Aku berharap agar orang ramai memberi sokongan pada barangan bercirikan sastera. Aku lihat perkembangan dunia sastera ini sangat aneh dan begitu terpinggir seperti makhluk asing. Selain itu, mereka saling bercakaran antara satu sama lain dan mempunyai sikap alter ego.
Aku teringat pula kata-kata Hishamudin Rais, Aku sokong produk engkau Meor, cuma jangan berpersatuan. Itu akan melingkupkan." Mungkin betul. Aku berasa sedih sebab semua orang sastera ini memang macam golongan cerdik pandai. Semuanya mahu berada pada tahap atas. Masalahnya mereka hanya perasan sesama sendiri sahaja seperti budak-budak yang ada kelebihan dan tak punya kelebihan. Apabila mereka berpersatuan, sudah menjadi seperti pertubuhan politik yang berkepentingan untuk sesama kroni.
Lagipun, dunia sastera ini kecil sahaja - hanya 10% yang berminat.
Aku juga teringat seniasa aku dijemput oleh Khalid Salleh membuat persembahan di Lantai Seni sedikit masa dahulu. Tempat itu terletak bersebelahan panggung wayang di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Pihak penganjur menyediakan khemah beserta kipas, juga tempat duduk. Orang ramai hanya perlu melabuhkan punggung. Sungguhpun demikian, tidak ada orang datang menonton. Padahal, punyalah ramai ntanusia yang lalu lalang. Kalau ada orang Melayu pun menyorok balik bangunan sebab aku kata orang sastera ni golongan makhluk asing.
Orang Melayu ini sudah disogokkan otak mereka dengan bahan hiburan yang tidak mendidik sejak 1972 lagi. Oleh sebab itulah majalah hiburan sangat laku di pasaran. Semua berelemenkan seks dan keghairahan, skandal dan entah apa lagi yang aku pun tidak arnbil tahu. Senarai itu tidak berada di dalam otak aku sehinggakan kalau ditanya orang kita persepsi mereka tentang artis baju kena berkilat, pakai kot walau di tengahari buta, kena pakai cermin mata. Pendekata, semuanya kena mahal, hanya kerana artis itu kena berbeza dengan masyarakat. Benarkah begitu
Luncai pun terjunlah dengan labu-labunya.. Amin. Walau apapun, ini hanya pandangan peribadi sahaja. Kitakan bebas bersuara di negara yang mengamalkan sistem demokrasi ni. Adakah kita benar-benar bebas dan demokrasi
Pilihan raya umum baru sahaja berlalu pada 8 Mac lalu dan keputusannya sangat menarik. Walaupun aku berkecuaii dalam mana-mana parti, sebenarnya aku sangat suka politik. Aku sering ambil tahu tentang perkembangannya. Cuma kalau berpolitik ini susah sedikit kerana politik itu berkepentingan dan melibatkan kuasa. Terdapat ahli politik yang cuma jujur berkhidmat. Sifat itu murni. Sekurang-kurangnya semasa dia hendak menghadap Tuhan nanti tenanglah sediikit.
Namun, terlalu ramai yang telah menyalahgunakan kuasa. Hasilnya sama- sama kita nikmati keputusan pilihan raya lepas. Bagi aku, apa parti pun ok, asal jujur berkhidmat. Kita boleh membaca akhbar perdana juga media cletronik. Cuma bukakan minda dan fikirkan dengan scbijaknya dalam menilai sesuatu yang berupa terlalu propaganda. Masyarakat semakin bijak. Dunia semakin ke hadapan. Walaupun kita tinggal di negara yang membangun, janganlah membodohkan rakyat dengan cerita-cerita basi.
Kuasa bukannya seperti jalan sehala. Ianya dua hala - boleh datang dan balik, boleh ada dan boleh juga hilang. Aku teringat senikata lagu Ali Malas dari kumpulan Rausyanfikir.
Ali menggesa kita untuk belajar untuk inaju. Jangan tertipu di bumi scndiri.
Dalam dinm tanpa kau sedari Tanah pusaka dirompak di siang hurt
Berbalik kepada kunjungan aku berjumpa kawan-kawan, aku berjumpa Sani Sudin, pelukis Aris Aris yang punya tapak melukis di kawasan Balai Seni Lukis. Mereka sangat menyeronokkan jiwa. Bukannya apa pun, kami melepak sahaja, bersembang-senibang. Namun, kedamaian itu ada di mana- mana. lanya dari kemahuan jiwa, bukan kemahuan nafsu. Aku setuju tentang itu. Maklum sudah empat bulan aku tidak ke Kuala Lumpur.
Hidup ini tidak pcrlu terlalu kacak. Tidak ada orang mahu melihat. Kalau ada orang hendak tengok, maknanya dia suka kepada subjek perasan. Jadi, dia tidak mencukupi kejiwaan tersebut. Memandangkan mereka ini tetap menyukainya, apa kita boleh buat Dia perhatikan kita pun dia berasa pelik.
Walau apapun, hidup ini mesti diteruskan.