SEMBANG TEPI JALAN - 38
Dari segi penggunaan bahasa dalam lagu, penguasaan bahasa adalah faktor pencing yang boleh mengindahkan lagi irama sesetiap lagu. Kalau di Malaysia penulis lirik yang aku suka ada juga dua atau tiga orang. Sekiranya ingin dibincangkan tentang keindahan, kita kena faham apa itu indah. Kalau menceritakan mengenai cinta, kita kita kena faham apa maknanya mengikut pemahaman kita. Sebagaimana lukisan, lagu juga meinpunyai nilai komersial, abstrak, semi-abstrak, surreal.

Begitu juga dengan muzik dan lirik-lirik lagu. Semakin dalam kita mengkaji rahsia alarn, semakin halus pengertian dan maksud kata-kata. Semua bergantung kepada tahap keikhlasan kita dalam mengenai dan menterjemah makna hidup. Ibarat kita melihat pemandangan yang cantik di tepi tasik, keindahan yang memukau pandangan atau kita melihat gambaran hijau indah hutan belantara dari sudut kanvas. Bagi aku, iiu hanyalah keindahan luaran. Maka untuk memahaminya kita perlu terjun ke dalam tasik itu untuk merasai sendiri nikmat keindahan walaupun kita akan lemas di dasarnya. ltulah hakikat keindahan.

Aku sendiri sering hanyut dalam berbagai aiiran fahaman yang pelbagai. Kadang-kadang lemas dalam irama muzik yang kadang-kadang sangat menyeksa batin. Bila dalaman terlalu menguasai fikiran, kita akan asyik dibuai hingga kc dasarnya, santpai satu masa aku tidak memerlukan muzik dalam hidup, duduk dalam.kesunyian, menjauhkan diri dari masyarakat. Mujur tidak terpengaruh dengan dadah.

Ada ketika aku tersedar yang aku terlalu jauh melangkah. Aku sedar bahawa hidup memerlukan keseimbangan. Bila bersendirian, kita sebenarnya akan asyik dengan irama degup jantung yang sentiasa berdcnyut bagai melodi, yang membuktikan wujud DIA.

Pernah dalam satu persembahan besar, aku hanya berselipar jepun, baju pagoda lusuh - semuanya natural. Persembahan tersebut disiarkan dan mendapat lipuran baik dalam akhbar The Star. Liputan tersebut memakan sehingga tiga halaman muka. Pada waktu itu aku melancarkan album aku ketiga, Itu Padang...Aku Di Situ.

Dalam berbahasa dalam muzik, aku menganggap diri aku sebagai pelengkap takdir, unipama pengembara di muka bumi yang akan singgah dari satu destinasi ke satu destinasi bagi mendalami makna hidup sehingga masa aku tahu aku akan kembali kepada yang Hak. Kematian hanyalah sebuah tidur yang panjang untuk kita lebih mengenali diri. Cuma bagi setiap individu, cuba menjauhi sikap prejudis dan prasangka dalam diri kita sebab itu ialah parasit yang mungkin boleh membunuh nilai ehsan seseorang Insan. Mungkin kita mulia di sisi masyarakat tetapi di sisi Tuhan belurn tentu.