Sepasang suami isteri. Dah lebih 3 tahun tak datang klinik aku. Malam Rabu yang lalu, mereka datang. Mereka berpesan dengan staf aku. Nak jadi pesakit yang terakhir. Ada masalah besar nak bincang katanya. Aku dapat mengagak sama ada nak jual insurans, nak pungut derma, ataupun nak ajak join direct selling.
Dan tekaan aku tepat sekali. Mereka dah sebulan join Asia Herbal Biotech. Menjual Produk herba. Jus Cordyceps. Campuran 20 jenis buah-buahan. Guna Hexagonal Water Technology. Menjadi makanan tambahan tersohor. Menjadi penawar semua jenis penyakit kronik.
Standard skema ubat MLM terkini:
Semestinya Anti oksidan.
Semestinya menjadikan awet muda.
Semestinya menguatkan sistem imun.
Semestinya mempercepat proses penyembuhan.
Semestinya menyelaras tekanan darah dan kolesterol.
Semestinya membantu fungsi jantung, buah pinggang, hati.
Semestinya menguatkan tenaga seksual.
Ada satu buku berwarna disertakan. Testimoni pesakit-pesakit yang sembuh dengan minum jus Cordyceps ini. Pakcik dia dah setahun join MLM ini. Dah kaya- raya katanya. Sekarang mereka tengah kemaruk cari downline. Harga sekotak jus, Hampir 300 ringgit. Ada diskaun kalau jadi ahli. Nak ajak aku jadi downline dia. Nak ajak aku hadir ke seminar mereka. Nak suruh aku guna sijil doktor aku. Nak suruh promote kat pesakit-pesakit aku. Nak ajar aku supaya cepat kaya.
Tapi mereka tak tahu. Aku dah lama anti-MLM. Cuma aku malas nak cakap banyak. Aku malas nak bersyarah panjangpanjang. Dah lebih pukul 10 dah. Balik rumah tidur lagi baik. Terima kasih sajalah kerana mencuri masa aku. Terima kasih atas kertas cadangan. Biar aku tak kaya, biar aku hidup ala kadar, tapi hati aku tenang. Aku tak sanggup nak menipu hidup-hidup pesakit-pesakit aku.