1. Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a., katanya Rasulullah S.A.W. telah bersabda:Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.Baginda menyebut salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.-Sahih Bukhari
2. Zina bermaharajalela.Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.-Sahih Muslim
3. Bermaharajalela alat muzik.Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.Ada yang bertanya kepada Rasulullah; Wahai Rasulullah bila hal ini terjadiBaginda menjawab;Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita-Ibnu Majah
4. Menghias masjid dan membanggakannya.Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid-Riwayat Nasai
5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.Riwayat Ahmad dan Hakim
6. Ramai orang soleh meninggal dunia.Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran Riwayat Ahmad
7. Orang hina mendapat kedudukan terhormat.Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai olehLuka bin Luka (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia-Riwayat Thabrani
8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.-Riwayat Ahmad
10 bayi lahir setiap minit di Indonesia
Dalam perbualan ketika mengunjungi Presiden negara China dalam tahun 1991, salah seorang daripada kalangan ahli-ahli Parlimen Malaysia, berkata bahawa negara China melahirkan sebuah Malaysia setiap tahun.
Presiden itu ketawa saja. Saya ingin melawat Malaysia suatu hari nanti, katanya. Keinginan beliau itu tidak menjadi realiti kerana kira-kira setahun kemudian beliau bersara daripada jawatan tertinggi yang disandangnya.
Empat belas tahun dulu, Malaysia mempunyai rakyat seramai 17 juta, sama dengan pertambahan tahunan rakyat China ketika itu yang berjumlah 1.1 bilion orang. Dengan menggunakan humor yang sama, kini orang Singapura boleh berkata bahawa Indonesia melahirkan lebih sebuah Singapura setahun.
Rakyat Indonesia sekarang, dengan menggunakan angka genap, ialah 240 juta. Ketika buku ini disiapkan, pastinya angka itu sudah berubah. Malah kita tidak mungkin menetapkan sesuatu angka, kerana kelahiran dan kematian berlaku sepanjang waktu dalam 24 jam sehari.
Kita tertarik menyebut Indonesia kerana ia adalah negara yang mempunyai penduduk paling ramai di dunia Asia tenggara, dan ke empat paling ramai di dunia, selepas negara China, India dan Amerika Syarikat (AS).
Menurut statistik terakhir, kadar kelahiran Indonesia ialah 24 dalam seribu orang, sedangkan kematian ialah lapan orang dalam seribu. Ini bererti bagi setiap orang yang meninggal, tiga orang pula yang lahir.
Itu sebabnya jumlah 200 juta pada tahun 1995 berubah menjadi 240 juta kini. Berasaskan kenaikan jumlah penduduk 2.1 peratus setahun, orang Indonesia akan bertambah lima juta dalam masa setahun lagi, atau 14,000 orang sehari.
Secara lakar, seorang bayi lahir setiap enam saat, berbanding dengan seorang yang meninggal setiap 18 saat. Kalau kita kuakkan emosi kita ke tepi ketika melihat angka 100,000 kematian akibat Tsunami di Indonesia, maka menurut hukum statistik, Indonesia mampu menggantikan angka itu dalam masa tujuh hari atau seminggu.
Tanda-tandanya sudah lama berlaku. Apabila mengingatkan manusia, firma Tuhan dalam Quran selalu merujuk kepada maksud:Tidakkah kamu nampak tanda-tanda.
Kejadian tanah runtuh di pendalaman dan ikan-ikan besar menjadi jinak di tepi pantai adalah tanda-tandanya. Alat pengesan di beberapa tempat di dunia sudah mengutip tanda-tanda gempa bumi dan Tsunami akan berlaku. Manusia berwibawa yang tahu tanda-tanda itu tidak bertindak sewajarnya. Kebetulan pula manusia yang tahu itu bukan manusia yang berada dalam lingkungan kawasan yang bakal menjadi mangsa.
Prejudis kaum dan bangsa sukar dikikis. AS enggan menjatuhkan bom atom di Jerman dalam Perang Dunia Kedua kerana orang Jerman sama-sama berkulit putih, berasal dari rumpun Caucasian; ahli sains yang membuat bom itu adalah keturunan Jerman juga. Jen. Eisenhower, selaku panglima tertinggi tentera pihak Berikat, juga mempunyai titisan darah Jerman. Maka bom itu digugurkan di Jepun.
Jika kita menuduh mereka yang mengendalikan alat pengesan tsunami itu bersikap kurang mengambil berat tentang nasib manusia berkulit ciku masak dan berkulit manggis, maka tuduhan kita itu bukan tidak berasas.
Memang benar sekali, kita menjadi bertambah arif apabila sesuatu kejadian sudah berlaku. Antaranya kita boleh berkata bahawa semua negara yang berkongsi Lautan India patut sudah lama berpakat mengadakan sebuah pusat pengesan gempa bumi di daratan dan di dasar lautan.
Lingkaran api atau the ring of fire iaitu lingkaran yang berceracah dengan gunung berapi, menjalar dari utara dan turun ke sebelah barat Sumatera dan selatan Pulau Jawa, sebelum melengkok naik di sebelah timur Filipina. Ini bererti apabila ada gunung berapi meletup di Sumatera atau Jawa, seluruh negara di rim Lautan India akan terjejas.