Namun, wahai gadis, percayalah. Tempat yang baik dan suka dikunjungi oleh ramai lelaki adalah tempat makan atau restoran. Pastinya mereka lebih suka duduk berbual-bual dengan kamu sambil menikmati juadah yang ada.
Jadi, sebagai persediaan, kamu boleh menyimpan senarai tempat makan yang kamu sukai dan pastikan juga harganya tidak mahal. Kerana, sudah pasti si dia yang akan menawarkan diri membayar harga makanan. Jika murah harganya, pasti si dia akan memuji kepandaian kamu memilih lokasi.
Secara kasarnya, lelaki sangat suka berada di tempat-tempat begini. Jika kamu lihat dengan mata kasarmu sendiri, kamu pasti dapat lihat kebanyakan lokasi pertemuan seorang lelaki, pastinya kedai makan. Mereka suka duduk berbual sambil minum-minum dengan rakan atau orang yang disayangi.
Bagi kamu yang sentiasa menitik beratkan kecantikan bentuk badanmu, usah selalu mengajak si dia bertemu di kedai makan. Bimbang pula berat badanmu akan naik mendadak. Sesekali kamu boleh mengajak si dia ke tempat kesukaanmu. Mungkin berjalan-jalan ke tasik atau jika kamu suka menghabiskan masa di kompleks membeli-belah, apa salahnya mengajak si dia ke situ