Hujan juga sudah berhenti kerana aku sudah tidak terasa lagi rintik hujan menimpaku.
Akhirnya aku angkat juga wajah dan perlahanlahan mata kubuka. Aku lihat hujan masih turun di hadapanku. Aku toleh ke jeti di kiri, masih hujan. Automatik kepala kudongak ke atas dan terus mataku disapa dengan payung besar berwarna merah. Aku larikan pandangan ke kanan dan di situ aku lihat dia.
Daniel Izdihar sedang memayungiku dengan payung merah. Sedangkan dirinya berdiri dalam renyai hujan. Aku pandang dia tanpa berkelip. Entah bila dia sampai aku pun tak tahu.
Kenapa duduk dalam hujan ni Jom ke kafe. Niel mulakan bicara. Nada suaranya kedengaran matang.
Aku terus mengangguk dan bangun dari duduk. Payung merah masih meneduhiku. Niel tidak berjalan di bawah payung yang sama denganku. Dia kekalkan jarak yang jauh tika kami berjalan beriringan ke kafeteria.
Kenapa Iz lambat Itu soalan pertama yang terpacul dari bibirku saat Niel muncul semula bersama dua cawan kopi panas.
Saya minta maaf buat Liya tunggu lama dan biarkan Liya berhujan. Lain yang dijawabnya.
Saya mahukan jawapan, bukan kata maaf. Dah terlalu banyak persoalan tercetus antara kita. Aku tegaskan suaraku. Sempat kuhirup kopi sambil menunggu jawapan Niel.
Kawan saya kemalangan, jadi saya tolong hantar dia ke hospital. Kemudian saya tolong uruskan hal di hospital sementara tunggu keluarga dia sampai. Sedikit terkejut aku saat Niel memberitahu.
Keadaan dia macam mana Suaraku automatik bernada cemas.
Kaki dia patah, tapi secara keseluruhan tak ada kecederaan lain yang betul-betul serius, jawab Niel dan aku lega. Syukur kawannya selamat. Juga syukur kerana aku degil untuk terus menanti Niel dalam hujan. Andainya aku putus asa lebih awal, pasti kami tak akan bertemu.
Saya nak minta maaf dan terima kasih. Maaf untuk apa yang saya cakap pada Iz minggu lepas. Masa tu saya betul-betul tak fikir. Saya cakap ikut suka sebab hati tengah marahkan Iz yang senyapkan diri dari saya. Terima kasih pula untuk tiket penerbangan yang Iz hantar semalam ke rumah. Semuanya aku luahkan sekaligus. Bimbang jika ditunda, pasti akan ada yang tercicir.
Sama-sama untuk terima kasih. Tapi, untuk maaf tu saya rasa tak layak untuk menerimanya. Liya tak salah pun. Apa yang Liya cakap memang betul. Antara kita memang tak ada jaminan. Saya tahu Liya banyak terluka disebabkan saya dan saya bersyukur sangat
Liya mampu bertahan hingga ke tahap ni.
Aku jadi bimbang mendengar kata-kata Niel. Adakah dia sudah hampir putus asa dengan semua ini
Insya-Allah setiap luka tu akan sembuh andai ada penawarnya. Untuk kes yang ni, Iz adalah penawarnya. Jujur luahanku.
Tapi, saya juga boleh jadi racunnya, kan Soalan Niel kufaham benar maksudnya. Racun atau punca pada luka itu.
Racun atau virus itu cerita lain. Apa yang penting ialah penawar atau antivirus itu sendiri. Saya pun dah banyak kali jadi racun untuk Iz. Kita sama-sama terluka dan saya harap kita juga sama-sama boleh jadi penawarnya. Aku tak mahu Niel terus salahkan dirinya seorang.
Hanya Allah yang tahu betapa risaunya saya akan Liya. Betapa tak tenteramnya saya sebab terlalu fikirkan Liya. Luka Liya macam mana, Liya dah betulbetul sembuh Tapi, semua tu tak mampu diluahkan. Hanya mampu dipendam. Jarinya mengusap cawan kopi dan wajahnya ditundukkan sedikit.
Boleh tak Iz janji dengan saya satu perkara Soalanku membuatkan dia angkat wajahnya. Janji yang Iz tak akan buat macam ni dah. Jangan pendam. Semakin kita pendam, semakin jauh jarak kita, semakin bengkak luka kat hati ni... Lembut sekali permintaanku. Renungan penuh mengharap aku lemparkan pada Niel. Mataku mula hendak berkaca lagi tapi kutahan dengan mengetap bibir.
Niel membalas renunganku. Perlahan-lahan dia mengangguk sambil tersenyum nipis. Luka di hatiku yang tadinya bengkak kini mula surut. Senyuman kami juga kembali bertaut. Syukur pertemuan kami petang ini berhasil menjernihkan kembali hubungan yang keruh.
ABAH beli dekat mana gazebo ni Soalku sambil menoleh ke arah abah. Gazebo ini
masih baru kerana kali terakhir aku pulang, gazebo ini masih belum ada di laman rumah ini.
Abah tempah dengan Man, anak Pak Mail.
Oh, pandai ya dia buat gazebo. Bukan mudah nak buat ni. Muda lagi kan Man tu Lagi muda dari kakak. Sempat aku mengulas. Aku tak ingat sangat wajahnya, tapi kenallah juga. Dia pernah menjadi juniorku di sekolah rendah.
Mama yang sudah selesai menyapu daun kini menyertaiku di gazebo. Rasanya sudah tiba masa yang sesuai untuk aku nyatakan hasratku.
Mama, abah malam ni kakak ada perkara penting nak bagitahu. Boleh tak kita berbincang selepas makan malam nanti Aku pandang mama dan abah silih berganti.
Bincang sekarang tak boleh ke, kakak mama menyoal sambil angkat kening.
Ada orang nak masuk meminang anak abah ke
Wah, kenapa abah sangat hebat meneka. Walau tak tepat sepenuhnya, tapi hampir-hampirlah itu. Aku buat-buat gelak kerana tidak tahu bagaiamana untuk membalasnya. Aku belum bersedia lagi untuk berterus-terang dengan mama dan abah petang ini. Aku perlu siapkan diriku untuk malam ini.
Pin, pin air batu sampai. Lantang suara Shauqi kedengaran.
Spontan aku menghela nafas lega. Adikku sampai tepat pada masanya. Basikal biru yang dinaikinya disandarkan pada pokok rambutan. Basikal tua itu sudah hampir sepuluh tahun bersama kami namun masih elok kondisinya. Abah memang menjaganya dengan rapi.
Kakak, orang nak order sirap bandung ais. Abah dengan mama nak order apa Shauqi sempat menyoal sambil menghulurkan plastik ais kepadaku. Punyalah lama beli ais, walhal tidaklah jauh mana kedai runcit.
Ini sah singgah di rumah kawannya dahulu.
Sama ajelah. Kasihan kakak nak buat banyakbanyak air. Mama menggeleng sambil menepuk lembut bahu Shauqi.
Aku gelak jahat pada Shauqi. Dengan satu-satunya adikku ini sahaja yang aku boleh gelak jahat. Dengan orang lain memang tak pernah aku gelak jahat. Sebelum beredar bahu Shauqi sempat kutumbuk perlahan.
RANCANGAN drama di televisyen langsung tidak mencuri perhatianku. Mindaku sedang bekerja keras memikirkan permulaan ayat yang paling sesuai. Hendak ceritakan tentang keluarga Niel dahulu atau keluarga ibu susuan Niel dahulu Aduhlah, petang tadi sudah elok kususun ayat, tiba-tiba malam ini jadi bercelaru semula.
Kakak, petang tadi kakak kata nak bagitahu sesuatu, kan Soal abah terlebih dahulu.
Aku pandang abah yang sedang menyisip cawan kopi ke bibir. Senyuman kuukir pada abah, mama dan Shauqi.
Sebenarnya ada orang yang berhasrat nak datang rumah kita untuk berkenalan dengan mama dan abah, jawabku sambil tersengih.
Wah, siapa tu kakak Bakal keluarga mentua ke Shauqi terus nampak berminat. Dia yang tadinya duduk di bawah menghadap tv, kini beralih 90 darjah menghadapku.
Adik, tunggulah kakak cerita dulu. Abah menegur lembut dan dibalas dengan anggukkan Shauqi. Kakak kenal dengan seseorang, lepas tu ditakdirkan kenal dengan ibu susuan dia sekali. Lepas tu ayah dia tahu tentang kami. Lepas tu ayah dia nak kenal dengan mama dan abah. Sungguhlah berbelit dan tunggang-langgang ayatku.
Mama, abah dan Shauqi memandangku dengan dahi berkerut. Jelas mereka tidak faham.
Seseorang ni lelaki ke perempuan Apa pula hubungan kakak dengan dia Giliran abah pula menyoal.
Seseorang ni lelaki. Hubungan kakak dengan dia pada awalnya sekadar macam kakak dengan adik. Tapi, lama-lama Aku terhenti di situ. Payahnya untuk jelaskan semuanya.
Lama-lama suka Tapi, hubungan kakak-adik tu maksudnya dia lebih muda dari kakak Soalan mama kubalas dengan anggukkan.
Berapa tahun lebih muda Abah menyoal lagi.
Aku tidak terus menjawab sebaliknya mencapai cawan kopi. Kuhirup sedikit bagi melegakan gelora di hati.
Lima, abah. Jawapanku spontan membuatkan Shauqi tersembur air kopi. Tersembur tepat ke seluarku pula tu.
Adik Aku merengus perlahan.
Sorry kakak. Terkejut babun kejap. Hes younger than me. What should I call him Nama aje Lagi satu orang akan grad dulu, baru abang ipar orang Berdasdas soalan disoal Shauqi. Sambil itu tangannya sibuk menghulurkan kotak tisu padaku.
Ish, adik aku ini lagi over dari mama dan abah pula. Mama dan abah pun tidaklah terkejut sampai begini.
Shauqi, cuba bagi peluang pada kakak nak jelaskan dulu. Mana tahu orangnya dah bekerja. Tak salah andai suami tu lebih muda dari isteri. Apa yang penting suami tu tahu tanggungjawab dia dan mampu laksanakannya sebaik mungkin. Ramai aje wanita di luar sana yang berkahwin dengan lelaki lebih muda, tapi bahagia aje. Abah menjawab bagi pihakku.
Maaf, abah. Shauqi tertunduk. Menyedari ketersasulannya tadi.
Dia memang masih belajar abah, mama. Tapi, bukannya kami nak kahwin dah. Kami pun tak pernah bincangkan soal kahwin. Cukup sekadar kami tahu perasaan masing-masing dan kami tunggu ketentuan jodoh. Keluarga dia nak datang ni sebab nak berkenalan dulu dengan abah dan mama. Bukan nak datang meminang. Urusan bertunang atau berkahwin tu lain cerita. Panjang lebar penjelasanku agar mama dan abah tidak salah faham.
Boleh mama tanya satu soalan Mama merenungku cukup dalam.
Mama tak perlu minta izin dari kakak. Hak bertanya 100 peratus milik mama. Aku tersenyum manis kepada mama.
Kakak betul-betul serius dengan hubungan ni Mama tahu yang anak mama ni tak couple atau bercinta macam orang lain. Cuma mama nak tahu perasaan ni betul-betul serius atau tak Ini kali pertama kakak bagitahu hal hati dan perasaan ni pada mama dan abah. Kakak tak pernah sukakan seorang lelaki macam kakak suka dia ni, kan Tanganku mama capai.
Wajahku sudah berbahang mendengar soalan mama. Jujurnya aku rasa segan. Bukan dengan keluargaku, tapi dengan diri sendiri. Memang benar aku tak pernah jatuh suka atau sayang mana-mana lelaki sebelum ini. Setakat crush atau jadi secret admirer itu mungkinlah pernah semasa zaman belajar dulu. Tapi, itu hanya tahap minat.
Perlahan-lahan aku mengangguk sebagai jawapan pada soalan mama. Mama balas dengan usapan berulang kali di kepalaku. Mungkin tanda syukur akhirnya anak dara mama nan satu ini masih punya hati dan perasaan untuk lelaki.
Cuma, kakak nak minta maaf sangat-sangat sebab keluarga dia tahu tentang kakak lebih awal. Kakak tak pernah ada niat sikit pun nak belakangkan mama dan abah dalam hal ni. Wajahku penuh kekesalan.
Tak apa. Abah dengan mama faham. Kakak pun bukannya selalu balik. Hal serius macam ni tak boleh dibincangkan melalui telefon aje. Lagipun keluarga dia lebih dekat dengan kakak. Mereka memang orang sana ke Soalan mama kubalas dengan anggukkan. Tak mahu mengulas lebih lanjut.
Ya Allah, andainya mama tahu hakikat yang berlaku pasti mama terluka.
Mama ingat tak kakak pernah cerita tentang Mak Cik Ruqayyah Sebenarnya Mak Cik Ruqayyalah tu ibu susuan dia. Kali ini aku tersenyum manis. Memang sebelum ini aku pernah beberapa kali ceritakan pada mama tentang Mak Cik Ruqayyah. Pastinya mama gembira aku rapat dengan seseorang yang cukup baik.
Oh, ya ke Jadi memang tak lari jauhlah. Kecil aje dunia ni. Mama balas dengan tawa kecil.
Siapa nama orangnya kakak Dari tadi asyik panggil seseorang aje. Pening dah abah. Abah kembali menyertai.
Daniel Izdihar, abah. Perlahan sahaja aku menjawab.
Sedap namanya. Izdihar bermaksud kemajuan. Mesti elok orangnya seelok namanya. Abah terlalu memuji pula. Tapi, bagiku benar Daniel Izdihar yang sekarang memang sudah cukup elok untukku.
Ayah dan maknya Soal abah lagi.
Datuk Darius dan Datin Natasha. Tapi, itu mak tirinya. Mak kandung Daniel dah lama meninggal. Jujur aku nyatakan.
Orang kenamaan ke keluarga dia ni kakak Abah sambung lagi soalannya.
Ayah dia ahli perniagaan. Tapi, abah jangan risau. Keluarga dia terima kakak seadanya. Kakak tak pernah ke rumah mereka, tapi dah beberapa kali jumpa. Antaranya masa kenduri kakak susuan Daniel, luahku sambil memandang abah, mama dan Shauqi silih berganti. Namun, aku jadi hairan apabila renunganku singgah ke wajah Shauqi. Wajahnya semacam dan tidak seceria tadi.
Kenapa pula dengan adikku ini
Alhamdulillah mereka terima kakak seadanya. Nanti kakak maklumkan aje pada mereka yang abah dengan mama menanti kehadiran mereka dengan tangan yang terbuka. Datang aje bila-bila masa. Insya-Allah, moga ukhwah yang bakal terjalin akan beri manfaat untuk kita semua. Konklusi yang abah nyatakan benar-benar mengundang lega di hatiku.
Terima kasih abah, mama dan juga adikku yang seorang ni. Aku sempat mencuit bahu Shauqi. Namun, adikku masih masam. Biarkanlah. Mungkin ada tugasan atau kerja yang tiba-tiba difikirkannya.
Apa yang penting hasrat hatiku sudah tertunai. Tak sabar untuk khabarkan hal ini pada Niel.
AKU pandang skrin telefon. WhatsApp dari Shauqi buatkan mata aku membulat besar.
Shauqi:
Shauqi nak jumpa kakak dekat bendang esok pukul 10.00 pagi.
Berulang kali aku baca pesanan tersebut. Pelik bin ajaib betul adik aku ini. Hendak pergi ketuk biliknya dan tanya, sudah jam 12.30 malam. Jadi aku buat keputusan untuk tidur sahaja. Esok baru fikir tentang perangai Shauqi yang aneh.
Tepat jam 9.50 pagi aku sudah bersiap ala kadar untuk ke bendang. Aku cari mama dahulu di dapur. Kelihatan mama sedang menguli tepung. Sudah tahu benar apa yang bakal mama buat. Lebar sahaja senyumanku saat mendekati mama.
Oh, donut tersedap di alam semesta. Tak sabarnya nak makan. Aku tarik kerusi dan terus duduk. Mata ralit melihat tangan mama menguli adunan.
Kakak pernah rasa ke donut alien Mama menyoal dan aku terus gelak. Bila mood menyakat mama datang, beginilah jadinya. Ni siap-siap nak pergi mana Mama akhirnya sedar akan penampilanku.
Anak teruna mama tu tiba-tiba aje ajak pergi bendang. Entah mimpi apa Mama doakanlah kami bawa balik seekor dua ikan puyu. Kutlah adik nak ajak kakak cari ikan dekat tali air. Giliran aku pula menyakat mama.
Hati-hati dekat tali air tu. Jangan sampai ada yang berenang-renang dengan ikan puyu nanti. Lagi sekali mama buat lawak dan tawaku terus pecah.
Bendang dengan rumahku tidaklah jauh mana. Lebih kurang 200 meter sahaja. Belum sempat peluh keluar, aku sudah sampai di sebelah Shauqi. Seperti biasa aku tersengih lebar padanya. Shauqi tidak memandangku. Sebaliknya dia menghela nafas panjang.
Selama ni bila Shauqi tanya Shauqi noktahkan seketika.
Moodku yang ceria tadi jadi tak tentu hala mendengar nada suara Shauqi.
Siapa Daniel Izdihar, kakak tak pernah nak bagitahu. Tup-tup kakak cakap dia tu orang yang kakak suka. Kenapa susah sangat kakak nak berterus-terang dengan Shauqi dari awal Soalan Shauqi buatkan mataku membulat. Tidak berkelip aku memandangnya. Ya Allah, bagaimana aku boleh terlupa tentang itu Selamba sahaja semalam aku kenalkan Daniel Izdihar pada keluargaku. Walhal Shauqi tak pernah lupa akan lelaki yang mengusik nakal di wall Facebook aku.
Mungkin kakak lupa Shauqi pernah tanya sebab dah lama. Tapi, Shauqi tak pernah lupa tentang dia. Shauqi dah tengok semua gambar-gambar dan status dia di Facebook lepas dia post status di wall kakak. Orang macam tu yang kakak suka Shauqi betul-betul kecewa dengan kakak. Nada suara Shauqi penuh kekesalan.
Aku makin kaget dengan situasi ini. Pastinya banyak gambar-gambar nakal Niel di Facebook yang sudah Shauqi lihat. Tapi, itu Niel yang lama, bukan yang sekarang.
Adik, itu dia yang dulu. Pendek sekali aku membalas. Termati kata saat ini.
Dulu Tak sampai setahun pun lagi, kakak. Dulu yang macam mana tu Kalau dua tiga tahun mungkin boleh diterima. Kakak yakin dia betul-betul dah berubah Facebook dia penuh dengan gambar dia dan perempuan, dekat pusat karaoke, parti. Ya Allah, tak sanggup Shauqi nak sebut satu-satu.
Akaun Facebook tu dia dah delete.
Kakak rasa dengan delete akaun dah cukup Delete akaun dah boleh delete dosa Kakak please think about it thoroughly. Dont make a wrong decision. Kali ini Shauqi merenung tepat ke wajahku.
Aku tak berani bertentang mata dengannya kerana aku yakin akan kalah.
Tapi, Shauqi boleh kan terima dia perlahan-lahan Bagi dia masa. Dia sedang memperbaiki dirinya. Aku beranikan diri membalas renungan Shauqi. Cuba memujuk adikku walau kutahu peluangnya tipis.
Aku kenal sangat adikku. Dia seorang yang sangat kuat berpegang pada prinsipnya. Andai dia rasakan itu adalah yang terbaik untuk orang yang dia sayang, itulah yang akan dipertahankannya. Cuma, kali ini bagiku Shauqi silap dalam meramal apa yang terbaik untuk kakaknya.
Tak tahulah kakak. Banyak benda yang Shauqi fikir sepanjang malam tadi sampai tak boleh tidur. Tapi, semuanya membawa kepada penyebab penolakan Shauqi terhadap dia.
Pertama: kehidupan dia yang dulu kaki kelab dan playboy.
Kedua: dia sangat muda dan lagi muda dari adik kakak.
Ketiga: dia masih belajar jadi tak akan kakak nak tanggung dia pula
Memanglah andai isteri halalkan duit tu untuk bantu suami ianya dibolehkan dalam Islam, tapi fikir logiklah sampai bila kakak nak tanggung suami sendiri Atau, mungkin juga dia boleh tanggung kakak sebab ayah dia mesti bagi elaun beribu-ribu sebulan untuk dia. Tapi, sanggup ke kakak guna duit elaun dari ayah dia untuk tanggung kakak bila dah kahwin nanti Orang tak rasa kakak macam tu.
Sungguh, kata-kata Shauqi tepat sekali. Tapi, hatiku tak mampu menerima.
Mungkin kakak rasa, Shauqi tak ada hak nak halang hubungan ni. Tapi, itulah pendapat Shauqi. Shauqi tak suka, tapi bersebab dan sebab tu kukuh. Kakak tolonglah fikir masak-masak dulu, pinta Shauqi sekali lagi. Suaranya seakan merayu.
Adik Aku cuba menyusun ayat walau minda sudah tepu.
Entah berapa ramai perempuan dia dah rasa Pang! Ringan sahaja tanganku naik ke pipi Shauqi. Tanpa sempat otakku mencerna apa-apa. Bibirku bergetar dan terasa mataku berkaca. Dunia bagai sunyi sepi. Tak kusangka Shauqi sanggup keluarkan kata-kata seperti itu. Ianya terlalu pedih menghiris hatiku. Hanya Allah yang tahu perasaanku tika ini. Terasa hendak menangis dan menjerit.
Perlahan-lahan Shauqi angkat wajahnya. Tangan kiri memegang pipi. Jelas aku lihat matanya berkaca. Mukanya merah dan bibirnya bergetar. Kini baru aku tersedar akan tanganku yang terlanjur. Darahku yang tadinya menyirap, kini mula stabil. Namun, dadaku masih berombak kencang.
Adik, kakak tak sengaja. Maafkan kakak. Aku cuba untuk memegang tangan Shauqi, namun dia cepat mengelak.
Dia mengundur beberapa langkah dariku. Matanya tidak berkelip memandangku. Kemudian Shauqi menggeleng beberapa kali. Pasti dia terkejut dengan tindakanku. Dari dia kecil hingga menginjak usia 22 tahun ini, sekali pun aku tak pernah menamparnya. Sedegil mana pun dia atau semarah mana pun aku, paling tidak aku akan cubit sahaja.
Aku sempat melihat dua titik permata jernih gugur ke pipi Shauqi sebelum dia berlari laju meninggalkanku.
Ya Allah, betapa mahalnya permata jernih itu dan aku sewenang-wenangnya menjadi punca ia gugur. Hanya kerana seorang lelaki yang belum tentu untukku, aku telah melukakan hati darah dagingku sendiri. Satu-satunya adik-beradik yang aku ada.
Ya Allah, apa yang aku dah buat Aku bermonolog sambil memegang dahi.