BLACK WIDOW - 38
HANYA air mata menjadi teman, dan saat ini hati Ayu benar-benar terluka. Dia sendiri melihat kejadian itu. Tidak pernah dia menyangka Jalil sanggup bertindak sedemikian.

Sekian lama dia menaruh kepercayaan terhadap Jalil tetapi ini yang diterimanya sebagai bayaran ke-murnian itu.

Bagai langit jatuh menghempap pundak, berkecai membawa penderitaan apabila dilihatnya seorang wanita yang... yang... ah... dia tidak sanggup mengi- ngati peristiwa itu.

Sanggup Jalil menduakan dirinya - berpura-pura sibuk di studio sedangkan hakikatnya berlaku curang di belakang mata.

Air mata jatuh berderai. Pipinya hangat, lambang hati menderita.

Dia tidak sanggup lagi untuk menerima Jalil.

Dia benar-benar jijik dengan suaminya itu. Dia tidak rela berkongsi tubuh, inikan pula mata sendiri 247

menjadi saksi.

Selamat tinggal Jalil. Walaupun aku dituduh derhaka, demi maruah, aku takkan menerima!

Jalil tidak henti-henti memujuk tetapi hati Ayu yang terluka tidak mampu menerima. Dia tidak sang-gup lagi menerima alasan setelah perbuatan Jalil memberi penjelasan.

Kerana itulah lewat malam dia sering menyebut nama Imran. Kasihnya semakin berputik dan kalau-lah diikutkan hati yang duka, sudah lama dia terbang ke dalam daktipan Imran.

Wajah Imran menjelma, membelai dan memujuk hati yang lara. Sesekali, muncul wajah Murad cuba merayu meminta.

Ayu mulai sedar apa yang sebenarnya erti cinta. Cuma Imran lelaki yang paling dicintainya. Tidak Jalil ataupun Murad.

Dia akui betapa hubungannya dengan Murad suatu ketika dulu hanyalah cinta monyet. Mungkin kerana tiada pengalaman dia begitu mudah berkata cinta sedangkan hakikat di hati tiada berdetik perasaan begitu.

Dan, kerana itulah dia mudah melupakan Murad tetapi tidak Imran. Semakin gagah cuba diluputkan wajah Imran, semakin jinak wajah itu datang.

Kehangatan tubuh Imran bagai menyelubungi kedinginan malam. Ayu berasa tenang dan selamat, walaupun hanya mengingati wajah Imran.

Saat ini, dia amat memerlukan Imran. Alangkah indah jika jari-jemari Imran membelainya.

Membawa dia terbang ke alam biru yang penuh dengan bunga-bunga cinta. Sejak dulu dia inginkan keharuman aroma bunga-bunga cinta daripada Imran.248

Mampukah impiannya kali ini menjadi kenyataan. Sudikah Imran memesrainya kini sedangkan lelaki itu tahu dia hanyalah seorang wanita beranak satu.

Hati yang bcrdarah tidak ada jalan lain untuk diubati. Ayu sengaja mengasingkan diri, tidak lagi lidur bersama suami. Dia tidak sanggup tubuhnya dimamah setelah lelaki yang dipercayai menjinaki wanita lain.

Dia tidak lagi mengendahkan diri Jalil. Kerenggangan itu memberi ruang lorong untuk Imran dan Ayu.

Petang itu Ayu membawa Imran bersiar-siar di sekitar kampung. Mereka mengakhirinya dengan melawat rumah kecil kepunyaan Agus. Rumah yang telah mencipta pelbagai kenangan. Bagi Ayu rumah itu sangat bermakna kerana rakan labah-labahnya. Bagi Agus dan Aton rumah itu juga yang telah membawa kelahiran Ayu.

Hari semakin gelap. Mereka terus berbual sambil mengimbau kenangan silam ketika mereka berdua.

Imran... you know, di sinilah dulu waktu I kecil-kecil sentiasa bermain-main dengan labah-labah. Te- ngok ini semua barang ini kepunyaan arwah bapa I.

Sedang mereka sibuk berbual-bual memuji kecantikan katil antik peninggalan arwah Agus, Imran terperanjat apabila seekor labah jatuh di alas katil. Labah-iabah hitam yang besar itu mengejutkan Imran, lalu dengan spontan dia memeluk Ayu. Mereka berdua terjatuh ke atas kalil.

Kehangaian dapat dirasa walaupun kedinginan merajai malam. Bunyi rintik-rintik hujan pula menambah indah suasana ketika itu. Rintikan kecil itu pula ditambah dengan deraian besar yang mempesonakan apabila ia jatuh menimpa atap zink. Kicauan burung 249

kuang pula menambah keasyikan suasana. Tetapi, bunyi-bunyi itu tidak terdaya memisahkan Imran dan Ayu. Malah, itulah yang diharap-harapkan oleh insan berdua itu. Kesyahduan menjelma dan dua pasang mata bertemu menerbitkan rasa cinta yang biru.

Rumah itu. Ya... rumah pusaka itu akan mengulangi sejarah silam yang pernah dicipta oleh Aton dan Agus. Rumah ini sekali lagi akan menjadi saksi....

Ayu... I never expect we are going to be together again...." Imran memejam mata. Like this especially!" Dibisikkannya kata-kata itu lembut di telinga dan Ayu dapat merasakan kehangatan nafas Imran yang mengelus syahdu.

Imran... you know I always love you, but I was stupid enough those days to let you go. " Ayu mengeluh. And... I don't know why!" Dipegangnya lengan Imran erat-erat.

Imran senyum. Dia mengintai melalui celahan dinding pondok kecil itu dengan anak matanya. Why do you bring me here"

Ayu senyum. Imran... you know... di sinilah dulu, waktu I kecil, I sentiasa bermain dengan labah-labah!

Labah-labah

Di luar, rintik hujan masih mencurah. Malam yang sepi digeletek suara cengkerik memikat pasangan, di sambut kokok ayam sulung menandakan fajar hampir tiba.

Mereka masih utuh berpelukan, menikmati keha- ngatan yang paling bererti. Imran terlantar di atas katil antik milik Agus, ditemani Ayu yang amat dicintainya.

Sanggupkah dia melihat Ayu kembali ke pangkuan Jalil atau diterbangkan saja wanita itu ke LA. Namun, dia bertekad, andai Jalil kembali menuntut Ayu dan kekasihnya itu setuju - bumi Malaysia akan ditinggal250

kan. Biarlah dia mengubat luka di LA, agar kelak ditemui seorang insan yang benar-benar mampu menggantikan tempat Ayu di hatinya.

Dan... jikalau Jalil melepaskan Ayu, dia adalah orang pertama yang akan menyunting Ayu. Itu adalah tekadnya dan dia sudah pun menyemai benih. Ya... malam tadi, tatkala hujan bernyanyi... satu kemungkaran telah terjadi. Tetapi Imran tidak kesal kerana apa yang dilakukannya adalah lambang cinta nan suci.

Semoga Tuhan memahami....

Apabila kedinginan subuh semakin menggila, Ayu mengerekot memeluk tubuh. Apabila mata dibuka, wajah Imran yang ditenungnya. Senyuman pun terukir dan sekali lagi mereka berdakapan.

Ayu....

Bumi bagaikan bernyanyi dan burung menjadi serunai. Awan tidak lagi biru malah berwarna-warni bak pelangi. Tetapi malang, apabila difikirkan realiti... Ayu bukan miliknya.

Sehingga bila dia perlu bertindak begini - belayar di segara indah, tetapi berkemudikan nakhoda lain. Akan karamkah bahtera yang dilayarkan tanpa restu ini

Imran masih segar di dalam dakapan. Sehingga bila Jalil masih lagi nakhodanya yang abadi!

MAKANLAH lagi kuih itu Imran... habiskan saja. Aton mempelawa lagi.

Baiklah Mak Ton... sedap betul kuih ni, tak puas saya makan. Imran memuji kepandaian Aton membuat kuih, dan sempat pula menjeling ke arah Ayu, dan jari-jarinya menjangkau panjang mencapai kuih seri muka yang cuma tinggal sebutir saja di dalam piring. Ayu pula sempat menepis tangan Imran sambil 251

tersenyum menghalangnya dari menguasai kuih yang penghabisan itu.

Hisy... makan tu ingat-ingatlah sikit orang belakang, I pun nak lagi, you dari tadi dah hampir enam tujuh biji you makan.

Ayu bergurau dan Aton cuma tersenyum sinis memerhatikan gelagat kedua-dua mereka tanpa mengesyaki apa-apa. Aton sedar perbezaan perangai Ayu sekarang yang kini telah kembali kepada Ayu yang dulu, periang dan suka berjenaka. Mungkin se bagai seorang ibu dia sentiasa mengerti perangai anak tunggalnya itu. Dia turut gembira dengan keadaan Ayu sekarang, tidak seperti beberapa bulan lalu yang kelihatan sedih dan sugul.

Oh ye... sebelum mak lupa, semalam ada Jalil telefon, mak beritahu dia, Ayu dah tidur... dan dia cuma pesan suruh Ayu pulang ke KL hari ini, dia minta maaf di atas segala yang berlaku.

Ha... Jalil minta maaf, ini satu perkembangan yang baru, setahu saya dia tu keras kepala, mana nak mengalah. Ayu terperanjat.

Dengarlah sini... mak belum habis cerita lagi. Jalil kata dia pohon supaya Ayu setuju untuk rujuk balik dengan dia... dan dia tak sanggup hidup tanpa Ayu... apa dah jadi Ayu... Kau orang berdua dah bercerai ke

Pertanyaan Aton itu telah membuat Imran yang sedari tadi cuma mendengar kini tercengang. Jari-jarinya terus menjadi lemah dan tidak berdaya lagi untuk memegang kuih yang sebutir itu. Kuih seri muka kini tidak berseri lagi, melimpah jatuh ke dalam piring.

Terpisahlah inti yang berwama kehijauan dari pulut yang tersusun rapi, maka berkecailah kuih itu tetapi lebih berkecai lagi hati Imran yang baru mengecapi 252

suka, kini bercampur duka. Imran mungkin gembira mendengar berita perceraian Ayu dengan Jalil, kerana dia sendiri berhajat untuk memiliki Ayu sepenuhnya. Tetapi Imran dilanda duka pada detik yang sama ke rana Jalil telah mengajak Ayu untuk merujuk semula pernikahan mereka. Tetapi apakah keputusan yang akan Ayu lakukan

Hah... Jalil beritahu mak! Memang kami bercerai hampir dua bulan yang lalu... tapi Jalil telah berjanji takkan beritahu sapa-sapa demi nama baiknya di mata masyarakat, atau sehingga kami berdua betul-betul bersedia untuk membuat keputusan muktamad... tapi kenapa dia pulak yang cerita Ayu memberikan penjelasan, suaranya sedikit-sedikit kedengaran dan tenggelam timbul, diikuti pula air mata merenangi ke pipinya yang gebu itu.

Sudahlah... jangan nangis, mak faham perasaan kau, tapi mak yang telah mendesak Jalii supaya menceritakan segalanya kepada mak, Jalil masih sa- yangkan Ayu macam dulu juga... dan katanya lagi Syarifah dan Ani telah menunggu untuk jumpa Ayu, mereka nak minta maaf... merekalah sebenarnya yang punya angkara, mereka telah berpakat tempoh hari untuk menganiaya Ayu.

Tapi mak.... Kata-kata Ayu terputus di situ, dia menggenggam tangan Imran sekuat-kuat hatinya dan merasa begitu berdosa sekali.

Sudahlah Ayu... jangan bertapi-tapi lagi. Mak rasa eloklah Ayu pulang sekarang, jumpa mereka semua di sana dan fikirkan perkara ini masak-masak... Jalil nampaknya betul-betul memerlukan Ayu dan ingat anak kau Danial dia masih kecil tak faham apa-apa. Aton menasihati Ayu supaya kembali kepada Jalil.253

Tuhan saja yang tahu apa keputusan yang bakal dilakukan. Bagaimana dengan Imran. Dia seperti ingin menangis untuk melepaskan Ayu. Rasa kekecewaannya memuncak tetapi Imran takut digelar dayus jika seorang lelaki menangis. Imran mencapai kertas tisu dan mengelap air mata di pipi Ayu, sambil memandang tepat ke wajah Ayu tetapi air bening itu terus mengalir. Imran seperti ingin memeluk Ayu sekuat-kuat hati dan tidak mahu melepaskannya pergi ke mana-mana.

Kejadian malam tadi masih terbayang pada ingatan Imran dan masih segar, mengapa malam se-malam tidak terus menjadi malam saja agar Imran dapat memiliki Ayu.

Ayu sayang... sudahlah tu, mari I hantar you ke airport, you go back to KL first... may be I'll stay here with your mum for a while, when everything is settled, I see you okay Begitulah pujuk Imran membisik ke telinga Ayu.

Pada malam yang sepi kedengaran sesekali bunyi cengkerik disambung pula kokokan ayam jantan yang sedang mengibas kepaknya apabila fajar menying- sing. Imran terlantar, berbaring sendirian di atas katil antik milik arwah Agus. Dia memerhatikan gambar yang kelihaian usang, potret Agus yang mirip wajah Ayu. Ternyata Agus mempunyai wajah yang kacak. Dia masih tidak dapat melelapkan mata kerana ada persoalan yang menikam di hati. Adakah Ayu akan kembali ke pangkuan Jalil, atau sudikah Ayu mengikutnya ke LA

Jikalau Ayu kembali ke pangkuan Jalil, dia bertekad untuk pulang segera ke LA dan terus menetap di sana. Tak mungkin dia akan kembali ke KL. Tanpa disedarinya, mentari telah menjengukkan wajah. Ma- 254

tanya tiba-tiba pula menjadi redup dan jinak untuk tidur tetapi tersentak dengan laungan suara Aton yang memanggilnya dari luar.

Imran... ada telefon dari Ayu, katanya penting! Baiklah Mak Ton saya datang! Imran berlari-lari anak sambil membetulkan kainnya yang hampir terlondeh dari pinggang.

Hallo Ayu... what's up

Hai... how are you Imran please come back soon, Jalil wants to see you, tonight he is leaving to Tokyo.

Oh... is that all Imran inginkan kepastian.

Hm... abah kata you must come back today juga, sebab ada hal kerja, penting katanya. Ayu bersuara tenang.

Oh is that all!" Imran bertanya lagi, dia seolah-olah mengharapkan sesuatu daripada Ayu.

Ayu...Ayu wait! I... love you. Kata-kata Imran itu hapus bersama-sama angin kerana belum sempat Imran menyebut nama Ayu, gagang terlebih dulu telah diletakkan.

Kata-kata itu akan membawa makna yang besar bagi Ayu, sebab sebelum ini, Imran tidak pernah melafazkan kata-kata cinta sebenar. Mungkin itulah sikap Imran yang sememangnya tidak pandai untuk meluahkan perasaannya melalui kata-kata.

Tetapi apabila dia berjaya berbuat demikian, dia telah pun terlambat. Ayu telah mengambil keputusan untuk kembali ke pangkuan Jalil. Ayu sedar selama ini dia telah menganggap Jalil curang padanya dan me-nyangka yang bukan-bukan.

Maka tidak mungkin dia bersama Imran. Mereka sedarah sedaging dan Ayu akan melukakan banyak jiwa kelak, termasuk anaknya yang masih kecil jika 255