissa berhenti! tegasnya dengan suara yang agak keras. Geram dia dengan kata-kata Puan Hanim yang suka merendahrendahkan orang lain.
Hai, takkan itu pun marah! usik Puan Hanim dengan senyuman sinis.
Bukan marah... tapi, cara awak bercakap tu macam memperlekehkan orang. Sebelum awak perlekehkan orang... awak cermin diri tu. Tengok diri tu macam mana! Rasa macam nak bertempik kalau sudah bercakap dengan Puan Hanim. Ada-ada je yang membuat hatinya sakit.
Bukan saya perlekehkan dia. Takut dia ambil kesempatan. Yalah, dah suami MD, pewaris Sweet Arena. Bapa mentua tuan punya Sweet Arena, jelas Puan Hanim dengan maksudnya.
Saya tak rasa Arissa tu macam awak.
Puan Hanim memandang suaminya, Apa yang abang cakapkan ni Tajam pandangannya menerjah mata suaminya.
Awak dulu pun tak ada apa-apa ya. Hanya lulusan biasa-biasa je. Dari kampung. Kahwin dengan saya...
Dah, Dah, Dah! tempik Puan Hanim memintas kata-kata Encik Razali dari berlanjutan dan mengungkit kisah lama. Bimbang akan tersingkap kisah adiknya pula.
Encik Razali menjeling. Tahu pun! Tingkah hatinya sendiri.
Mereka dah nikah dekat 2 bulan... tapi sampai sekarang tak ada pula dia bermewah macam awak kahwin dengan saya mula-mula dulu. Biasa-biasa je. Pakai kereta pun pinjam kereta Kimi, itu pun sebab bawa saya... kalau tak motosikal Bad tu dirembatnya! Sengaja dia menyambung bicaranya namun bukan tentang mereka tetapi anak dan menantunya.
Abang ni memang asyik back-up Arissa tu kenapa Abang berkenan ke dengan menantu abang tu Dada Puan Hanim sudah berombak menahan marah. Marah kerana dia dibandingkan dengan Arissa.
Mencerlung mata Encik Razali memandang Puan Hanim.
Apa kena dengan kepala otak awak ni Dah tak betul Sikap awak ni serupa sahaja dari muda... sampai dah bercucu macam ni tak berubah. Itu sebab awak tak ramai kawan. Suka bersangka buruk terhadap orang lain. Orang tak ada apa-apa, awak fikir itu ini. Sebenarnya itulah sikap awak, faham tak! Rasa dah tak larat asyik hendak menasihat isterinya. Penat!
Puan Hanim senyap dengan berwajah selamba. Eloklah awak balik KL... duduk lama-lama sikit kat sana. Pening kepala saya. Dahlah banyak kerja. Duduk sini pun awak asyik nak menyinga dengan si Arissa! Encik Razali menarik nafasnya dalam-dalam. Terasa sakit dadanya tetapi tidaklah sakit sangat.
Balik-balik Arissa, Arissa, Arissa. Tak salahlah apa yang saya cakap kan tu kan! tempelak Puan Hanim sudah menyilang tangannya ke dada.
Eh... awak ni gila ke Dia kan menantu kita! tingkah Encik Razali mula naik angin. Dikuak selimut yang menutupi kaki dan separuh tubuhnya sekejap tadi lalu bangun dan melangkah menuju ke pintu. Sakit jiwanya dengan sikap buruk sangka isterinya.
Kalaulah Puan Hanim tahu siapa Arissa sebenarnya, pasti wanita itu akan terkejut dan tidak pasti bagaimana penerimaan wanita itu terhadap Arissa kelak. Tetapi biarlah dahulu. Biar Mr Ruben siasat perkara itu sejelas-jelasnya. Walaupun foto tempoh hari seperti sudah terjawab segala soalannya, dia masih tidak berpuas hati.
TERKEJUT Hakimi dan Arissa melihat Encik Razali sedang menghampiri mereka yang sedang menonton TV di ruang keluarga tingkat itu. Mujurlah dia tidak mencium isterinya seperti yang dilakukan selalu ketika berada di dalam bilik. Sangkaannya lelaki itu sudah lama dibuai mimpi setelah hampir setengah jam masuk ke dalam bilik.
Tak boleh tidur ke Walid.
Hakimi membetulkan sedikit duduknya. Tadi duduknya agak rapat dengan isteri kini direnggangkan sedikit. Rasa malu pula. Tetapi teringat perancangannya dulu. Hmm... rancangan tinggal rancangan tak menjadi.
Arissa boleh tolong ambil ubat Walid nak Rasa sesak sikit dada ni. Bergegas Arissa bangun dan melangkah ke kabinet berhampiran. Memang dia membawa segala ubat Encik Razali naik ke atas selain dari disimpan sedikit di dalam bilik oleh Encik Razali sendiri.
Kenapa ni Walid Soal Arissa setelah Encik Razali menelan ubatnya bersama air masak.
Encik Razali menggeleng beberapa kali lalu membetulkan sedikit duduknya agar selesa.
Walid ingat nak tidur bilik lagi satu. Encik Razali meletak kepalanya di atas belakang sofa.
Hakimi memandang Arissa yang memandangnya. Dia dapat mengagak. Pasti Umi dan Walidnya bergaduh lagi. Pusing kepalanya dengan sikap Puan Hanim yang keterlaluan. Nak ditegur rasanya dia bukanlah orang yang paling layak. Encik Razali sudah jenuh menasihatinya inikan pula dirinya.
Ya. Nanti saya kemas dulu. Arissa melangkah menuju ke bilik bersebelahan dengan bilik yang diduduki oleh kedua mentuanya.
Kimi tak bagi apa-apa ke pada Arissa Berapa duit mas kahwin yang Kimi bagi pada dia dulu soal Encik Razali memandang Hakimi.
Terkedu Hakimi.
Err... ikut kadar di sini. Dua puluh empat ringgit. Kenapa tiba-tiba Walidnya bertanya tentang duit mas kahwin.
Haa... apa yang Arissa dapat dengan dua puluh empat ringgit tu Apa yang dia dapat beli dengan duit sebanyak itu Cincin sebentuk untuk buat tanda kenangan dari Kimi pun tak dapat, tau! Encik Razali menggeleng.
Hakimi senyap. Tiba-tiba dia merasa begitu kecilnya nilai itu jika dibandingkan dengan apa yang telah Arissa buat untuk dirinya dan Encik Razali.
Apa yang Kimi dah beri pada Arissa sepanjang dia menjaga Walid ni
Terkelip-kelip mata Hakimi merenung Encik Razali, Kimi bagi apa yang patut Kimi beri sebagai seorang suamilah, Walid. Terasa malu dia dengan jawapannya. Rasa panas je wajahnya.
Encik Razali ketawa, Jaga dia elok-elok. Tambahtambah dia tak ada sesiapa lagi, nasihat Encik Razali.
Hakimi mengangguk-anggukkan kepalanya.
Tak nak buat apa-apa majlis resepsi ke Biar orang tahu yang Kimi dan Arissa dah nikah. Tak payah buat besar-besaran. Buat je kecil-kecil dekat manamana dewan bankuet kat hotel tu. Jemput mereka yang rapat dan staf hotel je. Encik Razali membuat cadangan.
Tak terfikir pula dia untuk membuat apa-apa majlis resepsi untuk dia dan Arissa.
Elok bila nak kahwin, kita uar-uarkan, kalau tak jadi fitnah. Sekali lagi lelaki itu menasihatinya.
Betul kata Encik Razali. Teringat ketika dia disoal siasat semasa berada di pangsapuri Arissa tempoh hari. Kan dah menimbulkan syak wasangka penduduk di situ. Padahal dia dan Arissa sudah bernikah.
Nanti Kimi bincang dengan Arissa. Akhirnya dia membuat keputusan.
Encik Razali mengangguk-anggukkan kepalanya untuk kesekian kali.
Jangan bimbang... semua Walid akan sponsor. Encik Razali senyum memandang Hakimi.
Walid! terkejut Hakimi.
Betul. Hadiah dari Walid untuk Kimi dan Arissa. Ini pun tak ternilai dengan apa yang Arissa buat untuk Walid. Jaga Walid, jadi nurse Walid, jadi driver Walid. Jadi teman Walid berjongging. Encik Razali ketawa mengenangkan menantu yang tidak berkira tenaga.
Hakimi senyap.
Tak apalah, bincang dengan Arissa dulu. Cari tarikh sesuai. Tapi, elok sebelum resort itu siap penuhnya. Encik Razali sengih.
Faham dengan maksud Walidnya. Lemah Hakimi mendengar.
Tiket Uminya dah ambil
Dah, tadi.
Kenapa Mesti ada sesuatu yang membuat Encik Razali bertanya.
Mak Wan dah ada kat sana
Hmm... walaupun Walidnya sentiasa bergaduh dengan Uminya, tapi lelaki itu sentiasa mengambil berat tentang segala keperluan dan keselamatan Uminya.
Umi kata dah ada dengan si Sumi
Sumi Berkerut dahi Encik Razali mengingatkan nama itu.
Alah... pembantu rumah kita dulu. Tapi, sekarang duduk dengan Mak Wan. Itu dia bawa sekali budak tu. Wanita yang bernama Sumi itu hanya sempat bekerja beberapa bulan sahaja dengan mereka sebelum mereka berpindah ke Doha.
Ooo... ya, ya.
Walid ni okey ke sekali lagi Hakimi menyoal. Bimbang dia melihat lelaki itu seperti tidak menentu.
Okey... tahulah kalau dah bergaduh dengan Uminya. Sakit dada Walid ni, keluh Encik Razali. Hakimi senyum. Benarlah telahannya. Kasihan Encik Razali. Pelik dengan Uminya, tidak sayangkah wanita itu terhadap suaminya. Tiba-tiba dia merasa bersyukur dengan layanan Arissa terhadap dirinya setakat ini dan terhadap orang tuanya. Lebih-lebih lagi Walidnya. Jadi menantu kesayanganlah isterinya.
Walid nak tidur sekarang ke Arissa sudah berdiri di hadapan mereka.
Aah... penat sangat hari ni. Perlahan-lahan Encik Razali bangun.
Kalau tak larat, esok tak payahlah Walid pergi kerja. Duduk rumah je... apa-apa saya dan Encik Johan akan up date Walid, jelas Arissa.
Tak boleh... esok kan Dato Ilyas, Dato Azizan, team pengurusan dari KL termasuk Naim nak datang. Encik Razali mengingatkan mereka berdua.
Arissa mengangguk. Dia tahu tentang perkara itu semasa hari pertama dia bekerja.
Naim Buat apa dia datang! terkejut Hakimi mendengar kata Walidnya.
Entahlah... lantaklah dia! Walid nak masuk tidur dulu. Encik Razali sudah melangkah ke bilik yang terletak bersebelahan dengan bilik yang biasa di duduki dengan Puan Hanim.
Cepat-cepat Hakimi bangun dan menuruti lelaki itu sehingga ke biliknya. Melihat Hakimi mengekori Encik Razali, Arissa segera menutup lampu dan melangkah naik ke biliknya.
Tak apa... Walid okey. Jangan risau. Apa-apa Walid call je. Encik Razali menunjuk kepada telefon bimbitnya yang berada di tangan.
Serba salah Hakimi hendak meninggalkan lelaki itu. Namun setelah diyakinkan oleh Encik Razali, Hakimi melangkah mendaki tangga ke tingkat dua di mana terletak biliknya dan Arissa. Dia pasti isterinya sudah berada di dalam bilik memandangkan suasana ruang keluarga itu sunyi dan berlampu dinding sahaja.
WALID dah tidur Arissa yang sudah berbaring di atas katil memandang Hakimi yang sedang menutup pintu.
Abang hantar dia kat pintu je. Dia kata tak payah teman. Dia bukan budak kecil lagi. Setelah menutup suis lampu dan menekan suis lampu tidur, Hakimi naik ke atas katil. Rasa tidak sabar hendak memeluk Arissa.
Memanglah dia bukan budak...
Tidak sempat dia hendak menghabiskan ayatnya, bibir Hakimi sudah melekat di bibirnya. Seketika Hakimi melepaskan ciuman tadi, Arissa memandang lelaki itu. Dia masih terkejut dengan situasi tadi.
Bila masuk dalam bilik lupakan tentang Walid dan Umi. Bilik ni kita yang punya. Kimi dan Arissa. Dipeluk isterinya. Ya Allah, bestnya dapat peluk Arissa. Ruginya dia beberapa ketika dulu. Kalau dia tahu seronoknya dapat peluk isteri, elok selepas baligh dulu dia menikah!
Arissa senyap. Tak tahu nak cakap apa lagi.
Sayang, sebutnya Hakimi sambil membetulkan baringnya agar selesa dari tadi.
Hmm...
Cukup tak apa yang abang bagi selama ni Hakimi memandang Arissa. Terasa bersalah dia terhadap Arissa. Tiada apa yang istimewa diberikan kepada isterinya. Nampaknya dia perlu mencari hadiah istimewa untuk isterinya. Tetapi apa ya
Tercengang Arissa mendengar soalan Hakimi.
Cukup. Makan kenyang, mandi basah, tidur lena, best sebab ada orang peluk, Arissa ketawa.
Hakimi ketawa kuat lalu memeluk tubuh Arissa dengan erat. Nakal jawapan isterinya.
Lain-lain... keperluan sayang yang lain
Cukup. Semua cukup. Jangan bimbang, Ris tak minta bulan dan bintang. Pelik, kenapa Hakimi bertanya Terima kasih sebab bagi Ris tumpang dalam rumah besar abang ni, ucapnya.
Rasa nak menangis dia mendengar ucapan Arissa. Rumah ni dah jadi rumah Ris, apa yang abang usahakan ni adalah untuk isteri abang. Dan isteri abang adalah Arissa Mohd Salleh. Semakin erat dia memeluk Arissa seketika dia meletak ciuman di bibir isterinya.
Walid kata kita patut buat majlis resepsi.
Spontan Arissa memandang Hakimi. Terkelipkelip matanya memandang wajah Hakimi. Dia silap dengar atau memang betul apa yang dia dengar tadi
Kenapa Sayang tak suka Boleh abang bergaya pakai baju songket dan bertanjak. Abang nak pakai keris. Hakimi tiba-tiba ketawa.
Betul ke Arissa masih tidak percaya. Serasa seperti mimpi pula.
Ya, Walid kata jangan bimbang. Dia akan sponsor semua. Dewan, catering, kad jemputan... semualah. Buat kat hotel kita. Suruh jemput semua staf hotel, kata Hakimi lagi.
Betul ke Atau ini rancangan abang Memang dia rasa tidak percaya dengan rancangan yang diberitakan oleh Hakimi.
Betullah sayang. Letih dia bila Arissa tak percaya dengan apa yang dicakapkan oleh Encik Razali. Dia dah berangan-angan hendak mengenakan tanjak dan keris.
Arissa sengih.
Geram pula dia melihat senyum nakal isterinya. Dicium bibir Arissa tiba-tiba.
Sekali lagi Arissa terkejut. Hakimi ketawa melihat reaksi isteri yang blur selepas melepaskan ciuman tadi.
Okey Hakimi senyum.
Apa Hakimi ni Hatinya bersungut sendiri.
Nak lagi soal Hakimi.
Sewel betullah orang tua ni, kutuknya sendiri.
Hmm...
Terkejut Arissa dengan reaksi Hakimi seperti tadi.
Hendak tak hendak terpaksa dia merelakan.