Separuh dari duit gadaian tanah diberikan pada Ayah Wan untuk dibuat kenduri sebelah perempuan. Mulanya Ayah Wan menolak kerana ada duit sendiri. Tambah lagi duit diberikan Afi Lukman. Tapi, atas desakan Che Long, Ayah Wan terpaksa terima demi menjaga hati.
Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT. Akhirnya, jadi juga kita berbesan ya Mak Wan, kata Che Jah sambil menadah tangan.
Mak Wan betulkan tudung hampir senget. Ini yang dikatakan, kalau jodoh tak ke mana. Dulu dipaksa-paksa, tapi jodoh belum sampai, tak jadi juga.
Ayah Wan turut tersenyum. Kamu ni Long... fasal apa kamu gadaikan tanah Nanti susah nak tebus semula. Kamu bukan ada duit sangat. Lagipun susah nak dapat tanah zaman sekarang. Nak beli bukan main mahal. Bukan zaman mak bapak kita dulu-dulu. Tanah setengah ekar pun 35 ringgit saja. Zaman ni kalau tak ada 100 ribu dalam tangan, jangan mimpi nak dapat setengah ekar.
Tak apalah, Ayah Wan. Majlis sambut menantu nanti, pertama kali kami nak buat. Lagi pula, Idlan satu-satunya anak kami. Kalau tak berhabis kat dia, nak berhabis pada siapa lagi Tenang Che Long memberi sebab dan alasan.
Betul tu, Ayah Wan. Satu lagi, sebab kami betulbetul nak raikan Ika. Sebagai ganti rugi pada apa yang pernah Idlan buat kat dia dulu, sampuk Che Jah pula.
Eh, mana budak berdua tu Soal Mak Wan sambil memanjang leher. Sejak tadi dia tak nampak bayang anak perempuan dan menantunya.
Ada kat belakang. Tengah cuci kawah. Afi Lukman menyampuk.
Kebetulan dia lalu di situ. Sebenarnya, dia yang menyuruh Idlan buat kerja tu. Sengaja beri arahan sebab nak tengok Idlan bantah ke tidak.
Heh... apa Idlan fikir kalau dah dapat kahwin dengan adik dia, Idlan boleh bersenang-lenang Jangan harap dia nak biar Idlan senang hati tanpa buat apaapa kerja. Di awal-awal perkahwinan macam ni, dia nak dera Idlan dulu. Afi Lukman sengih seorang diri. Terbayang-bayang lagak samseng yang dibuat-buat tempohari.
Di belakang rumah, Idlan terbongkok-bongkok mencuci kawah sambil diperhatikan Ika. Puas Ika melarang supaya dia tak buat kerja, tapi langsung tak diendah. Kata Idlan, dia dah biasa bab cuci mencuci ni.
Abang ni degil betullah. Ika kata tak payah buat, tak payah buatlah. Abang rehat aje kat bilik. Pedulikan Abang Afi tu. Dia saja je nak kenakan abang, bebel Ika.
Lengan baju kurung disinsing hingga ke paras siku. Dia duduk mencangkung sebelah Idlan untuk membantu. Idlan menoleh. Memerhati tingkah isteri sibuk nak menolong.
Ika buat apa ni
Nak tolong abanglah. Dah abang degil sangat, bebel Ika lagi sambil memberus permukaan bawah kawah yang hitam legam.
Idlan tersengih. Lucu melihat Ika bersungguhsungguh nak menolong. Ika sepatutnya berehat. Bukan abang. Malam nanti nak overtime, usik Idlan dengan bicara nakal.
Ika berhenti memberus. Dahi berkerut memandang Idlan. Hairan.
Overtime Naif dia menyoal.
Idlan tayang sengih penuh makna dan Ika picingkan mata. Cuba mencerna semula apa maksud Idlan. Ketika dapat menangkap maksud tersirat sebalik perkataan overtime yang disebut suaminya, Ika lekaslekas berdiri. Berus dicampak dan terus berlalu masuk ke rumah.
Idlan ternganga. Terpinga dengan tingkah Ika. Apa kena tu Rasa tak sedap hati, dia lekas-lekas cuci tangan. Kawah siap dicuci, disandar ke dinding.
Dalam bilik, Ika tersenyum malu. Apa yang dia kalut sangat bila Idlan sebut fasal overtime. Sampai berus dicampak-campak. Boleh pula tu dia tinggalkan Idlan di belakang rumah seorang diri. Entah dah siap ke belum suaminya mencuci kawah, dia pun tak tahu.
Ika...
Terdengar pintu diketuk dan suara Idlan memanggil, lambat-lambat dia membukanya. Bibir dikemam menahan senyum ketika menyambut Idlan masuk.
Abang Afi tu memang, kan Saja je nak balas dendam kat abang. Kata Ika. Sengaja cari topik lain untuk berbual. Tak mahu diingat-ingat fasal overtime.
Idlan menutup pintu bilik. Perlahan dia menapak mendekati Ika. Hal kecil. Abang boleh buat sampai siap.
Ika tunduk tersipu. Malu saat dagunya disentuh. Kemudian perlahan mengangkat muka.
Dah nak maghrib. Abang pergilah mandi. Lepas tu abang rehat, ya...
Okey, sepatah Idlan menjawab sebelum bergerak ke satu sudut di mana beg pakaian diletak di situ.
Ika gigit bibir. Dahi ditepuk kasar bila tersedar dia belum kemaskan pakaian Idlan. Dia mendekati Idlan dan terus mengambil beg pakaian dari tangan suaminya.
Maaf sangat-sangat abang. Ika lupa nak keluarkan baju abang dan susun dalam almari, wajah Ika cemas semacam. Mana dia tak cemas kalau dah terlanggar janji yang dia buat pada diri sendiri. Hari tu bukan main dia nekad nak jaga Idlan sebaik-baiknya bila Idlan sah jadi suami. Tapi, baru hari pertama dia dah langgar janji tu.
Idlan pamer wajah pelik. Perkara remeh saja ni, sayang. Tak perlu minta maaf. Bukan kesalahan besar.
Ika letak beg pakaian atas katil. Dia perlu jelaskan keadaan pada suaminya ini.
Ika beranikan diri mendekati Idlan. Dibuang rasa malu yang selama ini jadi pendinding. Kedua-dua tangan merangkul pinggang Idlan. Suaminya didakap perlahan dengan penuh rasa kasih dan sayang. Wajah dirapatkan ke dada Idlan.
Ika dah jadi Isteri pada abang. Mulai hari ni, Ika nak beri khidmat sebagai isteri dan janji akan buat yang terbaik. Biar dalam hati abang cuma ada nama Ika. Tak ada nama kak Irdiana... Dia berbisik perlahan di telinga Idlan, membuat janji walau terpaksa menyebut nama Irdiana.
Kalau dia tak berbisik pun tak apa. Bukan ada sesiapa yang dengar. Tapi, sengaja dia bertindak di luar kotak. Dia akan takluk jiwa Idlan habis-habisan. Biar lenyap terus nama Irdiana dalam hati suaminya ini.
Idlan terasa tubuhnya keras kejung dengan cara Ika membuat janji. Tak sangka Ika bertindak begini. Berdiri rapat dan terus mendakap tubuhnya. Manalah dia tak terkejut. Buat pertama kali telinga sejuk mendengar kata-kata manis dari perempuan bergelar isteri. Kalau dengan Irdiana dulu... ah, malas dia nak ingat-ingat. Buat apa nak dirosakkan mood pengantin baru dia dan Ika. Tak ada faedah langsung.
Idlan berdeham. Cuba mengusir perasaan gugup yang tiba-tiba hadir. Dah kenapa pula dengan dia ni. Darah gemuruh ke apa. Ketika jari-jari halus Ika bersentuhan dengan kulitnya, dia terasa lain macam. Telinga digaru-garu. Belakang leher digosok-gosok. Macam cacing kepanasan. Sepatutnya dia yang mulakan dulu. Bukan Ika.
Ika yang tersedar dengan kelakuan pelik Idlan, mula bertanya, Kenapa, bang Ika salah cakap, ya
Idlan tersengih kecil. Mukanya kemerah-merahan. Pelik pula dia ni. Sebagai lelaki yang ada pengalaman, sepatutnya dia tak boleh malu.
Tak ada. Betul dah tu...
Habis, kenapa muka abang macam tu Soal Ika pura-pura tak tahu apa.
Dia memang sengaja mendakap Idlan begitu. Tak sangka Idlan boleh menggigil sampai macam ni sekali.
Takkan Idlan tak biasa Lagipun dia bukan buat apaapa. Dia cuma beritahu soal janji saja. Pelik sungguh Idlan.
Senyum ditahan-tahan dan rasa geli hati dikawal sebaik mungkin. Memang sengaja dia perlakukan Idlan begitu. Dia mahu Idlan rasa dikasihi dan disayangi melalui sentuhan-sentuhan ringannya sebentar tadi.
Idlan cuba kawal diri. Perlahan tangan bergerak merangkul pinggang Ika dari sisi. Buat pertama kali dia menyentuh Ika sebagai suami. Dengan lembut dia menarik Ika rapat ke dada, dipeluk begitu erat seakan tak mahu lepas sebelum melabuh satu kucupan di dahi Ika sebagai tanda cinta.
TERPISAT-PISAT Ika membuka mata. Tangan meraba-raba bantal di sebelah. Idlan tak ada
Lambat-lambat dia bangkit dan memerhati sekeliling. Bibir melakar senyum tipis saat pandangan menangkap kelibat Idlan sedang bersolat. Jam dinding dijeling sekilas. Pukul 12.15 malam. Solat apa Idlan buat Tahajjud ke Hati berteka-teki lalu dia bergerak turun dari katil.
Perlahan dia melutut di belakang Idlan apabila suaminya selesai berdoa. Bahu Idlan disentuh lembut. Kenapa abang tak tidur
Idlan berpaling. Serta-merta ubah kedudukan lalu bersila dengan selesa. Wajah Ika ditatap dengan senyuman. Kedua-dua pipi isterinya dipegang dan diusap perlahan.
Abang buat solat hajat. Sayang kenapa tiba-tiba bangun
Kedua-dua tangan Idlan yang melekat di pipi, disentuh lembut.
Ika terjaga. Tengok abang tak ada.
Tak boleh tidur kalau abang tak ada kat sebelah Idlan tersenyum. Manja sungguh isterinya ni. Baru beberapa minit dia tinggalkan katil, Ika dah mula tunjuk gelisah.
Ika tersipu. Rasa malu dengan soalan itu.
Tak adalah. Dia menafikan. Cuba sembunyi gerak laku yang sudah ditangkap Idlan.
Ika tentu letih. Tadi abang tengok bukan main selera Ika tidur.
Kenapa abang tak kejutkan Ika Boleh kita solat sama-sama, balas Ika separuh muncung.
Idlan menarik Ika rapat ke dada, Mari sini dekat abang.
Ika bergerak mendekati Idlan yang lengkap berbaju melayu dan berkopiah putih. Sejuk matanya melihat wajah Idlan.
Kalau Ika buat solat hajat, apa yang Ika nak doakan Soal Idlan. Nak juga dia tahu apa yang diimpikan isterinya yang bernama Ika Alia ini.
Ika tak nak minta banyak. Cukup kalau Allah kekalkan kebahagiaan pada rumahtangga kita. Ika nak curahkan kasih sayang pada abang. Ika tak nak abang rasa kekurangan setiap kali Ika ada dengan abang. Ika nak jaga abang baik-baik. Ika tak nak susahkan abang atau buat abang tak senang hati dengan Ika.
Banyak hajat Ika tu, kata Idlan dengan senyum nipis.
Kenapa Abang rasa Ika tak boleh buat
Bukan. Bukan macam tu... cuma... Idlan urut dagu. Seolah berfikir panjang.
Risau menjengah relung hati dengan kesungguhan Ika. Nampak benar Ika bermati-matian nak lakukan yang terbaik untuk dirinya. Mungkin dengan pengakuannya di pantai tempohari, buatkan Ika jadi begini. Hisy, tak patut dia mengaku masih ada rasa cinta pada Irdiana walau yang tinggal hanya saki baki. Cuma apa, abang
Abang nak Ika jadi diri sendiri. Tak perlu berjanji banyak. Abang bimbang nanti tak tertunai... Ika tayang muka tak puas hati.
Apa maksud abang Salah ke Ika buat janji macam-macam dengan abang Orang nak jaga dia baik-baik, dia macam tak yakin dan tak percaya pula dengan kita, rungut Ika dengan menjarakkan diri. Merajuklah tu kononnya.
Idlan senyum melihat tingkah isterinya yang masih muda ini. Dia berdiri. Tangan dihulur pada Ika supaya isterinya menyambut. Malas nak berdebat lewat malam begini walau topik disentuh bukan bermotifkan pergaduhan. Hanya perbualan biasa menyentuh isu tanggungjawab isteri pada suami.
Ika mendongak. Cukup lama memerhati wajah Idlan sebelum Idlan membongkok dan menarik tangannya supaya dia berdiri. Pandai betul Idlan memujuk. Tak perlu menuturkan ayat manis hingga berjela-jela. Cukup sekadar dengan bahasa tubuh.
Dia bukan marah, tapi dia mahu Idlan tahu isi hatinya sekarang. Dia ingin memenuhi semua tanggungjawab seorang isteri pada Idlan yang selama ni tak pernah diisi oleh Irdiana. Itu saja.
Namun, Idlan nampak tak berminat nak teruskan perbualan mengenai hal itu. Tak apalah. Mungkin tak perlu dia luahkan apa-apa lagi pada Idlan. Kalau niat baiknya dah ada, biar dia teruskan saja dengan melakukan rutin harian sebagai isteri dalam rumahtangga mereka.