EPILOG KITA - 38
WELCOME to our home. bisik Ryan dekat dengan cuping telinga saat si isteri masuk ke dalam biliknya. Bilik yang suatu masa dahulu pernah dikongsi dengan Hani cuma ruang saja yang memisahkan mereka.

Our home apanya Ni rumah nenek awaklah... Hani larikan telinganya.

Eh, pandai je cakap macam tu. Ni rumah abang tahu. Arwah Papa abang yang namakan abang sebagai pewaris rumah ni. Ryan tak mahu kalah.

Hani mencebik. Macam tu rupanya. Jadi maknanya rumah besar ni adalah rumah mereka Percayalah, dia dapat suami rumah besar. Teringat saat kecil dulu. Dia pernah cakap nak suami yang ada rumah besar. Masin juga mulutnya.

Beg ni nak letak mana Bilik tu ke Hani berpura-pura ingin melangkah ke arah bilik yang pernah didiaminya dulu. Saja nak melihat reaksi Ryan.

Seperti yang dia jangka, Ryan menarik tangannya.

Jangan nak mengada. Mulai sekarang tempat Hani dalam bilik ni, dengan abang. Jangan berangan nak duduk bilik tu lagi. Lagipun bilik tu abang dah jadikan bilik pejabat semula. Mana ada ruang Hani nak tidur dah.

Ye ke Alas tidur mana Nanti Hani tidur tepi katil abang eh. tak habis-habis Hani mengusik.

Membulat mata Ryan jadinya. Dengan kekuatan yang diturunkan ke tangannya, dia memusingkan tubuh itu menghadap wajahnya.

Nakal! hidung Hani dicuit sebelum dia mendekatkan bibir di teliga isterinya.

Lepas ni tak payah tidur bawah dah. Hani boleh tidur atas katil tu dan... semestinya, sebelah abang. Itu tempat Hani sekarang. Will you dear bisik Ryan dengan suara mendayu-dayu.

Merona merah muka Hani dibuatnya. Aduh! Mana perginya Ryan versi dulu ni Naik bulu romanya bila Ryan dah mula tunjuk keromantisannya. Kalau isi pejabat tahu orang yang dia orang panggil Topeng Raksasa ni, boleh jadi romantis macam hero drama, agaknya topeng apa pula dia orang gelarkan

Abang ni tak habis-habis bisik. Bukannya ada orang lain pun. dengan muka malu, tubuh Ryan ditolak. Bila suaminya terdorong ke belakang, dia melompat naik ke atas katil. Leganya.

Abang bisik sebab... Ryan berjeda sebelum turut melompat ke atas katil. Dia meniarap sambil tangan memanggung kepalanya. Merenung terus ke dalam anak mata isterinya.

Abang rasa dekat sangat dengan Hani bila abang bisik macam tu. Rasa macam rindu abang berterbangan dibawa angin. sambung Ryan siap bermadah lagi.

Tertarik wajah Hani ke belakang. Biar betul, Ryan yang cakap. Macam tak nak percaya je.

Abang belajar dari kasanova mana cakap manis-manis macam ni Tak sangka pandai juga abang ni berjiwang. perli Hani, menutup rasa gugupnya pada suara Ryan yang membuat jiwanya terasa hangat. Jangan hairan kalau dia terterkam Ryan nanti. Dah la dia rindu pada suaminya.

Abang tak belajar dari kasanova sayang. Abang belajar dari cinta. Cinta seorang gadis bernama Nur Hani Abdullah.

Eiii! Dah la tu bang. Ada juga semut hurung mulut abang nanti. Manis sangat ayat tu abang oi.giat Hani sambil menahan malu.

Siapa tak bangga dapat ayat sweet dari suami sendiri. Kau ada Ketawa Ryan dek muka kegelian Hani. Sejujurnya dia pun geli juga, tapi bila tengok wajah kesayangannya, ayat tu terkeluar secara spontan.

Hani... panggilnya syahdu pada Hani yang asyik menepuk bahunya. Lenguh bahu la tu.

Ye

Thanks...

Thanks Untuk Hani binggung.

Sebab Hani terima abang sebagai suami. Abang tahu abang bukan sempurna, tapi abang janji abang akan usaha sebaik mungkin untuk bahagiakan Hani.

Syahdu betul mendengar janji Ryan. Aduhai suami dia ni. Bila la dia boleh tengok perangai Topeng Raksasa balik

Tak payah buat apa-apa. Cukup abang senyum, Hani dah bahagia. jawab Hani tulus.

Memang itu la yang dia rasakan. Setiap kali Ryan tersenyum, setiap kali itu juga dia rasa kebahagiaan mengetuk pintu hatinya. Tersenyum Ryan dengan jawapan isterinya. Sama sepertinya. Dia hanya akan bahagia bila melihat Hani ketawa. Tak sangka, hatinya memilih Perempuan Mulut Wisel tu.

Kalau abang senyum macam ni, Hani bahagia tak Ryan naik sedikit ke atas hingga wajahnya begitu hampir dengan si isteri. Satu senyuman dengan gigi tertayang luas, dihadiahkan pada isterinya.

Pap! Tapak tangan Hani melekat penuh di wajah Ryan. Menolak wajah yang semakin menghampirinya. Terkejut dia bila Ryan tayang gigi dengan sengihan pak lawak. Hodoh!

Kalau macam tu, bukan bahagia, tapi mimpi buruk. Hani ketawa kecil. Ryan yang mendengar turut ketawa.

Sekejap, abang ada sesuatu nak tunjuk pada Hani. kata Ryan tiba-tiba. Dia bangun dan melangkah ke arah meja solek. Sesaat kemudian, dia kembali ke birai katil dengan sesuatu di tangan.

Tadaaa.... Cantik tak satu bingkai gambar ditayang pada Hani.

Ini... mata Hani terbuka luas memandang gambar yang berada di dalam bingkai itu. Namun seketika kemudian dia ketawa kecil.

Abang biar betul. Siapa yang edit ni Hani ketawa besar. Mana tak ketawa, gambar dia dengan Ryan sebelah menyebelah. Sah! Guna photo college ni. Pandai je Ryan ni gabungkan gambar dia orang berdua. Lepas tu macammacam emotion ada. Ada yang ketawa, ada yang terjelir. Ada yang mata bentuk-bentuk hati. Namun matanya berhenti pada tulisan di bahagian bawah gambar itu.

Bila ada kamu baca Hani sambil menyoal Ryan. Suka pula wajah Ryan saat ni.

Pertama kali, gambar ni memang abang edit. Abang tak pernah guna aplikasi editor tu, tapi bila dah guna, seronok pula letak gambar muka bulat-bulat kecil tu. Cantik tak

Hani sembunyi senyum. Nak kata tak cantik, nanti terluka pula hati mamat ni. Nak kata cantik, tak sanggup. Gambar tu dah macam badut dah.

Dan tulisan ni. Ryan sentuh tulisan yang tertera di gambar itu.

Bila ada kamu. Bila Hani ada dalam hidup abang yang selama ni rasa tak sempurna rasa macam dah disempurnakan. Sebab Hani, perlahan-lahan abang dapat terima takdir. Sebab Hani, hubungan abang, ibu dan nenek dah pulih dan... sebab Hani, semuanya terbongkar. Sebab Hani, abang tahu kejadian sebenar disebalik apa yang berlaku dulu. Semuanya berubah sebab

Hani. Bila ada kamu, bila ada Hani di sisi abang.

Terharu Hani dibuatnya. Tak sangka sampai begitu sekali Ryan gambarkan dirinya. Sebab dia diutuskan oleh Allah untuk merubah Ryan yang dingin. Kemalangan arwah Riana, mungkin itulah titik permulaan sebelum dia mengenali lelaki bernama Ryan.

Kenapa diam Abang terlebih romantik eh giat Ryan. Eleh, perasan! Ryan ketawa.

Sayang, you love me right tanya Ryan tibatiba.

Hani tegangkan matanya. Alamak! Ryan ni tanya soalan privasi ni pula. Malu la dia! Melihat Ryan yang menunggu jawapannya, kepala mula diangguk.

And, I love you too. ungkap Ryan usai Hani mengangguk.

Jadi

Hani cintakan abang, abang pun cintakan Hani. Hani tak fikir ke kita perlu adakan suatu untuk menjadi bukti cinta kita

Hah Bukti

Ye sayang. Bukti cinta kita.

Hani garu kepalanya yang tak gatal. Pelikpelik pula soalan Ryan ni. Tapi, bukti macam mana yang Ryan nak tu hah

Benda apa yang boleh jadi bukti Jam

Cincin Baju pasangan Lurus Hani berfikir. Hesy! Ada ke benda tu. Bukan la sayang. Benda lain. balas Ryan dengan senyuman penuh makna.

Apa dia Hani tetap bertanya lurus namun saat matanya bertentangan dengan anak mata Ryan yang cukup nakal, hatinya mula tak sedap. A...nak!

Anak!!! seluruh tubuh Hani terkejung.

Ryan ketawa besar bila Hani tayang muka terkejut begitu. Aduhai! Comel pula isterinya. Tanpa kata, dia melompat ke arah Hani dan tubuh itu terus dilekap kejap ke arah dadanya. Terjerit si isteri dibuatnya.

Abang... tak nyawa la! Hani meronta.

Bukti cinta kita. ujar Ryan nakal. Rangkulan terus dieratkan.