FIZIK-LAH! - 37
Pelakuran nuklear pula adalah seperti proses pembakaran dan ia bukan macam bakar sampah. Proses pelakuran nuklear biasanya berlaku ke atas isotop-isotop ringan seperti hidrogen-3, helium-2, litium-7 dan banyak lagi isotop.

Apabila isotop-isotop ringan ini melalui proses pelakuran, ia akan membentuk isotop yang lebih berat dan sama seperti proses pembelahan nuklear, proses pelakuran ini akan melepaskan tenaga juga.

Antara contoh pelakuran nuklear adalah Matahari. Matahari mengandungi beberapa jenis isotop hidrogen dan helium. Tenaga haba yang dihasilkan oleh Matahari adalah pelakuran antara dua helium-1 dan menghasilkan positron, helium-2 dan tenaga haba.

Kemudian, pelakuran antara helium-2 dengan helium-1 telah menghasilkan hidrogen-3 dan gelombang gamma. Sebab itulah Matahari juga mengandungi spektrum gelombang gamma seperti yang telah dijelaskan sebelum ini.

Pelakuran nuklear antara dua hidrogen-2 telah menghasilkan hidrogen-4, dua helium-1 dan gelombang gamma. Proses pelakuran ini terus berulang-ulang dan terus melepaskan tenaga haba.

Pelakuran nuklear tidak dilakukan di Bumi kerana manusia masih belum menemui kaedah untuk mengawalnya. Tambah lagi, tenaga yang dihasilkan melalui pelakuran nuklear jauh lebih kuat berbanding tenaga yang dihasilkan melalui pembelahan nuklear. Jadi, manusia belum temui lagi bagaimana untuk menyimpan tenaga sekuat itu.

Pelakuran nuklear melibatkan penggabungan nukleon dua isotop. Nukleon ini mempunyai caj yang sama, iaitu sama-sama bercaj positif. Apabila samasama bercaj positif, mereka akan saling menolak (repel) antara satu sama lain. Daya tolakan ini sangat kuat. Maka, mereka perlu atasi daya tolakan tersebut.

Maka, pelakuran nuklear ini hanya boleh berlaku apabila dua nukleon ini berlanggar pada tahap kelajuan yang cukup tinggi ataupun pada tekanan yang tinggi. Matahari mampu menyediakan keduadua perkara ini.

Kelajuan yang tinggi ini menghasilkan suhu yang cukup tinggi sesuai dengan teori kinetik. Teori kinetik kata pergerakan zarah bergantung pada tenaga haba yang dikenakan pada zarah tersebut.

Sewaktu pelakuran nuklear, nukleon ini mencapai suhu sehingga 100 000 000 Kelvin. Jadi, dengan suhu setinggi itu dan kelajuan pula sangat tinggi, manusia masih belum menemui kaedah untuk mengawalnya.

Sekiranya manusia dapat mengawal pelakuran nuklear, manusia telah mencapai beberapa langkah dalam teknologi kerana pelakuran nuklear menghasilkan tenaga yang cukup besar dan tidak memerlukan bahan yang rumit dan berat. Cuma memerlukan bahan seperti hidrogen dan helium yang mudah dan ringan.