JAI menopang dagu. Kalendar di atas meja direnung lama. Seminggu lagi, keluarganya akan hantar rombongan meminang. Semalam dia baru balik dari kampung. Ayah berkeras juga nak masuk meminang Salina.
Aku kena tanya Salina betul-betul. Kalau betul dia suka aku, aku akan teruskan. Kalau dia ada pilihan lain, aku akan berterus terang dengan ayah. Jai pandang pula siling putih di pejabatnya. Kedua tangan disilang ke belakang kepala. Hmm..baik aku tanya Salina. Gagang telefon diangkat.
Saliza! Tolong beritahu Salina, saya nak jumpa! Jai letak gagang.
Masuk! Jai pandang daun pintu yang dikuak perlahan. Salina dah terpacak di situ. Tunduk.
Jai bangun dari tempat duduknya dan melabuhkan punggung di sofa yang disediakan untuk tetamu.
Kenapa tercegat kat situ Duduk la! Jai ajak Salina.
Salina menapak malas ke sofa. Dia duduk jauh dari Jai.
Err..encik Ikhwan panggil saya ni ada apa
Saya nak tahu akaun jual beli bulan ni. Ada
Oh..ada. Sekejap ya. Salina bingkas bangun dan menapak semula ke mejanya.
Jai sandar di sofa. Dia sengaja buka topik akaun. Muka Salina dah lain tadi. Dia perlu berhati-hati.
Salina kembali ke bilik Jai. Fail yang diminta tadi dihulur kepada bos mudanya.
Duduklah. Kenapa berdiri Jai mendongak. Salina dah macam minah pacak kat depannya.
Salina duduk di sofa jauh dari Jai. Dia lihat Jai mula membelek fail akaun. Dari kulit ke kulit. Belek lagi. Entah apa yang dicari.
Err..encik Ikhwan nak cari apa ya Salina mula bertanya. Pelik betul bos aku ni. Kan halaman akaun tu hanya ada lima mukasurat je.
Hah Err..tak..tak ada..saya tak faham figure ni. Jai unjur fail kepada Salina.
Yang mana
Tu.. Jai tuding ke arah halaman empat.
Oh..yang ni, kita ada bekalkan batik ela kepada syarikat Maju Jaya untuk stok mereka. Jumlah semuanya lima ratus kayu. Err..ada yang tak kena ke Salina dongak. Dia menelan liur. Jai merenungnya tajam.
Encik Ikhwan
Hah Err..maaf. Awak tanya apa tadi Jai dah tunduk. Apa aku fikir ni Nak tanya lain, aku tanya pasal akaun ni apa hal
Akaun dah balance Jai cuba bersikap selamba. Apa aku cakap ni
Semua jual beli kat sini balance encik Ikhwan. Saya selalu buat double check sebelum hantar untuk audit. Ada masalah ke Salina berkerut kening.
Tak ada..baguslah kalau semuanya dah okey. Emm..satu lagi, awak tahu pasal pertunangan tu Jai berkata lambat-lambat. Dia cari anak mata Salina yang dah mula tunduk.
Pertunangan
Jai angguk. Awak setuju
Salina diam dan tunduk. Macam mana aku nak cakap ni Kalau aku terima, macam mana perasaan aku yang dah bercambah untuk Farid
Kalau awak diam macam tu, maknanya awak tak membantah pertunangan ni. Cuma sekarang nisaya nak tahu awak terima kerana terpaksa ke atau awak ada perasaan terhadap saya Jai tidak berselindung lagi.
Salina tergamam. Apa aku nak jawab ni
Errencik Ikhwan macam manaSalina tergagap-gagap.
Sekarang ni saya hanya bergantung pada awak. Kalau awak terima saya, saya tak akan membantah.
Walaupun encik Ikhwan sendiri rasa terpaksa
Jai mendongak. Tepat melihat anak mata Salina.
Kalau itu jodoh yang ditetapkan oleh Allah. Seorang perempuan yang dikurniakan oleh Allah kepada seorang lelaki dan dinikahi secara sah, itu adalah anugerah terindah dalam hidup. Dan jika seorang isteri itu mempunyai akhlak yang baik dan beriman, itu satu bonus untuk seorang suami.
Salina terkedu. Kata-kata Jai dah rasa berdesup masuk ke lubuk hatinya. Patutlah masa sekolah dulu, ramai kawannya yang inginkan Jai ni jadi teman lelaki termasuklah aku. Tak sangka, aku jumpa semula dengan dia setelah hampir sepuluh tahun berlalu. Namun, dalam jarak waktu yang panjang macam tu, aku sendiri sudah lupa apa yang aku rasa sehinggalah perasaan tu hadir kembali bila aku jumpa Farid. Ya, untuk Farid dan bukan untuk lelaki kacak depan aku ni. Sepatutnya rasa tu aku simpan untuk lelaki di depan aku sekarang ni yang pernah menjadi lelaki impian aku suatu ketika dulu.
Apa yang awak fikir
Hah Err..saya teringat kisah dulu.. Salina tunduk malu.
Mesti awak ingat masa sekolah kan Saya tahu, Farid tu secret admirer awak dulu. Banyak surat cinta dia bagi kat awak. Dan untuk pengetahuan awak, sayalah yang jadi posmen tu. Jai sengih. Rasa semua tu baru saja berlaku.
Salina tercengang. Jadi selama ni..encik Ikhwan la yang letak surat tu senyap-senyap dalam beg sekolah saya
Jai angguk. Senyumannya dah sampai ke telinga. Lucu bila ingat semula kisah zaman sekolah.
Jadi sekarang ni, saya nak tahu, awak suka kat Farid tak Jai cuba korek rasa hati Salina.
Kalau saya kata ya, apa bezanya Pada saya tak ada bezanya kerana Farid pun dah mengaku yang dia suka Seri. Salina tunduk.
Jadi awak memang sukakan Farid Jai tanya lagi.
Salina mengangguk lemah.
Kenapa awak tak mengaku je pada dia
Sayakan perempuan..tentu saya malu nak mengaku. Lagipun Farid tu suka Seri.
Awak mengaku depan saya ni tak rasa malu Jai mengusik. Muka putih Salina dah merah.
Salina makin tunduk. Ya Allah..encik Ikhwan ni suka sakat aku. Malunya!!
Emm..kalau macam tu, awak nak teruskan jugak ke pertunangan kita
Entahlahencik Ikhwan boleh terima ke saya setelah tahu yang saya ni suka Farid Salina pula lontar soalan pada Jai.
Maksud awak..awak sanggup bertunang dengan saya
Kalau itu jalan yang terbaik..
Jai diam. Buntu. Aku pun tak sanggup meruntuhkan masjid yang Koci bina dengan Seri.
Err..maaf encik Ikhwan, ada tetamu nak jumpa. Saliza muncul di muka pintu.
Siapa Jai mendongak.
Belum sempat Saliza buka mulut, Lisa dah tercegat sebelah Saliza.
Jai terbeliak. Minah gedik ni lagi! Dia nak apa lagi
Salina pandang gadis manis di muka pintu dengan riak cuak. Gadis tulah yang pernah datang ke pejabat dulu dengan angkuh dan berlagak. Siap pegang tangan Ikhwan.
Abang Jai.. Lisa dengan selamba duduk sebelah Jai dan memaut lengan Jai.
Salina hanya pandang Lisa dengan penuh rasa cuak. Apa hal minah ni gedik sangat Masuk je terus terkam bos aku! Eii! Meluat aku tengok!
Awak buat apa jumpa saya ni Jai rentap tangannya.
Takkan nak jumpa boyfriend sendiri pun tak boleh Lisa semakin rapat.
Awak ni tak pernah serik kan Awak tu perempuan, jaga sikit maruah tu. Jai bingkas bangun.
Lisa turut bangun. Tapi saya cintakan abang Jai!
Salina dongak. Lisa dah peluk pinggang Jai. Dia menelan liur.
Err..encik Ikhwan, saya minta diri dulu.. Salina bangun perlahan.
Nanti!Jai tolak Lisa. Dia pegang hujung tudung Salina.
Siapa perempuan ni Lisa tak puas hati. Dulu Seri, sekarang ni perempuan ni yang potong jalan aku!
Perempuan ni bakal tunang aku! Kami akan bertunang minggu depan. Jai pandang Salina yang dah tercengang.
Apa Lisa terbeliak. Dia jeling Salina yang dah tunduk membisu. Pantas Lisa tolak Salina sehingga jatuh tergolek di lantai.
Apa awak buat ni Jai tengking Lisa yang nyata dah hilang arah. Dia menghampiri Salina yang terjelepok atas lantai.
Salina..awak okey Jai terpaksa pegang tangan Salina.
Saya okey..saya keluar dulu. Salina bingkas bangun dan terus keluar dari bilik Jai.
Kalau awak buat lagi macam tadi, saya tak akan teragak-agak halau awak! Jai dah menyinga. Tindakan Lisa tadi dah melampau!
Tak apa! Tengoklah apa yang akan jadi nanti! Lisa capai beg tangannya dari atas sofa dan terus keluar.
Jai duduk di sofa. Ya Allah..berilah hidayah pada Lisa.
LISA mundar-mandir di bilik. Dia pandang cermin. Aku ni tak cantik ke Kenapa susah sangat Jai tu nak suka kat aku Buruk sangat ke aku ni Setakat Seri dan Salina tu, aku jauh lebih cantik!
Lisa pusing-pusingkan badannya yang disalut dengan blaus ketat dan seluar jeans ketat. Memang kalahlah JLo!
Aku pun hairan! Apa yang Jai cari sebenarnya Badan aku yang bergetah gila macam ni pun dia tak pandang, nak tunjuk apa lagi Lisa renung tubuhnya sendiri di cermin.
Ah! By hook or by crook, Jai tetap milik aku! Tak ada siapa yang boleh memiliki Jai termasuk perempuan lembik tu! Lisa capai beg tangan dan terus memecut keretanya ke arah Bangsar. Dia perlu berjumpa seseorang yang boleh menolongnya menjayakan rancangannya.