Entah bila Arissa membuat proposal itu. Lengkap, kemas dan begitu terperinci sekali. Dia pun tidak bertanya kepada isterinya namun Arissa meletak tarikhnya semalam. Dibelek proposal yang lengkap dengan gambar tapak projek dan beberapa contoh resort yang ada sekitar Langkawi sebagai perbandingan.
Hmm... ini gambar yang pernah diambil dahulu. Dia masih ingat lagi proposal yang pernah dibuat oleh Arissa dan Julien suatu ketika dulu. Copy paste agaknya ni, dia mengagak sendiri. Hakimi senyum dengan apa yang difikirkan.
Kimi
Hakimi memandang Encik Razali yang menyebut namanya. Macam mana
Saya tak ada apa-apa nak cakap... Harap formula ini berjaya. Insya-Allah saya akan minta Jabatan Pemasaran di sini beri sokongan dari segi promosi dan lain-lain untuk resort baru ini nanti, Insya-Allah. Hakimi memberi jaminan.
Memang dia berpuas hati dengan pelan pemasaran yang baru sahaja dibentangkan Arissa. Padanya kerjasama itu wajib. Lagipun mereka berada di bawah satu bumbung besar dan perlu saling sokong menyokong antara satu sama lain.
Tambahan Sweet Arena Langkawi Resort seperti anak baru lahir dan perlu banyak bimbingan daripada Sweet Arena Management dan hotel-hotel yang sudah lama bertapak.
Apa yang penting dia harus menyokong setiap tugasan Arissa. Kerana gadis itu adalah isterinya. Dia tahu Arissa sentiasa komited dengan tugasan yang diberikan. Ini adalah tugasan pertama isterinya bersama Sweet Arena Langkawi Resort. Rasa bangga pula dia dengan pembentangan Arissa sebentar tadi.
Terlupa dia hendak mengucap selamat berjaya kepada Arissa tadi. Hakimi tersenyum sendiri dengan apa yang difikirkan.
Senyum dari tadi. Apa halnya bisik Naim yang duduk di sebelahnya.
Spontan matanya beralih ke wajah Naim. Eh, suka hati akulah nak senyum ke apa! Hatinya berbisik sendiri. Tak ada apa, balas Hakimi acuh tak acuh sambil membetulkan duduknya. Kaki disilang agar lebih selesa.
Naim senyum kemudian kembali memandang Arissa yang masih tekun menjawab soalan salah seorang dari Sweet Arena Management. Gadis itu kelihatan begitu yakin dengan pembentangan sebentar tadi. Sesekali tergelak-gelak apabila ada yang mengusiknya dengan pelan perancangannya yang baru dibentangkan beberapa minit tadi.
Gadis begini yang dia suka. Sentiasa berkeyakinan dengan apa yang dilakukan. Keyakinan yang ada itu yang membuat Arissa kelihatan begitu anggun dan cantik di matanya.
Betapa ruginya gadis itu terlepas ke tangan Hakimi. Patutlah dia seperti pernah melihat Arissa. Gadis itu adalah bekas kakitangan Hotel Sweet Arena Pulau Pinang satu ketika dahulu. Cita rasa Hakimi memang tak pernah berubah.
Ainul dah nak kahwin. Naim sengaja menyebut nama itu.
Jadi Dia tahu Naim sengaja hendak membuat dia berang.
Dia tak jemput kau ke soal Naim ketawa kecil.
Hakimi memandang Naim.
Nak jemput buat apa Aku dah tak ada kena mengena dengan dia lagi. soalan Naim seperti hendak mencari gaduh. Memang lelaki ini tak ada otak, kutuk Hakimi sendiri.
Kan kau bekas kekasih dia dulu.
Semakin panas hatinya. Ikutkan hatinya yang sedang menggelegak, mahu sahaja dia meninju muka Naim. Okey, sabar hati, sabar, Hakimi cuba membawa dirinya bersabar agar tidak membuat perkara-perkara yang tidak diinginkan.
Itu dulu. Sekarang aku dah ada isteri. Tu... Hakimi menjuihkan muncungnya ke arah Arissa. Alhamdulillah aku tak kahwin dengan Ainul ya. Sebab Allah tu nak bagi aku perempuan yang jauh lebih baik dari Ainul. Terima kasih pada kau sebab potong jalan aku. Kan kau pernah cakap macam tu pada aku dulu. Hakimi memandang Naim dengan senyuman. Rasanya itulah jawapan balas terbaik darinya untuk Naim. Hendak sangatkan. Ambik kau!
Naim senyum yang dibuat-buat. Rasa bengang pula dia dengan balasan daripada kata-kata Hakimi tadi.
Dia nak nikah dengan senior kita di U dulu. Abang Faizal... kau kan rapat dengan Abang Faizal. Selalu pergi hiking dulu. Naim mengingatkan tentang lelaki itu. Nampaknya taste kita semua sama ya. Tak lari. Naim ketawa kecil.
Lelaki, kau lelaki aku lelaki... memang sama. Cuma yang bezanya iman kita. Kau dikawal oleh nafsu. Pantang nampak perempuan berdahi licin, semua kau nak sapu. Tapi tak semua perempuan berdahi licin itu boleh kau sapu, takut dia orang menyapu kau pula. Hakimi ketawa kecil sambil menyiku Naim. Dia berharap Naim faham dengan apa yang dimaksudkan.
Naim senyap dan hanya memandang Hakimi yang sudah pun bangun sebaik selesai Arissa membuat pembentangan sebentar tadi.
Abang tak boleh lama... ada kerja sikit, beritahu Hakimi yang memang terikat dengan jadual kerjanya. Itu pun dia mencuri sedikit masa untuk mendengar pembentangan isterinya tadi.
Lunch nanti macam mana Tak join sekali dengan Walid dan yang lain soal Arissa ingin tahu.
Tak. Ada lunch appointment dengan KM, jelas Hakimi. Matanya sempat melirik kepada Naim yang sedang bercakap dengan beberapa orang kakitangan Sweet Arena Management.
Hmm... okey!
Hari ni tak ada apa-apa appointment Hakimi bertanya ingin tahu. Tak.
Okey. Apa-apa Whatsapp abang nanti. Nak balik beritahu ya.
Dia mengingatkan Arissa. Selalu, isterinya akan pulang dengan Encik Razali. Kasihan pula dia dengan Arissa yang terpaksa menjadi pemandu, menantu, tukang masak, jururawat dan Pengurus Pemasaran cum PA, Sweet Arena Langkawi Resort. Begitu pun gadis itu tidak pernah bersungut.
Ya, jawab Arissa sepatah.
Hakimi meminta diri untuk keluar dari bilik seminar yang diguna sebagai pejabat sementara oleh kakitangan Sweet Arena Langkawi Resort. Sempat dia menjeling Naim yang sudah menghampiri Arissa. Dia percaya isterinya pandai menjaga diri dan Encik Razali juga ada bersama mereka.
Ya Allah, harap-harap tidak terjadilah untuk kali kedua. Dan dia percaya dengan Arissanya. Kerana gadis itu sudah mempercayainya semenjak mereka mula bernikah.
MINGGU depan dua staf nak masuk lagi, keluh Encik Razali.
Ketika itu mereka sedang menonton siaran berita di TV di ruang keluarga tingkat satu. Namun dia tidak pasti apakah berita yang tersiar di skrin sebesar 41 inci itu.
Ya, Encik Ariff dan Encik Kamarul. Kenapa Macam berat keluhan Walidnya.
Ingat nak cari rumah untuk dia orang bertiga. Masakan nak tinggal dekat hotel tu sampai dua tiga bulan. Pengsanlah resort nak bayar. Bukan sekupang dua. Encik Razali memandang Hakimi.
Hakimi ketawa. Faham dengan maksud Walidnya.
Lama lelaki itu meneliti bajet yang dibuat oleh Encik Johan, Pengurus Kanan Kewangannya. Itu pun sudah berapa kali berubah setelah Arissa membuat survey pada bahagiannya. Semakin pening dia melihat nombor-nombor di atas kertas bersaiz A4. Banyak pula tu, bukan sebuah jabatan tetapi ada empat buah ketika itu dan mungkin akan bertambah setelah jabatanjabatan lain ditubuhkan.
Apartment Arissa tu kosong. Dia cuba melihat reaksi Encik Razali.
Hmm... Mata Encik Razali beralih ke wajah Hakimi.
Kalau Walid nak, boleh Kimi tanyakan. Lagipun sewanya boleh tahan. Kalau takat 3 hingga ke 4 bulan pun rasanya tak over bajet jika banding duduk kat hotel kan Hakimi sengih.
Betul tu. Cubalah Kimi tanya Arissa.
Ya. Nanti Kimi tanya dia.
Tiba-tiba dia rasa seperti salah seorang dari kakitangan resort pula. Alah... tak apa. Sweet Arena Langkawi Resort pun salah sebuah cawangan baru Hotel Sweet Arena juga.
Walid janganlah bawa kerja ke rumah. Kat office tengok kerja. Kat rumah pun tengok kerja. Sama macam Arissa. Arissa tu tak apa... Walid tu tak boleh terlalu banyak berfikir. Nanti stres. Kat rumah berehatlah. Susah hati dia melihat lelaki itu begitu kuat bekerja. Dia tahu Encik Razali semakin teruja untuk menerajui resort mereka di Langkawi sebab ia projek yang telah lama diidam-idamkan.
Encik Razali senyap.
Naim akan ikut ke Langkawi nanti. Encik Razali sekali lagi memandang anaknya.
Haa terkejut Hakimi. Kenapa Dia tu siapa sebenarnya Dia semakin tidak faham mengapa Naim datang ke situ dan libatkan dari dalam projek Sweet Arena Langkawi Resort.
Entahlah... Encik Razali tidak pasti apa tujuan kedatangan Naim ke situ.
Setahunya lelaki itu tidak terlibat langsung dalam apa-apa projek Sweet Arena Langkawi Resort mahupun dibawah Sweet Arena Management.
Kes dia masih dalam siasatan. Dia orang tak boleh nak letak Naim di mana-mana lagi. Dato kata, dah Naim nak ikut dia ke Langkawi, dia tak boleh nak cakap apa-apa, jelas Encik Razali dengan cerita yang diceritakan oleh Dato Ilyas semasa mereka makan tengah hari tadi. Naim tiada ketika itu, makan di luar. Katanya hendak berjumpa dengan teman, teman mana dia tidak pasti. Apa yang dibimbangkan lelaki itu seperti berminat dengan menantunya.
Hakimi senyap.
Jaga-jaga sikit si Naim tu. Risau Walid tengok dia.
Tegak mata Hakimi memandang Walidnya. Err... kenapa
Macam berminat dengan Arissa je.
Bagai hendak tercabut jantungnya mendengar kata-kata Encik Razali. Jadi, bukan telahannya seorang sahaja. Walidnya pun perasan.
Kimi tak beritahu Arissa tentang Ainul Mata Encik Razali beralih memandang anaknya yang duduk tidak jauh darinya.
Tak. Arissa pun tak pernah tanya Ya, Arissa tak pernah tanya tentang kisah silamnya.
Rasanya tidak perlu sebab ia sejarah lama dan dia sudah pun melupakan Ainul. Apa yang dimahukan sekarang adalah membina sebuah keluarga yang pernah diimpikan bersama Arissa. Orang kata, dikenang jangan, disebut jangan.
Jangan tunggu sampai dia tanya. Beritahu dia... takut nanti ada orang ketiga cuba nak porak peranda rumah tangga korang. Cerita pada Arissa elok-elok, nasihat lelaki itu lagi.
Hakimi mengangguk-anggukkan kepalanya.
Flight Uminya esok pukul berapa soal Encik Razali ingin tahu.
Pukul 9.00 pagi.
Encik Razali mengangguk-anggukkan kepalanya.
Kimi dan Bad hantar Umi ke airport. Walid dan
Arissa pergi kemudianlah.
Sekali lagi Encik Razali mengangguk.
Dahlah... Walid nak tidur. Mengantuk bila dah makan ubat ni, keluhnya lalu mula melangkah meninggalkan Hakimi di ruang keluarga.
Hakimi bangun lalu menekan alat penggera rumah. Seketika suasana ruang keluarga itu bercahayakan lampu dinding sahaja. Dia melangkah naik menuju ke biliknya di tingkat atas.
ESOK Puan Hanim akan terbang ke Shah Alam. Pasti rumah itu akan sunyi dengan suara nyaring wanita itu. Arissa senyum sendiri mengingatkan kisah-kisah yang terjadi di rumah Hakimi semenjak dia tinggal di situ. Sebenarnya dia tidak menyangka perkara begini akan terjadi. Lain yang dirancang lain yang jadi.
Kedengaran di telinganya pintu di buka dan di tutup. Kuat sungguh keriut pintu bilik itu. Tetapi bagus juga, ia seperti alarm juga. Jika bukan Hakimi yang masuk, tahulah dia di mana hendak menyorok.
Sayang!
Arissa sengih. Kan
Dalam ni.
Lama dia memandang baju-bajunya yang bergantung. Baju banyak tetapi tidak tahu apakah yang patut dipakainya esok. Kalau staf hotel boleh juga di memakai baju seragam.
Buat apa Hakimi melangkah masuk dan berdiri memandang ke dalam almari yang terbuka di hadapannya.
Cari baju, keluh Arissa.
Sayang, panggilnya memandang Arissa yang masih menelek bajunya yang bergantungan.
Hmm...
Apartment sayang tu, kalau sewa kat resort nak tak Hakimi masih memandang Arissa.
Tegak mata Arissa memandang Hakimi. Resort nak sewa
Aah... takkan Encik Johan nak duduk hotel tu sampai dua tiga bulan. Itu kalau dua tiga bulan. Kalau tiga empat bulan. Macam mana
Arissa mengangguk. Benar juga apa yang dikatakan oleh Hakimi.
Boleh ke sewakan pada resort Arissa pula bersoal rasa tidak pasti. Tiba-tiba dia teringat katilnya.
Tak apa...
Macam mana dengan katil tu. Tak sedaplah orang lain tidur situ. Dia harap Hakimi faham dengan maksudnya.
Kita beli lain. Beli dua single bed. Katil tu bawa ke sini. Nanti boleh minta Bad buka-buka besi katil tu. Katil tu boleh buka kan Hakimi bertanya ingin tahu.
Boleh. Kalau tak macam mana nak masuk dengan pintu kecil tu. Tapi tilam tu... Hakimi ketawa.
Nanti sayang bincang dengan Walid macam mana rumah tu. Pasal katil tu, jangan risau... boleh di adjust. Sekali lagi Hakimi sengih.
Okey.
Kembali Arissa memandang baju-baju yang bergantungan. Tidak tahu yang mana patut dipakai esok. Dia memandang Hakimi yang tidak memandangnya.
Bang...
Hmm... Hakimi memandang Arissa.
Betul Umi nak balik esok Sekadar ingin tahu. Mana tahu Puan Hanim membatalkan rancangannya saat-saat akhir.
Tidak bimbangkah Hakimi Uminya sendirian ke Kuala Lumpur Walaupun tanah air sendiri suasana sudah tidak seperti dahulu lagi.
Aah. Kenapa
Abang tak risau ke dia balik sorang-sorang ke sana
Alah... bukan dia tak biasa.
Ya, bukan Puan Hanim tidak biasa pulang ke rumahnya di Shah Alam sendirian. Lagipun di KLIA nanti akan ada orang yang menunggunya. Mak Wan pun sudah berada di rumah Uminya sejak semalam.
Yalah... memang dia biasa. Tapi, dia Umi abang, tau Ibu ni tak ada gantinya. Macam Ris sekarang dah tak ada ibu, mana Ris nak cari ibu Hanya tumpang kasih Umi abang itulah, tegas Arissa masih menatap wajah suaminya.
Terkesima dia mendengar kata-kata isterinya. Walau dicemuh oleh Puan Hanim, isterinya tetap menghormati wanita itu. Alahai... ditarik tubuh Arissa lalu dipeluk dengan erat!
Temankan dia sehari dua. Dah abang pasti dia okey di sana, baliklah ke sini. Lagipun hujung minggu ni Walid dan Ris nak ke Langkawi, suruhnya sebagai memujuk lelaki itu menemani Puan Hanim.
Hakimi mengusap lembut belakang Arissa.
Tak apa ke abang pergi ni Hakimi pula tidak pasti dengan apa yang patut dilakukan.
Tak apa. Pergilah... dapat pahala tahu buat baik kat Umi. Abang untung masih ada Umi dan Walid untuk berbakti. Masa dia orang hidup nilah kita kena banyak-banyak buat baik dengan dia orang. Esok, kalau dia orang dah tak ada, hilang salah satu daripada keberkatan hidup kita, tau. Sebab dia orang sentiasa berdoa untuk anak-anak dia. Tak percaya tanya Umi... mesti dia berdoa untuk abang walaupun dia marahmarah sangat dan dia menyampah sangat-sangat dengan Ris, ungkap Arissa disusuli tawanya.
Ya Allah, mengapa baik sangat hati isterinya. Dalam Puan Hanim membenci Arissa, isterinya masih berkata yang baik-baik tentang wanita itu.
Sayang! tak mampu untuk dia bersuara lagi.
Tak apalah... kita sabar ya. Allah sedang menguji kita. Kita tua nanti tak tahu macam mana pula kan pujuk Arissa.
Hakimi mengangguk. Lama dia memandang
Arissa.
Arissa senyum. Kenapa
Spontan Hakimi mengucup bibir Arissa.
Terkejut Arissa dengan reaksi Hakimi yang tibatiba. Begitu pun dia tidak menolak.
Hadiah dari abang. Hakimi sengih selepas melepas ciuman tadi.
Eee... suka buat orang terkejut! ditepuk dada Hakimi.
Tepuk kuat sikit bagi jantung abang bergetargetar! Hakimi sudah ketawa dan kedua kali dia melakukan perbuatan yang sama.
Walaupun terkejut, Arissa tidak menolak. Rasa selesa dipeluk begitu oleh Hakimi.