Dah lama kakak tunggu Nira balik. Lauk ni pun dah sejuk agaknya. Bicara Kamila sambil meletakkan pinggan nasi di hadapan gadis itu. Langsung dia tidak sedar tubir mata gadis itu mulai berair.
Tunggu apa lagi, makanlah Nira, pelawa Kamila. Dia mendongak memandang gadis itu. Namun sebaik melihat wajah Danira seperti mahu menangis, Kamila tercengang.
Kenapa ni Nira Soal Kamila cemas. Nira sakit
Danira menggelengkan kepala. Setitis airmata yang cuba ditahan gugur jua di pelantar pipinya.
Habis, kenapa Nira nangis Soal Kamila ingin tahu. Sikap Danira sedikit sebanyak membuatkan dia bingung. Apa yang tak kena dengan gadis itu
Kak Mila, kenapa kakak layan Nira baik sangat Tolong jangan layan Nira macam ni kak. Nira takut Nira tak mampu balas budi baik kakak suatu hari nanti. Bisik Danira sebak. Dia benar-benar sedih diperlakukan seperti puteri walhal dia tidak layak sama sekali untuk dilayan seperti itu.
Kamila terdiam. Nafasnya dihela perlahan. Sebuah kerusi ditarik lalu dia duduk di hadapan gadis itu. Kedua-dua bahu Danira disentuh lembut. Anak mata gadis itu ditatap dalam-dalam.
Zulbhan ada beritahu kakak tentang adik Nira. Ujar Kamila tiba-tiba. Danira tersentak. Jadi Kamila sudah tahu
Kakak cuma nak hiburkan hati Nira. Kakak tahu, Nira tentunya susah hati selama ini kan Bertahun-tahun tak jumpa, tentu Nira rindukan dia. Jangan risau, kakak dah suruh Zulbhan berusaha cari Naufal walau susah macam mana sekalipun. Lambat-laun kita akan jumpa dia. Pujuk Kamila.
Danira memandang wanita itu. Hatinya tersentuh dengan keluhuran hati Kamila. Dia benar-benar bersyukur kerana dipertemukan dengan wanita sebaik Kamila.
Nira rindukan dia kak. Dia satu-satunya saudara Nira. Macamana kalau Nira tak dapat jumpa dia lagi sampai bila-bila pun Entah kenapa dia mengajukan pertanyaan itu. Namun itulah yang sejujurnya lahir dari lubuk hatinya yang paling dalam. Dia benar-benar takut kehilangan Naufal dalam hidupnya.
Insya Allah kita akan jumpa dia. Nira kena yakin sayang. Kalau Nira tak keberatan, boleh kakak tahu kenapa Nira berpisah dengan adik Nira tu Apa sebenarnya yang dah berlaku Soal Kamila ingin tahu.
Danira terdiam. Dia memandang Kamila yang sedang memacu perhatian ke arahnya. Jiwanya keresahan. Haruskah dia bercerita di hadapan wanita itu tentang setiap inci jalan hidupnya yang bagaikan menempah laluan ke neraka Jika Kamila mendengarnya, apakah wanita itu akan memahami segala-galanya
TENGKU Amar mendengus kasar sebaik menatap akhbar di tangannya. Lantas dia mengguman geram seraya mencampakkan suratkhabar tersebut ke atas meja. Tengku Saida yang baru keluar dari arah dapur terpinga-pinga melihat reaksi suaminya. Dia segera mengambil akhbar di atas meja lalu diselak. Seketika bibirnya tersenyum lebar. Kini baru dia faham kenapa lelaki itu bersikap begitu. Dia mengerling suaminya. Wajah lelaki itu kelihatan berang.
Tengku Saida melipat akhbar di tangannya lalu diletakkan di atas meja. Gelas-gelas kosong di hadapannya dituang dengan jus oren. Segelas jus diletakkan di hadapan suaminya. Tengku Amar mencapai lalu menghirupnya tanpa banyak soal.
Awak nak marahkan Filman lepas ni Tanya Tengku Saida selamba.
Tengku Amar menjeling. Ada rasa tidak senang menyelinap ke dalam sanubarinya tatkala dia mendengar nama Filman disebut isterinya.
Filman ni dah gila agaknya. Ada ke dia bercakap dengan press bagi pihak penduduk-penduduk tu. Mana saya nak letak muka saya ni depan Datuk Kamaruzzaman tu Sanggah Tengku Amar, melahirkan kekesalannya.
Tengku Saida ketawa kecil seraya menggeleng-gelengkan kepalanya.
Hah yang awak ni ketawa kenapa Apa yang lucunya Herdik Tengku Amar. Terasa bengang kerana diketawakan isterinya sendiri.
Saya gelakkan awak sebenarnya. Dulu awak yang paksa Filman terima kes ni. Dia dah cakap dia tak mahu mewakili Datuk Kamaruzzaman tu, tapi awak paksa juga dia. Sekarang awak nak salahkan dia pulak Tengku Saida tersenyum-senyum.
Saya suruh dia wakili Datuk Kamaruzzaman, bukannya penduduk-penduduk tanah haram tu. Tukas Tengku Amar tidak mahu mengalah.
Tak baik awak cakap macam tu bang. Barangkali memang betul, arwah ayah Datuk Kamaruzzaman yang wakafkan tanah tu. Bila dia tak ada, urusan soal pengisytiharan tu tak sempat dibuat. Selar Tengku Saida, tanpa niat mahu menyokong Filman.
Yang awak ni macam tau-tau je, awak yakin ke benda yang awak cakap ni
Apa pulak tak yakin Saya dengar perkara ni dari mulut Filman sendiri, mestilah saya percaya. Filman kan anak saya. Balas Tengku Saida tersengih.
Sebab dia anak awak, sebab tu awak telan cakap dia bulat-bulat Kalau orang suruh awak terjun perigi, awak ikut Perli Tengku Amar.
bersambung
Bab akan datang:
Mengapa Tengku Amar begitu tidak menyenangi dengan tindakan Filman yang mewakili penduduk-penduduk tersebut