Adelia menjerkah dan terus merempuh masuk bilik Imran kerana terlalu marah.
I dah cakap yang I tak boleh pergi. You tak dapat mesej dari setiausaha I ke Imran mengerutkan dahinya. Kedatangan Adelia langsung tidak diundangnya apatah lagi mahu disambut.
Takkanlah nak luangkan masa sekejap untuk I pun tak boleh Imran Adelia membulatkan biji matanya. Marah benar dia apabila dibiarkan menunggu sejam lebih.
Bukan tak boleh tapi I sibuk. Petang ni I kena outstation lagi atas urusan kerja. Baju semua belum kemas lagi. I dah nak kena balik ni Adelia.
You tak cakap pun yang you kena outstation. Tak ada orang lain ke yang dia orang nak hantar. Asyik you sahaja yang pergi, kerja dah kalah kuli dah.
I yang nak pergi sendiri. I like my job. Kalau macam kuli pun I tak kisah.
You memang sengaja buat macam ni, kan Supaya
you tak payah lagi nak menghadap muka I. Supaya senang you nak berpoya-poya dekat luar kan
Mana ada. Jangan nak tuduh sembarangan. I ke sana atas urusan kerja bukan buat benda tak senonoh seperti yang you cakap tu.
Baiklah. I nak ikut you pergi outstation. Adelia tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Imran padanya.
I nak ke Labuan aja. Bukan ke luar negara pun. Imran yang sememangnya bosan bertambah bosan dengan sikap Adelia.
Dia langsung tidak menemui sekelumit pun alasan untuk menyukai wanita ini. Adelia dan Nadhirah begitu jauh berbeza bagaikan langit dengan bumi. Jika tidak difikirkan mengenai ugutan Papanya, lama sudah Adelia ditinggalkan dan pulang ke pangkuan Nadhirah.
I nak ikut juga! Ke Labuan ke, Kuala Selangor ke, Ampang sekali pun... I nak ikut! Adelia berdegil.
Tak boleh. I tak nak bawa you. Lagipun kita berdua baru aja bertunang bukan bernikah lagi pun.
I tak nak usung anak dara orang sesuka hati.
You ni kan. Itu tak boleh, ini tak boleh. I rasa you memang sengaja buat macam ni. You sengaja nak sakitkan hati I, kan
I tak pernah pun halang you nak buat apa, cuma tolonglah jangan libatkan I dalam urusan you. Lagipun I ke sana atas urusan kerja bukan bercuti. Imran enggan menurut.
I wish you ask me
Ask you what
I ke mana, I buat apa, dengan siapa. I betul-betul harap yang you akan tanya I semua tu setiap hari. Dengan cara itu sahaja I boleh rasa yang you sayangkan I. Imran, I tak perlukan kebebasan yang you bagi sekarang sebab I rasa macam langsung tak ada harga pada you. You faham tak I ni tunang you tau bukan orang asing yang you boleh sisih sesuka hati.
I bukan sisihkan you Adelia. Ya, kita bertunang. Tapi, tak ada cinta antara kita. Semua ni dibuat atas alasan perniagaan. Jadi I tak nak you kusutkan kepala untuk orang yang tak penting. Just go on with your life because I am going to do so with my life.
You ingat you boleh nak buat apa sahaja yang you suka hanya di sebabkan pertunangan kita diatur keluarga. Macam tu
I buat apa pada you, Adelia Apa yang teruk sangat I pernah buat pada you sampai you cakap yang I layan you sesuka hati ni
You done nothing, Imran. Selama kita bertunang, you tak pernah telefon I langsung, mesej pun setiausaha you yang hantar pada I dan kita tak pernah jumpa di luar pun. Seingat I sepanjang bertunang kita cuma berjumpa tak sampai 5 kali. Masuk akal ke semua tu pada you
I rasa macam okey je. Tak ada apa-apa masalah pun pada I. You sibuk dengan galeri, I pula sibuk dengan kerja I.
Macam ni ke you nak terus layan I, hah!
Come on Adelia. I nak balik rumah sekarang. If you need anything, just inform my secretary. Imran bangun mencapai kot dan beg bimbitnya, Dia terus berlalu tanpa memandang Adelia yang masih lagi enggan beredar.
Imran sekadar menggelengkan kepalanya memikirkan hala tuju hubungannya dengan Adelia. Tiada langsung perkara yang kelihatan indah buat mereka sejak bertunang. Dia benar-benar buntu dengan apa yang dilaluinya kebelakangan ini. Sikapnya berubah 100% dengan Adelia. Imran amat pasti yang dia tak mungkin akan melayan Adelia sedingin itu jika Adelia adalah Nadhirah. Malang sungguh dia tak mampu untuk memujuk hatinya melupakan Nadhirah. Apatah lagi untuk menerima Adelia sebagai pengganti.
Jantan tak guna! Tak apa, aku tahulah apa yang aku nak buat. Jerit Adelia tatkala tubuh Imran yang semakin menghilang di balik pintu.
Telefon bimbitnya dikeluarkan. Nombor seseorang di tekan dan talian bersambung.
Aku nak kau ikut seseorang. Semua maklumat dia aku akan hantar melalui e-mel. Aku nak kau siasat setiap apa yang dia buat. Dia ke mana Buat apa Dengan siapa Bila Aku nak kau hantar semua pada aku. Dia akan ke Labuan petang ni. Ikut dia sampai ke lubang cacing. Arah Adelia. Dia panas hati. Imran selalu sahaja menyakiti hatinya.
S
ETELAH mengetahui jadual Imran yang akan bermesyuarat di Labuan, Nadhirah cepatcepat ke Lapangan Terbang Antarangsa Kuala Lumpur. Namun kini, hatinya berbelah bahagi sendiri. Separuh hatinya mahu mengikut Imran pergi untuk menyakitkan hati Adelia. Manakala separuh lagi terasa seperti berat sahaja mahu mengambil langkah.
Lama dia berfikir dan menimbang baik buruk keputusan yang bakal di ambilnya. Akhirnya dia buat keputusan untuk terbang ke Labuan terlebih dahulu. Biarlah mereka berjumpa di sana sahaja. Buat-buat macam terserempak sahaja.
Eh, awak buat apa di sini Tegur Imran yang terkejut melihat Nadhirah yang sedang makan bersendirian.
Awak pula buat apa di sini Nadhirah berpurapura terkejut.
Saya ada meeting di sini. Awak
Saya datang bercuti. Release tension. Duduklah. Boleh kita makan sekali. Pelawa Nadhirah gugup.
Sekali lagi dia terpaksa mencipta alasan.
Tak sangka pula kita boleh berjumpa di sini.
Ya, saya pun tak sangka juga. Jawab Nadhirah pendek. Rasa bersalah pula mahu meneruskan pembohongannya.
Baguslah juga jumpa awak di sini. Tak lah bosan sangat saya nanti. Berapa hari awak di sini
Belum tahu lagi. Kenapa
Kita balik sekalilah. Saya balik lagi dua hari. Esok sehari sahaja saya ada mesyuarat. Lepas selesai semua kita jalan-jalan di Labuan. Pelawa Imran.
Boleh juga. Saya pun tak ada kawan ni.
Awak bercuti seorang diri Imran memandangnya dengan dahi berkerut.
Nak hairan apa Macamlah awak tak kenal saya... Imran ketawa senang.
Nadhirah memerhatikan kehadiran seorang lelaki bertopi yang membawa kamera. Lelaki itu seolaholah mengekori Imran dan sejak mereka berbualbual, rasanya sudah lebih 10 gambar dia dan Imran diambilnya lelaki itu.
Ah, biarlah! Kalau Adelia yang upah, itu bonus. Nadhirah tersengih. Dia sudah tahu apa yang perlu dilakukannya. Dia akan memastikan lelaki berkenaan menangkap gambar-gambar paling mesra antara dia dan Imran. Biar Adelia atau sesiapa pun yang mengupah lelaki berkenaan makan hati.
P
EMANDANGAN matahari terbenam di Pulau Labuan amat menarik sekali! Nadhirah memerhatikan laut lepas. Matanya dipejam rapat cuba menikmati hembusan angin laut yang sesekali menyapa lembut wajahnya. Imran senyum bahagia melihat gelagat Nadhirah. Sungguh dia rindukan gadis ini!
Nadhirah menoleh, Imran masih memakukan pandangannya pada wajah Nadhirah.
Kenapa pandang saya macam tu
Tak ada apa-apa.
Hey, awak tu dah bertunang!
Tak naklah cakap pasal Adelia.
Okey. Kalau macam tu, saya ada perkara nak beritahu awak.
Awak boleh beritahu saya apa sahaja, Nad.
Saya dah beli saham Ammar.
What Air kelapa muda yang sedang dihirupnya terhambur keluar sebaik sahaja dia mendengar katakata Nadhirah.
Saham saya, saham keluarga Papa saya dan keluarga awak dah sama banyak sekarang. Rasanya belum ada lagi yang sedar mengenai pembelian saham tu. Saya beli beberapa hari sebelum abang Ammar meninggal.
Saya ingatkan awak tak berminat dengan Emerald Group. Kenapa tiba-tiba awak buat keputusan untuk beli saham Emerald Group
Selama ni, saya tak jumpa alasan untuk jadi sebahagian daripada Emerald Group, tapi saya dah ada alasan sendiri.
Apa rancangan awak selepas ini Imran mengerutkan dahinya.
Saya nak ambil alih jawatan Pengerusi Emerald Group. Saya dah buat keputusan dan kalau boleh saya perlukan sokongan awak.
Takkanlah Aidid akan serahkan jawatan dia pada awak macam tu sahaja
Dia akan terpaksa serahkannya pada saya
Awak tahu tak, kalau awak cabar jawatan tu, saya pun akan terlibat sama. Papa saya tentu akan cabar keputusan tu. Imran membuat spekulasi. Takkan semudah tu Ahli Lembaga Pengarah terima awak. Papa saya juga mungkin akan ambil keputusan bertanding untuk jawatan tu. Ungkapnya lagi.
Papa awak takkan boleh buat macam tu. Mereka akan terima sebab Aidid sendiri pun tak mungkin boleh halang saya. Semua yang berada di belakang Aidid selama ni akan berpaling pada saya termasuklah ayah awak.
Apa maksud awak
Aidid dah tak mampu nak melawan saya. Dia tahu yang dia takkan menang, Awak pun tahu mengenai dana yang diseleweng Aidid dari Emerald Group sepanjang dia meneraju Emerald Group.
Macam mana awak boleh tahu Imran sedikit terkejut.
Macam mana saya tahu, itu tak penting. Papa awak dan beberapa orang Ahli Lembaga Pengarah yang lain turut terlibat dalam skandal ni. Saya akan heret semua sekali ke muka pengadilan jika ada yang cuba menghalang. Papa awak juga tak terkecuali kalau dia cabar saya. It would be wise jika dia memilih untuk jadi pemerhati sahaja dan mengundi saya nanti.
Apa yang awak nak buat sebenarnya Nadhirah Imran cuba mengawal riak wajahnya. Dia terkejut dengan perubahan Nadhirah tika ini.
Saya nakkan hak dan tempat saya. Saya sedang mengembalikan maruah saya. Saya beritahu awak semua ni sebab saya tak nak awak terkejut. Tak lama lagi Aidid akan meletak jawatan dan pengundian semula Pengerusi Emerald akan dijalankan.
Percutian kita ni adalah untuk awak raih undi keluarga saya. Awak nak saya pujuk Papa saya undi awak Macam tu Awak sedang mempergunakan saya ke sekarang
Saya tak pergunakan awak. Saya tak kisah sama ada Papa awak nanti akan undi saya atau tidak. Saya yakin yang jumlah undi untuk sokong saya dah lebih dari cukup.
Semua ni kelakarlah! Imran masih lagi tidak dapat mempercayai kata-kata Nadhirah.
Malangnya, saya tak bergurau sekarang ini. Lepas kita balik dari sini nanti, kita lupakan cinta kita yang dulu. Saya akan tumpukan perhatian saya pada Emerald Group dan saya akan lupakan awak.
Semua ni gila! Saya tak boleh janji apa-apa. Tak ada istilah kawan dalam perniagaan. Saya tak tahu. Imran menggelengkan kepalanya.