Mels E. Setelah itu dia menghayun langkah dan berhenti sejenak di tiang traffic light. Bebola matanya pula melirik ke arah jam jenama Rolex di pergelangan tangan. Masih ada sejam awal sebelum masuk waktu bekerja. Selepas setahun setengah mengkaji garis masa Qamra Ain, rata-rata gadis itu akan muncul dalam pukul 7.15 dan paling lewat 7.30 pagi.
Sementara menunggu, Tunku Hussein duduk sekejap di atas bangku kayu di tepi pokok. Hanya selang 2 batang pokok dari tempat pakcik yang selalu Qamra Ain datang menyinggah. Dari kejauhan, dia merenung ke arah susuk tubuh yang berusia sedang mengendong beg woven yang lebih besar dari fizikal badannya. Bila tiba di bawah pokok, perlahan-lahan dia meletakkan beg yang sarat itu di atas lantai.
Pakcik itu menanggalkan topi dan sambil mengipas-gipas, tangan kiri pula menyeluk sesuatu di dalam beg lalu mengeluarkan sebungkus roti. Dia mengunyah perlahan-lahan sambil mencuci mata melihat kesesakan lalu lintas di pagi ini.
Tunku Hussein bingkas dari kerusi dan baru hendak melangkah setapak ke depan, ternampak pula Qamra Ain sedang berjalan menghampiri pakcik tadi sambil menayang-nayangkan tupperware. Nampak jelas gadis itu tersenyum ikhlas seraya berlabuh duduk di sebelah pakcik itu.
Qamra Ain hanya sekadar menjenguk sejenak selepas menyerahkan tupperware pada pakcik tadi. Selepas itu, gadis itu bergegas pergi melintasi jalan. Tunku Hussein yang masih tak berganjak mengekori langkah Qamra Ain dengan ekoran mata sehingga hilang di sebalik bangunan Mels E.
Tunku Hussein mengatur langkah. Semakin dekat semakin berasa berderau darahnya. Takut berbaur berani. Dia ingin tahu mengapa Qamra Ain begitu ambil berat tentang orang tua ini. Kalau sedara, takkan Qamra Ain membiarkan duduk merempat di tempat begini.
Assalamualaikum pak pakcik tergagapgagap Tunku Hussein memberi salam. Takut disergah oleh pakcik itu. Tiada sahutan.
Tunku Hussein mengerut kening. Orang tua ni yang pekak ke atau suara aku yang romantik sangat
Assalamualaikum pakcik Tunku Hussein memberi salam sekali lagi.
Kali ini dikuatkan sedikit suaranya. Mungkin suaranya tenggelam terus angkara bunyi kereta yang lalu lintas.
Pakcik Tan memusingkan badan. Secara tak sengaja ternampak kelibat yang sedang berdiri tercegat di depan. Dek terperanjat habis bertaburan belon dalam genggaman. Tunku Hussein turut sama terkejut.
Minta maaf, pakcik pantas Tunku Hussein tunduk mencangkung dan mengutip belon yang bertaburan di atas tanah. Pakcik Tan juga turut bantu mengutip.
Nah pakcik. Saya dah kutipkan, usai mengutip semula belon yang berterabur, diberikan ke semuanya ke tangan Pakcik Tan.
Seperti biasa, dia membuat bahasa isyarat ucapan terima kasih dan minta maaf kerana tak sengaja membuat lelaki itu terkejut.
Tunku Hussein tergamam. Dia tak menahu bahasa isyarat dan yang lebih membuatkannya terkedu bagaimana pula Qamra Ain berinteraksi dengan pakcik bisu ini selama ini
Maaf, pakcik. Saya tak tau apa yang pakcik nak sampaikan kat saya, sedaya upaya dia membalas gaya isyarat pakcik itu. Tunggang langgang dibuatnya. Rupa orang bersilat gayung pun ada.
Pakcik Tan hanya tersenyum, gelihati melihat telatah anak muda itu. Dia juga turut tersenyum.
Baru saja hendak buka mulut, ada sebuah kereta membunyikan hon pada mereka berdua. Sekilas Tunku Hussein menoleh lalu terpandang ke arah kereta Mercedes Benz yang berhenti di bahu jalan.
Apa kamu buat di sini Tegur Tun Tunku Harith pabila cermin kereta diturunkan separuh.
Tak ada apa, Papa. Saja ambil angin kejap. Papa nak ke mana Tunku Hussein mengaju soalan pada Tun Tunku Harith di waktu Papanya melirik ke arah lelaki tua yang duduk menyembunyi wajah di sebalik topi.
Dato Razak ajak Papa main golf. Tak apalah, biar Papa pergi dulu. Malam ni balik Villa, kita dinner bersama.
Tunku Hussein mengangguk faham. Tun Tunku Harith selayang toleh sekali lagi ke arah orang tua itu sebelum menaikkan semula cermin kereta. Kemudian, kereta itu meluncur laju meninggalkan mereka berdua.
Pakcik Tan mengamati anak muda yang sedang memerhati kereta Mercedes Benz berlalu pergi. Tampak serupa dengan lelaki yang berada di dalam kereta tadi. Anak Tunku Harith rupanya budak ni.
A
WAT TH pagi-pagi buta dah bersilat depan orang tua tu Mabuk laut ke apa soal
Reza Rizman yang sedang leka menikmati sarapan pagi terhenti bila terpandang ke arah Tunku Hussein di seberang jalan. Tenganga terus mulutnya.
Mana Rudy Armani juga turut menoleh.
Tu hah yang sebaris traffic light depan tu. Aku takut silap-silap tersepak pula pakcik tu karang, naya nanti.
Berlatih bahaslah kut, macam kau tadi cakap petang ni yang TH ada board meeting. Syndrome nervous lah tu kot.
Aku kesian sebenarnya tengok dia. Belajar doktor, kerja mel. Tak ke lencongan 180 darjah terus dari karier dia. Tak patut sungguh Tuan Harith. Dah elokelok Tunku Raff jadi CEO sini, disuruh mamat arrogant tu jadi VP.
Entahlah, Reza. Aku pun malas nak komen banyak. Aku ni setiap hari kena taichi dengan dia. Muka ni hah, asyik naik jerawat aje. Stress aku stress. Staff tak cukup. Asyik-asyik aku yang kena buat aksi kejarmengejar ER Resus. Dia hanya tau duduk goyang kaki aje dalam bilik. Kalau ada kes kritikal baru nampak batang hidung. Lepas tu, kirim salam banyak-banyak nak nampak muka dia balik. Takkanlah sebab dia tu blue eyes MD, nak tunjuk lagak yang dia tu kekwat sangat, adu Rudy Armani.
Tu... dia dah datang, Reza Rizman memuncungkan mulut ke arah pintu kaf MelE.
Wei, Rudy. Kau pun ada, TED paging kau suruh balik, ada pesakit terlepas tadi, usik Tunku Hussein serta berlabuh duduk di sebelah Reza Rizman.
Banyak songehlah kau! Rudy Armani memerhatikan Tunku Hussein yang tercungap-cungap dek kepenatan bersilat tadi. Kebetulan pelayan datang melewati mereka bertiga terus dia memesan menu..
Ice lemon tea and omelette.
Aku nampak kau bersilat kat depan jalan sana, awat Nak belajar kuntaw dengan pakcik tu ke
Hah sebelum tu aku nak bagitau kau, Reza.
Pakcik depan tu pekak dan bisu rupanya.
Aku taulah
Kenapa kau tak bagitau aku Tanya Tunku Hussein sambil mengelap peluh yang terbit di dahi dengan tisu.
Dah kau tak tanya, jawab Reza Rizman selamba sekilas mengenyit mata ke arah Rudy Armani. Sengaja dia rahsiakan dari pengetahuan Tunku Hussein.
Kau sengaja nak kenakan aku, kan! Tapi peliklah, macam mana Qamra interaksi dengan pakcik tu erk Pekak dan bisu mencabar tu, bro. Tiga tahun belajar bahasa isyarat pun belum tentu mahir, Tunku Hussein memandang wajah sahabatnya silih berganti.
Dia yang kau maksudkan tu siapa, bro Giliran Rudy Armani bertanya yang tak menahu hujung pangkal cerita.
Si. belum sempat sepatah perkataan yang terkeluar dari Reza Rizaman, kakinya dipijak oleh Tunku Hussein sekadar peringatan jangan bercerita tentang Qamra Ain pada Rudy Armani.
Kaukan genius. Takkan aku nak ajar kau kut. Dia
pun tak belajar bahasa isyaratlah, bro, jawab Reza Rizman. Berkerut dahi menahan kesakitan akibat kakinya dipijak kuat oleh Tunku Hussein.
Bagitau aku ye ye bolehlah, Reza please rayu Tunku Hussein serta membuat aksi manja dengan Reza Rizman.
Rudy Armani di sebelah buat memek muka geligeleman.
Kalau nak tau, kau fikirlah sendiri jawab Reza Rizman dengan senyuman melebar. Sengaja menambahkan lagi sakit hati Tunku Hussein.
Bro, aku nak gerak dulu. Malas nak dengar suara petir si kuku besi pagi ni. Naik berdarah telinga aku nanti. Chow! Rudy Armani bangkit dari kerusi. Selepas bersalaman gaya mereka, dia mencapai whitecode lalu melangkah pergi keluar dari Mels Caf.