Pada masa yang sama, aku juga sedang melepak. Tapi bukanlah di depan kaca tv FullHD, sebaliknya di depan pengurus department membincangkan hal-hal kerja di pejabat.
Sedang Cikgu tenang memerhatikan teknik MasterChef menurunkan suhu coklat dengan menguli coklat itu di atas meja batu marmar, di satu sudut telefon beliau berdering-dering minta di angkat. Telefon beliau letaknya agak jauh dari kedudukannya. Jadi deringannya lama. Semakin lama semakin kuat bunyinya. Mungkin telefon juga ada sikap marah pada manusia bila lambat diberikan layanan.
Hello,
ye, saya Azila,
Pada ketika yang lebih kurang sama, telefon aku bergegar di dalam poket menandakan ada sms sedang meluru masuk. Aku buat-buat tak tahu dulu sebab depan aku ada pengurus. Tapi sambil-sambil buat tak tahu, tangan kiri aku dapat juga keluarkan telefon dari dalam poket dan aku juga berjaya menyemak sms berkenaan dengan menggunakan ekor mata.
Sori bro. Petang ni kensel tak dapat jumpa. Ada hal. Teriak sms di skrin telefon tanpa ada belas kasihan. Aku menyumpah di dalam hati, tapi masih mampu tersenyum depan pengurus yang baru selesai buat kelakar mini. Sebelum aku bercerita lebih lanjut, aku rasa perlu aku kongsi kelakar pengurus aku ni. Cerita dia macam ni. Dia cuba telefon entah siapa tapi tak dapat dapat. Masuk kali yang ke berapa dia telefon, tiba-tiba telefon dia padam. Lalu dia cakap pada aku.
Brader ni aku telefon tak angkat. Masuk 5 kali telefon terus dia off kan henset aku.
Aku senyum. Pengurus buat kelakar mini. Mesyuarat Takaful aku pula kena batal last minit. Ok fine! Aku bangun minta diri nak sambung buat kerja. Yang sebenarnya kerja di Facebook.
Helo,
ye, saya Azila,
errmm. Oooo, ok. Hmm.
Saya rasa hal macam ni encik kena berurusan dengan suami saya. Encik call dia lah. Nama dia Firdaus. Ni nombor dia....
Dalam perjalanan aku ke meja kerja, telefon aku bergegar lagi sekali. Kali ni gegar dia lain sikit, gegar panggilan masuk. Aku tengok nombor yang muncul. Nombor yang tak dikenali. Aku tekan slide iPhone.
Hello, kata aku. Langsung takde bunyi goyang.
Bila Telefon Berdering
Helo Encik Firdaus. Saya Zakuan Adha. Tadi saya ada telefon isteri encik tapi isteri encik minta saya telefon dan berurusan dengan Encik Firdaus.
Ye Zakuan Adha. Urusan apa tu Ada apa yang saya boleh bantu Balas aku sopan.
Macam ni Encik Firdaus, jawab brader Zakuan. Suaranya berhenti sekejap.
Er, macam ni....
...saya nak bertanya, Encik Firdaus pernah dengar tentang Skim Perlindungan Takaful 3 in 1
Dari depan pintu rumah, aku dah nampak Cikgu Kuala Kubu tersengihsengih. Aku geleng kepala penuh sabar. Ujian ini datang dari pelbagai arah!