AYAH EDY PUNYA CERITA - 38
Para ibu bapa dan guru yang saya cintai di seluruh pelosok tanah air, masih ingatkah sewaktu kita berada di sekolah rendah Masih ingatkah ketika cikgu meminta kita melukis gambar pemandangan Apakah bentuk pemandangan yang umumnya kita lukis Ya! Dua buah gunung, di tengahnya ada matahari bersinar, kemudian ada jalan lurus serta sawah di kiri dan kanannya. Yah, lebih kurang hampir begitulah kita melukiskan pemandangan.

Uniknya, teman saya, pensyarah sebuah perguruan tinggi di Jakarta, suatu hari pernah mengulangi pertanyaan yang sama tentang lukisan pemandangan tadi kepada para mahasiswanya. Luar biasa, jawapan dari para mahasiswanya juga sama. Dua buah gunung berdampingan, matahari bersinar di tengahnya, jalan lurus, sawah, ditambah tiang elektrik. Elektrik sudah masuk desa rupanya. Gerangan apakah yang terjadi pada anak-anak sekolah di negeri ini Sehingga dari generasi ke generasi tidak ada pengembangan ideaidea baru dalam melukis pemandangan. Sampai bila anak-anak kita akan terus melukis pemandangan seperti ini

Ini adalah bukti nyata bahawa sistem pendidikan kita tidak pernah berhasil mengembangkan kreativiti anak. Saya bertanya dalam hati, jika dalam hal melukis sahaja seperti ini, lalu bagaimana dalam hal kreativiti yang lain Mengapa fenomena ini boleh terjadi dan terus berlanjutan dari generasi ke generasi Hal ini terjadi kerana para guru menganut sistem pembelajaran yang disebut sebagai TEKO dan CAWAN. Apa maksudnya Dalam mengajar, guru menganggap dirinya adalah sebuah teko yang berisi penuh air, sedangkan anak adalah cawan kosong. Jadi, tugas guru hanyalah menuangkan air dari teko ke cawan, supaya cawannya terisi air dan tentu sahaja air yang ada di cawan akan sama persis dengan yang di teko.

Prinsip pengajaran yang difahami hanyalah menuangkan air. Oleh kerana itu, pemikiran guru itulah yang masuk dan diikuti. Anak hanya menerima pemikiran gurunya sahaja tanpa boleh berbuat banyak perkara yang berbeza. Jika pemikiran guru tentang pemandangan adalah dua buah gunung berdampingan, anak pun akan mengikutinya. Kaedah ini telah mematikan kreativiti jutaan anak Indonesia dan sudah berlangsung selama lebih dari satu generasi. Apakah generasi anak kita kelak masih seperti iu Melukis pemandangan gunung berdampingan.

Jika kita ingin menghentikannya, segeralah ubah paradigma guru dan ibu bapa. Anak bukanlah cawan, melainkan kayu bakar yang siap dibakar dan menyala menjadi api yang marak. Guru bukanlah teko, melainkan pemetik api yang memercikkan api semangat pada anak untuk bebas berikhtiar. Minyaknya adalah motivasi yang harus terus menerus disiramkan oleh guru kepada anak-anak didiknya supaya api semangat mereka tetap menyala dan berkobar-kobar.

Para ibu bapa dan guru yang berbahagia, mari kita bebaskan anakanak untuk berbeza, penuh ikhtiar, dan tampil dengan jalan fikiran, serta imaginasinya sendiri. Agar anak-anak kita kelak dapat tumbuh sebagai generasi yang penuh kemampuan dengan ciptaan-ciptaan yang berkelas dunia, tidak seperti kita para ibu bapanya yang hanya boleh menjadi pembeli hasil ciptaan produk-produk dari negara lain, dan bangga pula dengan keadaan seperti ini.

Mari kita renungkan ....

Anak bukanlah cawan, melainkan kayu bakar yang siap dibakar dan menyala menjadi api yang marak.

Guru bukanlah teko, melainkan pemetik api yang memercikan api semangat pada anak untuk bebas berikhtiar.