ANIS melangkah laju ke perhentian bas. Pukul sebelas nanti, dia ada temu janji dengan Jay. Terkocoh-kocoh dia berjalan. Izara sudah berjanji akan menjemputnya di situ. Sesekali dia melihat jam tangannya. Sudah hampir sepuluh setengah pagi.
Alamak, sempat ke aku sampai kat restoran tu. Izara pun tak nampak batang hidung lagi ni. Anis jenguk ke kanan. Banyak kereta yang lalu lalang di jalan itu.
Alunan lagu Inshaa Allah nyanyian Maher Zain dari telefon bimbitnya beralun kuat. Teraba-raba dia mencari dalam beg tangannya.
Assalamualaikum. Apa Habis tu macam mana ni Zara Kau jangan tak datang pulak. Aku harapkan kau sangat! Kalau macam tu aku tunggu kau kat sana.
Anis putuskan talian. Kereta Izara buat hal lagi. Terpaksalah dia menaiki teksi. Waktu sudah hampir sebelas pagi. Anis segera menuju ke restoran sebaik teksi berhentikan keretanya di depan pintu masuk pusat beli-belah itu. Hampir tersadung kakinya melangkah. Restoran Bali yang terletak dalam kompleks membeli belah itu agak jauh dari pintu masuk. Langkahnya semakin laju.
Jam dijeling sekilas.
Lega bila kelibat lelaki yang memakai jersi biru Chelsea masih belum nampak di situ. Anis menunggu di muka pintu restoran. Dia menjenguk ke dalam. Bayang Jay juga tidak kelihatan di situ. Hampir sepuluh minit dia menunggu. Izara pun belum muncul lagi.
Manalah Zara niaku dahlah tak selesa nak jumpa Jay. Anis resah. Gelisah sendiri.
Assalamualaikum.
Anis kembali menoleh. Seorang lelaki tinggi lampai berkumis nipis dan berjambang tebal dengan topi hampir menutupi mata.
Kaca mata hitam yang dipakai pula cukup membuatkan penampilan lelaki itu segak dan bergaya walaupun penuh jambang.
Terkebil-kebil Anis melihat lelaki itu yang tersenyum kepadanya. Baru dia perasan lelaki itu memakai jersi biru Chelsea seperti yang dijanjikan.
Wa..waalaikumussalam..
Err..betul ke awak Mawar Putih Lelaki itu mula berbicara.
Anis angguk. Jay ke ni Dalam foto profil Facebook berambut panjang tapi yang ini kemas saja rambutnya walaupun berjambang lebat seperti yang dilihat dalam profil facebook milik lelaki itu.
Saya Jay. Lelaki itu perkenalkan diri.
Anis sedikit kaget. Dia amati lelaki itu dengan riak curiga. Entah betul Jay entah tidak. Antara hendak percaya dengan tidak.
Tetapi lelaki itu tahu nama samarannya di dalam facebook.
Nampaknya awak macam tak percaya dengan saya. Saya memang Jay. Err..dah makan Jay betulkan topinya. Ditariknya topi ke depan lagi.
Anis pula masih mengamati wajah asing itu. Soalan Jay tidak berjawab. Kali ini masing-masing diam. Suara lelaki itu seperti pernah didengarnya. Sekali lagi dia amati wajah lelaki itu. Hmm..takkan pelanduk dua serupa.
Hei!
Serentak mereka berdua berpaling. Izara sedang melambai ke arah mereka. Anis senyum. Lega bila melihat Izara datang juga menemaninya di situ. Dia berpaling semula ke arah Jay. Riak Jay sedikit terganggu.
Err..awak okey ke kalau kawan saya join sekali
Err..ok je. Kan awak dah bagi tahu dalam FB. Jomlah masuk! Jay mengajak Anis dan Izara masuk ke restoran. Dia pandang Izara yang mula menghampiri mereka berdua.
Sebaik mendapat tempat duduk, Jay mula membuat pesanan makanan. Anis pandang Izara yang dari tadi asyik memerhati Jay.
Apa yang kau tenung tu Anis berbisik ke telinga Izara.
Aku macam kenal je mamat ni.. Izara turut berbisik.
Jay hanya senyum melihat kedua gadis itu saling berbisik. Sengaja dia buat tidak tahu. Topi yang dipakai ditarik lagi. Cermin mata hitam yang melurut ke hidung ditolak ke atas.
Hmm..jadi awaklah Jay Izara pula bertanya.
Jay angguk. Tiada sepatah jawapan keluar dari mulutnya. Dia jeling pula gadis yang bergelar Mawar Putih di sebelah Izara. Hatinya semakin berdebar. Terasa berpeluh. Wajah putih kemerahan itu direnung lagi.
Silakan..kita makan dulu. Jay pelawa kedua gadis itu menikmati makanan yang dipesan.
Izara pandang pula pada lauk pauk yang dipesan. Berkerut keningnya melihat lauk yang ada. Seketika kemudian dia pandang pula Jay yang mula menjamah nasi. Diamati wajah kacukan itu.
Makanlah! Jangan segan pula. Jangan bimbang, saya belanja. Jay senyum lagi.
Anis dan Izara mula menikmati makanan. Tiada seorang pun yang berani bersuara. Anis masih tidak percaya dia dapat berjumpa kawan maya. Lelaki yang telah menemui jalan kebenaran. Ternyata Jay seorang yang bersahaja. Jersi biru dan berseluar jeans yang membaluti tubuh tinggi lampainya cukup ringkas dan kemas. Namun dalam hati masih tertanya-tanya. Gaya dan perwatakan Jay seperti Imran. Mereka berdua hanya berbeza dari segi rupa.
So, apa perasaan bila dah jumpa Selamba Jay mengaju soalan.
Anis mendongak. Jus tembikai diteguk beberapa kali. Dia pandang Jay seketika. Izara yang mula meneguk jus lemon masih memandang Jay tidak berkelip.
Apa tanya soal perasaan bagai ni Baru jumpa dah nak cerita soal hati. Izara mencebik.
Anis mencubit lengan Izara.
Err..ok. Rupa awak tak ubah macam foto dalam facebook. Apakah itu imej awak Anis beranikan diri bersuara.
Ya.. Jay sandar belakang badannya ke kerusi.
Izara masih mendengar perbualan antara Anis dan Jay. Dia sengaja tidak mahu menyampuk. Biarlah kenalan maya Anis itu selesa berbual dengan Anis. Asalkan jangan terlebih sudahlah.
Oh.. Anis kehilangan kata-kata. Dirasakan sukar untuknya berbual selesa bila hanya dapat memandang kaca mata hitam milik Jay. Tiada interaksi dari mata ke mata.
Boleh saya tahu nama sebenar awak
Kalau awak nak tahu nama sebenar dia, awak bagi tahu dulu nama sebenar awak! Izara mula menyampuk. Dia merasa tidak adil bagi Anis sekiranya hanya sebelah pihak saja yang berterus terang.
Jay pandang pula Izara yang menongkat dagu sambil merenung ke arahnya. Menyibuk betul minah ni!
Oh macam tu ke Jay cuba bersikap selamba. Ikut hati mahu saja dia cabai mulut kawan Mawar Putih yang sibuk menjawab segala pertanyaannya.
Yalah! Izara menjawab keras.
Anis mencubit paha Izara.
Maaf..kawan saya ni memang macam ni. Err..mana nota saya Anis mula menukar topik.
Oh ya! Hampir terlupa saya. Nah.. Jay mengambil nota usrah Anis dari dalam beg sandangnya. Nota itu ditolak ke arah Anis.
Anis mengambil nota yang sudah lama dirinduinya. Dia membelek sekali imbas. Notanya masih elok. Hilang rasa rindunya pada nota itu.
Terima kasih. Anis menguntum senyum.
Sama-sama. Sepatutnya saya yang kena ucap terima kasih pada awak. Melalui nota itu banyak ilmu yang saya dapat walaupun tidak formal. Terima kasih daun keladi.Jay turut senyum. Dia menghabiskan jus oren.
Boleh saya tanya sikit Izara mencelah lagi.
Tanyalah!
Awak suka pada Mawar Putih ni
Jay tergamam. Soalan dari gadis itu dibiarkan tidak berjawab. Dia mengalihkan pandangan ke arah Anis sekilas. Wajah gadis itu sudah kemerahan.
Kenapa awak tanya
Saja nak tahu..kerana dia ni sukakan orang lain dan dah jadi milik orang lain. Selamba Izara bercerita kisah cinta Anis.
Oh ya ke Siapa lelaki bertuah tu Jay pandang pula Anis yang tunduk.
Anis sekali lagi mencuit Izara. Izara sudah terlalu berani bersuara.Bimbang Izara akan beritahu perkara sebenar.
Abang saya!
Anis tersentak mendengar kata-kata Izara. Adoi! Haru betul macam ni! Habis rahsia aku!
Jay berdehem kecil. Topinya dibetulkan sedikit. Dia pandang Mawar Putih yang sudah tunduk. Cuba mencari kepastian dari riak di wajah gadis itu. Dia senyum sendiri.
Kenapa awak senyum Awak tak cemburu ke kenalan FB awak ni dah bertunang Izara masih tidak puas hati.
Buat apa saya nak cemburu. Saya hanya kenalan di alam maya saja. Kami masih tidak kenal antara satu sama lain secara dekat.
Err..maafkan saya. Kawan saya ni memang kepoh sikit. Maafkan saya. Anis cuba bermanis muka. Ingin saja dia luku kepala Izara yang lancang berkata-kata. Huih! Tak sayang mulut!
Saya tak kisah. Itu pilihan awak. Mungkin lelaki itu yang terbaik untuk awak. Saya turut gembira. Er..awak ni cik.. Jay pandang pula ke arah Izara.
Izara! Izara habiskan jus lemon yang hanya tinggal suku dalam gelas.
Cik Izara sudah ada teman lelaki
Kenapa Awak nak mengurat saya juga ke Izara pandang Jay dengan jelingan tajam.
Jay ketawa. Geli hati dengan tingkah gadis itu. Cik Izara ni saya anggap macam adik saya..
Kali ini Izara pula terkedu. Dia sudah agak, ada yang tidak kena dengan lelaki itu.
Hmm..okeylah. Nota awak pun saya dah pulangkan. Jadi saya tak ada hutang apa-apa lagi dengan awak. Nice meeting you and you too Jay pandang Anis dan kemudian beralih pada Izara yang mula muncung. Mahu saja dia ketawa melihat gelagat Izara ketika ini. Macam budak sekolah merajuk!
Terima kasih belanja kami makan! Izara senyum bila melihat Jay mula bangun. Blah cepat lagi bagus!
Harap kita masih boleh berhubung di FB. Jay sempat menatap wajah Anis yang manis sebelum berlalu pergi.
Jay! Dia bakal kakak ipar saya! Lepas dia kahwin nanti, awak dah tak boleh contact dia tau tak! Izara turut bangun sambil melaung ke arah Jay yang sudah beredar dari situ.
Hish! Kau ni! Buat malu je! Anis tarik tangan Izara supaya duduk. Ramai mata yang memandang ke arah mereka.
SUASANA sunyi seketika. Anis jeling Izara yang masih menumpu pada pemanduannya. Masing-masing diam membisu.
Kenapa senyap je ni Anis mula bersuara memecah kesunyian.
Siapa Jay sebenarnya Izara jeling sekilas. Pandangannya dialih pula pada arah depan.
Kau ingat tak nota aku yang hilang dulu Rupanya ada dengan Jay tu. Dia yang contact aku dulu.Anis senyum. Dia belek lagi nota yang kini di dalam genggaman tangannya.
Hmm..jadi selama ini nota tu ada dengan mamat cyber tu la! Jadi kau dah terpikat dengan dia Izara masih tidak puas hati dengan jawapan Anis.
Kau ni! Asal ada lelaki jumpa aku je kau kata aku nakkan lelaki tu! Aku rasa otak kau ni dah putus urat saraf! Anis mencebik.
Aku bukan apaaku tahu kau suka kat abang aku. Jangan pulak kau jadikan alasan cinta kau tak berbalas, kau mula mencari cinta lain. Macam Jay tu! Dahlah tak senonoh! Jambang tebal dengan topi senget macam tu! Macam orang sewel je aku tengok! Selamba Izara mengutuk penampilan Jay.
Tak baik kau cakap macam tu. Buat apa handsome kalau hati busuk. Perangai tak senonoh! Anis mula tidak senang dengan kata-kata Izara.
Izara diam. Kata-kata Anis tadi tepat terkena pada batang hidung Imran.
Zara..aku tak bermaksud nak kata yang Imran tu macam tu. Aku tuju pada kebanyakan lelaki yang ada rupa. Anis berpaling ke arah Izara. Terasa bersalah melihat Izara mula sugul.
Bukan macam tu..kita jangan melihat orang tu hanya pada penampilannya saja. Macam Bilal bin Rabah, kulitnya gelap hitam berkilat, dicemuh orang sekeliling, jadi hamba abdi tetapi di sisi Allah, dia mulia. Allah sudah berjanji dia penghuni syurga. Lihat!
Sekarang ni namanya disebut-sebut. Jadi kita jangan mencerca orang yang kita tidak tahu hati budinya. Dan FYI, dua hari lepas abang kau sudah berubah. Tak pernah-pernah dia senyum kat aku. Kau tahu tak Anis menyambung hujah.
Err..abang aku senyum kat kau Betul ni Izara berhentikan keretanya di bahu jalan. Hampir terhantuk kepala Anis di dashboard.
Kalau ya pun takkan tak boleh berhenti perlahan sikit! Ni menonong brek mengejut! Anis mula membebel. Dari dulu Izara memang begitu. Kepoh! Kalut!
Haaitu tandanya dia dah mula sukakan kau! Izara kembali memandu.
Anis diam. Tak mungkin Imran sukakannya hanya kerana sebuah senyuman. Baginya itu senyuman dari seorang ketua kepada pekerja. Itu sahaja. Anis pandang Izara. Tersengih-sengih.
Aku tak fahamlah. Kenapa kau beria sangat nak aku jadi isteri dia Anis mula mengaju soalan yang selama ini terbuku di hati.
Sebab aku suka kau. Jadi apa yang aku suka, abang aku kena suka jugak. Diakan kembar aku! Izara ketawa.
Anis geleng. Gila! Tak pernah-pernah adik-beradik kembar tak seiras minat benda yang sama. Kalau kembar seiras sudah banyak kali dia dengar, semuanya mesti sama hatta minat pun sama.
Jadi dia suka ke pakwe kau dulu
Sekali lagi Izara berhentikan keretanya di bahu jalan. Kali ini dia tekan brek lagi kuat. Kepala Anis terhantuk kuat di dashboard.
Please dont talk about him anymore! I hate him! Izara mula menyinga. Tidak senang bila menyentuh soal teman lelakinya. Tangannya mencengkam kuat stereng kereta. Bibirnya diketap menahan marah.
Aduhsorry Zara. Aku tak berniat nak buat kau marah. Aku pun tak kenal siapa pakwe kau tu. Aduh Anis menggosok dahinya yang terhantuk tadi. Terasa dahinya sudah bengkak.
Err..sorry Anis. Aku tak sengaja. Aku emosi sikit tadi. Nanti aku bawa kau ke klinik ek Izara mula rasa bersalah. Laju dia memandu ke arah klinik.
ANIS pandang sekeliling. Kepalanya masih pening akibat hantukan kuat tadi. Dahinya dipicit-picit. Berbalut. Pandangannya berpinar-pinar. Dia gagahkan diri untuk bangun tetapi tidak berdaya.
Akukat mana ni
Anis pandang sekeliling. Suasana dalam bilik itu berlainan sekali dari biliknya. Aku kat mana ni
Dia pandang pula ke arah kiri bila terdengar bunyi pintu dikuak perlahan. Izara tersenyum sambil menatang sebuah dulang.
Anis..kau dah sedar Alhamdulillah..ni aku ada bawa makanan sikit ni. Kau makan kuih ni dulu baru makan ubat ni. Izara letak dulang di atas meja di tepi katil.
Err..kenapa dengan aku Zara Aku kat mana ni Anis masih bingung. Seingatnya tadi dia bersama Izara di dalam kereta.
Kau kat rumah aku. Kau pengsan di klinik. Izara menghulurkan segelas air kosong kepada Anis.
Aku pengsan
Ya..lepas doktor periksa. Kau masih pengsan. Aku minta tolong staf klinik angkat kau masuk ke dalam kereta. Aku bawa kau ke rumah aku. Izara ambil pula sepiring kuih lepat dan dihulurkan kepada Anis sekali lagi sebelum menghulur dua jenis ubat.
Oheh, nanti jap. Siapa angkat aku sampai ke bilik ni Anis masih keliru. Dia memicit dahinya yang masih bengkak.
Kau rasa siapa Aku tak larat nak angkat badan kau yang berat macam tong ni! Aku suruhlah abang aku dukung kau! Izara sengih.
Anis tersedak. Kuih lepat yang dimakan tersembur keluar. Cepat-cepat Izara menghulurkan segelas air kosong tadi.
A..abang kau
Izara angguk. Kenapa
Jadi dia dah Anis pandang Izara yang tersenyum dari tadi.
Dah apa
Kenapa kau biarkan dia angkat aku Haram! Anis mendengus kecil. Tidak suka dengan tindakan Izara membiarkan Imran mengangkatnya masuk ke bilik. Tunang bukan tiket untuk berbuat sesuka hati.
Tak payahlah kau cakap halal haram bila kes macam ni! Takkan aku nak heret kau masuk ke bilik. Naik tangga lagi. Aku dah tepuk pipi kau berkali-kali. Kau masih tak sedarkan diri. Aku suruhlah abang aku angkat! Habis cerita! Izara pula mencebik.
Anis diam. Betul juga kata Izara tu. Tak larat Izara nak angkat sampai ke tingkat atas macam ni.
Sekarang ni..kau rehat. Kau jangan buat aku rasa makin bersalah. Dahlah aku rasa bersalah buat kau terhantuk tadi, jangan pulak kau buat aku lagi rasa bersalah pasal Imran tu. Tapi kanabang aku senyum je masa angkat kau tu. Mulanya dia cemas tengok kau pengsan. Izara berkata perlahan dekat dengan telinga Anis.
Eii! Kalau aku tahu, mati hidup balik pun aku takkan benarkan dia sentuh aku. Anis cuba berdolak.
Dah terlambat tapi bukan ambil kesempatan tau! Sudahlah kau berehat dulu. Kau tu masih pening lagi. Malam ni kau tidur sini je. Esok kau tak payah pergi kerja. Izara mula berlalu pergi.
Tapiaduh.. Anis cuba bangun. Izara sudah keluar dari bilik.
IZARA letak dulang di atas meja makan. Kak Leha sibuk mencuci pinggan mangkuk di sinki. Dia buka pula peti sejuk.
Anis dah sedar ke Kak Leha mula bertanya setelah melihat Izara duduk diam membisu di meja makan.
Dah kak. Adik rasa sangat bersalah. Disebabkan adik, dahinya bengkak dan dia pengsan. Nasib baik tak ada apa yang teruk. Izara menongkat dagu. Dia meneguk jus oren yang dihulurkan Kak Leha.
Adik bukannya sengaja. Lagipun doktor dah cakap tak ada yang serius. Dahlah tu. Kak Leha memujuk Izara. Diusap lembut bahu gadis manis itu.
Tulah! Bawa kereta tak ingat. Macam jalan tu adik yang punya! Imran tiba-tiba muncul di muka pintu dapur. Badannya berpeluh.
Abang ni! Bukan adik sengaja! Izara mencebik.
Anis macam mana Dah sedar Imran mengambil gelas dari tangan Izara dan meneguk sampai habis.
Eh! Tak tahu nak ambil sendiri ke Izara cuba merampas semula. Soalan Imran tidak dijawab.
Dah habis pun! Nah! Imran menghulurkan semula gelas kosong sambil tersenyum.
Abang dari mana berpeluh sakan ni Puan Zaharah pula muncul. Beg tangan diletakkan di atas meja makan.
Dari belakang rumah tu. Abang gali ubi keledek sikit. Teringin nak makan ubi rebus. Nanti Kak Leha masak ya! Imran kenyit mata pada pembantu rumahnya yang telah banyak berjasa.
Mama dari mana ni Izara pula bertanya ibunya yang cantik dengan baju kurung dan selendang. Sedondon.
Dari rumah kak Dina kamu la. Tadi dia kata sakit nak bersalin tapi kandungannya belum cukup sembilan bulan lagi. Risau juga mama. Puan Zaharah melabuhkan punggungnya di sebelah Izara.
Dah bersalin ke mama Imran pula mencelah.
Belum..
Oh..kalau ada anak sedara kan bagus. Meriah sikit rumah ni! Izara senyum pada Puan Zaharah.
Betul tu. Mama pun teringin nak cucu dari anak bujang mama ni.. Puan Zaharah pandang anak bujangnya yang leka membelek ubi keledek yang digali tadi.
Hah Apa mama cakap
Alah..buat-buat tak dengar la tu! Izara mencebik. Faham sangat dengan sikap abang kembarnya.
Mama harap cucu mama nanti seiras Anis. Rupa ada, pandai masak, sopan, hormat orang tua..agama pun boleh tahan. Pandai mengaji Quran. Jadi, mama tak salah pilih menantu. Tak sabar rasanya nak tunggu minggu depan. Puan Zaharah mula memuji Anis di depan Imran. Matanya beralih pula pada Izara.
Imran hanya diam mendengar pujian mamanya. Seolah Anis tu gadis yang terlalu sempurna di matanya.
Bakal menantu mama tu ada kat atas. Dia pengsan tadi. Izara menyampuk.
Pengsan Kenapa Puan Zaharah mula berkerut kening.
Apa lagi..minah ni la yang bawa kereta melulu. Brek mengejut. Terhantuklah dahi minah somtam tu! Imran segera menjawab.
Abang ni..cuba bercakap elok sikit. Tak baik panggil tunang sendiri macam tu! Mama tak pernah ajar tau! Puan Zaharah menepuk bahu Imran.
Imran sengih. Memang patut pun Anis tu dipanggil minah somtam. Tak ada benda lain yang dia boleh buat. Hari-hari buat somtam. Muka pun dah amcam somtam!
Puan Zaharah segera menaiki anak tangga menuju ke bilik Izara.
MALAM itu, Anis terpaksa bermalam di rumah Izara sekali lagi. Dengan dahi yang bengkak dan masih pening begitu, tidak mungkin dia menaiki bas sendiri balik ke rumahnya. Baru tadi dia menelefon Sarah yang dia bermalam di rumah Izara.
Selesai solat maghrib, Anis gagahkan diri turun ke dapur. Tidak betah rasanya duduk di situ tanpa membuat apa-apa. Sekurang-kurangnya dia boleh menolong Kak Leha menyediakan makan malam.
Eh! Cik Anis belum sihat betul lagi tu..biar kak Leha je yang buat. Kak Leha segera mengambil sayur dari tangan Anis.
Tak apalah Kak Leha. Saya tak boleh duduk diam je. Biar saya tolong kak Leha masak. Nak masak apa malam ni Anis mengambil semula sayur sawi dari tangan Kak Leha.
Kak Leha mula rasa serba salah. Dia lihat laju saja tangan Anis memotong bahan-bahan untuk dimasak. Tak sampai setengah jam, semuanya sudah siap termasuk sambal belacan.
Pandai Cik Anis masak. Kalau kak Leha ni, mahunya satu jam lebih baru siap semua ni! Kak Leha senyum. Anis ditatap lembut. Bertuah kalau Imran memiliki gadis manis ini.
Alah..saya masak biasa je kak. Selalu tolong mak masak kat kampung. Oh ya kak, ada betik muda Anis teringat somtam.
Entah. Kejap ya. Kak Leha buka bakul di tepi pintu belakang dapur. Ubi keledek diletak ke dalam bekas lain. Dikuis-kuisnya bakul itu, menggeledah mencari betik muda. Selalu juga Izara bawa balik betik muda untuk dibuat somtam tapi tiada seorang pun yang pandai buat.
Eh, ubi keledek pun ada Anis teruja melihat ubi keledek yang besar-besar begitu.
Hmm..cik Anis nak masak apa dengan keledek ni
Saya ingat nak buat kuih cek mek molek. Boleh tak Anis membasuh ubi keledek yang masih disaluti tanah dan pasir.
Hmm.tadi abang kata dia nak makan rebus je. Kak Leha teringat Imran menyuruhnya merebus ubi tu.
Oh..tak apa kak. Saya pun kena rebus juga ubi ni. Nanti saya simpan ubi rebus untuk dia sikit. Anis senyum. Ubi keledek dicuci bersih lalu direbus. Setelah ubi empuk, ubi itu diuli dengan tepung sebelum dibentukkan menjadi seperti kuih cek mek molek. Tiga ketul ubi rebus diasingkan siap-siap di dalam pinggan untuk Imran.
Ni kena goreng ke bakar ni Kak Leha melihat adunan ubi dan tepung yang telah dibuat bentuk macam bola ragbi.
Goreng kak. Dalam tu ada isi gula sikit. Kalau nak bubuh inti lain pun boleh juga. Anis senyum. Puas melihat adunan tadi menghasilkan lebih kurang dua puluh biji kuih.
Kak Leha mula menggoreng ubi yang diuli Anis tadi.
Hmm..sedapnya bau! Izara jenguk ke dapur. Dia segera ke tempat Anis dan kak Leha yang sedang sibuk menggoreng kuih cek mek molek.
Eh, ni kuih cek mek molek kan Izara mengambil sebiji kuih yang masih panas.
Ya..Anis yang buat, kak Leha hanya goreng je. Lauk tu pun Anis yang masak! Kak Leha muncungkan mulutnya ke arah meja makan yang sudah tersedia hidangan makan malam.
Wah! Bestnya! Ada sambal belacan! Hmm..sedapnya lauk malam ni. Kak Leha, macam nilah lain kali masak! Izara menghidu setiap lauk di situ.
Cik Zara oi! Bukan kak Leha lah, kau yang kena masak! Betul tak kak Anis kenyit mata pada Kak Leha.
Apa pulak aku
Kau kenalah belajar memasak. Takkan kau nak harapkan suami kau masak esok-esok Anis senyum. Dia mula membancuh jus oren Sunquick dalam jag besar.
Apa yang kecoh sangat ni Riuh mama dengar dari luar tu. Puan Zaharah sudah tercegat di muka pintu dapur.
Eh, Anis dah sihat Kalau tak sihat, rehatlah dulu. Tak apakak Leha boleh buat semua tu. Sambung Puan Zaharah lagi.
Cuba teka siapa yang masak semua ni Izara mendekati ibunya. Tangannya merangkul bahu Puan Zaharah.
Puan Zaharah pandang Izara dengan muka berkerut. Anis ke masak semua ni
Matanya beralih pula pada Anis yang sedang menyusun pinggan di atas meja makan.
Sikit je puan. Masak yang ringkas je. Anis merendah diri. Dia menuang jus oren ke dalam gelas.
Mulai sekarang panggil mama okey Puan Zaharah senyum. Tenang melihat wajah manis Anis.
Anis tunduk malu. Puan Zaharah begitu memujinya.
Hmmsedap semua ni. Ringkas apa macam ni Kurma ayam, udang masak sambal petai, ikan cencaru sumbat, sayur goreng dan sambal belacan pun ada ni! Puan Zaharah kagum melihat semua lauk sudah siap terhidang di atas meja.
Ni tambah ulam raja buat cicah sambal belacan. Kak Leha letak pula sepinggan ulam di sebelah sambal belacan.
Anis hanya senyum. Baginya itu adalah perkara biasa. Dulu dia pernah menjadi tukang masak sukarelawan untuk majlis berkhatan anak yatim di Rumah Limpahan Kasih. Seronok bila dapat memasak beramai-ramai begitu.
Hmmapa bau sedap ni Imran pula terjongol di dapur.
Anis tunduk. Dia tahu tentu Imran akan mengutuk masakannya macam dulu. Dia segera ke sinki membasuh pinggan mangkuk yang masih bertimbun di situ. Buat-buat tidak nampak.
Puan Zaharah tersenyum memandang anak bujangnya yang sudah banyak berubah sejak kebelakangan ini. Imran sudah mula lekat di rumah. Suka menolong membersihkan halaman rumah bila hujung minggu. Petang tadi, Imran rajin pula menggali ubi keledek yang ditanam di belakang rumah yang agak terbatas ruangnya namun pokok itu tumbuh subur.
Eh! Kuih cek mek molek pun ada Imran mengambil sebiji. Dikunyah perlahan. Dia segera duduk di kerusi mengadap lauk pauk yang sudah sedia dihidang.
Izara tersenyum simpul melihat kembarnya begitu berselera menikmati kuih cek mek molek. Dia segera duduk di sebelah Imran.
Memerhati kembarnya menikmati kuih yang dibuat oleh Anis. Anis seolah tahu Imran suka kuih itu. Kuih yang selalu dibeli oleh mama sewaktu kecil dulu. Hingga kini kuih itu menjadi kegemaran Imran.
Sedapkan kuih ni Izara ambil sebiji dan mula mengunyah sambil merenung manja ke arah Imran.
Hmm..sedap! Pandai kak Leha buat. Macam nilah saya nak! Ni asyik rebus je! Beria Imran menikmati kuih itu.
Untuk pengetahuan abang..bukan kak Leha yang buat. Tu! Minah somtam yang pakai baju kurung biru dan bertudung putih tu yang buat! Izara tuding ke arah Anis yang sedang membasuh pinggan mangkuk di dapur.
Mata Imran menala ke arah Anis seketika. Minah somtam tu ke yang buat Patutlah...
Apa yang patutlah
Sedap! Imran senyum. Dia sengaja memuji Anis di depan keluarganya.
Dengar tu Anis! Abang aku puji kau masak! Izara cukup teruja mendengar pengakuan Imran.
Anis pula masih tidak berani memandang Imran. Baginya itu bukan pujian tapi sindiran. Dia faham benar dengan sikap lelaki itu. Buktinya segala apa yang berlaku di pejabat. Telinganya sudah lali dengan sindiran pengarah muda itu.
Jomlah makan! Nanti sejuk pula lauk ni. Puan Zaharah mula mengambil tempat duduk.
Anis, sudahlah tu. Aniskan tetamu di sini. Mari makan! Sambung Puan Zaharah lagi. Anis masih leka mencuci pinggan mangkuk.
Sikit lagi ni. Tak susah pun. Anis menoleh sekilas kepada Puan Zaharah.
Yalah cik Anismakan dulu. Biar kak Leha yang cuci. Kak Leha turut mencelah. Kak Leha mula menyuruh Anis ke meja makan. Dia mula membasuh pinggan mangkuk yang masih berbaki di dalam sinki.
Kak Leha pun marilah makan sekali. Izara melirik ke arah pembantu rumahnya yang mengambil alih mencuci pinggan.
Anis pandang Izara dan Puan Zaharah yang tersenyum padanya. Imran pula buat tidak nampak. Anis mula melabuhkan punggung di sebelah Puan Zaharah. Kali ini jauh dari Imran. Malam itu mereka menikmati makan malam bersama-sama. Anis diam membisu. Hanya Izara saja yang becok mulut bercerita itu ini.
Mama nak tahu tak Tadi adik temankan Anis ni pergi ke sebuah restoran. Izara mula membuka cerita.
Anis jeling Izara. Kakinya mula menendang kaki Izara sebagai isyarat supaya tidak memanjangkan ceritanya. Terasa kakinya sakit bila dibalas semula oleh Izara. Imran pula masih bersikap selamba.
Hmmkawan facebook Anis tu tak adalah handsome mana pun. Handsome lagi abang. Berserabai je adik tengok. Tanpa segan silu, Izara bercerita pertemuan di restoran Bali tadi.
Anis tunduk membisu. Bimbang pertemuannya dengan Jay disalaherti oleh Puan Zahrah. Sedangkan dia dah pun menjadi tunang Imran dan bakal menantu di rumah ni.
Kenapa adik yang temankan Abang tak ajak sekali Puan Zaharah jeling pula Imran.
Mama ni..dalam proses bertunang, mana boleh keluar sama. Nanti darah manis akan jadi masam. Mama nak ke rumah tangga abang jadi masam nanti Izara terpaksa mencari alasan. Riak ibunya sudah berubah. Dia luku kepalanya sendiri. Terlupa yang Anis berjumpa lelaki lain.
Imran mula tersedak. Dia segera meneguk air kosong. Izara cepat-cepat menepuk belakang Imran.
Ohjadi lelaki lah. Siapa nama dia Puan Zaharah mula berminat.
Jay! Dia nak tahu nama sebenar Anis tapi tak nak bagi tahu nama sebenar dia. Mana adil! Adik apa lagi, adik hamburlah! Izara sengih.
Tak baik adik kutuk orang macam tu. Dia pun ada maruah juga. Err..Anis dah kenal lama ke dengan Jay tu Puan Zaharah pandang pula ke arah Anis di sebelah.
Errtak adalah kenal sangat. Sekadar teman di facebook je. Sebenarnya dia nak pulangkan nota saya yang hilang dulu.
Disebabkan nota tulah, saya jumpa dia. Saya ajak Zara sekali temankan saya. Panjang lebar Anis menerangkan kepada Puan Zaharah. Bimbang disalah erti pula. Dia sempat jeling Izara yang tersengih-segih dari tadi. Terpaksa dia menceritakan hal yang sebenar. Tak pasal-pasal kisah Jay menjadi perbualan mereka pada malam itu.
Oh begitu rupanya. Anis kena ingat jangan sampai jatuh cinta pula pada Jay tu. Anis dah jadi tunang Imran. Minggu depan dah nak nikah. Puan Zaharah mengukir senyum. Mengingatkan Anis.
Anis senyum kelat. Kata-kata Puan Zaharah itu sudah seperti nasihat yang harus didengar. Tak salah bagi seorang ibu menasihatinya begitu. Sememangnya Puan Zaharah harus bersikap begitu. Tambah lagi bila Imran ada di situ sedangkan hatinya masih pada lelaki bermata biru itu.
Suka sebagai sahabat. Kami bercerita pasal hal agama. Melalui nota saya tu, dia mula mengenali diri dan menemui jalan ketenangan. Alhamdulillah. Anis senyum.
Imran masih diam membisu. Tidak mencelah perbualan mereka. Nasi di dalam pinggan dihabiskan cepat. Dia segera ke ruang tamu menonton tv.
Kenapa dengan abang tu Diam je dari tadi..selalunya ada je benda yang dia nak sakat. Izara jenguk ke arah ruang tamu.
Cemburu agaknya. Yalah siapa yang tak cemburu kalau tunang jumpa lelaki lain tanpa pengetahuan dia Puan Zaharah juga tidak berapa suka Anis jumpa lelaki lain.
Err..atau mungkin abang pun tak kisah Izara cuba menyebelahi Anis yang mula sugul.
Entahlah orang zaman sekarang ni. Kalau dulu, siapa yang dah bertunang, selama mana mereka bertunang selama tulah mereka tak akan jumpa tapi masih menjaga hati tunang masing-masing. Anis jangan pulak ambil hati ya. Mama tak nak kehilangan Anis. Puan Zaharah pegang lembut tangan Anis yang mula menundukkan wajah.
Ya ke mama Habis tu kalau bertunang dua tahun, dua tahunlah tak boleh jumpa Izara beliakkan mata.
Orang dulu-dulu mana ada bertunang sampai dua tahun. Paling lama pun enam bulan. Selalunya satu bulan je. Puan Zaharah senyum. Geli hati dengan pertanyaan anak gadisnya.
Izara sengih.
Biarlah. Dia dah habis makan tu. Kita pun nak ke ruang tamu juga nanti. Leha, nanti buatkan kopi panas ya! Bawa sekali kuih ni ke depan. Puan Zaharah mula membasuh tangan.
Izara dan Anis turut menghabiskan nasi dalam pinggan.
Kau tengok Anis, licin lauk kau masak. Aku pun nak belajar masak jugalah. Izara mula membasuh tangan.
Boleh..petuanya mudah je. Setiap kali nak masak, mulakan dengan bismillah dan selawat ke atas nabi tiga kali. Sambil masak pun boleh baca selawat. Insya-Allah, kita tak akan membazir makanan. Makanan yang kita makan akan jadi berkat. Anis senyum. Kali ini dia berani bersuara setelah melihat Imran melangkah ke ruang tamu.
Ya ke Bukan jampi kasih sayang Patutlah abang aku beria makan tadi Izara cuba bergurau.
Anis jeling Izara yang mula mengusiknya dengan Imran. Tak sudah-sudah! Kak Leha pula turut tersenyum.
IMRAN bersandar di sofa. Remote control tv dicapai dari atas meja kecil. Satu demi satu siaran di kaca televisyen ditukar.
Semuanya tidak menarik minatnya untuk menonton. Dia capai pula surat khabar. Satu persatu mukasurat dibelek. Tiada satu berita pun yang menarik.
Bila kak Dina dijangka bersalin mamaImran mula bertanya sebaik melihat Puan Zaharah melabuhkan punggung di sebelahnya.
Mungkin awal bulan depan. Tadi dia call mama, katanya dia rasa sakit. Risau juga mama. Kandungannya belum matang lagi. Puan Zaharah pula mencapai remote control dan mula menukar siaran.
Oh..agaknya kak Dina tu kuat sangat bekerja. Abang tengok dia ke hulu ke hilir kat pejabat tu mengusung perut. Abang dah suruh dia berehat. Tak payahlah datang kerja. Abang boleh handle sendiri. Ramai pekerja yang boleh bantu. Imran juga mula risau mendengar kesihatan kakak kesayangannya.
Macam mana dengan Anis Puan Zaharah mula senyum.
Macam mana apa Imran tidak mengerti maksud pertanyaan ibunya.
Kerja la..okey ke, tak okey ke
Oh..ingatkan apa tadi..okey je.. Imran berkata tanpa nada perasaan.
Mama dah siapkan semua barang untuk majlis nikah nanti. Cincin pun mama dah beli. Kebetulan Anis ada kat sini ni, bolehlah cuba. Nanti abang sarungkan ya! Senyuman Puan Zaharah semakin lebar.
Hish mama ni! Mama bukan tak tahu minah tu. Muslimah sejati! Mana boleh pegang-pegang tangan ni. Imran berkata perlahan. Bimbang didengari oleh Anis yang berada di dapur bersama Izara.
Kalau macam tu biar mama jelah yang sarungkan. Mama bukan apa..mama gembira sangat dapat menantu macam Anis tu. Tengok tadi, cepat saja dia menyediakan lauk. Kalah kak Leha tu. Siap buat kuih kegemaran abang lagi tau! Puan Zaharah mula memuji Anis di depan Imran.
Alahkebetulan je tu mama. Abang tak pernah cerita pun kuih apa yang abang suka.Imran pandang ibunya yang terlalu memuji minah somtam.
Sepatutnya adik yang nikah dulu..diakan perempuan! Imran menyambung bicara.
Masalahnya..adik tu belum ada boyfriend. Abang tu yang patut kahwin dulu.
Mama carilah calon suami untuk dia. Perempuan lebih elok kahwin cepat. Banyak fitnahnya nanti! Imran belek mukasurat surat khabar.
Hmm..susah cakap dengan abang ni. Abang jangan pulak menyesal kalau Anis tu tiba-tiba ada orang lain. Macam kenalan facebook dia tu. Siapa Jay Atau dia pilih abang iparnya. Masa tu mama tak nak masuk campur dah! Pandai-pandailah abang cari calon isteri sendiri.
Imran pandang Puan Zaharah yang mula merajuk. Riak di wajah tua itu sudah berubah. Dia segera memeluk bahu ibu kesayangannya.
Mamaabang bukan kata abang tak nak kahwin. Ikutkan abang, sebelum kahwin, abang nak persiapkan diri dengan ilmu agama yang secukupnya. Barulah boleh membina keluarga yang diberkati Allah. Imran senyum manja. Cuba memujuk Puan Zaharah yang sudah sugul. Rajuk orang tua memang susah dipujuk.
Hmm..lain macam bunyinya. Abang dah banyak berubah mama tengok. Mama rasa abang dah tak rasa seperti dipaksa.
Alhamdulillah. Kalau itu yang abang rancang, mama lega sekarang. Puan Zaharah cubit hidung mancung anak bujangnya yang mewarisi arwah suaminya dulu. Imran banyak mewarisi sikap dan pemikiran arwah suami.
Tapi syarat abang tetap berkuat kuasa! Itu pun kalau minah tu masih nak teruskan pernikahan. Mama tak boleh cakap yang Anis tu akan berkahwin dengan abang. Mama belum tahu isi hati dia. Mana tahu dalam diam dia sudah ada seseorang. Macam kawan facebook tu. Apa nama diaJay Imran teringat cerita Izara di meja makan tadi.
Hish! Dah jadi tunang, minta lagi nak putus! Puan Zaharah cubit paha anak bujangnya.
Hai rancak berborak! Bunyi macam ada sebut jodoh, kahwin je! Izara melabuhkan punggungnya di sebelah Puan Zaharah.
Anis pula berdiri di tepi sofa dekat dengan dinding yang tergantung gambar Izara sekeluarga. Serba salah sama ada hendak join sekali atau mengasingkan diri di bilik yang disediakan untuknya. Ah! Baik aku ucap selamat malam. Lepas tu aku naiklah ke bilik. Fikir Anis sendiri.
Puan..err..mama saya masuk ke bilik dulu. Anis cium tangan Puan Zaharah.
Alah..duduklah dulu Anis. Takkan nak tidur dah kut! Makanan pun belum hadam lagi tu. Izara cepat saja menarik tangan Anis.
Terduduk Anis di atas sofa sebelah Imran.
Haah..kejap lagi kak Leha bawa kopi panas dan kuih cek mek molek tu. Puan Zaharah pula menyampuk.
Anis mula rasa serba salah. Dia rapatkan tubuhnya ke hujung sofa jauh dari Imran. Dijeling Imran yang buat tidak tahu apa yang berlaku. Leka membaca surat khabar. Seolah dia tidak wujud di situ.
Macam mana kerja Puan Zaharah sekali lagi bertanya soal kerja.
Baik. Alhamdulillah. Anis menjawab pendek.
Macam mana kerja dengan Imran Sekali lagi Puan Zaharah bertanya. Dia mula mendekati Anis. Duduk di sebelah gadis itu.
Anis tunduk. Tidak tahu apa jawapan yang harus diberi. Dia mendongak semula ke arah Puan Zaharah. Kali ini Imran memandangnya dengan pandangan tajam. Dia menelan liur.
Okey..dia baik. Nada Anis perlahan.
Hmm..abang kena jaga kebajikan pekerja. Macam ni..abang kena bagi kebenaran kepada Anis untuk cuti sakit. Puan Zaharah berpaling pula kepada Imran.
Imran tidak berkata apa-apa. Surat khabar diletakkan di tepi. Terhantuk sikit pun nak mc! Manja sangat! Kalau sepuluh pekerja aku macam ni, boleh tutup syarikat! Imran merengus sendiri. Pandangannya masih pada Anis.
Tak apalah mama. Sikit je ni. Esok saya kerja seperti biasa. Duduk rumah pun bosan juga. Err..saya minta diri dulu naik ke bilik. Anis faham dengan pandangan Imran. Dia segera mencium tangan Puan Zaharah dan melangkah ke bilik.
Izara jeling Imran yang dari tadi asyik memandang Anis tidak berkelip. Dia sendiri tidak faham dengan sikap abangnya. Sukar menafsir riak pada wajah iras arwah ayahnya. Izara turut mencium tangan Puan Zaharah sebelum melangkah menaiki anak tangga membuntuti Anis.