Tak sangka aku begitu mudah tewas! Dia tahu dirinya tidak mampu menolak permintaan Ayu.... Imran menarik nafas. Dia mula melangkah setelah agak lama berdiri di balai menanti lapangan terbang. Dia segera menahan teksi dan memberitahu alamat rumahnya.
Sampai, encik!
Imran tersentak dan rumahnya tersergam megah. Memang sekelip mata! Dihulurnya tambang dan segera dia keluar.
Imran! Datin Nora bagai tidak percaya pada matanya. Kenapa balik tak beritahu
Saja... nak kejutkan mama!
Mana Jalil244
Ibunya terkedu. Di studio!
Err... Danial
Tidur agaknya!
Ayu
Ayu bagaikan telah ghaib. Tak turun makan... tak lagi bercakap dan berjumpa dengan dia pun jarang! Ada dalam bilik agaknya!
Oh... semua sihat
Datin Nora angguk. Semuanya terlalu sihat sehingga kami tidak lagi macam sebuah keluarga. Jalil macam orang bujang... Ayu macam perempuan takut orang!
Anisah mana, ma
Entah... shooting agaknya... tapi... dia kata... dia tak nak berlakon lagi. Entahlah...!
Imran senyum. Segala-galanya tidak macam dulu lagi. Segala-galanya kelam dan derita. Dan... aku perlu bertemu Ayu walaupun aku melanggar janjiku sendiri. Maafkan aku, Jalil!
Imran terus melangkah... naik menuju ke bilik. Tetapi... apabila tiba di depan pintu bilik Jalil terbuka luas dan keadaan di dalamnya bersepah tidak terurus. Apa dah jadi
Dan Ayu yang ingin ke dapur bertembung dengan Imran.
Ayu!
Imran! Suara Ayu tenyata perlahan.
Kenapa... Imran ingin bertanya tentang kemunculan Ayu dari bilik tamu tidak dari bilik Jalil.
Ceritanya panjang! Ayu segera mengerti keadaan yang tidak mengizinkan.
Tak sesuai berbual di sini. Esok... kalau ada
kesudian... Imran ikut Ayu pulang ke kampung...
okey245
Imran hanya mengangguk bisu. Mereka berpisah di muka tangga seolah-olah saling tidak kenal mengenali....
Malam berlalu sepi... mengundang mimpi para penghuni alam dan apabila fajar menyingsing kalender berganjak dan hari baru menjelma. Perkara yang lalu terus berlalu kerana saban hari adalah suatu penentuan manakala hari-hari esok adalah kehendak Tuhan.
Imran keluar awal pagi. Tetapi sebelum itu dia telah memberitahu Datin Nora tujuannya kembali secara tergesa-gesa dari LA adalah semata-maia untuk bersama dengan klien. Dia ingin membawa mereka bersiar-siar menikmati keindahan alam semula jadi.
Manakala Ayu pula sebelum ini telah merancang untuk pulang ke kampung dengan alasan melawat ibunya yang telah lama tidak dikunjungi. Datin Nora tidak pula mengesyaki apa-apa yang aneh.
Kini mereka telah sampai ke kampung Seri Dang Wangi, setelah beberapa jam mengharung perjalanan yang jauh. Bagi Ayu disinilah dia pernah dilahirkan beberapa tahun yang silam.
Di sinilah arwah Agus bermastautin sehingga ke hayatnya yang terakhir. Ayu menelan liur, mengalih pandang ke langit yang kelam.
Semenjak petang lagi, langit mendung bagaikan hendak hujan. Entah kenapa dia membawa Imran ke sini. Dia ingin meluahkan segala isi hatinya pada Imran. Dia mahu agar lelaki itu tahu penderitaannya.246