MY DARLING ANGEL - 37
AIRMATA yang mengalir dibiarkan sahaja. Sampai hati ayah! Sampai hati ibu! Kak, kenapa ayah dan ibu buat El macam ni Diorang dah tak sayangkan El, ke Mata dipejam rapat dan akhirnya dia terlena.

Kak Fira Kak Fira!

Elzaara melaungkan nama Elfira. Kelibat Kakaknya tidak kelihatan di mana-mana.

Elzaara melangkah ke dalam rumah dan tangannya sempat mengutip kain baju yang bersepah merata-rata di atas lantai. Keadaan rumah yang seperti tongkang pecah dan tidak terurus membuatkan Elzaara tidak senang hati dan gelisah. Dia menaiki tangga menuju ke tingkat atas dan menepuk dahi apabila melihat tingkat atas lebih teruk keadaannya!

Elzaara membuka satu persatu pintu bilik yang ada dan kelibat Elfira masih lagi tidak kelihatan. Apabila Elzaara membuka pintu di bilik utama, susuk tubuh Elfira terbaring di lantai. Dengan segera Elzaara menghampiri dan memangku tubuh Kakaknya itu.

Kak Fira! Akak okey ke Kenapa boleh jadi macam ni Kak Akak kenapa ni

Dik, tolong Akak bangun boleh tak Tadi Akak jatuh lepas keluar daripada bilik air. Lantai tu licin, nasib baiklah Akak tak bleeding kalau tak Akak tak tahulah jadi apa tadi.

Meh, meh adik tolong Akak. Bangun pelan-pelan Kak. Akak duduk dekat atas katil ni dulu. Kak, apa dah jadi ni Kak Pintu rumah tak berkunci, rumah bersepah macam tongkang pecah. Dah berapa lama rumah tak berkemas Abang Fauzi mana Kak Dia tak tolong Akak kemas rumah ke

Abang Fauzi keluar. Hanya itu sahaja yang mampu diungkapkan oleh Elfira kepada pertanyaan adiknya.

Yelah kalau Abang Fauzi keluar pun takkanlah dia tak boleh nak kunci rumah kot. Buatnya ada pencuri ke perompak masuk rumah tak ke naya je nanti. Takkan nak harapkan Akak je jaga keselamatan rumah. Sepatutnya dia sebagai suami, dialah kena lebih peka tentang hal ni. Ni dia ambil endah je, dahlah Akak sorang-sorang dekat rumah ni. Ni Akak dah makan ke belum Soal Elzaara.

Belum. Akak sebenarnya lapar juga ni, dari pagi Akak tak makan lagi.

Akak tak makan lagi! Abang Fauzi dah lama keluar ke baru lagi Kak Dia kan tahu Akak tengah mengandung, kenapa dia tak endahkan Akak Hm, dahlah biar adik turun ke dapur masakkan Akak makanan dulu. Akak rehatlah dalam bilik ni.

Elzaara cuba untuk membantu Elfira menyandar ke kepala katil tiba-tiba Elfira menjerit kesakitan. Elzaara melepaskan pegangannya dan melihat Elfira cuba menahan kesakitan di lengannya.

Elzaara menyelak baju dan melihat di lengan Elfira terdapat bekas-bekas lebam dan kesan berbirat.

Elzaara menyelak lebih tinggi dan terdapat lebih banyak kesan biru-biru keunguan. Dia membelek tubuh badan Kakaknya dan alangkah terperanjatnya dia apabila melihat tubuh Elfira dipenuh dengan lebam!

Akak! Apa ni semua Akak kena dera ke Tajam renungan Elzaara menagih jawapan daripada Elfira. Seluruh badannya dipenuhi dengan lebam dan kesan seperti didera.

Err, tak ada apa-apalah dik. Akak salah makan ubat je ni tu yang jadi macam tu. Hari tu Akak demam lepas tu Akak tersalah makan ubat. Ni alahan sebab salah makan ubat ni. Adik jangan risau ya Akak ok je ni. Elfira memalingkan mukanya untuk mengelak dari dikesan menipu.

Kak! Ni bukan kesan salah makan ubat tapi ni dah kesan kena dera Kak. Abang Fauzi dera Akak ke Jawablah, Abang Fauzi dera Akak, kan! Elzaara mendesak Kakaknya untuk jawapan yang jujur. Dia dapat mengagak bahawa bekas-bekas lebam itu adalah kesan dari penderaan. Kalau itu adalah alahan ubat, kesannya tidaklah sebegitu rupa.

Tak dik. Tu alahan ubat. Akak mengandung sekarang ni. Itu sebabnya jadi lebam-lebam ni.

Elfira cuba untuk mengelak daripada menatap mata adiknya kerana dia tahu adiknya pasti tahu sama ada dia menipu ataupun bukan. Elzaara paling kenal dirinya dan dia tidak reti untuk menyembunyikan apaapa daripada pengetahuan adiknya, Elzaara.

Kak! Jangan nak tipu adiklah Kak. Adik kenal Akak, adik boleh tahu Akak tipu ke tak. Kalau Akak tak tipu adik, Akak pandang mata adik, Akak cakap itu bukan kesan deraan, tapi kesan alahan salah makan ubat.

Elfira masih lagi memalingkan mukanya.

Kak, tolonglah! Akak janganlah nak bela Abang Fauzi lagi. Akak terus terang dengan adik. Jujur dengan adik. Ini kesan deraan, Kak! Elzaara sudah naik angin apabila Kakaknya masih lagi cuba untuk melindungi suaminya. Elfira sudah menikus apabila adiknya sudah naik hantu.

Elzaara tidak suka dengan perangai Elfira yang satu ini, suka membela suaminya walaupun dia tahu suaminya itu bersalah. Elfira jenis yang akan menunduk pada kata-kata suaminya walaupun apa yang dilakukan oleh suaminya bertentangan dengan norma-norma sebagai seorang manusia.

Elfira juga seorang yang setia dan jujur dan sikap itu yang membuatkannya cepat luluh dan cair dengan suaminya.

Ya dik, Abang Fauzi selalu dera Akak. Dia buat Akak macam hamba abdi dalam rumah ni. Lepas dia diberhentikan kerja dulu, Akaklah yang tanggung semuanya. Dia tak pernah cari kerja lain dan hanya duduk melepak di rumah, tapi lama-lama perangai dia makin teruk. Dia cuma tahu minta duit, berjudi, minum arak, bawa balik perempuan, joli sana sini, suara Elfira turun naik.

Allahu! Sungguh Elzaara tak sangka yang Elfira menanggung beban seperti ini.

Elfira mengelap air matanya, Baru-baru dengarnya dia masuk kumpulan kongsi gelap, kumpulan gangster. Pernah sekali dia bawa balik ahli-ahli kongsi gelap dia ke rumah. Kalau Akak tegur atau tak nak dengar cakap dia, mesti dia bantai-pukulbelasah Akak cukup-cukup. Dia pernah nak jual Akak pada bapak ayam sebab kalah judi, tapi dia tukar fikiran sebab nanti siapa nak bagi dia duit untuk berjoli dan berjudi... Elfira terpaksa membuka pekung dada suaminya kerana dia rasa Elzaara berhak tahu akan hal itu setelah apa yang dia lihat tadi.

Elzaara sudah seperti Hulk yang tunggu masa untuk meletup sahaja kerana marahnya sudah sampai ke tahap kemuncak.

Kenapa Kak tak pernah cerita dekat adik, ibu dengan ayah Kenapa Akak nak pendam sendiri je, nak sorokkan hal ni daripada kami Kenapa Akak nak tanggung kepedihan ni seorang diri Tengok keadaan Akak sekarang ni, dah teruk. Kalau adik tak datang hari ni, entah berapa lama Akak nak sorokkan hal ni daripada semua orang. Akak suka sangat menyusahkan diri sendiri, ini bila badan sendiri dah sakit pun Akak tak sedar lagi. Adik tak kira, adik nak bawa Akak balik rumah juga hari ni. Lepas tu adik akan cerita semuanya dekat ibu dan ayah. Biar ayah je yang ambil tindakan dekat dia. Putus Elzaara.

Elfira dibiarkan menangis teresak.

Akak, adik rasa baik Akak minta cerai jelah daripada dia. Tak guna dia simpan Akak untuk jadikan Akak sebagai hamba abdi dia. Akak tu isteri dia yang sah. Minta cerai jelah, Kak.

Elzaara tidak menyangka bahawa Kakaknya sanggup mendiamkan diri soal hal ini daripada pengetahuan ahli keluarga mereka.

MENDENGAR sahaja perkataan cerai, Elfira terus tergamam apabila Elzaara mengusulkan supaya dia bercerai. Tak! Dia tidak sanggup untuk bercerai dengan suaminya kerana baginya itulah suami yang dia cintai sepenuh dan setulus hati. Lelaki itulah jodohnya sehingga ke syurga. Walau apa pun dugaan yang dia hadapi kini, Elfira akan tetap mempertahankan rumah tangganya yang dibina bersama Fauzi. Lebih-lebih lagi sekarang dia sedang mengandungkan anak sulung mereka berdua. Siapa tahu mungkin dengan kehadiran anak mereka nanti, Fauzi akan berubah menjadi baik semula dan menjadi lebih bertanggungjawab.

Dik, Akak sayangkan Abang Fauzi sangat-sangat. Akak tak sanggup nak berpisah dengan dia. Biarlah apa dia nak buat, Akak reda je asalkan kami tak bercerai. Ibu dan ayah mesti kecewa kalau Akak dengan Abang Fauzi bercerai sebab Akak dah janji dengan ibu dan ayah yang Akak akan bahagia dengan perkahwinan Akak ni. Lagipun kalau kami bercerai yang jadi mangsa nanti baby ni juga. Siapa tau kalau Akak dah bersalin nanti Abang Fauzi akan berubah.

Kak! Dah banyak kali Akak mengalah dengan dia. Dah banyak sangat Akak ikut telunjuk dia. Daripada sebelum korang kahwin lagi. Akak asyik nak mengalah dan bela dia je. Cubalah Akak kasihani diri sendiri dan baby ni. Memang dia suami, Akak kena taat dengan dia, tapi kalau dah perangai lebih teruk dari syaitan, Akak dah tak wajib nak taat. Tolonglah Kak, adik merayu sangat-sangat dengan Akak baliklah ke rumah kita. Adik, ibu, ayah ada untuk jaga Akak dengan baby. Kita settlekan hal Akak dengan jantan tu lepas Akak bersalin nanti... Elzaara melutut, merayu dan memujuk Elfira untuk mempertimbangkan cadangannya.

Adik pergilah tengok dekat dapur apa yang boleh dimasak. Akak lapar sangat ni, perut Akak dah rasa pedih sangat. Tapi, Akak tak tahulah apa yang tinggal lagi dalam dapur tu sebab Akak dah lama tak pergi kedai beli barang dapur. Akak pun dah tak ada duit nak beli makanan sebab semua duit gaji Akak, Abang Fauzi dah ambil. Kalau tak ada apa-apa dalam peti ais, adik tolong pergi kedai makan dan belikan Akak makanan boleh tak

Elfira mengalihkan topik supaya Elzaara tidak terus menekannya soal penceraiannya.

Akak cakap je Akak nak makan apa. Nanti adik pergi belikan Akak makanan.

Apa-apa jelah dik. Akak makan je semua.

Okey, Akak rehatlah dulu ya. Adik keluar pergi beli makanan kejap. Nanti lepas Akak makan adik tolong Akak kemas rumah dan kemaskan baju-baju Akak. Kita balik rumah ayah. Elzaara sudah memberi kata putus.

Sebelum dia keluar meninggalkan Kakaknya, dia sempat menoleh ke belakang.

Kak, kalau ibu dengan ayah tau keadaan Akak ni, mesti mereka sedih. Dan yang adik pasti, ibu dan ayah pasti akan bawa Akak balik ke rumah.

Elzaara keluar dari bilik dan meninggalkan Elfira Dalam hati dia berharap sangat Elfira memikirkan cadangannya. Pintu gril dikunci dari luar lalu menuju ke kedai makan yang berdekatan dengan rumah. Hatinya mendidih panas mendengar cerita daripada Kakak kesayangannya tadi. Dia berazam untuk bertemu empat mata dengan abang iparnya untuk menyelesaikan masalah ini dan sekali gus untuk meminta lelaki itu menceraikan Kakaknya. Dia tidak sanggup melihat Kakaknya hidup dalam kesengsaraan. Dia sanggup lakukan apa sahaja demi melindungi

Elfira.

SETIBANYA Elzaara di muka pintu, dia terdengar bunyi teriakan dan pekikan dari dalam rumah.

Dari nada suaranya sahaja dia mengetahui bahawa itu suara Kakaknya.

Kak Fira!

Dia tergesa-gesa membuka pintu dan apa yang dia lihat sebaik sahaja pintu dibuka adalah susuk tubuh Kakaknya yang sudah layu terbaring lesu di atas lantai. Tanpa teragak-agak dia menerpa ke arah Kakaknya dan memaut tubuh yang lesu itu.

Air mata membasahi wajah Elfira dan wajah Kakaknya yang pucat juga sudah kelihatan lebam. Di atas tangga, kelihatan Fauzi yang keadaannya seperti tidak terurus dan tidak waras. Elzaara terus menerpa ke arah abang iparnya.

Hei! Kau buat apa dengan Kakak aku ha Kau nak bunuh dia ke! Kau tau tak Kakak aku ni mengandungkan anak kau Jantan tak ada hati perut! Aku benci kau! Kau memang jantan tak guna! Aku nak kau ceraikan Kakak aku sekarang juga!

Elzaara memukul-mukul dada abang iparnya dengan kuat. Tidak cukup dengan itu, tumbukan demi tumbukan di lepaskan ke wajah abang iparnya. Keadaannya seperti orang kerasukan hantu. Dia mencabar abang iparnya untuk melafazkan talak terhadap Kakaknya.

Fauzi hanya tergelak besar dan dia sempat melihat susuk tubuh seseorang yang baru keluar dari dapur sambil menguyah sebiji epal. Wanita itu mencium pipinya dan Elzaara yang geram terus sahaja menarik rambut wanita itu yang baginya menjadi punca keretakan rumah tangga Elfira musnah berkecai. Wanita itu terjerit kesakitan dan cuba membalas tetapi Elzaara yang sememangnya agak brutal dan kasar terlebih dahulu mengajar wanita itu.

Fauzi tercengang sebentar melihat adegan drama di hadapan matanya sebelum bertindak menarik buah hati kesayangannya daripada cengkaman Elzaara. Dia memberikan isyarat supaya buah hatinya naik ke tingkat atas, manakala dia hendak menyelesaikan masalahnya dengan dua beradik yang berada di hadapannya sekarang ini.

Kau siapa ha Oh, kau Elzaara, kan! Kau adik si gedik ni yang selalu cari pasal dengan aku, kan Aku baru ingat. Apa kau buat dekat sini Nak selamatkan Kakak kau yang gedik tu ke atau kau datang nak cari pasal dengan aku! Tapi, kalau kau datang nak bawa Kakak kesayangan kau ni, eloklah kau bawa dia pergi sekarang. Aku pun dah malas nak tengok muka dia. Menyemak je dekat rumah aku ni. Kakak kau tu dahlah gedik, terhegeh-hegeh dekat aku.

Fauzi melangkah ke arah Elzaara dan jalannya yang tidak lurus serta bau mulutnya yang busuk dan masam dengan alkohol menandakan bahawa dia sedang berada dalam di bawah pengaruh yang tidak waras!

Sah memang tengah mabuk ni! Getus Elzaara.

Dia sedang memikirkan bagaimana hendak membawa keluar Kakaknya dari rumah itu dengan selamat. Dengan keadaan abang ipar dia yang masih di bawah pengaruh sedar, tidak memungkinkan untuk dia membawa keluar Kakaknya dengan selamat tanpa sebarang kecederaan. Elfira masih lagi terbaring di atas lantai dan mulutnya dipenuhi dengan lebam dan darah pekat.

Tapi, aku tengok kau ni boleh tahan juga ya Kau ni aku tengok lagi hebat daripada Kakak kau yang lembik tu. Sebenarnya aku dah lama teringin nak rasa kau tapi apa boleh buat, Kakak kau tu jadi penghalang untuk aku dapatkan kau. Hmm... Fauzi mula mendekati Elzaara dan dia tersenyum sinis.

Elzaara sudah panik. Dia tahu bahawa kudratnya tidak kuat mana jika hendak dibandingkan dengan Fauzi. Dia cuba memikirkan bagaimana hendak melawan Fauzi yang fikirannya sudah tidak waras lagi. Tolong! Tolong! Tolong!!

Hanya perkataan tolong sahaja yang mampu diungkapkan oleh Elzaara. Fauzi hanya tergelak besar melihat Elzaara yang sedang ketakutan. Elzaara mengundurkan dirinya sehingga dia benar-benar terperangkap di penjuru dinding.

Tau kau takut ya Dulu kau tak takut pula bila berhadapan dengan aku, tapi kenapa sekarang kau takut pula Janganlah macam tu sayang. Tak baik jerit-jerit. Nanti sayang letih tak ada tenaga. Daripada sayang jerit-jerit macam ni, lebih baik sayang layan abang ni, lagi banyak faedahnya... Fauzi memegang kejap kedua-dua belah tangan Elzaara.

Elzaara meronta untuk melepaskan dirinya malangnya dia tidak berupaya kerana Fauzi telah menindihnya. Elzaara meronta minta dilepaskan, tetapi langsung tidak diendahkan. Akhirnya bahagian sulit Fauzi menjadi sasaran kaki Elzaara yang menendang dengan kuat hingga menyebabkan Fauzi terduduk menahan kesakitan.

Dia berlari ke arah Elfira dan cuba mengangkat tubuh Elfira dan melangkah keluar dari rumah itu tapi belum sempat kakinya mencecah keluar, mereka berdua ditarik dan Elzaara di seret ke dinding lalu kepalanya terhantuk dengan kuat sehingga berdarah manakala Elfira terduduk di lantai.

Abang... Jangan!

Elfira cuba bangun untuk menghalang suaminya daripada menyiksa adiknya, tetapi dia terjatuh kembali dan merasakan kesakitan di celah kelengkangnya. Elfira menunduk, kelihatan tompokan darah pekat likat menitik di atas lantai dan pehanya.

Allah! Pandangannya gelap dan dia terus rebah di situ.

Akak!! Jerit Elzaara.

Dahinya yang berdarah tidak dia pedulikan tetapi dia lebih utamakan keselamatan Kakak kesayangannya daripada dirinya sendiri. Elzaara merangKak perlahanpelahan ke arah Elfira kerana kudratnya sudah semakin perlahan serta badannya juga sakit kerana diheret dan dihimpit oleh Fauzi tadi.

Fauzi menarik kolar baju Elzaara dan lehernya hampir tercekik, Kau tau tak, yang kau dengan Kakak kau ni menyusahkan hidup aku. Kakak kau tu memang pembawa malang dalam hidup aku! Kau dan Kakak kau memang dua-dua jenis tak guna! Hamburnya sambil meludah ke lantai.

Kau..! Elzaara sudah keletihan dan suaranya serak serta tekaknya perit untuk berkata-kata.

Apa! Apa! Kau masih ada hati lagi nak lawan dengan aku Kau sedar tak kau tu cuma perempuan tak guna, sama macam Kakak kau tu. Tapi, kalau kau nak lawan sangat dengan aku, okey! Aku nak tengok seberapa kuatnya kau nak berlawan dengan aku. Aku nak tengok bertapa hebatnya kau selamatkan Kakak kau yang tak guna ni.

Fauzi melepaskan Elzaara dan dia mencapai sepucuk pistol yang tersangkut di pinggangnya lalu dilepaskan sedas tembakan lalu mengenai kaki Elfira yang tidak sedarkan diri.

Kak Firaaaaaa!