Pegawai Eksekutif serta orang atasan Emerald Group tiada di pejabat kecuali Nadhirah. Malah stafstaf bawahannya sempat mengucapkan takziah. Ada yang berbisik dan ada juga yang memandang. Mungkin mereka hairan mengapa Nadhirah boleh hadir ke pejabat hari ini.
Pagi ini, sekali lagi Nadhirah menerima berita buruk. Ammar sudah pun kembali ke rahmatullah. Jenazah dijumpai terendam di dalam tub mandi apartment yang dihadiahkan oleh Nadhirah buatnya pagi kelmarin dan telah selamat dikebumikan awal pagi ini. Menurut laporan autopsi, Ammar dipercayai terkena serangan jantung akibat pengambilan dadah terlarang secara berlebihan.
Kematian Ammar memang telah dijangka. Begitu juga dengan larangan ahli keluarga arwah Tan Sri Malik akan kehadirannya ke majlis pengkebumian tersebut. Bohonglah kalau dia tak terasa. Tapi, sengaja dipamerkan wajah selamba.
Ah, daripada duduk sendiri di pejabat ini. Lebih baik dia keluar! Tapi, kalau keluar seorang tentu akan bertambah bosan! Lantas nombor telefon Faliq dicarinya. Whatsapp ringkas dihantar pada lelaki itu. Sejak kebelakangan ini mereka semakin rapat.
Nadhirah:
Awak ada di mana
Faliq:
Saya masih di pejabat. Kenapa
Nadhirah: Sibuk tak
Faliq:
Baru habis court hearing dekat mahkamah. Petang nanti kena jumpa client. Jom lunch.
Nadhirah:
Baru ingat nak ajak awak keluar makan tadi.
Faliq:
Saya memang hebat kalau setakat nak baca niat dihati orang yang mesej kita di waktu lunch macam ni.
Nadhirah:
Iya la tu. Kita nak jumpa di mana
Faliq:
Saya ambil awak di Emerald. Boleh Awak tak payah nak bawa kereta keluar. Lagipun temujanji saya petang ni dekat-dekat dengan Emerald juga.
Nadhirah:
Boleh juga. Saya tunggu di lobi lagi 15 minit.
Faliq:
Okey. Jumpa sekejap lagi.
Nadhirah berdiri di depan pintu masuk Emerald Group. Dia yang memakai sehelai jubah hitam berbunga sulam sememangnya kelihatan sedikit sugul. Menunggu Faliq bersendirian membuatkan Nadhirah terimbau kenangan lama. Walaupun Ammar banyak meninggalkan kenangan pahit dalam hidupnya selama ini namun kematian abang keduanya itu tetap meninggalkan hiba. Matanya yang berkaca cuba diselindung dengan kaca mata hitamnya. Faliq sampai tepat pada masanya bersama Toyota Harrier.
Kita nak makan di mana
Somewhere peaceful. Awak tahu tak di mana
Somewhere peaceful. Hmm, rasanya saya tahu satu tempat. Sebaik sahaja Faliq memastikan yang Nadhirah memakai tali pinggang keselamatannya, Faliq memecut meninggalkan Emerald Group.
Faliq membawa Nadhirah untuk menjamu selera di sebuah kelab golf dipinggir bandar. Mereka berdua memilih untuk makan di tingkat dua restoran yang menyediakan konsep terbuka. Pengunjung di kelab golf ini dihidangkan dengan keindahan tasik buatan manusia yang begitu luas, kicauan burung liar yang turut memeriahkan suasana.
Awak selalu datang sini main golf ke Soal Nadhirah apabila dia melihat beberapa orang staf di sini menegur Faliq mesra.
Selalu jugalah. Temankan abang saya selalu datang main dengan client kami di sini.
Ada keahlianlah ni
Terpaksa juga jadi ahli sebab kadang-kadang saya kena jadi wakil abang main golf dengan client kalau abang Farhan tak ada.
Kenapa pula terpaksa Awak tak minat main golf ke
Bosanlah main golf. Saya datang pun kalau terpaksa. Saya lagi rela panjat gunung ke, berbasikal ke. Ada juga cabaran.
Perbualan mereka terhenti apabila pelayan membawa pesanan makanan buat mereka. Dua pinggan spaghetti aglio olio serta dua gelas jus tembikai laici dihidangkan. Nampaknya selera mereka berdua sama sahaja.
Cantik awak hari ni. Puji Faliq.
Selalu tak cantik ke Pujian Faliq disambut dengan satu soalan balas.
Cantik juga, tapi hari ni extra cantik. Saya suka baju awak hari ni.
Jarang benar dia dapat melihat Nadhirah berjubah begitu. Selalunya Nadhirah hanya menyarung seluar dan kemeja sahaja. Lain pula rasanya melihat Nadhirah berjubah. Bertambah sayang pula Faliq jadinya.
Nampak macam sopan sangat, kan
Yup. Decent and nice.
Abang kedua saya meninggal semalam sebab tu saya pakai baju ni. Dia dikebumikan hari ni. Terang Nadhirah dengan tenang.
And you are not attending Faliq meletakkan garfu yang berada di tangannya. Sukarnya membaca fikiran seorang perempuan di hadapannya ini.
Nadhirah menggeleng, Awak tengok macam mana layanan dia orang pada saya masa Papa meninggal, kan Saya tak nak ke sana lagi.
Okey. Saya takkan persoalkan keputusan awak kali ini. Tak apalah kalau awak tak nak pergi. Saya faham. Faliq belajar untuk memahami.
Dia mula faham yang keadaan keluarga Nadhirah bukan seperti keluarganya, bukan seperti keluarga orang lain. Benarlah kata orang, berduit tak menjanjikan bahagia.
Kenapa dia meninggal
Overdose dadah. Meninggal dalam tab mandi. Katanya disebabkan serangan jantung. Dia dikebumikan di Kedah. Rumah nenek sebelah Papa.
Jauhnya
Kematian dia sesuatu yang memalukan keluarga kata Mama saya. Untuk elakkan wartawan dan sebagainya, dia orang buat keputusan untuk
kebumikan dia di sana senyap-senyap.
Well
Kenapa Awak dah tak ada ayat nak cakap
Bukan tak ada tapi tengah memilih perkataan apa nak digunakan. Kagum juga saya dengan keluarga awak, banyak sangat protokol.
Gah cuma pada nama.
Awak macam mana dengan khabar ni
Kami tak rapat pun. Jadi, taklah terasa sangat. Satu senyuman diukir buat Faliq. Nadhirah tidak mahu Faliq risau tentang dirinya.
Kalau ada benda yang nak diluah, cakap sahaja dengan saya, Jangan simpan sendiri. Awak ada saya.
Ya, saya ada awak. Terima kasih.
Sama-sama.
JENAZAH Ammar sudah pun diurus oleh ahli keluarga Tan Sri Malik dan Puan Sri Munirah nun di Kedah. Biarlah. Itu pilihan mereka dan dia tidak
perlu campur tangan.
Cuma sekarang ini, melihat kedudukan syarikat yang tidak menentu, tindakan pantas perlu dilakukan untuk menyelamatkan Emerald sebelum ianya musnah diurus oleh Aidid. Langkah perlahannya perlu dipercepatkan kali ini.
Terima kasih sebab sudi datang jumpa saya. Saya
rasa Encik Zaki dah buat keputusan, kan
Saya memilih untuk Emeralds survival dan diri sendiri. Encik Aidid perlu ditukarkan kalau Emerald mahu terus kekal sebagai main player in shipping industry. Prestasi Encik Aidid sudah tidak relevan lagi.
Bagus. Memang itu yang saya nak dengar. Saya perlu mengambil alih Emerald segera.
Apa rancangan Cik Nadhirah
Perlu ke saya beritahu
Kalau Cik Nadhirah mahukan sokongan saya, rasanya Cik Nadhirah perlu mula percayakan saya.
Baiklah. Tak ada yang extreme, rancangan saya mudah. Saya ada bukti yang menyenaraikan ke semua aktiviti jenayah yang dibuat Aidid. Saya akan manipulasikan semuanya dan pastikan dia sendiri yang memanggil Mesyuarat Agung Luar Biasa, dia sendiri akan tinggalkan jawatan Pengerusi Emerald Group pada saya, saya akan buat dia menyokong saya semasa pemilihan nanti dan saya akan pastikan ke semua Ahli Lembaga Pengarah yang menyokongnya untuk beralih sokongan pada saya. Semudah tu.
Tak semudah itu Aidid akan serah jawatannya. Jangan yakin sangat.
Saya yakin Aidid yang akan bantu saya dapatkan Emerald. Saya akan buat dia tinggalkan Emerald dengan kakinya sendiri. Jangan risau. Saya dah ada senjata untuk kawal Aidid.
Mana Cik Nadhirah dapatkan semua bukti tu
Bukan Encik Zaki seorang sahaja yang saya dekati untuk bekerjasama. Ada lagi orang lain yang saya rekrut di dalam Emerald .
Saya perlu tahu juga dengan siapa saya bekerja.
Kita ada penggodam yang bakal menggodam sistem intranet Emerald Group dan sekutunya, saya juga ada penyiasat yang membantu kita menjejak semua rakan sekongkol Aidid. Jangan risau, saya akan uruskan mereka, sekarang saya sedang mengumpul segala material untuk mendapatkan Emerald.
Saya kagum dengan perancangan Cik Nadhirah, puji Encik Zaki.
Saya juga anak Tan Sri Malik. Jawab Nadhirah pendek. Walaupun dia anak haram, dia masih anak Tan Sri Malik. Dia tahu apa yang dibuatnya sekarang.
Ya, Cik Nadhirah berjaya membuktikannya. You are brilliant. Kalau macam tu, saya rasa Cik Nadhirah perlukan ini.
Apa ni Beberapa dokumen yang agak tebal dikeluarkan oleh Encik Zaki.
Semua maklumat untuk membantu Cik Nadhirah membuat rancangan. Rasanya kita boleh mulakan dengan pengenalan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Emerald Group.
Betul juga. Saya perlu tahu mengenai mereka yang bakal bekerjasama dengan saya.
Pemegang saham terbesar bagi Emerald Group adalah Cik Nadhirah sendiri dengan 15%, diikuti Encik Imran 15%, Encik Aidid 10% dan Cik Adelia 5%. Saham besar milik Cik Nadhirah amat berguna kalau mahu jatuhkan mereka. Cuma Cik Nadhirah kena pastikan yang mereka tahu kedudukan pegangan saham Cik
Nadhirah supaya mereka akan terus menyokong.
Kita juga kena pastikan yang Aidid letak jawatan.
Betul, tapi dalam masa yang sama undian Ahli Lembaga Pengarah yang lain juga memainkan peranan untuk membolehkan Cik Nadhirah memegang jawatan Pengerusi. Memang mereka ada kuasa untuk melantik Pengerusi Emerald Group yang baru, tapi mereka juga kena ingat yang kedudukan mereka akan terancam kalau Cik Nadhirah tak nak menyokong mereka sebagai Ahli Lembaga Pengarah.
Nadhirah meneliti senarai nama yang tertera di atas kertas yang diserahkan oleh Encik Zaki tadi satu persatu, Siapa mereka semua ni
Ke semua mereka ini adalah Ahli Lembaga Pengarah Emerald Group yang paling berpengaruh. Mereka adalah orang yang mempunyai kuasa untuk melantik Cik Nadhirah sebagai Pengerusi Emerald Group jika Encik Aidid meletak jawatan nanti.
Mata Nadhirah bercahaya. Maklumat Encik Zaki memang sangat diperlukannya.
Mereka terdiri daripada Tan Sri Tengku Ellias Tengku Alauddin, Pengerusi Kumpulan Sejati; Tan Sri Darren Tiong, Gem Entertainment; Tan Sri Albert Lai, Hanson Group; Dato Seri Utama Zainal Abidin Abdullah, Pengerusi DK Group; Tan Sri George Luting, Kumpulan Megah; Tan Sri Patinggi Steward Giman, Dato Lokman Amri. Mereka semua merupakan orang Tan Sri yang menyandang jawatan Ahli Lembaga Pengarah yang berpengkalan di dalam negara.
Nadhirah senyum. Impiannya hampir menjadi nyata. Dendamnya bakal terbalas.
Ini pula adalah senarai Ahli Lembaga Pengarah yang berpengkalan di luar negara. Antaranya adalah Pengerusi Al Falah Group dari Qatar, Denson Oil, Denson Pacific Line, Tazza Associates dan Taehwa Shipping dari Korea Selatan.
Awak cakap ke semuanya 35 orang, kenapa ada beberapa belas sahaja nama di sini
Senarai yang saya beri adalah dikalangan mereka yang berpengaruh. Mereka inilah yang akan mempengaruhi Ahli Lembaga Pengarah lain untuk menyokong atau menolak Cik Nadhirah. Memandangkan Cik Nadhirah mahu menggunakan Aidid untuk mendapatkan sokongan, saya rasa mereka inilah yang cik perlu beri perhatian.
Dalam sampul ini pun saya ada sertakan beberapa dokumen transaksi kewangan yang meragukan melibatkan beberapa orang Ahli Lembaga Pengarah. Semua ini Cik Nadhirah boleh gunakan sebagai modal.
Kita boleh lawan mereka menggunakan dokumen ni.
Banyak juga maklumat yang Encik Zaki beri. Tak sia-sia saya menaruh kepercayaan pada Encik Zaki. Saya akan baca ke semuanya. Terima kasih sebab memihak pada saya.
Saya cuma mahu selamatkan Emerald. Its going to be a long and tough process. You need to be emotionally and physically strong, Encik Zaki memberi nasihat.
Tak perlu risau. Saya tahu apa nak buat.
Saya harap Cik Nadhirah tak tersilap langkah. Saya rasa lebih baik Cik Nadhirah pindahkan semua pegangan saham atas nama Delta Properties. Itu lebih baik. Saya tak nak nanti Encik Aidid boleh hidu segala rancangan Cik Nadhirah dengan cepat.
Jangan risau Encik Zaki. Saya tak perlu merayu sesiapa. Aidid sendiri akan sokong saya nanti. Dia dan konco-konconya akan terpaksa menyokong saya nanti.
Maaf kalau saya nampak macam memandang rendah pada Cik Nadhirah tapi tolong berwaspada.
Baiklah. Saya akan ingat segala nasihat Encik Zaki. Dalam masa terdekat ini, saya akan dapatkan nasihat dari peguam saya dahulu. Terima kasih dan saya akan pastikan ianya berbaloi untuk Encik Zaki. Nadhirah bangun untuk beredar.
Dia perlu memikirkan langkah seterusnya yang ingin diambil bagi memastikan segala rancangannya berjalan seperti yang dirancang.