LAUT TAK BIRU DI SEBERANG TAKIR - 37
kerana umurku tak putus2 berlari

akhirnya , dewasalah aku mengejarnya

kerana kakiku lari tak berhenti-henti

akhirnya, tersualah aku belukarnya.

adapun sajakku ia sungai biru tanpa kuala

ia bergerak, berhenti, bergerak semula

adapun hatiku ia pasir kelabu penuh cherita

ia merangkak, menanti, merangkak semula.

usiaku telah jauh, mama, sudah 27

tapi, mengapa langkahku masih terketar

usiaku sudah 27, mama, telah jauh

tapi, mengapa sajakku masih berdebar

1970