Abstrak Cinta Aku & Dia - 38
BAB 38

LEBIH kurang dua puluh minit kemudian, Amy dan Zack tiba di rumah. Aaron sudah pun terpacak di depan pintu. Entah berapa lama dia sudah berada di situ, tiada siapa yang tahu. Amy cuba mengambil hati dengan menghadiahkan senyuman tetapi dibalas dengan senyum tak ikhlas.

You should have told meAaron berkata. Suaranya tidak lagi meninggi seperti ketika bercakap di telefon. Wajahnya mendung.

Melihatkan Aaron begitu, Amy semakin serba-salah. Dia sudah berjanji dengan Farizah untuk tidak memberitahu sesiapa. Juga sudah berjanji dengan Aaron untuk melaporkan apa saja perkara mengenai Farizah. Situasi itu menyebabkan dia tersepit di tengah-tengah. Padan muka aku. Baik hati sangatkan

Im sorry, Aaron. Izah tak kasi I beritahu sesiapa. Including you Tutur Amy. Tak tahu apa lagi yang boleh dijelaskan kepada Aaron.

Aaron mengeluh.

I nak jumpa Izzy. Please

Amy diam memandang ke arah Aaron, berkira-kira sendiri. Kemudian, pandangannya beralih kepada Zack sambil memberi isyarat telepati bermaksud Kau tunggu sini.

Memahami isyarat itu, Zack mengangguk dua kali.

Amy membuka pintu rumah luas-luas dan membiarkan Zack dan Aaron masuk.

Duduklah dulu. Pelawa Amy tatkala mereka sudah berada di ruang tamu.

Setelah itu, Amy menuju ke arah bilik tidur Farizah. Pintu diketuk beberapa kali. Apabila tiada sahutan, dia terus membuka pintu dan masuk ke dalam.

Aaron duduk di sofa. Resah. Duduk menunduk dengan dua tangan memangku kepala. Nampak benar yang dia kegalauan. Kehadiran Zack dipandang sepi. Langsung tidak diendahkan. Fikirannya lebih tertumpu kepada Farizah.

Zack juga turut tidak memulakan tegur sapa. Membiarkan saja lelaki cina itu dengan masalahnya.

IzzyAaron bangkit dari sofa apabila ternampak Farizah keluar dari bilik. Amy berada di belakangnya.

You buat apa kat siniFarizah menyoal, dingin.

Reaksinya menyebabkan Aaron semakin gelisah.

I nak jumpa you

Nak buat apa

Izzy.Aaron melepaskan keluhan. Kenapa you tak beritahu I yang yougugur

Tak ada apa pun yang I patut beritahu pada you.

You should!

Why

Sebab itu pun anak I, Izzy. I patut tahu! Suara Aaron mula meninggi.

Farizah menelan air liur. Tak banyak sedikit, hatinya mula tersentuh dengan kata-kata Aaron.

Welldah tak ada. Baby tu..dah tak ada Suara Farizah bergetar ketika berkata.

Aaron mengeluh panjang. Sikap Farizah kali ini benar-benar menimbulkan berang. Sukar dia memahami kenapa Farizah bertindak begini. Farizah sepatutnya memberitahu perkara ini kepadanya. Dia ada hak. Sungguhpun bayi itu telah tiada, sekurang-kurangnya Farizah patut memberi dia ruang untuk berkongsi rasa. Entah apa yang ada dalam fikiran Farizah, sungguh dia tak tahu. Kenapa susah sangat untuk Farizah mengerti, yang dia benar-benar sayang Dia benar-benar cinta. Dan dia bukan jenis lelaki yang tidak bertanggungjawab. Sudah berkali-kali dia katakan, dia akan menanggung segala perkara. Apa masalah Farizah sehinggakan hatinya begitu keras

Izzy, why are you doing this to me

Doing what Farizah turut meninggikan suara. You patut happy sebab you tak payah nak bertanggungjawab!

Siapa cakap I happyNada suara Aaron semakin tinggi. Kalau you ingat I happy sebab I hilang you, you silap. I tak happy langsung! In fact, I macam nak gila fikir pasal you, tahu tak

Farizah diam.

Izzyyou tahu tak yang I betul-betul sayangkan youAaron berkata lagi. Kenapa you langsung tak bagi I peluang

Peluang apa yang you nak Aaron

Peluang nak bersama dengan you. I love you Izzy. I sanggup buat apa saja untuk you.

Cukup Aaron! You tahu berapa banyak lelaki kat luar sana yang ucap benda yang sama pada I Tapi tak seorang pun yang betul-betul ikhlas!

YaI tahu. Ramai lelaki yang tergila-gilakan you. I am one of them and I betul-betul sayangkan you.

Farizah menarik nafas panjang.

IzzyI nak kahwin dengan you.Spontan, Aaron menuturkan ayat itu.

Farizah terkebil-kebil. You nak kahwin dengan I

Yes. I nak kahwin dengan you. I tak tahu apa yang pernah jadi dalam hidup you sebelum ni sampaikan you anggap semua lelaki tak guna. Tapi I tak peduli. I sayangyou.

Aaron, its not that easy. Kalau you nak kahwin dengan I, you kena tukar agama.Suara Farizah mula rendah.

I know. If that what it takes to marry you, Ill do it.Aaron nampak yakin dengan kata-katanya.

Farizah memejamkan mata. Dia menggelang beberapa kali.

Tukar agama bukan macam tukar baju, Aaron. I tak nak you tukar agama semata-mata nak kahwin dengan I. You kena ikhlas.Farizah mengeluh perlahan. Ya, dia akui yang dia telah jauh tersasar. Tikar sejadah hanya disentuh beberapa kali. Telekung sekadar dibuat perhiasan. Tapi dia tak sanggup sekiranya Aaron menukar agama hanya semata-mata mahu berkahwin, bukan ikhlas dari hati.

I ikhlas tukar agama sebab I ikhlas nak kahwin dengan you. Will that make sense

Farizah kehilangan kata-kata. Fikiran bercelaru. Mereka terdiam lama. Zack dan Amy turut terpaku menonton drama depan mata.

Aaron...I...Ayat Farizah terhenti.I rasa, baik you balik. Jangan cari I lagi.Suara Farizah mendatar. Ada esakan yang cuba ditahan.

WhyIzzy Suara Aaron kembali tinggi.

Sebab Inak mulakan hidup baru. I nak berubah. Cukuplah selama ni I hidup macam tak ada arah tujuan

I nak hidup dengan you.

You berhak untuk dapat orang yang lebih baik dari I, Aaron.

But, I want you.

You tak faham ke I cakap I tak nak!Farizah hampir menjerit.

Betul you tak sayangkan IAaron menyoal keras.

Farizah diam. Bibirnya bergerak-gerak mahu menyatakan sesuatu tetapi tiada apa pun yang keluar.

Baliklah.Akhirnya, itu saja yang terucap. Farizah berpaling untuk kembali ke bilik tidur.

Izzy!Aaron merentap lengan Farizah, memaksa Farizah berhadapan dengannya.

Hampir-hampir saja Amy mahu masuk campur tetapi segera dihalang oleh Zack.

Aaron, tolong lepaskan I.

I love you.

But I dont!

Look into my eyes and tell me, that you dont love me.Aaron mendesak. Mata mereka bertentangan, lama.

Baliklah Aaron. I tak nak jumpa you lagi Dalam tangisan, Farizah bersuara. Anak matanya dilarikan ke arah lain. Terasa genggaman Aaron di lengannya terlepas.

IzzywhyAaron tidak dapat meneruskan kata-kata.

Sudah sehabis dayanya dia cuba memujuk. Sekuat hati dia cuba membuatkan Farizah faham. Tetapi itu semua sia-sia. Setelah apa yang berlaku di antara mereka, hati Farizah tetap keras. Aaron berundur perlahan-lahan. Rasanya, tiada lagi keperluan untuk dia berada di sini.

Amy, sorry kalau selama ni, I menyusahkan you.Habis berkata, Aaron melangkah keluar.

Amy terpinga-pinga.

Farizah terduduk di sofa lalu menangis semahu-mahunya.

IzahAmy meluru ke arah Farizah. Tubuh Farizah dirangkul dan dipeluk kejap.

Aku tak boleh, Amy. Aku tak bolehFarizah mengongoi.

Sudahlah tu. Sabar banyak-banyak.Pujuk Amy.

EhemZack pura-pura batuk untuk menarik perhatian Farizah. Dari tadi dia menahan diri untuk masuk campur dalam hal Farizah. Kali ini, ada lebih baik kalau dia turut menyuarakan pendapat.

Izah, aku tak faham kenapa kau sanggup seksa diri sendiri macam ni. Zack berkata perlahan.

Aku minta maaf kalau masuk campur hal kau ni. Tapi sebagai lelakiaku rasa Aaron tu betul-betul sayangkan kau. Kenapa kau keras hati sangat tak nak terima diaTakkanlah sebab kau pernah kecewa sebelum ni, kau tutup pintu hati kau untuk orang lain

Kau tak faham, Zack. Balas Farizah.

Kau pernah kecewa, Izah. Aku faham tu. Kau takut nak buka hati kau pada orang lain sebab kau takut dikecewakan lagi. TapiIzahZack merenung wajah Farizah. Kalau kau tak bagi peluang, macam mana kau nak tahu

Peluang apa lagi, Zack Peluang apa

Peluang untuk kau maafkan diri sendiri dan orang yang pernah sakitkan hati kau. Tinggalkan semua sejarah hidup yang lepas dan mulakan hidup baru. Peluang untuk kau berubah jadi lebih baik dari semalam. Peluang untuk orang lain sayang dan terima kau seadanya.

Farizah telan air liur.

Buka hati kau, Izah. Tak salah kau mulakan semua tu dengan orang yang kau sayang.

Maksud kau

Aku tahu, kau sendiri sebenarnya...sayangkan Aaron, betul tak

Farizah geleng.

Betul kau tak sayangkan diaZack bertanya lagi.

Farizah mengangkat muka, memandang lama ke arah Zack. Kemudian, pandangannya beralih kepada Amy.Seketika kemudian, dia bangun meninggalkan mereka berdua tanpa berkata apa-apa.

LAMA Aaron berdiri di tepi keretanya. Memerlukan sedikit masa untuk menenangkan fikiran. Sukar untuk dia fokus memandu dalam keadaan otaknya bercelaru. Dia pun tak tahu, kenapa teruk benar penangan Farizah padanya. Seumur hidup, tak pernah lagi dia merayu begini teruk kepada seorang perempuan. Semasa dengan Emily, mereka putus tanpa banyak bicara. Itu kerana Emily yang terlebih dulu curang dengan Badli. Dengan Natasha Huda, mereka berbincang dan berpisah dengan cara baik. Entah mengapa dengan Farizah, dia sukar untuk melepaskan semuanya. Dia susah untuk melupakan Farizah. Dia tidak mahu meninggalkan Farizah.

Tapi, Farizah tak pernah memberikan dia walau satu peluang

Why Izzy Satu keluhan berat terlepas dari mulut.

Aaron menyeluk poket jeans sebelah kanan. Kunci kereta dikeluarkan. Lebih baik dia beredar saja. Buat apa tunggu lagi kalau orang dah tak sudi

Aaron!

Baru saja dia mahu membuka pintu kereta, namanya dipanggil kuat. Lantas dia menoleh. Dia menelan air liur. Farizah berdiri di hadapannya dengan wajah sembab. Air mata tak henti mengalir. Biarpun begitu, Farizah tetap nampak cantik pada matanya.

Ye..YesAaron bersuara, mendatar.

Farizah maju menghampiri.

Aaron hanya merenung tanpa suara walau dalam kepala penuh dengan tanda tanya.

Aaron Air mata Farizah gugur lagi.

Aaron menunggu Farizah meneruskan bicara.

I pernah sayangkan seseorang. Sayang sangat tapi dia tinggalkan I tanpa sebab. Sejak dari tu, I tak percayakan lelaki lagi. I anggap semua lelaki tak guna.

Izzy Satu keluhan terlepas dari mulut Aaron. Tak semua lelaki macam tu

I pernah jatuh sebelum ni. I jatuh dan I tak tahu macam mana nak bangun semula. That deep black hole makes me sick

Aaron diam.

You boleh tolong I Farizah bertanya.

Tolong apa

Tolong tarik I dari lubang tu. I tak sanggup nak tinggal dalam tu lagi.

Lama Aaron memerhatikan Farizah tanpa suara. Cuba memahami butir bicara.

Is this for real Soal Aaron pula.

Farizah angguk.

Not a joke

Farizah geleng.

Satu perasaan lega terbit dalam hati Aaron. Perlahan-lahan Farizah didekati. Jari Farizah digenggam erat. Air mata yang mengalir di pipi Farizah disapu dengan tapak tangan. Senyuman terukir di bibir.

DARI beranda rumah, Zack dan Amy memerhatikan saja tindak-tanduk Aaron dan Farizah. Saja suka-suka nak menyibuk.

Zack, kau pernah tengok drama KoreaSoal Amy tanpa memandang Zack.

Pernah juga tapi tak selalu. Aku bukan macam kau, minat K-pop. Balas Zack, juga tidak memandang Amy. Kenapa

Dah macam drama Korea...Balas Amy, merujuk kepada Farizah dan Aaron.

Pernyataan Amy membuatkan Zack tergelak.

Amy senyum. Dalam diam, Zack dijeling dengan ekor mata. Perasaan yang pernah dibiar mati satu masa dulu bagai hidup semula.