RETRO BOLA SEPAK - 38
Tanggal 23 April 1945, FC Bayern Mnchen mengalahkan TSV 1860 Mnchen 3-2, perlawanan terakhir yang berlangsung semasa era Third Reich.

Third Reich ini merujuk kepada era Nazi Jerman dari tahun 1933 hingga lah 1945. Waktu itu, Adolf Hitler dan parti Nazi nya berada di ambang kekalahan penghujung Perang Dunia Kedua.

Ia umpama empayar.

First Reich adalah di zaman Charlemagne atau Charles the Great, raja bangsa Jerman yang menguasai Empayar Rom. Charles the Great ini hidup sezaman dengan Khalifah Harun al-Rashid, pemerintah Empayar Abbasiyah di Baghdad, sekitar abad ke-8 Masihi.

Second Reich pula adalah di zaman Otto van Bismark yang menyatukan Prussia. Third Reich pula adalah zaman Hitler.

Dalam dokongan Nazi, menurut Hitler, Third Reich akan masyhur dan kekal untuk tempoh selama 1,000 tahun lagi. Namun sebenarnya tidak, ia sekadar bertahan untuk tempoh kira-kira 12 tahun sahaja.

Semasa Parti Nazi pimpinan Adolf Hitler meraih kuasa di Jerman pada tahun 1933, rejim

Nazi secara kolektifnya mahu mengawal semua perkara di Jerman, termasuk lah hal-hal berkaitan dengan bola sepak. Adolf Hitler melantik salah seorang pemimpin Nazi bernama Hans von Tschammer und Osten sebagai Reichssportsfhrer, yang mempunyai kuasa ke atas semua hal-hal berkaitan sukan di Jerman termasuklah bola sepak.

Semasa era Third Reich juga, semua kelab bola sepak diwajibkan bebas dari segala unsur atau pengaruh orang-orang Yahudi, tidak kisah lah sama ada sekadar pemotong rumput padang, tukang sapu stadium, pemain, pengurus, hatta pengerusi kelab sekalipun, haruslah bukan orang Yahudi.

Bayern Munchen waktu itu, berpresidenkan seorang yang berbangsa Yahudi, bernama Kurt Landauer. Beliau dipaksa meletak jawatan, kemudian ditangkap dan disumbat ke kem tahanan Nazi. Beliau berjaya melarikan diri dari tahanan pada tahun 1939 dan berlindung di Switzerland.

Hanya apabila perang tamat dan Nazi terkubur, baharulah Landauer pulang ke Jerman, dan dilantik semula menjadi presiden kelab.

Di era Third Reich, memang memberi impak kepada Bayern Munchen kerana kelab tersebut memang ditunjangi oleh orang-orang Yahudi. Hal ini membolehkan seteru Bayern iaitu TSV 1860 Munich meraih kejayaan seperti meraih kejuaraan kebangsaan.

Pasca sembilan hari usai perlawanan antara Bayern Munich dengan TSV 1860 Munich yang dimaksudkan di atas, pada 2 Mei 1945, Nazi Jerman menyerah kalah dan menamatkan era Third Reich di Jerman.

Dan pada tarikh 23 April 1945 juga, Hermann Gring individu yang dianggap sebagai protg Hitler, telah mengutus surat kepada Adolf Hitler, memohon agar Hitler berundur dan menyerahkan kepimpinan Nazi kepada beliau. Tindakan Hermann itu mengundang marah, lalu menggantikan Hermann dengan Joseph Goebbels dan Karl Dnitz.