Tika Cinta Berbisik - 38
Bab 37

BETUL ke, Nurul Linda terjerit kerana gembira setelah mengetahui dia berjaya menemui siapa pemilik sapu tangan itu.

Siapa Cakaplah, desak Linda. Dia tidak sabar mahu mengetahui siapa orang yang dimaksudkannya.

Saya tak pasti lagi. Tapi, dia orang yang kita boleh syaki. Cuma sekarang, bukti kita baru ada dua. Saya tak tahu jika dengan bukti ini dapat mengheret dia pada pihak polis atau tidak. Saya bukan tahu sangat prosedur yang digunakan oleh pihak mahkamah, jelas Nurul.

Tak apa, petang ni kita sama-sama jumpa Inspektor Hassan yang uruskan kes ini. Kita beritahu dia maklumat yang kita dapat. Rasanya, sekarang adalah masa untuk pihak polis bertindak. Mereka boleh keluarkan waran tangkap buat sementara waktu pada orang-orang yang di syaki. Lakonan kita sampai di sini saja. Terima kasih atas bantuan Nurul selama ini. Saya tak tahu nak balas budi baik awak macam mana. Saya malu. Fakrul dan Azura langsung tak nampak muka tapi Nurul, orang luar yang sanggup tolong saya. Sedu-sedan Linda sudah kedengaran.

Linda, saya sekadar menolong. Khairul baik pada saya. Apa salahnya saya balas jasa dia. Rancangan Linda pun bukannya susah. Mujur staf di syarikat tu tak selidik latar belakang saya. Rasa macam berlakon dalam tv pula. Nurul berseloroh. Ketawa Linda bergema.

Seperti yang dijanjikan, Nurul menunggu Linda di rumah. Dia telah menelefon Inspektor Hassan terlebih dahulu bagi memaklumkan temu janji petang itu. Setelah Linda sampai, dia menaiki keretanya. Mereka sama-sama menuju ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Duduk, pelawa Inspektor Hassan.

Terima kasih. Serentak Nurul dan Linda ber suara.

Ada apa mahu berjumpa dengan saya Nampak macam penting saja, Inspektor Hassan memulakan bicara.

Saya Linda, adik kepada mangsa kes Encik Khairul itu. Setakat ni ada dapat apa-apa maklumat tentang orang yang cuba bunuh abang saya

Kes ini amat sukar. Satu-satunya saksi dalam kes ini hanyalah abang awak. Sekarang dia sedang koma. Hanya dia yang boleh memberikan maklumat pada kami. Tapi saya tahu, kami tak boleh sekadar menunggu saja. Kes ini menjadi lebih rumit kerana kami tak menjumpai sebarang cap jari orang lain selain daripada cap jari Khairul. Kelihatannya, pembunuh ini sudah mengatur strategi dengan baik. Dia hanya mahu membunuh Khairul saja. Kami menjumpai dom-

pet Khairul terletak elok di atas katil. Jadi kes ini bukan rompakan. Mungkin kerana hasad dengki atau dendam. Inspektor Hassan menghuraikan panjang lebar spesifikasi kes itu.

Begini, semasa saya ke rumah abang saya, saya menjumpai sehelai sapu tangan. Ini dia. Mendengar kata-kata Linda, Nurul mengeluarkan sapu tangan yang pernah diberikan kepadanya lalu memberikan sapu tangan itu kepada Inspektor Hassan.

Sapu tangan ini bukan milik abang saya. Saya yakin. Saya jumpa di celah pintu, terselit pada kain tirai pemisah yang terdapat di dalam bilik air.

Oh, mungkin anak buah saya terlepas pandang. Jika mereka nampak pun, mungkin ia milik Khairul. Apa yang anehnya

Cuba inspektor hidu sapu tangan tu. Ada bau minyak wangi Perancis yang mahal. Sebenarnya, sejak saya jumpa sapu tangan ini, saya dan Nurul telah bertindak sendiri. Maafkan kami. Saya tak sanggup berdiam diri menunggu abang saya sedar. Nurul telah menggantikan posisi abang saya sebagai pengarah syarikat. Masa itulah, Nurul menjumpai pemilik sapu tangan ini.

Nurul membiarkan Linda menjelaskan permasalahan yang sebenar. Dia sekadar menjadi pendengar dan pemerhati.

Cik Nurul, boleh awak ceritakan bagaimana awak mengenali pemilik sapu tangan ini soal Inspektor Hassan. Nurul menarik nafas panjang sebelum mula bercerita.

SEDANG Nurul menyemak akaun syarikat, tiba-tiba pintu biliknya ditolak dengan kasar. Karmila berdiri sambil memeluk tubuh. Wajahnya me nyinga. Nafasnya turun naik menahan amarah.

Apa hak kau nak berhentikan aku kerja Kau siapa Suara Karmila seperti guruh di langit.

Sabar, Cik Karmila. Saya ada alasan kukuh untuk berhentikan awak kerja dari syarikat ini. Untuk pengetahuan awak juga, keputusan ini dibuat sebulat suara hasil dari perbincangan ketua-ketua jabatan. Kami mendapati awak seorang ketua jabatan yang tiada disiplin. Awak juga tak memberi komitmen yang baik pada kerja. Peti aduan tu penuh dengan kritikan untuk awak saja. Awak sepatutnya tunjukkan prestasi kerja yang baik sesuai dengan kelayakan dan kelulusan yang awak ada. Tak sepatutnya perkara seperti ini berlaku.

Nak tunjuk hebat pula, kau sekadar menggantikan tempat Encik Khairul saja, tak payah nak gila kuasa. Kalau syarikat ni tak perlukan aku, mana-mana syarikat pun aku boleh hidup.

Dengan sikap awak yang begini, mana-mana syarikat pun tak akan ambil awak bekerja. Sayang jika orang secantik awak dan berpendidikan tinggi hanya bersandarkan pada sehelai sijil saja. Ijazah awak takkan bererti andai awak sendiri tak mahu menggunakan segala kemahiran dan ilmu yang awak ada. Saya cukup terkilan.

Ah, boleh jalanlah! Karmila menghempas pintu bilik Nurul. Kedengaran di luar suara-suara pekerja yang ingin tahu perkara yang berlaku.

Nurul berasa tidak sedap hati. Tidak sepatutnya dia berkasar dan mengikut kata hati. Nurul terasa dia tidak memberi peluang untuk Karmila pertahankan diri. Segera dia ke bilik Karmila.

Kosong! Karmila sudah meninggalkan pejabat itu. Nurul terduduk di sofa. Kalaulah Khairul tahu, tentu dia marah dan kesal dengan tindakannya yang melulu. Potret kecil di atas meja menarik perhatian Nurul. Dia mengamati gambar tersebut dengan teliti. Dia seperti pernah melihat wajah wanita ini.

Tak mungkin! desis hatinya. Wanita di dalam gambar itu adalah Karmila. Namun wajahnya sekarang amat berbeza dengan dahulu. Sewaktu berpusing, tangan Nurul terlanggar sesuatu. Barang itu terjatuh di bawah meja. Dia membongkok untuk mengambil barang tersebut.

Botol minyak wangi yang berbentuk hati itu sangat kecil. Baunya sangat kuat ketika Nurul membuka penutup botolnya. Dia meletakkan kem bali botol itu di atas meja. Tangannya basah terkena minyak wangi itu. Tiba-tiba Nurul teringat sesuatu. Ya, bau itu sama dengan bau yang terdapat pada sapu tangan yang Linda jumpa tempoh hari.

BEGITULAH ceritanya, tuan. Sekarang, saya tak tahu Karmila berada di mana. Jika mengikut alamat yang terdapat dalam fail pekerja, Karmila sering berpindah rumah, jelas Nurul. Perasaannya mulai tenang setelah menceritakan segalanya pada Inspektor Hassan.

Begini, Cik Nurul, Cik Linda. Bukti ini sebenarnya sangat lemah. Minyak wangi ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja. Lebih daripada tu, bukti sapu tangan ni dah tercemar. Sepatutnya Cik Linda maklumkan daripada awal supaya kami boleh ambil sapu tangan ini sendiri dan menjalankan siasatan ke atasnya. Tapi tak mengapalah. Apa-apa sekali pun kami akan jalankan siasatan dan menyiasat siapa Karmila yang sebenarnya dan apa motifnya ingin membunuh Encik Khairul. Bantuan awak berdua amat berharga buat kami. Terima kasih.

RUMAH Khairul kelihatan terang disirami cahaya lampu. Dua buah khemah telah didirikan di hadapan rumahnya. Kelihatan beberapa orang wanita sedang terbongkok-bongkok menyalakan kayu api untuk memasak.

Tulah Hajah, guna dapur gas kan senang. Nurul mengusik Hajah Tuminah yang gemar melatah. Walaupun sudah berada di dalam usia emas, namun wanita jiran Khairul yang baik hati itu masih cergas dan sihat.

Memanglah guna dapur gas mudah tapi ni nak rebus telur pindang mesti guna kayu api. Baru segala bahan dan baunya meresap ke dalam telur.

Kata orang, sebati.

Nurul membantu Hajah Tuminah mengangkat kayu api. Meliar matanya mencari-cari kelibat Linda. Sudah setengah jam Linda ke bandar untuk membeli minyak tanah. Sepatutnya dia dah balik. Mujur nasi dan lauk pauk sudah dimasak lebih awal.

Anis! Anis! Nurul memanggil Anis di tepi tingkap.

Ya kak, ada apa Anis menghampiri tingkap.

Zafirah sedang berada dalam dukungannya. Anak kecil itu sudah semakin semangat tubuhnya.

Linda ada telefon tak

Tak ada pun. Kak Linda pergi ke bandar kan tadi. Kejap lagi sampailah tu.

Tapi akak tak sedap hatilah. Anis buat apa tadi

Tengah suapkan Firah makan. Akak jangan fikir sangat. Masalah kecik pun pada akak macam masalah besar. Akak selawat banyak-banyak. Anis menasihati Nurul.

Lepas isyak, penduduk Taman Melawati sudah ramai memenuhi ruang rumah Khairul. Nurul menghampiri imam yang sedang berbual dengan beberapa orang jiran.

Pak Imam, ini ada nama-nama untuk majlis tahlil dan arwah. Nurul menyerahkan sehelai kertas kecil kepadanya.

Terima kasih.

Nurul menuju ke arah pintu pagar setelah merasakan ada seseorang sedang memerhatikan.

Oh, Inspektor Hassan, jemputlah masuk. Mari, pelawa Nurul.

Wah, ramainya orang. Nampaknya rancangan Cik Linda berjaya. Cik Linda mana

Itulah masalahnya. Dia tak balik-balik sejak petang tadi. Katanya nak beli barang. Hati saya tak sedaplah, tuan.

Banyakkan bersabar. Kita bincang lepas tahlil ni. Inspektor Hassan tersenyum manis di depanku menunjukkan giginya yang putih tersusun.

Mari tuan, majlis dah nak mula.

Beberapa orang lelaki mengekori Inspektor Hassan. Mereka bergerak ke arah kumpulan lelaki yang akan membaca tahlil di ruang tamu rumah. Nurul ke dapur untuk membantu kaum wanita yang menyediakan hidangan.

Daripada arah dapur, Nurul meninjau dan mengira jumlah orang lelaki yang hadir. Dia melihat Fakrul dan Azura hadir dan duduk di tepi pasu bunga bersebelahan dengan tangga. Mereka saling berbual dan tidak menghiraukan bacaan tahlil yang diketuai oleh imam.

Sebenarnya, majlis itu lebih kepada doa selamat. Linda menyarankan agar majlis tahlil diadakan bagi merahsiakan kedudukan Khairul yang sebenar. Hal ini dipersetujui oleh Inspektor Hassan. Katanya, cara sebegini dapat mengaburi mata orang yang menikam Khairul.

Selesai saja bacaan doa selamat, Nurul menyuruh beberapa orang anak gadis membawa dulang ke depan. Nurul sengaja tidak mahu guna hidangan secara buffet. Orang sekarang kalau guna buffet sudah tidak ada kemesraan. Suka bawa diri ikut haluan sendiri. Ada yang makan pun berdiri. Berbeza dengan makan sedulang. Lebih mengeratkan dan merapatkan hubungan.

Malah Nabi Muhammad SAW sendiri menggalakkan umatnya berkongsi makanan. Nurul pernah melihat seorang lelaki makan menggunakan dulang kecil. Lelaki itu makan bersama dengan tiga anak lelakinya.

Cukup tak makanan kat depan tu Hajah Tuminah menegur Nurul.

Cukup Hajah, ada lebih dua dulang ni. Saya rasa kita letak saja di depan tu, mana tahu ada yang nak tambah, cadang Nurul.

Mata Nurul mencari-cari kelibat Fakrul dan Azura. Ternyata mereka sudah tiada. Entah bila mereka keluar dari rumah. Nurul dapat merasakan mereka tidak menjamah pun makanan yang dihidang.

Orang kaya, bisik Nurul perlahan.

Apa kak Orang kaya mana Anis menyoal. Nurul tidak perasan kehadiran Anis yang berdiri di sebelahnya. Dilihatnya Zafirah yang sepanjang masa melekat dengan adiknya itu. Kasihan, barangkali anak kecil itu rindukan kasih-sayang seorang ibu.

Fakrul dengan Azura dah tak ada. Mereka dah balik agaknya. Tak sempat nak makan.

Akak ni macam tak tahu pula. Mereka mana nak makan dalam dulang. Dah tu berkongsi dengan orang-orang biasa macam kita ni.

Ish, tak baik Anis cakap macam tu. Tak elok berprasangka buruk pada orang. Allah tak suka. Akak dah pesan banyak kali, kan tegur Nurul.

Maaf, kak. Hm, mana Kak Linda ni tak balikbalik. Telefon pun tak angkat. Anis dah cuba banyak kali.

Para tetamu semakin berkurangan. Di dapur, Nurul, Anis, Hajah Tuminah dan beberapa orang jiran sibuk mengemas dan mencuci pinggan mangkuk. Pinggan yang siap dibasuh, disusun di atas kain yang telah dihampar. Ini akan membantu air turun dan mudah diasingkan.

Anis, jom ikut akak. Inspektor Hassan dah tunggu kat depan tu. Kesian dia. Nurul menarik tangan Anis. Zafirah yang sudah mula jalan-jalanjatuh itu terkedek-kedek mengikuti Anis.

Firah tidur dululah dengan opah. Dah lewat ni, Hajah Tuminah segera mendukung anak kecil itu sebelum sempat dia mengekor dengan lebih jauh. Pada mulanya Zafirah merengek-rengek sambil menghulurkan tangannya ke arah Anis. Namun kemudiannya ternyata anak kecil itu sudah mengantuk. Dia menguap sambil menggosokkan matanya apabila Hajah Tuminah menyuapkan botol susu ke mulutnya.

Terima kasih, Hajah.

Di ruang tamu kelihatan Inspektor Hassan duduk sambil membaca majalah. Kepalanya terangguk-angguk penuh kusyuk. Dia meletakkan kembali majalah itu apabila menyedari kedatangan dua beradik itu.

Maaf, lambat. Ada kerja di dapur sikit, jelas Nurul.

Tak apa. Ceritalah apa masalahnya.

Nurul pun terus menceritakan perihal kehilangan Linda. Sesekali Anis turut mencelah. Nurul juga mengkhabarkan tentang kehadiran Fakrul dan Azura di majlis tahlil tadi.

Nampaknya kes ini menjadi lebih rumit. Sekarang, Linda pula mangsa seterusnya. Nak report kehilangan Linda kena tunggu 24 jam dulu, terang Inspektor Hassan. Mukanya berkerut seperti memikirkan sesuatu.

Begini, saya nak cari Linda dulu. Boleh usul Anis.

Ya, saya dengan Anis cadang nak pergi lepas siap kemas rumah ni, tambah Nurul.

Baiklah, memang kita kena cari Linda. Saya tunggu awak, kita pergi cari Linda sama-sama. Saya akan hubungi anak buah saya untuk ikut operasi mencari Linda ni. Keputusan sebulat suara tercapai.

BANYAK kedai yang dah tutup, keluh Nurul.

Memanglah, tengok jam dah pukul berapa.

11.00 malam, balas Inspektor Hassan.

Habis, kalau tak dapat cari kita nak buat apa lagi Anis mula risau. Dia amat rapat dengan Linda sejak Linda hadir dalam keluarga mereka.

Kalau tak jumpa, kita sambung operasi ni esok. Saya akan buatkan laporan kehilangan Linda. Nurul, kalau boleh awak teruskan bekerja di syarikat tu buat sementara waktu. Mana tahu, ada maklumat lain yang bakal kita peroleh. Saya pasti orang itu kenal baik dengan keluarga

Khairul.

Baiklah. Nurul menyetujui cadangan Inspektor Hassan.

Malam itu mereka balik dengan harapan dapat menemui Linda keesokan harinya. Malam yang dingin tidak mampu melelapkan mata Nurul. Dia memikirkan nasib Khairul dan adik-beradiknya. Siang tadi, dia menjenguk Khairul di wadnya. Keadaan lelaki itu bertambah baik. Doktor menjangkakan Khairul akan sedar pada bila-bila masa sahaja dengan izin Allah SWT. Nurul mengucapkan syukur pada Allah SWT.

Bacaan al-Quran sayup-sayup kedengaran memecah sunyi. Nurul bingkas bangun menyiapkan diri untuk solat subuh. Sepanjang malam itu Nurul tidak tidur. Kepalanya berdenyut-denyut terasa berat. Nurul mengejutkan Anis agar dapat solat berjemaah. Dia mengejutkan adiknya itu perlahan-lahan supaya tidak membangunkan Zafirah yang tidur bersamanya.

Nurul gembira melihat hubungan rapat antara Anis dengan anak tunggal Khairul itu.