Elzaara membuka matanya dan dia melihat suasana keadaan sekelilingnya yang berlainan dari apa yang dia ingat sebelum dia terlena. Elzaara meraup mukanya.
AstghafirullahalAzim! Aku bermimpi rupanya. Allahu Akbar!
Baru dia ingat yang dia tertidur kerana merajuk dengan ibu dan ayahnya. Dia bangkit dari katil mencapai tuala lalu berlalu menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya. Sebelum dia berlalu ke bilik air, sempat dia singgah bilik Haziq. Dilihatnya Haziq yang sedang lena dibuai mimpi. Dia mencium dahi Haziq lalu membetulkan selimutnya.
Setelah dia selesai membersihkan diri dan berwuduk, dia mencapai telekung dan mengaqakan solat maghrib dan langsung terus menunaikan solat isya. Usai sahaja dia menunaikan solat, Elzaara mencapai Al-Quran yang terletak di atas meja belajarnya dan terus mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran di kepekatan malam. Dia mengaji dan dia tidak lupa juga menyedekahkan Yassin dan Al-Fatihah buat arwah Elfira. Kini, hatinya mulai tenang setelah ayat-ayat Al-Quran menyapa telinganya di tengah kedinginan malam itu.
Dia terbaring merenung ke arah siling. Keluhan berat terbit dari bibirnya. Kepalanya ligat berfikir memikirkan soal perkahwinannya yang telah diaturkan oleh keluarga. Bukannya dia tidak mempercayai pilihan ibu dan ayahnya, tapi disebabkan dia masih lagi trauma walaupun perkara tersebut sudah lama berlalu. Dia seperti kebuntuan bagaimana untuk menolak peminangan itu tanpa menyakiti hati kedua ibu dan ayahnya.
Kata-kata ayah dan ibu berlegar-legar dan bermain difikirannya bagaikan kaset lama yang sentiasa berputar. Suara sayu ayah dan juga suara pujukan ibu menjentik tangkai hati Elzaara. Dia tahu ayah dan ibu hanya mementingkan kebahagiaan dirinya dan juga Haziq. Walaupun dia seorang yang kasar dan agak brutal, tetapi sebagai seorang perempuan, hatinya juga lembut apabila berhadapan dengan orang yang lebih tua, lebih-lebih ibu dan ayahnya. Hatinya semakin berbolak-balik apabila teringatkan nasihat daripada sepupu rapatnya iaitu Lisa dan Lyn.
Nasihat demi nasihat, pujukan demi pujukan terus bergendang di dalam fikirannya. Fikirannya buntu. Dia tidak tahu keputusan apakah yang harus diambil. Dia ingin membahagiakan seluruh keluarganya, tetapi dalam masa yang sama dia tidak berani untuk melangkah ke depan kerana takut mimpi ngeri enam tahun yang lepas akan datang menghantui kembali. Hatinya berbolak-balik.
Dia bangun dan mencapai diari Kakaknya yang diambil dari bilik arwah Ellfira untuk disimpan. Dia suka membaca hasil tulisan Elfira yang dianggap sebagai pengubat apabila dia merindukan Kakaknya selain Haziq. Dia menyelak helaian demi helaian dan setelah sekian lama, baru dia perasan terdapat bonjolan pada helaian terakhir.
Diselak mukasurat terakhir dan matanya terpaku pada sepucuk surat. Dibelek perkataan dia atas surat tersebut; Wasiat Untuk Elzaara.
Assalamualaikum adik,
Terlebih dahulu Akak nak minta maaf pada adik sebab Akak tak dengar cakap adik selama ni. Akak mengabaikan segala nasihat adik sebelum ni. Akak tau adik mesti pelik kenapa Akak tulis surat dekat adik.D ahm acamo rangb ercintaz amand ulu-duluk an
Adik, Akak sangat bertuah dan bangga sebab mempunyai adik yang begitu baik dan paling hebat di dunia ni. Betul cakap adik. Akak terburu-buru nak berkahwin dalam usia muda sehinggakan Akak dah memusnahkan kehidupan sendiri. Akak sendiri menggali kubur sendiri. Akak terlalu buta dan hanyut dalam perasaan dan rasa cinta Akak sehinggakan Akak tak dapat nak menilai baik dan buruk. Kesalahan Akak paling utama adalah Akak terlalu setia dan jujur pada orang yang salah.
Adik, Akak tahu masa Akak dah tak lama. Jadi kalau Akak pergi dalam masa terdekat ni, Akak minta adik tolong jagakan anak Akak. Jaga dia macam adik jaga Akak, sayang dia macam mana adik sayangkan Akak. Akak tau adik takkan hampakan permintaan Akak yang satu ini. Akak tak boleh nak harapkan Abang Fauziu ntukj agaa nakk ami.A dikp unt aus ebabnyad an dah dengar sendiri dari mulut Akak apa yang Abang Fauzib uatp adaA kaks ebelumn i.T api,b olehkank alau Akak harapkan adik Akak yang comel ni untuk jaga anak Akak kalau Akak dah tak ada nanti
Akak takut akan tak sempat nak tengok anak akan membesar je. Ada satu rahsia lain yang selama ni Akak rahsiakan daripada semua. Akak sebenarnya menghidap kanser rahim, dik. Doktor nasihatkan gugurkan kandungan, tapi Akak tak nak. Akak tau ibu dan ayah gembira sangat apabila mengetahui yang mereka akan menimang cucu. Jadi Akak tak nak padamkank egembiraany angt erpancard iw ajahi bu dan ayah. Biarlah mereka gembira dengan kehadiran cucum ereka.A bangF auzit aua kank eadaanA kakd an dia tak dapat terima keputusan Akak untuk simpan kandungan ni. Mungkin sebab itulah dia bertindak kejam terhadap Akak.
Akak harap sangat adik akan tunaikan permintaan Akak. Kalau Akak dah tak ada esok, adik anggap je ini permintaant erakhirA kak.T olongt unaikanp ermintaan Akak ni. Kalau adik dah jumpa jodoh adik, ataupun ibu dan ayah dan pilihkan jodoh adik, Akak harap sangat adik terima dengan hati yang terbuka. Bukan sebab Akak, ibu ataupun ayah.
Akak kenal adik siapa. Kalau melibatkan lelaki, hati adik akan jadi sangat keras, lebih keras daripada kerikil. Dik, bukan semua lelaki jahat, ada juga lelaki yang baik dalam dunia ni. Contoh terdekatnya ayah kita. Kalau dah tiba masanya adik untuk berkahwin, adik terimalah jodoh adik tu seadanya. Akak nak sangatt engoka dikn aikp elamin,p akaib ajup engantin yang cantik-cantik, macam puteri raja, ada keluarga, ada anak sendiri.
Akak tau adik takkan setuju dengan apa yang Akak cakap ni tapi tak baik simpan dendam lama-lama dik. Bukan semua lelaki suka ambil kesempatan ke atas perempuan. Akak ingat lagi masa sekolah, adik kena cium dekat pipi. Dik, mana ada budak sekolah yang matang. Tak kan sebab peristiwa itu adik jadi anti lelaki Akak tau, adik masih tak boleh nak terima Abang Fauzi dalam keluarga kita. Dik, lupakan apa yangb erlakud anm ulakanh idupb aru.B ukal embaran barud alamk ehidupana dik,j anganh anyad isebabkan kisah lalu adik nak simpan dendam terhadap lelaki sampai bila-bila. Apa yang berlaku, semuanya adalah lumrahk ehidupany angp erlua dikh adapid enganh ati dan minda yang terbuka!
Dik, janji dengan Akak ya Kalau adik mungkir janji, Akak tak mau kawan dengan adik lagi. Dik, ingat ni selalu, redakan apa yang berlaku dalam hidup kita, lepaskan ia pergi kerana tak selamanya ia milik kita. Hargainya selagi ia masih ada di depan mata. Akak sayang adik. Kalau Akak panjang umur adalah rezeki Akak nak tengok anak Akak membesar dan juga tengok adik naik pelamin.
Akhir kata, Akak sangat sayang adik. Jaga diri, jaga ibu dan ayah, dan tunaikan harapan terakhir Akak ya sayang
Daripada,
Kakak comelmu, Elfira.
P/s: Dik, ini amanah dan permintaan terakhir Akak. Walaupun berat dan sukar buat adik, Akak harap sangat adik dapat laksanakan permintaan Akak.
Elzaara tergamam! Dia tergamam kerana Elfira masih lagi menyembunyikan rahsia penting daripada pengetahuannya dan ibu bapa mereka. Dia menyangKakan penderaan yang dialami oleh Kakaknya adalah rahsia terbesar, tetapi Kakaknya ternyata lebih bijak dengan menyembunyikan kanser yang ditanggungnya selama ni. Paling yang dia tak sangka adalah permintaan terakhir arwah Kakaknya yang teringin sangat untuk melihatnya naik pelamin. Dia tidak pernah tahu akan hal ini.
Hatinya pedih dan sebak apabila mengenangkan Kakak kesayangannya. Mujur juga dia menemui surat itu dalam diari Kakaknya itu, kalau tak, entah tercapai ataupun tidak hajat terakhir Kakaknya itu. Hajat Kakaknya yang tidak kesampaian itu amat berat untuk dia penuhi. Dia tidak sanggup menggadaikan masa depannya demi sesuatu yang tidak jelas.
Elzaara melipat kembali surat tersebut dan meletakkan kembali surat tersebut ke dalam diari. Dia juga membuat keputusan untuk tidak memberitahukan ibu dan ayahnya tentang surat wasiat Kakaknya kerana khuatir ibu dan ayahnya bertambah sedih. Dia mulai berfikir dengan tenang dan jernih. Antara wasiat, kebahagiaan dirinya dan juga kegembiraan orang disekelilingnya. Dia buntu. Ahh!
Acu...
Tiba-tiba kelibat Haziq muncul di balik pintu biliknya sambil memegang telinga patung harimaunya. Elzaara terkejut! Reaksinya seperti melihat hantu.
Haziq, kenapa ni sayang Meh sini dekat Acu.
Elzaara mendepangkan kedua-dua belah tangannya untuk menyambut Haziq ke dalam pelukannya.
Boleh tak Haziq nak tidur dengan Acu dekat sini Tadi Haziq mimpi Mama dengan papa. Mama dengan papa gaduh, lepas tu Mama pergi jauh tinggalkan Haziq. Papa pun pergi tak nak bawa Haziq. Haziq rindu dekat Mama dengan papalah Acu. Tutur Haziq dengan gaya yang polos.
Allahu Akbar! Sesungguhnya Elzaara amat terkedu mendengar kata-kata anak buah kesayangannya. Ternyata kerinduan yang dialami oleh Haziq terhadap Mama dan papanya betul-betul menyentuh hati kecil Elzaara. Dia bangun dan memeluk erat Haziq kemudian menidurkannya di atas katil bersebelahan dengannya.
Setelah Haziq tidur, Elzaara menimbang masakmasak dan baik buruk akan cadangan ayahnya. Dia tidak mahu terus-menerus bersikap egois kerana baginya kebahagiaan Haziq adalah keutamaanya. Biarlah dia beralah demi anak buah kesayangannya. Dia tidak tegar untuk merampas kebahagiaan yang tidak pernah dikecapi oleh Haziq. Haziq berhak untuk bahagia.
Kak Fira, adik harap pengorbanan adik ni berbaloi sebab adik cuma nak tengok Haziq bahagia dan mempunyai keluarga yang lengkap, sama macam impian Akak dulu. Adik harap adik tak tersalah langkah ya Kak. Adik akan tunaikan hasrat Akak walaupun Akak tak ada di sisi adik untuk tengok adik naik pelamin, Elzaara bermonolog sendiri.
Pagi itu, Elzaara menuju ke dapur dan dia terlihat bahawa kedua-dua ibu dan ayahnya berada di meja makan sedang menjamu selera. Masing-masing hanya beriak biasa bagaikan tiada apa-apa yang berlaku walaupun semalaman Elzaara merajuk dengan ibu dan ayahnya.
Encik Yusuf dan Puan Rahayu hanya mendiamkan
diri, tidak mahu membuka mulut lebih-lebih lagi soal perkahwinan Elzaara kerana mereka tahu bahawa Elzaara masih merajuk dengan mereka. Elzaara menyenduk bihun goreng ke dalam pinggannya lalu menyuapkan bihun tersebut ke dalam mulutnya. Hatinya kini berdebar-debar untuk membuka mulut menyatakan keputusannya kepada Encik Yusuf dan Puan Rahayu.
Hm, ibu, ayah, El ada benda nak cakap. Suaranya terketar-ketar membuka bicara.
Puan Rahayu sudah duduk tegak manakala Encik Yusuf pula hanya beriak selamba, diam berkutik mendengarkan kata-kata Elzaara. Elzaara cuba mengumpulkan kekuatannya dan cuba bertenang dalam bicaranya.
Puan Rahayu bagaikan cacing kepanasan menunggu apa yang ingin diperkatakan oleh anak bongsunya tetapi Encik Yusuf hanya selamba membelek surat khabar bagaikan tidak mendengar apa-apa. Puan Rahayu tahu sekiranya Elzaara tidak menyetujui sesuatu ataupun dia memberontak, dia akan pergi jauh membawa diri dengan alasan dia ingin menenangkan diri.