PUAN SURAYA menunggu penuh sabar di ruang tamu. Fariz dan Alia turut sama berada di situ. Malam tadi, kakak sulungnya menghubunginya. Dari nada suara, macam ada sesuatu yang tidak kena.
Su..dah lama sampai Puan Akma menuruni anak tangga.
Baru je kak long. Abang Munawir mana Puan Suraya senyum.
Alia dan Fariz turut mencium tangan Puan Akma.
Puan Akma melabuhkan punggung sebelah Puan Suraya. Lama dia tunduk. Sesekali dia mendongak dan melihat adiknya yang sedang tersenyum di sebelah.
Dia ada hal sikit. Su..kak long ada hal nak beritahu Puan Akma menarik nafas seketika. Entah kenapa terasa berat lidahnya nak menutur kata-kata itu.
Kak longkenapa ni Puan Suraya sentuh lembut jemari kakak sulungnya yang kelihatan sugul.
Supertunangan Taj dengan Sha terpaksa diputuskan. Lemah suara Puan Akma.
Apa Tapi kenapaPuan Suraya berkerut kening.
Fariz dan Alia hanya diam membisu. Jadi benarlah apa yang dikatakan Felisha semalam.
Kak long pun malu sebenarnya. Rupanya Taj sudah bernikah Su. Isteri dia datang ke Malaysia mencari Taj. Taj tinggalkan isteri dia macam tu je.. Puan Akma menyeka air mata. Malu dengan apa yang terjadi.
Err..Su tak faham kak. Isteri Bernikah Bila Taj bernikah Puan Suraya semakin keliru dan bingung.
Isteri Taj, Sakinah sudah menceritakan segala-galanya pada kami sekeluarga. Masa di Jordan dulu, Taj jadi anak angkat pada keluarga Sakinah. Ayah Sakinah orang sana. Dari situlah ayah Sakinah menjodohkan Taj dengan anak perempuannya. Yalah tak elok bila ada anak muda yang tinggal bersama. Puan Akma tunduk.
Fariz menelan liur. Dia pandang Alia yang turut tercengang.
Dah lama ke Taj bernikah mak long Fariz mencelah.
Dah hampir lima tahun Riz. Sampai hati Taj rahsiakan dari mak long dan pak long. Tak ada khabar berita sedikit pun tentang hal tu. At least beritahulah kami. Bolehlah kami pergi ke sana. Ni tidak. Nikah senyap-senyap. Lepas tu, bila habis PhD, balik Malaysia, terus tak ingat isteri lagi dah. Ada hati pulak nak bertunang dengan Felisha. Kesian kat Felisha. Puan Akma sekali lagi menyeka air mata yang jatuh.
Ya Allahmaknanya sejak dia mula belajar la Puan Suraya menekup muka.
Salah akak jugak Su. Akak yang beria nak Taj tu bernikah dengan Felisha. Manalah akak tahu yang dia dah ada bini. Entah apa keluarga Felisha anggap nanti. Seolah kami menipu mereka. Akak malu sangat Su! Puan Akma peluk Puan Suraya.
Err..Taj mana Sakinah mana Fariz melilau melihat sekitar ruang tamu. Dari tadi dia tak nampak kelibat Tajdid dan Sakinah.
Mereka balik Jordan sekejap. Beritahu keluarga Sakinah. Kak long ingat nak buat kenduri kesyukuran dan majlis menyambut menantu. Kak long ajak datang sini ni, kak long nak jemput Su, Riz dan Alia ke majlis tu nanti. InsyaAllah, kami akan buat dalam masa terdekat ni. Tunggu keputusan dari pihak keluarga Sakinah. Puan Akma mula mengukir senyum.
Oh..macam tak percaya pulak. Ada bukti ke yang Taj tu dah bernikah Puan Suraya masih keliru dengan berita yang tak diduga.
Ya..Sakinah bawa sekali foto pernikahan, majlis akad nikah dan sijil nikah. Memang betul Su. Puan Akma bangun menuju ke biliknya. Dia kembali semula dengan album. Album itu dihulur kepada Puan Suraya.
Fariz dan Alia turut melihat gambar majlis pernikahan Tajdid dan Sakinah.
Mereka dah ada anak Puan Suraya letak album di atas meja sofa.
Belum ada rezeki. Entahlah Su. Mungkin Taj nak nikah dengan Felisha kerana nakkan zuriat sendiri. Entahlah.. Puan Akma sedikit mengeluh.
Berdoalah semoga rumah tangga mereka aman dan dikurniakan anak. Baru lima tahun, mereka pun masih muda lagi. Ada banyak peluang lagi. Puan Suraya pujuk kakak sulungnya yang masih sugul.
Makan tengah hari kat sini ya! Kak long dah siap masak tu. Puan Akma bingkas bangun. Dia mengajak mereka menikmati juadah tengah hari bersama.
FARIZ termenung di sofa. Penat masih terasa bila memandu meredah kesesakan jalanraya. Balik dari rumah mak long tadi, jalan sesak teruk. Berita yang disampaikan mak long tadi memang tak diduga. Begitu kemas Tajdid menyimpan rahsia. Patutlah dia macam tahu je hal rumah tangga ni.
Hmm..rupanya kau dah nikah.. Fariz sandar kepala di sofa.
Abang! Ada lipas tu!
Melompat Fariz dari sofa. Meliar matanya mencari lipas.
Alia dah ketawa terbahak-bahak.
Adik! Fariz mengejar Alia yang sudah berlari ke arah laman.
Fariz sudah termengah-mengah menahan nafas. Adik aku ni pelari pecut ke apa Laju macam lipas kudung! Dia berhenti seketika di tepi kolam ikan.
Kak Sha!Alia menjerit kuat.
Fariz berpaling. Minah bunga ni lagi
Alia berlari ke arah Felisha yang sedang keluar dari keretanya.
Akak nak jumpa abang ke Usik Alia.
Hish! Taklah! Akak nak hantar bunga ni je. Felisha hulur sejambak bunga ros kepada Alia.
Bunga Alia tak ada buat pesanan apa-apa pun Alia berkerut kening.
Memanglah. Bunga ni untuk orang yang mulut longkang busuk tu! Bau wangi bunga ni boleh hilangkan bau tu. Felisha senyum sinis.
Oh..jadi bunga ni untuk abang la.. Alia kenyit mata pada Fariz.
Fariz menapak ke arah Felisha. Dia berpeluk tubuh. Felisha dipandang atas bawah. Hmm..boleh tahan minah bunga. Dah putus tunang dengan Tajdid, nak sambung pulak menggoda aku. Banyak cantik muka tu!
Wah! Pandai jugak awak ambik hati famili saya kan Terdesak sangat dah ke Lepas putus tunang ni, masih nak teruskan niat awak nak goda saya Fariz mencebik.
Felisha mengetap bibir. Aku jahit karang mulut yang tak ada insuran tu dengan duri ros ni!
Goda awak Not my taste! Felisha menapak semula ke keretanya dan mengambil sejambak bunga tulip dan sebekas kuzi ayam yang dimasak khas untuk Puan Suraya. Dia kembali melangkah ke arah anjung rumah.
Kak, bunga ni untuk siapa pulak Alia pandang bunga tulip yang masih kuncup.
Oh ya. Bunga tulip dan kuzi ayam ni untuk mama Alia. Semalam Puan Suraya ada call akak. Suara macam tak berapa sihat. Ni yang akak datang ni. Felisha senyum. Sempat jenguk ke dalam rumah.
Sedapnya kak! Untuk mama je ke Untuk Alia tak ada Alia sengih.
Sekali la tu. Mama Alia kan tak berapa sihat. Felisha senyum.
Fariz masih diam. Nak ambil hati mama aku la tu.
Jomlah kak masuk rumah! Alia senyum.
Err..tak apa. Kat sini je. Lagipun ada orang tak suka akak lepak kat sini. Felisha jeling Fariz.
Ala..abang tu memang macam tu. Sekejap ya, nanti Alia panggil mama. Alia berlari masuk ke dalam rumah semula.
Fariz masih diam membisu di situ. Masih memandang Felisha yang tercegat di tepi kolam ikan.
Mimpi apa awak datang sini Fariz mula bertanya.
Kenapa Tak boleh Felisha pandang Fariz yang tersenyum sinis.
Bukan tak boleh tapi nampak sangat awak ni jenis yang suka gedik. Tak pernah serik walaupun dah terang cinta awak tu ditolak. Agaknya pipi awak tu terlebih sorong tak Kalau hidung tu, memang tak dinafikan dah mancung. Fariz senyum lagi.
Felisha semakin geram. Bercakap dengan mamat ni memang nak buat darah aku membuak-buak!
Kak Sha! Mama panggil masuk rumah! Alia laung dari anjung rumah.
Felisha segera melangkah ke ruang tamu.
Fariz hanya mengikut saja dari belakang. Mama aku tak sihat Tadi elok je. Pelik jugak ni
Alia terus tarik tangan Felisha menaiki anak tangga ke tingkat atas terus menuju ke bilik mama.
Mama..kak Sha datang. Alia mendekati Puan Suraya yang terbaring di atas katil.
Sha..alhamdulillah. Datang jugak Sha. Puan Suraya cuba bangun. Felisha segera memegang tubuh Puan Suraya, membantu duduk di hujung kepala katil.
Terima kasih Sha..hmm..cantik bunga ni. Puan Suraya senyum. Dia terbatuk-batuk kecil.
Makcik dah pergi klinik Felisha duduk sebelah Puan Suraya.
Dah.. Lemah suara Puan Suraya.
Fariz tarik tangan Alia keluar dari bilik mama.
Adik, sejak bila mama sakit Tadi okey je. Fariz bingung.
Shhh! Mama berlakon je. Dia nak kak Sha datang sini. Dia kan dah lama tak jumpa kak Sha. Terubat la rindu sikit. Kalau tak berlakon macam tu, kak Sha tak akan datang. Alia berbisik. Jari telunjuknya diletakkan atas bibir.
Laa..patut la minah bunga tu datang sini. Apa tujuan mama buat macam tu Nak suruh abang layan minah bunga tu Oh! Tidak! Fariz pandang Alia yang sudah tersengih-sengih.
Abang jangan nak berlagak sangat. Esok-esok abang tu yang tergila-gilakan kak Sha tu. Alia mencebik.
Fariz hanya senyum. Dia menapak ke ruang tamu. Tak kuasa nak turut sama berbual dengan mama bila Felisha ada sekali.
Alia kembali masuk ke bilik mama. Felisha dilihat berbual mesra dengan mama. Dia melabuhkan punggung di sebelah mama di sebelah kanan.
Mama..ni kak Sha ada buatkan kuzi ayam untuk mama. Nak makan tak Alia hulur bekas kuzi ayam tadi.
Hmm..sedap ni. Boleh jugak. Puan Suraya senyum. Dia jeling Felisha yang turut senyum.
Kalau macam tu, nanti Alia ambik pinggan dan sudu. Alia berlari keluar dari bilik Puan Suraya.
Sha..maafkan makcik sebab ajak Sha datang sini. Makcik rindu sangat kat Sha. Sha sihat Puan Suraya pegang lembut jemari Felisha.
Sihat makcik. Makcik tu yang kena jaga kesihatan. Felisha turut mengusap lembut tangan Puan Suraya.
ErrSha cintakan Fariz tak Puan Suraya senyum lebar. Sinar matanya dah semakin menyerlah.
Erk! Cinta Err..sa..saya.. Felisha dah tergagap-gagap. Aduih..apa aku nak jawab ni. Kalau aku kata tak, kesian pulak Puan Suraya yang sedang sakit ni. Kalau aku jawab yamemang tak la aku cintakan mamat mulut longkang tu!
Sha..makcik harap sangat Sha jadi menantu makcik. Sejak Sha putus tunang ni, lagilah makcik menaruh harapan yang tinggi pada Sha. Fariz tu memang macam tu. Dia tak pernah fikirkan perempuan ni. Apa lagi soal nikah. Makcik harap Sha dapat beri kasih sayang pada Fariz. Makcik percaya, lama-lama nanti Fariz pun akan sukakan Sha. Makcik selalu berdoa setiap kali lepas solat agar Sha dan Fariz ditemukan jodoh. Panjang lebar Puan Suraya menutur rasa hati.
Felisha tunduk. Aduh! Parah macam ni.
Alia melangkah semula ke dalam bilik Puan Suraya bersama tiga pinggan. Dia segera menceduk kuzi ayam ke dalam pinggan. Roti yang sememangnya sudah ada di dapur tadi turut dihidangkan.
Makanlah mama. Sedap ni! Alia hulur sepinggan kuzi ayam kepada mama.
Puan Suraya angguk. Dia menikmati kuzi ayam bersama roti. Berselera Puan Suraya dan Alia menjamah masakan Felisha. Habis satu pinggan.
Felisha hanya melihat gelagat dua beranak itu menikmati kuzi ayam.
Err..untuk abang dah simpan sikit Puan Suraya jenguk bekas kuzi ayam di atas meja kecil sebelah katil.
Abang nak jugak ke Alia mencebik.
Simpanlah sikit. Ada lagi tu.. Puan Suraya muncungkan mulut ke arah bekas kuzi ayam tadi.
Tak apa..makanlah. Nanti akak buat lagi. Felisha senyum. Dia hulur kuzi ayam kepada Alia.
Mereka bertiga berbual mesra sambil bergelak ketawa.
Makcik, saya minta diri dulu. Papa dah pesan jangan balik lambat. Felisha mencium tangan Puan Suraya.
Nak balik dah ke Cepatnya! Alia muncung.
Yalagipun mama duk sorang kat rumah tu. Felisha sekali lagi minta diri.
Puan Suraya dan Alia menghantar Felisha sampai ke kereta.
Makcik kan belum sihat lagi. Susah je makcik hantar Sha sampai sini. Felisha sekali lagi mencium tangan Puan Suraya.
Err..saya dengar Fariz nak ke Holland. Betul ke Felisha teringat Alia pernah beritahunya dulu.
Haahmungkin minggu depan. Kenapa Sha rindu ke Puan Suraya mengusik.
Eh..tak adalah makcik. Saja tanya. Dia pergi berapa lama Kerja ke belajar Felisha sudah tersipu malu. Ah! Apa hal aku ni Tanya bagai nak rak pasal Fariz ni. Bukan hal kau pun Felisha oi!
Entah..dia kata mungkin sebulan atau lebih. Papa dia yang suruh pergi. Ada projek kat sana. Puan Suraya senyum. Dia cuba mencari riak di wajah Felisha. Mana tahu gadis itu ada rasa rindu ke apa ke.
Oh.. Felisha angguk-angguk. Kerja rupanya..ingatkan dah kecewa sampai nak bawa diri jauh ke Holland.
Kalau Sha dah sah jadi isteri Fariz, bolehlah Sha ikut sekali kan Puan Suraya sentuh bahu Felisha.
Felisha senyum kelat. Ke situ pulak! Dia mendongak ke arah balkoni di tingkat satu rumah banglo itu. Fariz terpacak di situ sambil memerhati ke arah mereka bertiga. Sombong konon! Intai jugak aku kat sini.
Sha tengok siapa Puan Suraya turut menoleh.
Anak teruna makcik tu la. Malu agaknya. Felisha masih memandang Fariz yang sudah melemparkan pandangannya ke arah lain tapi masih tercegat di situ.
Abang! Turunlah! Kak Sha dah nak balik ni! Laung Alia kuat dari bawah.
Fariz masih membatu di situ. Ajakan Alia tidak dihiraukan.
Okeylah makcik. Saya pergi dulu. Felisha mula masuk ke dalam kereta.
Huh! Dia la ni call! Deringan telefon bimbitnya kuat kedengaran dari dalam beg tangan. Tentu Fariz yang membuat panggilan.
Nak apa Kuat suara Felisha.
Beb! Aku la! Suara Hanim memekik dari hujung talian.
Sorry beb! Aku ingatkan siapa tadi. Ada apa kau call aku ni Esok Okey set!
Talian putus. Felisha senyum. Esok, Hanim mengajaknya berjoging di tasik Titiwangsa. Kereta dipandu perlahan meninggalkan kawasan laman rumah Puan Suraya.
FARIZ masih memerhati Felisha meninggalkan kawasan rumahnya. Dah blah pun kau! Muka tembok betullah minah bunga ni.
Abang! Mama panggil! Alia muncul di muka pintu bilik Fariz.
Mama nak apa Fariz berpaling.
Makan kuzi ayam. Kak Sha yang bawa. Alia sengih. Dia segera tarik tangan Fariz menuju ke dapur.
Ha! Riz! Mari makan! Penat-penat Felisha masak ni. Puan Suraya tarik kerusi. Kuzi ayam dihidang atas meja.
Aik! Mama ni, tadi bukan main lemah bagai. Sekarang ni dah senyum sampai telinga pulak Fariz usik mama.
Macam mana tak senyum abang, orang yang dirindui dah datang Alia menjawab.
Maksud adikminah bunga tu Fariz duduk di kerusi. Kuzi ayam diceduk ke dalam pinggan. Sekeping roti turut diambil dan dicicah dengan kuah kuzi.
Ya la..siapa lagi. Mama suka sangat kat Sha tu. Apa salahnya Fariz berbaik dengan Sha. Sha tu mama tengok baik budaknya. Puan Suraya senyum lagi.
Baik apa bendanya! Cakap kasar, langgar aku dua kali. Dah tu pijak pulak kaki aku kat kedai mamak dulu tu. Gumam Fariz.
Ish! Budak ni! Kita cakap serius, dia main-main pulak. Kalau bukan Sha, siapa yang Riz suka Puan Suraya mengetap bibir.
Malas nak fikir pasal perempuan ni mama. Menyusahkan! Fariz habiskan kuzi ayam dalam pinggannya. Mama aku dengar ke tadi Telinga lintah betul ni.
Entahnya abang ni! Kak Sha tu cantik, sopan, hormat orang tua, pandai masak..apa lagi yang abang nak Alia menyampuk.
Amboi! Melangit puji minah bunga tu! Perfect sangat ke dia tu Fariz basuh tangan. Seleranya dah terbantut. Ingat tadi nak tambah lagi satu pinggan.
Balik dari Holland nanti, mama nak kenal siapa bakal isteri Riz. Kalau tak ada, mama akan masuk meminang Felisha. Puan Suraya sudah tegas.
Fariz diam. Tak nak mengeruhkan keadaan kalau dia menjawab nanti.
Assalamualaikum!
Serentak mereka berpaling.
Melissa!Fariz tergamam. Melissa muncul di muka pintu dapur. Bila masa minah ni sampai Suka hati je masuk rumah orang tak ketuk pintu!
Apa khabar auntie Saya dengar auntie tak sihat, jadi saya datang nak ziarah. Ni ada sedikit buah tangan untuk auntie. Melissa menghulurkan sebakul buah epal merah kepada Puan Suraya.
Err..ni Melissa yang sama-sama belajar dengan Fariz kat Sheffield tu kan Puan Suraya berkerut kening.
Ya auntie. Kan dulu saya pernah datang sini. Masa tu saya baru habis belajar. Melissa selamba duduk sebelah Fariz.
Kau nak apa datang siniFariz bingkas bangun.
Riz..cuba cakap elok-elok sikit. Ni mama tengok, asyik nak kasar je kalau cakap dengan perempuan. Siapa yang berani dekat dengan Riz kalau macam ni. Puan Suraya menegur Fariz yang sudah menapak ke ruang tamu.
Tak apalah auntie. Melissa senyum hambar. Fariz dijeling sekilas. Nampak sangat Fariz tak pernah sukakan aku.
Langkah kanan ni, jemputlah makan. Ada kuzi ayam ni. Puan Suraya mengajak Melissa duduk sekali mernikmati kuzi ayam.
Kuzi ayam Masakan apa ni auntie Melissa pandang kuzi ayam dalam bekas plastik.
Auntie pun baru kenal masakan ni. Cubalah rasa!
Melissa ceduk sedikit kuah kuzi ayam. Dicicah dengan roti. Eii! Aku dah la tak suka makan makanan yang berlemak ni. Nak ambil hati ibu Fariz punya pasal, terpaksa aku buat-buat suka.
Hmm..sedap ni auntie. Pandai auntie masak. Melissa puji masakan Puan Suraya. Terpaksa berbohong.
Bukan auntie yang masak Puan Suraya senyum.
Alia turut senyum.
Siapa yang masak Melissa pandang Puan Suraya dan Alia silih berganti.
Bakal menantu auntie.. Puan Suraya senyum penuh makna.
Bakal menantu Melissa tersedak. Maknanya bukan aku la Aku kena korek siapa yang dimaksudkan Puan Suraya.
Nantilah auntie kenalkan. Bila tiba masanya.
Maksud auntieFelisha Sengaja Melissa tanya. Inginkan kepastian.
Macam mana Melissa tahu Melissa kenal dia ke Puan Suraya pula tercengang.
Oh..saya pernah beli bunga di kedai dia. Saya dapat tahu dia sukakan Fariz. Errmemang sama padan. Melissa cuba sembunyikan rasa resah di hati.
Oh ya ke Puan Suraya kembali tersenyum.
Melissa mengangguk lemah. Cuba bersikap biasa.
Err..Fariz suka ke Felisha tu
Mestilah! Abang Fariz jatuh cinta pandang pertama! Alia cepat-cepat mencelah.
Melissa terdiam. Cinta pandang pertama Sejak bila Aku yang bertahun bersama Fariz, takkan tak ada sedikit pun rasa cinta pada aku
Oh..eloklah. Err..auntie, saya minta diri dulu. Ada hal sikit. Melissa mula minta diri.
Tak jumpa Fariz dulu Dia ada kat ruang tamu tu. Puan Suraya turut bangun.
Tak apa la..
Alia jeling Melissa. Blah la cepat! Menyibuk je!
Melissa segera ke keretanya di laman. Fariz yang duduk di sofa di ruang tamu tidak menegurnya bila dia melintas depan Fariz tadi.
Keretanya dipecut laju meninggalkan laman rumah Fariz.
Asyik perempuan tak malu tu ! Jaga kau! Aku akan buat kau menyesal seumur hidup! Melissa menekan pedal minyak semakin kuat. Keretanya meluncur laju membelah kesibukan jalanraya.
Pantas jemarinya menekan nombor seseorang.
Aku nak jumpa kau. Kat mana Tasik Titiwangsa Okey! Talian telefon dimatikan.
Kereta dipecut semakin laju.