Les Criaturas - 37
PAST 13

Keadaan lorong di antara dua bangunan yang gelap dan sunyi itu dipecahkan dengan bunyi tapak kaki daripada beberapa orang manusia. Mereka sedang mengejar seorang perempuan berbangsa asing. Masing-masing memegang kayu besbol dan kayu besi. Perempuan itu berada di hujung lorong yang bertembok. Pergerakannya terbatas dek tembok yang tinggi. Dia tahu dia sudah tidak berpeluang untuk menyelamatkan dirinya.

Please, leave me alone. Perempuan itu merayu. Salah seorang lelaki tersebut ketawa besar sambil meludah.

We will let you go after we get the box.

No.

You can choose to keep the box or your life! Pemuda itu memberi amaran keras. Dia menghadiahkan satu penumbuk ke bahagian rusuk kiri perempuan bangsa asing tersebut.

Hand it over. Perempuan itu terbatuk-batuk menahan kesakitan.

This box will never be yours. Ill die for it! You cant

control the power. It might hurt anybody. Dont you understand

You talk too much, woman.

Bam!

Pukulan besbol singgah di kepala perempuan malang itu. Dia semakin lemah. Tiba-tiba satu lohong cahaya berwarna-warni muncul. Pemuda asing tersebut terlopong melihat kelibat Fetty Malar.

What the.. Fetty Malar memandang perempuan malang yang terbaring di permukaan jalan. Kepalanya dilumuri darah. Ill kill you, bastard! Fetty Malar bertukar menjadi seekor ular tedung gergasi dan terus membelit tubuh dua lelaki tersebut. Mereka meraung kesakitan. Darah mula mengalir keluar dari hidung dan telinga. Fetty Malar bertukar menjadi manusia sebaik sahaja mereka mati dalam keadaan ngeri.

Help me..

Hold on. Dynah! Dynah melangkah keluar dari lohong.

Dia berlari anak menuju ke arah Fetty Malar.

What happened What language am I using right now

I have the same question too. Those two bastards beat her. Shes dying. Is she one of us

I dont think so. Perempuan itu mengeluarkan sebuah kotak hitam kecil dari poket kanan seluar dan menghulurkannya kepada Dynah.

Please, keep it save. The box.. Everyones looking for it. Dynah memegang kotak hitam tersebut. Dia terasa seperti ada satu aura kejahatan datang dari kotak hitam tersebut.

So much power.

Hide it from anyone else, please. Perempuan bangsa asing itu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dynah menyimpan kotak hitam kecil itu di dalam poket bajunya. Dia bingkas bangun dan berlari masuk ke dalam lohong cahaya berwarna-warni. Fetty Malar mengikutnya dari belakang.

Mereka berdua kembali ke kawasan hutan berbukit.

Macam mana Tanya Hafez.

Tak ada apa-apa. Kotak ni je, balas Dynah. Fetty Malar ketawa besar mendengar jawapan Dynah.

Kenapa

Aku rasa kelakar. Tadi kita bercakap bahasa lain.

Sekarang bahasa lain pula. Agaknya kita dah pusing satu dunia. Kunci zamrud tu memang sakti. Agaknya apa jadi dengan keturunan dia Mereka bertiga mengelamun memikirkan nasib Anasztasia Bathory. Tiba-tiba satu dentuman kuat kedengaran. Mereka saling berpandangan.

Dynah, Fetty, tunggu sini sampai Yop balik dengan budak-budak. Tima, ikut aku! Hafez mengendong Patimae. Dia melompat dari satu pokok ke satu pokok yang lain menuju ke arah punca bunyi tadi.

Kau tak rasa apa-apa ke, Dynah

Rasa apa

Suami kau bukan main rapat dengan Tima.

Tak ada apa-apa la. Jangan fikir bukan-bukan.

*****

Patimae dan Hafez kaku tidak bergerak. Mulut mereka terlopong memandang beberapa susuk tubuh yang bergelimpangan di atas jalan raya. Dua buah kereta bertembung sesama sendiri. Sebuah daripadanya remuk teruk. Seseorang cuba keluar melalui tingkap pemandu yang pecah.

Tolong..

Hafez, kereta tu. Hafez melompat laju dan mendarat di hadapan kereta tersebut. Wajahnya berubah serta-merta. Taring dan otot lengannya mulai keluar. Matanya turut berubah warna. Tanpa berlengah, dia terus mengangkat kereta itu menggunakan keduadua belah tangannya. Kelihatan dua orang manusia dalam keadaan parah.

Ambil perempuan tu, arah Patimae.

Habis lelaki ni

Biarkan!

Kau biar betul, Tima.

Percaya cakap aku. Kau tak bau ke apa yang aku bau Darah lelaki itu lain. Hafez memejamkan matanya dan menghidu sedalamnya.

Tapi ini bukan bauan gelap. Ni macam bau bahan lain. Cepat! Patimae tidak mengendahkan kata-kata Hafez. Hafez segera mengangkat perempuan itu dan kembali ke dalam hutan. Patimae berjalan seorang diri menghampiri lelaki tersebut. Aku rasa kau punca semua ni. Naluri aku tak pernah salah. Patimae berpaling dan mengekori langkah Hafez. Hafez meletakkan perempuan tadi di atas tanah yang dilapik dengan bulu kambing hasil buruan Dynah. Perempuan itu meracau-racau perlahan. Dynah dan Fetty Malar sibuk menghancurkan daun-daun herba.

Mana Yop Patimae memandang Dynah.

Tak balik lagi. Jauh berjalan dengan budak-budak tu. Kau buat apa, Dynah

Hancurkan herba ni sikit nak buat penampal luka.

Tak payah. Dia dah nak mati.

Mati

Kau pekak ke Aku cakap dia dah nak mati. Ada satu cara je yang boleh selamatkan dia. Suara Patimae kedengaran keras. Fetty Malar terdiam.

Macam mana

Bonda, Pak Yop tadi kan dia bawa Lina naik kuda warna hitam. Lepas tu.. Eh, ade manusia! Kenapa badan dia macam tu Dynah memandang ke arah Patimae. Dia seakan-akan mengerti maksud di sebalik pandangan mata perempuan itu. Tubuh Selina dipeluk erat.

Jangan!

Ini saja caranya nak bagi perempuan ni hidup.

Cari jalan lain.

Tak ada cara lain melainkan kau nak perempuan tak berdosa ni mati. Seorang lelaki datang dan berdiri di antara Patimae dengan Dynah.

Jangan bergaduh! Dynah, kalau kau nak jadi makhluk macam dulu, kau boleh simpan Selina dalam kain sampai reput. Kau pula Patimae, kau ingat perempuan ni nak kenang budi ke kalau kau selamatkan dia Kau lupa ke perangai manusia ni macam mana Yop kembali duduk menghadap Fetty Malar.

Dynah mengerutkan dahi sebelum menghadap Selina.

Boleh bonda minta darah sikit

Nak buat apa

Nak selamatkan perempuan tu. Kalau tak nanti dia mati.

Sakit tak

Sakit sikit je.

Okay. Kalau macam tu, ambil la darah Lina. Kesian kat dia. Selina tersenyum memandang ibunya. Dynah mengeluarkan kotak hitam dari poket. Kotak itu diletakkan di atas permukaan tanah. Dia segera berundur ke belakang. Tubuhnya dihalakan ke arah bertentangan.

Tima, kau boleh buat sekarang. Aku tak sanggup. Patimae mengambil pisau yang digunakan untuk mengukir Yop Khoon.

Lina, sakit sikit tau. Tahan ya

Baik. Lina ta... Aduh, sakitnya! Fetty Malar bangun mendapatkan Dynah yang sedang menggigil.

Tima bukan nak cederakan anak kau. Dynah beransur tenang. Darah mengalir keluar dari tapak tangan kanan Selina. Titisan darah itu terkena pada kotak hitam. Patimae menadah darah menggunakan daun yang dibentuk seperti corong. Dia segera menuangkan darah tersebut ke dalam mulut perempuan tadi. Masingmasing menunggu dengan sabar. Luka pada tubuh perempuan itu perlahan-lahan bercantum. Serpihan kaca yang terbenam tercabut dengan sendirinya. Perempuan itu membuka kelopak matanya. What the Aku kat mana Frank Adik Mana adik aku Korang semua ni siapa Aku kat mana Patimae membaca mantera dan menghembuskan nafasnya ke arah wajah perempuan itu. Tubuhnya tiba-tiba terkulai layu.

Bising sangat. Bagi dia rehat dulu. Eh, tengok tu! Patimae menghalakan jari telunjuknya ke arah kotak hitam di atas permukaan tanah. Masing-masing terkedu. Mata mereka tertumpu pada seorang budak sedang mencangkung dalam keadaan bogel sambil tersenyum. Budak itu berjalan perlahan-lahan dan memeluk peha Dynah.

Bonda. Dynah menelan air liur. Hafez memandang dengan perasaan keliru.

Lina dapat adik. Terima kasih, bonda!